Bila haritu tiba-tiba Dahlia tanya ibu, "Ibu dah lama kita tak jalan-jalan tidur hotel kan". Oh my sweetheart. Terus tanya Shawn ada tak hari yang dia free sebab klinik tak boleh nak suka-suka tutup haha aduhai begitulah kehidupan. So kitorang decide nak pergi yang dekat-dekat dengan rumah je like "Stay in The City" gituu jadinya takdela penat sangat sebab hari isnin dah kerja. Weekeend getaway kami kali ni di Dorsett Hartamas, Kuala Lumpur. Yaya pertama kali ke sini sebenarnya. Sebelum ni kami lebih suka ke Dorsett Putrajaya sebab dekat dengan rumah hihi.
Istimewanya kali ni, Dorsett Hartamas ada pakej istimewa sempena cuti sekolah yang akan berlangsung nanti buat ibu bapa yang ingin membawa anak merasai keseronokan di ruang baharu bertema Candyland dan juga The Malayan Tiger. Sebab anak Yaya dua-dua perempuan, Yaya memilih tema Candyland. Tak tahulah anak-anak ke ibu yang excited :p
Yeay tak sabar nak check-in. Wangi betul Dorsett Hartamas ni ye. Bila naik ke ruang lobi je terus bau wangi hee
Taraaa~ cantik kan bilik tema Candyland ni? Dahlia dengan Nuha masuk je bilik terus terkesima dan seronok hehe
Ada surprise gift juga! Surprise gift ni akan berubah dari semasa ke semasa tau. Yang penting, boleh bawa balik! :)
Bantal dengan teddy bear tu lembut sangat!
Seronok ada set buku dan juga set pinggan, mangkuk dan cawan comel disediakan
Paling happy bila anak-anak happy :')
Dalam toilet mereka ada disediakan berus gigi comel alah geramnya kiteee
Lepas maghrib, kami keluar berjalan ke Plaza Damas yang mana ada jambatan yang menghubungkan Dorsett Hartamas ni. Dekat je dengan kawasan pejalan kaki yang berbumbung! Kami makan malam di restoran Thai sedap betul hirup tomyam putih time tu hihi next time nak pergi lagi restoran tu. Kalau korang nak pergi lalu je seberang jambatan restoran tu berdekatan Starbucks. Anak pun puas berjalan balik hotel, mandi air panas dan ready nak tidur senang kerja ibu hihi
Ibu dengan ayah ridur kat mana?
Haa ibu ayah tidur kat sini la hee. Nanti masuk je bilik tu akan ada dua pintu yang mana belah kiri bilik Candyland dan belah kanan bilik untuk orang dewasa. Seronok betul cuti-cuti kali ni tak berebut katil dengan anak :p *parents wajb bawa anak kesini tau!
Yeay ada iron and board!
Ada ruang meja kerja juga. Bolah curi masa buat kerja sementara anak-anak seronok bermain kat bilik sebelah :p
Pagi esoknya, awal kami turun breakfast sebab nak cop tempat kat penjuru ni. Tahulah bila ada anak kecil ni kan. Nak bagi duduk diam-diam tu jenuh juga tapi syukur diorang behave hee
Ambil yang perlu dan sekadarnya sahaja. Banyak pilihan sarapan pagi di Table Talk @ Dorsett Hartamas ni. Ada nasi lemak, bijirin dan susu, salad buah, pastri, scramble egg, mee goreng dan macam-macam lagi! Paling favourite mee sup chinese style dan teh tarik mereka! Fuhh terangkat!
Boleh buat kopi sendiri :)
Lepas breakfast kami berjalan-jalan di roof top. Cantik sangat pemandangan kat atas ni! Boleh nampak seluruh KL tau. Kalau waktu malam lagi cantik hee
Ada gym juga untuk mereka yang suka bersenam di kala percutian hee
Kids room pun ada. Kemas dan cantik
Sempat Dahlia mandi sekejap di swimming pool mereka. Best sebab ada 3 ruangan kolam yang sesuai mengikut umur. Ibu bapa pun boleh pantau dengan lebih dekat :)
Happy Dahlia!
Lepas check-out, kami decide untuk terus ke Table Talk sebab ada pakej buffet dimsum yang sangat berbaloi untuk peminat dim sum. Yaya ajak sekali adik Yaya datang sini dan belanja merka buffet dimsum sempena hari jadi dia hee seronok dia sebab dia memang suka makan dimsum.
Eat All You Can Sunday Dim Sum boleh didapati dari jam 12:00 tengah hari sehingga 3:30 petang. Terdapat pelbagai pilihan menu makanan yang lazat seperti hidangan kukus, goreng, sup, bubur, pencuci mulut dan banyak lagi! Makan selagi boleh dalam tempoh waktu yang ditetapkan ;)
Eat All You Can Sunday Dim Sum ni tak termasuk dalam pakej Stay & Play tapi memang sangat berbaloi untuk mereka yang suka dengan hidangan dim sum. Sekarang ada promosi sehingga 27 Nov 2022 untuk tawaran Buy 1 Free 1! Harga bermula RM108 untuk dewasa, RM85 untuk warga emas berumur lebih 60 tahun dan RM54 untuk kanak-kanak berumur dari 6 hingga 12 tahun. Sebelum datang, sila buat tempahan dahulu di nombor telefon 0126883043.
Adik perempuan dan suami pun seronok mencuba hidangan dim sum di sini
Korang kena cuba tau hidangan buffet dim sum di Eat All You Can Sunday Dim Sum @ Table Talk Dorsett Hartamas ni. Banyak pilihan dan kelainan menu yang tiada dijual di luar. Puas hati dapat makan dim sum sedap di sini! Meja belakang kami tu siap sambut birthday lagi. Tak perlu buat besar-besar kat rumah, ajak family terdekat ke sini dan buat sambutan bersama-sama sambil makan sedap. Lagi mudah dan menyenangkan semua pihak hee
Bagi Yaya, memang berbaloi sangat percutian kali ni bersama anak-anak. Diorang happy sangat dan bercerita sampai balik rumah hihi. Yang penting tak jauh sangat dari rumah kami. Siapa yang berdekatan KL dan nak bercuti seketika untuk gembirakan anak-anak, cepat-cepat beli pakej Stay & Play di Dorsett Hartamas ni untuk gembirakan anak-anak sebagai hadiah diorang jadi budak baik dan dengar cakap :p. Dorsett Hartamas Stay & Play mempunyai dua pakej, RM438/semalam untuk dua dewasa dan seorang kanak-kanak (termasuk sarapan pagi), dan RM488/semalam untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak (termasuk sarapan pagi). Tempahan bermula dari sekarang hingga Mac 2023.
Untuk maklumat lanjut :
Website : https://www.dorsetthotels.com/dorsett-hartamas-kuala-lumpur/index.html
Alamat: Dorsett Hartamas Kuala Lumpur @ Sri Hartamas, Kuala Lumpur
Plaza Damas, D-G-8 3, No. 63, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.
Tel. No.: 03-6209 8888
Terima kasih sudi baca
alahai comelnya hotel die..ada bilik ala-ala princess. suka la kalau anak girl ni. kita pun dah lama tak bercuti ke hotel...hahaha
ReplyDeleteRawlins pun suka staycation dekat-dekat now. Almaklum dah makin berusia, kena bijak manjakan diri dan rehatkan diri kan. Macam boleh masuk list Dorsett Hartamas nie
ReplyDeleteALamakk.. lawa benar dekorasi dalam bilik ini.. AM suka.. Thanks sbb kongsi pengalaman ini.. Boleh AM bawa anak2 bercuti hujung tahun ini nanti..
ReplyDeletewahh kalau ada anak2 mesti diorang suka staycation kat sini. harga pun reasonable
ReplyDeleteSo so nice the hotel room & with kids themed, no wonder your kids so so happy. Nice one. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteBest la staycation macam ni! Cantik betul bilik for the little ones! Sure the love it much kan... boleh suggest ni to my friends to bring their kids for this...
ReplyDeleteI did not know there is such a cosy and beautiful accommodation right here in hartamas!
ReplyDeletegood job to Dorsett Hartamas, Kuala Lumpur for the nicely deco room for kids
ReplyDeleteBest nyer staycation macam ni with family, i m sure your children love it
ReplyDelete