May 29, 2014

Senaman mudah dan paling senang untuk perempuan. Jom.

Assalamualaikum semua. 

Bila cuti seminggu ni, walaupun assignments dalam kuantiti tons, sempat lagi update blog. haishhh
Lagipun cuti ni tak kemana pun. Duduk rumah je. Jadi nanny ambil adik pergi balik tuisyen, kelas tambahan, pasar etc etc but then rasa memang ni la kita akan buat bila dah berumahtangga nanti kan. 


Since yaya nekad dan sangat bersemangat dan juga rajin nak fitkan lengan sekarang. Nak bagi lengan keras sikit je. Takde lah lembik sangat. Masa part time kat cafe maktab tu dah rasa macam badang dah. Badan sakit sebab muscle mula nak keras. Mana tak nya 7.00 pagi - 1.00 pagi. What an experience betul. Tapi lepas masuk belajar balik lemau balik. -___-


Cuti ni ambil kesempatan bermula semula. jyeah.


So bagi perempuan jom kita buat senaman mudah. Terutama yang kurus kurus tuh. Nanti takde lah senang patah riuk sebab terkehel sikit. eh minta simpang.

Jadi bahan bahan yang diperlukan ialah :

1. Dumbbell 1kg (ikut kemampuan dan berat badan)
2. Hand Grippers
3. Tubuh badan yang cekal (macam lah yaya cekal sangat)




Hand Grippers




Hand Grippers ni terus terang yaya cakap masa mula mula tak larat gila nak tekan. Memang lemah betul tangan yaya ni. Bila dah lama lama practice, so far so good. Tangan rasa kuat sikit. Angkat barang pasar pun boleh bertahan lama sikit.


Benefits amalkan Hand Grippers :

1. Membangun otot lengan
2. Ketahanan tangan
3. Peningkatan kekuatan tangan



Dumbbell



Ok so untuk dumbbell 1 kg, yaya suka buat depan depan cermin. Kebetulan ada cermin panjang bajet kat gym lah kan kita heyahh heyahh depan cermin. Kalau tengah tengok tv pun yaya buat. Kena pulak movie best. Sambil tengok sambil buat senaman ringan ni. Sedar sedar mungkin dah ratus kali dok buat. huhu



Sebenarnya bagi permulaan, dia ada kiraan set dia. Tak boleh terus bantai buat nanti dia punya sakit.. adoy. Serik pulak kang nak buat lagi.

So ikut lah buat macam set 1 : 10kali , set 2 : 30 kali , rehat seminit jap lepas tu sambung lagi 30 kali. Tapi bila dah biasa buat, steady je boleh pung pang 100 kali dua belah tangan. 


Ayah yaya yang ajar cara senaman ni sebenarnya. Dia accident sebelum ni jatuh motor terkena bahagian bahu. Jadi doktor suruh ayah amalkan senaman tangan & lengan untuk kuatkan balik otot tangan ayah.

Yaya selalu buat macam bawah ni je.
(maafkan gambar kalau tak elok. perut semua tu tipu tu salah seluar dengan cardigan berlapis pakai baju. haha)




Gambar 1 : Hand Grippers sebanyak yang mampu
Gambar 2 & 3 : Action macam orang angkat dumbbell 5 kg up and down sebanyak yang mampu
Gambar 4 : Hayun dumbbell 180° darjah semampu boleh. (untuk bahu sekali)


Benefits main dumbbell :

Bagi yaya sama je dengan hand grippers rasanya. Nak kuatkan lengan, nak ada muscle comel, taknak lengan lembik nanti melayut sangat kalau dah tua. hihi. So far lengan yaya takde la keras sangat. Kena sabar juga lah nak buat ni sebab yaya buat masa kat rumah je.





Dan senaman ketiga yang yaya buat ialah squats. Selalu paksa member semua buat. Sampai sakit sakit diorang. Tapi lepas tu, memang umph la tengok diorang punya. hihi nakal kan.

Nak tunjuk yaya buat tak boleh kang dibenci masyarakat. haha

So ni gambar yang yaya dah edit dari Google bagi korang nampak gaya nak buatnya. Kalau tunjuk gambar ori mau nya jadi tak sesuai untuk tontonan umum.

Squats


Make sure badan kena 90° darjah.

Mula mula buat dia punya cramp jangan cakap aa. Bangun tidur rasa terkengkang juga nak pergi toilet. haha. Tapi bertabahlah. Bukan untuk siapa siapa. Untuk kita jugak. 


Benefits squats :

1. Membentuk tubuh badan ideal
2. Membakar kalori
3. Keseimbangan badan (untuk kekuatan kaki)
4. Stamina (untuk jogging)
5. Mencantikkan bentuk punggung kita
6. Untuk kepuasan diri. err.

Ni jadual nya kalau nak ikut.









Kalau korang rasa tak best semua senaman mudah kat atas, korang boleh cuba senaman mudah yang lain macam kat bawah ni. Ni untuk dapat kaki yang lebih seksi. Yaya buat juga tapi tak rajin. haha. Selamat mencuba! 





Bye! 


Terima kasih sudi baca  



May 26, 2014

Kau yang tanam cacing dalam badan sendiri - Angah (Entry special untuk perempuan. Sila ambil iktibar)

Bismillah.
Assalamualaikum semua. 

" Kau yang tanam cacing dalam badan kau sendiri ".


Tajuk entry memang panas sikit. Angah adik yaya memang garang outspoken bila cakap memang tak tapis. Tapi apa dia kata tu memang betul juga. Tersentak lepas tu terus rasa trauma balik.



Pagi tadi yaya kemas kemas meja solek lepas tu ternampak pil yang pernah meranakan diriku masa awal tahun hari tu. Kotak dia memang yaya dah buang sebab semak panjang nipis buat habuk je jadi just keep the papan pil tu alone but still tertutup la. Yaya memang taubat taknak makan pil tu lagi then sengaja nak bukak isi dalam dia nak main main la konon tengok serbuk dia sebelum buang. Tapi apa yang memeranjatkan, keadaan pil tu memang sangat sangat menakutkan. Ya Allah pil ni ke yang aku telan ? 



Bertenang ini bukan entry seram. (baru perasan pil ni ada muka yang scary)




Pakai torchlight sebab nak bagi clear dan zoom in but still not scary enough macam reality.


Bukan ke tekstur pil ni sepatutnya serbuk?



Pil yang yaya dah telan. Yes. Dah.



Macam yang korang nampak, tarikh expired pil ni lama lagi kan. Bulan Mac 2016


Tahun lepas lagi yaya dah try makan. Mula mula memang rasa gatal sikit tapi memang tak expect apa apa sebab yaya ingat dari span mandi. Tapi yaya pernah baca kalau kita makan apa apa supplement kalau ada effect awal tu mungkin sebab badan mula nak sesuaikan diri tapi lepas tu akan okay. Sem lepas yaya memang busy dari pagi sampai ke kelas petang lepas tu sambung kat library sampai tengah malam so memang takde masa nak makan pil tu betul betul. Lepas tu tup tup fenomena nak cantik meletus kan. Jadi yaya pun terpengaruh dan mula makan betul betul memang tak miss sebab dah cuti sem.



Mula mula merah merah manja je.


Lepas tu,


Sumber : Google

Kalau korang nak tahu, kulit yaya terus jadi alergic yang teruk sangat. Yes teruk. Memang malu nak cerita tapi yaya rasa kena sampaikan kat korang yang selalu teruja nak try semua suplemen nak jadi cantik ni. Yaya menangis nangis tersedu sedu sebab malu dan takut masa tu. Pergi klinik dan ambil injection sebab tak tahan gatal sangat. Menangis kat doktor tu sambil cakap macam mana ni doktor, kulit kite boleh elok balik tak? Kite jadi alergic selamanya ke? Tak boleh makan seafood ayam susu telur semua tu ke? (yaya memang tak alergic apa apa makanan pun sebelum ni). Doktor tu cuma cakap, 

"Cuma masa yang menentukan". 

Reaksi dia jahat macam nak takutkan kita macam dapat kanser pula. Allah. minta simpang semua tu dari kita semua.

Ibu yaya pula memang alergic ubat dari umur dia 18. (Alhamdulillah semua ahli keluarga yang lain tak alergic ubat. alergic habuk biasalah kan).Ibu tak boleh termakan yang ada paracetamol. Ada sekali doktor kata ibu boleh makan ubat tu sebab takde kandungan yang boleh buat alergic. Sekali,



Menangis nangis ibu masa ni. Ayah, yaya,semua panik. Kena minum banyak air dan buang air kecil untuk cuci semua ubat dalam badan ibu. Ibu terus trauma lepas tu.


Untuk pengetahuan korang, yaya sangat particular sebelum nak beli apa apa produk. Yaya akan search segala macam info tentang produk dulu sebelum beli. Kalau semua orang dok search apa benefits, but for me yaya search apa keburukan produk tu sebab mesti ada testimoni orang dah buat kan. Untuk produk ni yaya tak dapat banyak info tapi yaya percaya dengan produk ni as dia dah establised, popular, masuk tv pula dan usahawan ni memang popular, dihormati dan disegani. Yaya sendiri pun respect sangat kat owner produk ni secara peribadi. Tapi semua orang tak sempurna dan mereka mungkin terlepas pandang dan yaya pula jadi mangsanya. Sebenarnya yaya rasa lebih kepada ujian Allah tu sendiri kat yaya. 




Ori ke yaya beli? 
Yaya tahu mesti korang nak tanya soalan ni. Untuk pengetahuan korang, pil ni sebenarnya orang kasi kat yaya sekali dengan satu lagi produk dia yang losyen tu. Orang yang bagi ni dia terlibat dengan iklan produksi produk tu dan bila habis shooting, barang iklan tu diorang tak pakai dah. Dari membazir dia ambil dan bagilah kat yaya. Jadi dah tentu dia bagi yaya yang ori kan as barang tu sendiri dah masuk tv untuk iklan. Lagi famous dan original dari kawan kawan pil dia yang lain yang tak masuk tv kan? hee. so yeah. yaya tak salahkan siapa siapa pun dalam hal ini dan taknak petik nama siapa yang bagi, siapa yang terlibat dan siapa punya produk. Yaya taknak aib kan siapa siapa. Yaya percaya semua diorang baik baik dan tak mahu benda ni berlaku. Cuma yaya nak semua berhati hati ya lepas ni.




Sekarang yaya memang tengah berhabis sikit untuk kembalikan kulit kepada asal. Yaya minum Perla coffee dalam 2 kotak, to be honest perla memang membantu kembalikan semula moist kat kulit yaya masa tu dan sisik kering tu cepat pulih dan tinggal kulit mati sahaja. Dan juga sejak minum B'Vite ni parut pun makin pudar dah cuma lambat sikit tapi takpe yaya nampak kesannya. Masa tengah teruk tu, yaya dapatkan sabun untuk alergic kat Klinik Pakar Kulit Ko specialist. Beli sabun yang agak mahal sebab doktor kata kita tak elok pakai sabun yang berbuih untuk kulit lagi pula kulit yang alergic. Tapi manalah puas mandi takde buih kan baru nak feeling feeling nyanyi sambil mandi. Hee. 




Tanda- tanda alergic masa mula mula/pertengahan dia naik. Bila nak tunggu okay dan kering tu yang jadi buruk, merah dan lebam.

Yaya jaga pantang, jaga makan, buat segala petua tradisional. Sapu aloevera lah, kulit pisang lah. Sebelum tidur mesti ibu atau angah tolong curah air panas yang dilarut dengan garam bukit sebab yaya tak tahan gatal sangat dan tak selesa nak tidur (masa ni memang kena pakai cotton clothes all the time, jaga dengan sapu bedak seluruhnya bagi tak merebak dan kena sentiasa dalam keadaan kering). Kalau garu lagi teruk so menangis jela. haha. Kesan luka dan parut tu bukan macam yang korang bayangkan macam kudis atau orang panggil seposen limaposen tu. Ni macam kalau orang yang alah seafood kan dia naik alergic macam tula tapi ni lagi teruk. Bila ingat ingat balik memang rasa sedih sangat tapi sabar itu kan indah? Dan Alhamdulillah masa tu Allah masih sayang alergic tu tak naik muka pun. :')




Maaf semua yaya tak boleh nak upload gambar sebab yelah aurat kan. Ada yaya tangkap gambar masa tengah teruk dulu tapi benci gila dan gambar tu buat yaya sedih dan yaya delete. Kawan tengok pun terperanjat. Roomate pun sama sampai yaya kena explain takut dia geli ke apa. Menyesal pun ada sebab delete. Emosi memang tak stabil masa tu dan dengan segala macam ujian Allah beri dari setiap sudut masyaAllah :') . Dan masa dalam proses pemulihan pantang segala tu ada yaya tangkap gambar sekeping dua sebab happy ada perubahan hihi Alhamdulillah. :')




Sebenarnya bila fikir fikir balik, semua benda yang terjadi dan paling latest berlaku semalam (hp yaya hilang), buat yaya jadi muhasabah diri balik. Cuba sentiasa positif dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah nak bersihkan segala dosa yang yaya dah buat insyaAllah. Memang menangis. Memang. Tapi bukan menangis kerana merasa malangnya diri. Tapi lebih kepada merasa amalan tak cukup lagi. Dan kalau kita rasa nasib kita kurang baik, ingatlah ada lagi yang lebih kurang bernasib baik dari kita. Nikmat bersyukur tu indah kan?


Nak cuba saya? Taknak? Hati hati ya.


Wassalam.



Terima kasih sudi baca 

May 12, 2014

Apa itu B'Vite ?

Assalamualaikum semua! 


Sebenarnya happy dalam sakit senggugut sikit ni. Period dah lambat seminggu dua tapi bila ambil satu makanan tambahan yang menyihatkan ni (dalam minggu ni jugak) terus yaya ABC. Happy sebab period udah ngak telat. Tapi sedih sebab dah puasa setengah hari. wuu wuu. (tapi dapat kan pahala puasa tu? ) :')


Yaya nak share minuman yang sedap sangat ni rasa macam kanak kanak riang pun ada bila suapan pertama minum BVite. Memang sedap sangat sangat dan sangat! Rasa macam strawberry tropica! Reaksi masa first minum tu macam,

"Ya Allah ya tuhan sedapnya!" 

Kalau yaya kata sedap, memang sedaplah ye. Yaya tak kan tipu korang okay! yaya tak letak dalam peti ais sebab yaya duduk asrama. Agaknya kalau letak dalam peti ais mesti lagi sejuk sedap! 


Nampak tak kesedapannya sampai terpejam mata. haha.




Botol dia sexy pink I lioke! 

Untuk pengetahuan korang, BVite mampu mengatasi masalah seperti :

  • Membantu meregenerasi, merevitalisasi dan memelihara sel kulit agar selalu tampak awet muda.
  • Memperbaiki elastilasi, mengencangkan serta menguatkan struktur kulit.
  • Membuat kulit cerah seperti semulajadi
  • Mencegah kulit dari kusam
  • Menyamarkan garis halus
  • Membantu mencegah dan mengatasi masalah kulit seperti flek hitam akibat sinar matahari, jerawat, garis halus, luka dan sebagainya.
  • Membantu menjaga kesihatan rambut, mata, kulit, sistem pencernaan dan sistem kardiovaskular. 
  • Menyamarkan kesan parut serta noda hitam
  • Sebagai antioksidan alami serta anti kanser
  • Membantu melembapkan kulit secara natural dan menjaga kadar air kulit agar terhindar dari masalah dehidrasi.
  • Membantu detoksifikasi/pengeluaran racun tubuh
  • Meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit dan infeksi
  • Membantu mengatasi gangguan pencernaan dan pernafasan
  • Membantu mengatasi kelelahan, letih, lesu serta kram otot

Amboi banyaknya masalah yang mampu diatasi. Yang penting kena usaha dan tawakal. Kita nak sihat kenalah sabar sikit. Semua masalah tu tak boleh settle lepas awak minum 5-6 sudu je lepas tu tak jaga jadual minum dia. Kenalah berterusan kan? Sekarang yaya tengah on the way nak ambil 2 botol dulu. Anything perubahan yang baik yaya akan update next entry bila 2 botol tu dah habis. Okay? 



Kandungan B'Vite : 250 ml

Cara guna: 
1)      2 sudu besar tiap pagi sebelum sarapan.
2)      Digalakkan untuk mengambil 2 kali sehari


Harga:
RM 33.00 only (WM)
RM 39.00 only (EM)
BRD 18.00 (BRUNEI)
SGD 18.00 (SINGAPORE)


Yaya tahu engkorang mesti nak tahu unsur unsur bahan yang terkandung dalam BVite ni kan?

Antara formulasi yang terkandung ialah :


 Bil.
Bahan
1.
Pure marine collagen 
2.
Pomegranate
3.
Goji Berry
4.
Acerolla Cherry
5.
Aloe Vera
6.
Soursop leaf
7.
Bilberry
8.
Psyllium Husk
9.
Argan Stem Cell
10
Apple Stem Cell
11
Grape Stem Cell
12
Alp Rose Stem Cell
13
Comfrey Root Stem Cell
14
Tomato

Wow ada Pomegranate dan Sousop juga lah! Peberet yaya okay dua dua ni. Delima dan daun Durian Belanda. Kalau nak tahu betapa berkhasiatnya delima dan durian belanda boleh pergi google ye. Selalu kalau pergi kedai mesti order air durian belanda. Tapi tengok bajet sebab air dia mahal sikit. Tapi kalau keluar dengan ayah mmg order je. haha. Now tak payah susah susah nak ralat kalau tak dapat minum sebab dua dua dah terkandung dalam satu botol ni. Yaya boleh dapat khasiat untuk dua dua sekali! Pedepow! 




Maafkan bengkak dibawah mataku. Sejak dua menjak ni yaya ter emo lebih. haha

Sebenarnya muka yaya tak perfect macam lepas guna Light : 360 atas ni. But I used to wear less make up nowadays. Yaya nak stabilkan muka semula sebab kalau engkorang nak tahu yaya ada parut jerawat yang kadang kadang bila dia nak hilang, eh eh muncul jerawat baru di tempat sama. I iz zo zedih. Dan parut tu pula tersembunyi di balik lipatan tudung as mungkin ia tak dapat bernafas dengan baik. Muka yaya sensitif sikit. So kalau gambar dari depan nampak la ok sikit kan. Hee. 


Setakat yaya minum suku botol ni yaya rasa muka yaya lembut je bila bangun pagi. Yaya stop jap ambil krim malam nak tengok B'Vite bertindak macam mana. Kalau uols sabar sikit, in sya Allah nanti yaya update muka sebelum dan selepas lepas yaya amalkan B'Vite ni. Tapi dari nak tunggu testimoni yaya, mengapa tidak kita sama sama cuba sekarang dan lepas tu kita sama sama 'gimme five' dan bersyukur sebab dah amalkan awal awal? hihi. Rasanya sangat sangat sedap. Percayalah. 


Selain sedap, harganya juga mampu milik. 100% produk Bumiputera Muslim dan mendapat pengiktirafan dari European Cosmectics in Category Best Active Ingredient untuk Innovation Prize 2008. Gila kau. Daebakk! Clapping Hello Kitty animated emoticon

Kalau nak beli (memang kena beli! cuba sebotol dan kita sama sama share kebaikan nanti), korang boleh terus ke link dibawah :




*Pencegahan Dari Awal adalah langkah terbaik. Selain mengamalkan pola hidup yang sihat, pastikan suplement anti aging anda dapat melawan tanda penuaan secara menyeluruh. Produk anti aging yang diformulasi dengan ekstrak kandungan yang terpilih ini mampu membuatkan kesihatan tubuh anda terjaga selain membuatkan kulit anda tampak muda dan lebih cerah.




Terima kasih sudi baca 


May 11, 2014

Teater Monodrama Lagenda Dato Dol Said

Assalamualaikum semua! 

Letak gambaq satu sebagai mukadimah menaikkan semangat sendiri. -.-'



Walaupun dalam realiti, diri ini lebih banyak menggunakan bahasa pengantara diri sebagai yaya, saya, I you dengan orang sekeliling (kebanyakan saya awak, yaya)  tapi bila berblog rasa tak puas dan tak sampai isi kandungan kalau tak pakai 'aku'. Rasa skema je dan kena sopan juga bahasanya. Tak puas.


Jadi izinkan saya menggunakan aku. :) *senyum tapi muka rebel.


Aku mengaku sejak sejak ni telah jatuh obses dengan Ku hariz, dan kawan kawan hampir berang dibuat aku gara gara letak poster atas ni as default picture group assignment kat group whatsapp. haha. Dan aku nekad mengampu dua sahabat gonjengan aku iaitu Ila dan Aina untuk pergi sama sama menonton teater monodrama ni. Serius talk aku tak pernah tengok teater apa lagi lawak ke der di istana budaya. Walaupun teringin nak pergi, tiada satu pun yang membuatkan aku benar benar mahu pergi. Sehinggalah aku tengok cerita "Nama Aku Beng" dan menamakan lelaki in future aku sebagai Ben. *taktahu apa mimik muka yang korang buat bila baca ayat terakhir ni. 


.


Tapi tak semudah itu ranjau dan durinya. Call tak dapat. Sistem dia down kejap hari tu. Sampai sangguplah aku pergi Maybank isi borang segala sebab nak aktifkan semula Maybank2u dan daftar TAC untuk beli tiket online. Betapa gigih. Dan aku percaya cerita ni best berdasarkan segala info yang telah aku baca mengenai teater ni. Teater ni arahan Raja Azrey which is aku minat dia dari cerita Blok 404 tu. Gila psiko kau dia tu. Memang talented. Kelakar pun ye. Ku Hariz pun kelakar gila dalam Jodoh 2 tu aduhai. Dan kalau siapa yang tengok cerita Puteri Malam, dia berlakon jadi Farid. Memang dia talented gila la memang boleh pergi jauh. Tak, aku puji ikhlas. Bukan sebab suka dia sangat ke apa. Dia dah ada girlfriend pun. dan aku jadi minat kat girlfriend dia pula sekarang ni. hee



So kepada sesiapa yang masih tak tahu mengenai teater ni, segala info ada dalam poster kat atas. Dari 15 - 18 Mei (Khamis - Ahad). Aku pilih hari jumaat dan tak jadi lah pergi hari sabtu. Dah beli tiket pun. Seat baik punya. hee



(lagi sikit nak berdarah hidung)


Btw, teater ‘Monodrama Lagenda Datuk Dol Said’ ni mengisahkan perjuangan Kerajaan Naning sewaktu pemerintahan Dol Said yang menentang British kerana isu pemungutan cukai. 


Trust me. Takkan bosan. Takpe nanti aku dah pergi aku review cerita ni. Janji akan berlaku telus. 



Terima kasih sudi baca 

May 10, 2014

Tahu tak Hari Ibu bila?


Assalamualaikum semua! 

Kalau nak tahu, tarikh perayaan hari ibu adalah berbeza bagi setiap negara dan negara kita Malaysia tercinta meraikan hari ibu pada minggu kedua bulan Mei iaitu pada 11 Mei 2014 untuk tahun ini. Clapping Hello Kitty animated emoticon


Yaya percaya semua orang mesti sayang ibu dia kan. Kepada kawan kawan yang ibunya sudah pergi menghadap Ilahi, hari hari lepas solat subuh sedekahkan Al-fatihah ya. Walaupun parents yaya masih ada lagi sihat Alhamdulillah yaya sentiasa sedekahkan Al-fatihah utk mereka. Sebab yaya ada baca kalau kita sedekahkan Al-fatihah utk parents kita in sya Allah rezeki kita akan dipermudahkan. 


Macam ibu yaya, dia particular ye hari hari penting camni. Dia diam je lepas tu tengok anak dia ingat ke tak. Wish ke tak. Kiss hug dia ke tak. Sajalah tu nak uji anak sendiri. 


Ibu yaya ni garang okay. Lebih kurang yaya la. haha. Pernah, kalau dia jerit nak panggil adik balik sebab dia tu memang, hari nak gelap tak reti balik. Bergegar jugalah rumah sampai jiran keluar tengok. haha. Tapi sekarang ibu tak jerit dah. Dia lebih penyabar sekarang. Tapi adik yaya tetap tak lupa yang dia punya dua kakak yang ada tone nyaring seperti ibu.


Bagi yaya, ibulah segalanya. Penawar duka pengubat hati kawan bergaduh dan tempat bermanja. Bila sedih, stress, lepas nangis, mesti call ibu tapi kawal nada lah jet jet tak nangis dan berlakon happy gila suaraku. muehehe. Kalau nak balik rumah, mesti ibu tanya nak makan apa. Sampai tak kisah la dia masak apa. Nasi panas, sambal kering cili padi pun dah sedap sangat dah bagi yaya. Auw. terkecuq pulak. Puasa ni. 

Selamat hari Ibu Puan Zaliah. Orang sayang sangat kat Ibu! :')




Macam mana dengan ibu korang pula? Jangan lupa wish dia ya. Kita tahu selalu perempuan memang sweet akan wish ibu dia dan bagi hadiah. Tapi lelaki jarang. Sebab malu lepas tu segan nak cakap. Tak payah cakap depan depan pun takpe bagi je message ke whatsapp ke. Mengertilah. Ibu, mama, mak, umi, mummy korang mesti sebak terharu kalau korang wish dia. Lepas tu, bagitahulah mintak maaf segala salah silap dan cakap yang korang sayang sangat kat dia. Hee. Nanti mesti dia baik je lepas tu masak sedap sedap! Buat tau!


Bye! 




*ketahuilah kamu bahawa hidupmu berkat kerana doa ibumu. Jagalah hati dia. 
Buat mak mertua, yaya janji yaya akan jaga mak mertua molek molek deh. :p




Terima kasih sudi baca 



May 8, 2014

Bismillah :)

Bismillah. Again.

Assalamualaikum semua! 


Ya Allah rindunya blog yaya ni. Hampir 2 tahun lebih juga yaya rehat dari dunia blog. Sejak masuk uitm (now dah tahun akhir) takde langsung entry yang yaya publish. Ada sebenarnya tapi semua tergantung dalam draft :')


Sebelum tu, yaya nak ambil berkat dalam bulan Rejab ni untuk ucapkan selamat berpuasa kepada mereka yang berpuasa sunat. Dan juga nak panjat syukur rezeki yaya semakin murah sekarang. Alhamdulillah Alhamdulillah. Rezeki tak semestinya dalam bentuk wang ye. Kasih sayang, ibu ayah, kawan-kawan yang baik disekeliling kita juga salah satu nikmat rezeki. Remember?


Kadang - kadang kita lupa. Tuhan bagi kita nikmat bahagia. Tapi kita kufur. Bila tuhan uji, tarik sikit bahagia tu, jatuh terjelepuk luka berdarah baru kita nangis sungguh - sungguh. Bukan sebab kita hilang rasa bahagia tu, tapi kita rasa jiwa kita turut sakit kerana rasa pencipta kita dah merajuk tak mahu kawan kita sekejap. Mungkin Allah tak redha kat kita. Lepas tu, baru kita merintih. Cari Dia. Mohon jangan tinggal kita lagi. 


.

.

.


Sekarang. Mula rasa jiwa dah sembuh. sihat sikit. Walaupun tak sembuh sepenuhnya, kita percaya, Allah sentiasa ada dengan kita. Kena percaya tu. Bangkit semula. Cari redha Ilahi. 


Dan sekarang, yaya bersemangat ni. BERSEMANGAT. 


Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Kuatkan hati kita jiwa kita untuk sentiasa mencari redhaNya. Hargai manusia sekeliling kita dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam menjaga hubungan diantara manusia. Semoga kita menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. Aamiin ya rabb. 



Doa yang baik-baik. In sya Allah datang yang baik-baik. Kan? 


.

.

Antara kesayangan beta. Tak ingat sem berapa. hewhew 





Terima kasih sudi baca 


May 1, 2014

Soya tak baguss?? Apa? !!



Assalamualaikum semua. 


Kebanyakan orang sukaaa sangat minum air soya kan? Lagi lagi bulan puasa berduyum duyun orang cari air soya. Tapi ramai tak tahu yang disebaliknya


Dah bajet percaya sepenuh hati kelebihan soya ni macam orang kata :

1. Tinggi protein
2. Dapat kulit cantik gebu gebu
3. Baby dalam kandungan pun nanti kua putih je macam soya
4. Merangsang kecerdasan minda
5. Kuruskan badan


Dan macam macam lagi benda best kalau tahu, sure nak minum soya hari hari. 



Yang sebetulnya tentang soya :


1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.
2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri.
3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.
4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya = ???
5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya:* kembung perut,* kekurangan asid amino,* kerosakan pankreas. Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang. Malangnya..
6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK, tahu??? (cukup tak 3 tanda soal?)




Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat,serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.




Firman Allah:Wahai sekalian manusia!Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Surah Al-Baqarah: 168)




Tempe dan kicap soya adalah baik untuk kesihatan. Kenapa? Sebab.. tempe dan kicap telah melalui proses fermentation atau bahasa melayunya, penapaian. Soya ni cuma tak elok dimakan secara fresh atau mentah, apatah lagi kalau dah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar especially)




DAN ARTIKEL DARI USTAZ HASHIM DIBAWAH TAJUK KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH?? WAJAH HITAM KACANG SOYA


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.




Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.




Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).



KES : 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!



Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).



(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)


(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)



Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.



Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.



Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.



(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)



Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.



(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)




Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.



Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.



Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.


Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.



Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.



KES: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!



KES: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.


Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.


MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT





Macam mana? Berapa gelen dah awak minum?




Terima kasih sudi baca