Hai korang! Siapa geng pakai cermin mata sama dengan Yaya? Most of the time Yaya memang selesa pakai cermin mata je. Kalau ada event, photoshoot etc, baru guna contact lens. Tapi sebab mata mudah kering, Yaya memang selalu prefer pakai cermin mata sahaja. Dah lama Yaya guna cermin mata yang tengah pakai sekarang. Rasa nak tukar anginlah tukar cermin mata baru hehe. Lagipun sangat berbaloi buat cermin mata baru bila buat dekat Eye Pro Vision di Sungei Wang! Yaya memang tak pergi kedai cermin mata lain dah. Pergi sini je ;)
Kedai ni memang antara yang popular di Sungei Wang tau. Selalu viral kat media sosial sebab servis yang sangat murah, berbaloi dan juga sifat bos dan staf mereka yang sangat humble dan sedia untuk membantu bila korang memerlukan bantuan. Memang sangat best dan selesa bila berurusan disini.
Nak cari kedai ni pun senang. Kat Level G, Lot G1111. Nampak papan tanda kedai ni dengan trademark Kedai Viral No. 1, haa betul dah tu.
Terujanya Yaya masuk sebab ada banyak sangat design baru yang cantik dan meletops!
Design untuk kanak-kanak pun ada tau! Comel sangat hee
Ada pelbagai design dengan harga yang berpatutan tapi bagi Yaya, yang design RM65 pun sangat cantik dan berpuas hati sebab ianya termasuk bingkai dan juga cermin multicoated. Mana nak dapat harga semurah ni lagi? Of course la di Eye Pro Vision!
Bos Oppa William ada kat kedai masa ni wah seronok betul bila dia tolong kita pilihkan spek mata hehe
Sabar je Oppa William layan para pelanggan yang datang tau. Siap suggest kat kita bingkai cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka hee thank you Oppa!
Rasa berkenan pula dengan spek mata ni. Okay tak korang? :)
Jom kita check mata!
Curi-curi ambil gambar :p
Lepas tu kita dibawa ke bilik pemeriksaan mata untuk hasil ujian yang lebih tepat lagi
Suka sangat layanan dan servis di Eye Pro Vision ni. Semua dapat layanan mesra yang sama rata diantara pelanggan.
Eh eh yang ni pun cantik jugaklah! Yaya nak ambil yang rose gold ni lah. Lagi best Yaya upgrade pembelian cermin mata RM65 (bingkai + cermin multicoated) kepada Lens Alpha Blue 420! Cuma tambah lagi RM60 je memang berbaloi sangat! Kalau kat kedai cermin mata lain confirm harga mahal.
LENS ALPHA BLUE 420 IS THE BEST!
Yaya sendiri memang terpukau dengan fungsi Lens Alpha Blue 420 yang di install di cermin mata Yaya. Kalau nak tahu, cermin mata Yaya sebelum ni juga menggunakan fungsi Lens Alpha Blue 420 tau. Apa yang best? Haa sebab dia boleh menangkis cahaya yang terlalu terang dari menembusi mata korang. Yaya memang kerja menghadap komputer di ofis dan kadang-kadang kena stayback dan balik malam, Yaya memang tak tahan silau lampu kereta bila malam. Tapi lepas guna Lens Alpha Blue 420 ni, mata Yaya tak silau pun even Yaya merenung lampu kereta di lorong bertentangan! Ianya juga akan block segala sinaran dari terkena mata kita secara direct, termasuk pancaran dari lampu led, cahaya dari smart phone, laptop, komputer dan sebagainya. Magic sangat sebab ianya 100% menghalang sinar UV dari menembusi mata korang tau so untuk mereka yang mempunyai masalah silau malam atau silau kepada cahaya terang memang Lens Alpha Blue 420 ini sangat sesuai sangat untuk melindungi mata korang ^_^
Tak percaya? Jom tengok contoh perbezaan cermin menggunakan lens biasa dan juga lens Alpha Blue 420 yang disuluh dengan cahaya laser :
Sinaran laser dan cahaya terang dapat menembusi cermin mata biasa yang tiada fungsi Alpha Blue 420
Sinaran laser dan cahaya terang TIDAK dapat menembusi cermin mata yang mempunyai fungsi Alpha Blue 420
Jom tengok video penerangan yang lebih jelas mengenai perbezaan antara cermin mata biasa dan cermin mata yang mempunyai fungsi Alpha Blue 420 dari Oppa William! Hee
Adakah kalian terpukau? Yaya yang setiap kali tengok pun still rasa terpukau. Untuk Lens Alpha Blue 420 ni korang hanya perlu tambah RM60 je selepas dah pilih cermin mata yang berkenan dihati RM65 (bingkai + cermin multicoated), so total perlu bayar cuma RM125 sahaja dari harga asal RM250 , jimat banyak dah tu sebab kat luar memang tak dapat la harga macam ni dengan lens Alpha Blue 420 lagi. Kalau nak tahu, lens Alpha Blue 420 ni telah berdaftar dibawah company Eye Pro Vision tau. Hanya di kedai Eye Pro Vision sahaja ada servis Alpa Blue 420 di dalam Sungei Wang. So memang sangat berbaloi kalau korang terus beli cermin mata yang ada fungsi Alpha Blue 420 ni untuk kesejahteraan mata korang. Ianya juga kalis air, tahan calar, mudah di cuci walaupun diuji dengan permanent marker sebab cermin di kedai ni memang berkualiti. Tak perlu tunggu lama pun dalam masa kurang 1 jam dah siap dah cermin mata baru korang tau ;)
Jangan lupa datang! Very recommend. Yaya bagi 10/10 bintang! ★
Lokasi :
EYE PRO VISION
Lot G1111, Ground Floor, Sungei Wang Plaza
Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Terima kasih sudi baca