Berita baik untuk kaki contest, inilah masanya untuk korang merebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM2 juta dengan menyertai kempen 'Wheel-Yoo-Win'! Kempen ‘Wheel-Yoo-Win’ yang direka khusus bagi memberi ganjaran kepada para pengguna setia Yoodo dengan pelbagai hadiah menarik bersempena perayaan akhir tahun.
Kempen yang dianjurkan dengan kerjasama SEA Gamer Mall (SEAGM) ini akan berlangsung sehingga 21 Disember dan menawarkan peluang kepada pengguna yang layak untuk memutar roda hadiah bernilai daripada RM5 hingga RM200. Hadiah-hadiah yang ditawarkan termasuklah item dalam permainan serta Kod UC PUBG MOBILE, langganan percuma selama setahun kepada Majoriti bersama 2H1M ‘staycation’, e-baucar Grab, kad e-hadiah Starbucks, e-baucar Petronas, berlian Mobile Legends Bang Bang, e-baucar beli-belah Lazada dan banyak lagi. Selain daripada itu, para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama yang menarik seperti iPhone 14 Plus terbaharu (bernilai RM5,000), peranti Samsung (bernilai RM800), dan kelengkapan permainan video (bernilai RM600), menerusi cabutan bertuah istimewa yang diadakan secara maya pada setiap bulan. Wow bestnya!! 😍
Cara Menyertai Kempen 'Wheel-Yoo-Win'
Mudah je! Korang hanya perlu berbelanja minimum RM32 apabila memperbaharui atau mengubah suai pelan Yoodo, secara automatik korang juga dijamin akan membawa pulang satu hadiah! Setiap peserta yang layak akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win dan serta-merta menerima salah satu hadiah yang ditawarkan. Selain memenangi hadiah yang dijamin menerusi putaran roda itu, pelanggan yang berkongsi kemenangan mereka di media sosial Facebook dan Twitter, akan layak untuk menyertai cabutan bertuah bulanan, dan nantikan acara cabutan bertuah hadiah utama yang akan diadakan pada 31 Oktober, 23 November, dan 22 Disember.
Senarai Hadiah termasuk 'Daily Spin'
- Data Berkelajuan Tinggi 3GB Yoodo (Booster) (Pengaktifan talian Yoodo)
- Data Berkelajuan Tinggi 7GB Yoodo (High Speed Activation Data) (Pengkatifan talian Yoodo)
- e-Baucar Cashback SEAGM
- Barangan In-Game PUBG Mobile Yoodo Jerseys, costumes and items
- Langganan 1-Tahun Percuma Majoriti + 2H1M Staycation
- e-Baucar Grab
- e-Gift card Starbucks
- e-Baucar Lazada
- e-Baucar Petronas
- e-Baucar Shopee IT Mall
- Tiket TGV Cinema
- MLBB Diamonds
- Kod UC PUBG Mobile
- Kredit Razer Gold
Hadiah Cabutan Bertuah Bulanan
(menerusi cabutan bertuah istimewa yang diadakan secara maya pada setiap bulan)
- 1x iPhone 14/iPhone 14 Plus
- 2x Gajet Samsung
- 3x Gaming Gears
Pelanggan SEAGM juga boleh mengambil bahagian dengan membuat transaksi yang boleh melayakkan mereka di dalam laman sesawang SEAGM, dan 150 pelanggan pertama yang layak setiap hari akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Wheel-You-Win, sila kunjungi https://www.yoodo.com.my/wheelyoowin.
Jangan lupa kunjungi https://www.yoodo.com.my/wheelyoowin dan rebut hadiah menarik yang ditawarkan! 😃
Terima kasih sudi baca