Oct 22, 2022

YOODO | Rebut Peluang Untuk Memenangi Pelbagai Hadiah Bernilai Lebih RM2 Juta Dengan WHEEL-YOO-WIN

 


Berita baik untuk kaki contest, inilah masanya untuk korang merebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM2 juta dengan menyertai kempen 'Wheel-Yoo-Win'! Kempen ‘Wheel-Yoo-Win’ yang direka khusus bagi memberi ganjaran kepada para pengguna setia Yoodo dengan pelbagai hadiah menarik bersempena perayaan akhir tahun.


Kempen yang dianjurkan dengan kerjasama SEA Gamer Mall (SEAGM) ini akan berlangsung sehingga 21 Disember dan menawarkan peluang kepada pengguna yang layak untuk memutar roda hadiah bernilai daripada RM5 hingga RM200. Hadiah-hadiah yang ditawarkan termasuklah item dalam permainan serta Kod UC PUBG MOBILE, langganan percuma selama setahun kepada Majoriti bersama 2H1M ‘staycation’, e-baucar Grab, kad e-hadiah Starbucks, e-baucar Petronas, berlian Mobile Legends Bang Bang, e-baucar beli-belah Lazada dan banyak lagi. Selain daripada itu, para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama yang menarik seperti iPhone 14 Plus terbaharu (bernilai RM5,000), peranti Samsung (bernilai RM800), dan kelengkapan permainan video (bernilai RM600), menerusi cabutan bertuah istimewa yang diadakan secara maya pada setiap bulan. Wow bestnya!! 😍


Cara Menyertai Kempen 'Wheel-Yoo-Win'

Mudah je! Korang hanya perlu berbelanja minimum RM32 apabila memperbaharui atau mengubah suai pelan Yoodo, secara automatik korang juga dijamin akan membawa pulang satu hadiah! Setiap peserta yang layak akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win dan serta-merta menerima salah satu hadiah yang ditawarkan. Selain memenangi hadiah yang dijamin menerusi putaran roda itu, pelanggan yang berkongsi kemenangan mereka di media sosial Facebook dan Twitter, akan layak untuk menyertai cabutan bertuah bulanan, dan nantikan acara cabutan bertuah hadiah utama yang akan diadakan pada 31 Oktober, 23 November, dan 22 Disember. 


Senarai Hadiah termasuk 'Daily Spin'

  • Data Berkelajuan Tinggi 3GB Yoodo (Booster) (Pengaktifan talian Yoodo)
  • Data Berkelajuan Tinggi 7GB Yoodo (High Speed Activation Data) (Pengkatifan talian Yoodo)
  • e-Baucar Cashback SEAGM 
  • Barangan In-Game PUBG Mobile Yoodo Jerseys, costumes and items 
  • Langganan 1-Tahun Percuma Majoriti + 2H1M Staycation
  • e-Baucar Grab
  • e-Gift card Starbucks 
  • e-Baucar Lazada 
  • e-Baucar Petronas
  • e-Baucar Shopee IT Mall
  • Tiket TGV Cinema 
  • MLBB Diamonds
  • Kod UC PUBG Mobile 
  • Kredit Razer Gold 

Hadiah Cabutan Bertuah Bulanan 

(menerusi cabutan bertuah istimewa yang diadakan secara maya pada setiap bulan)

  • 1x iPhone 14/iPhone 14 Plus 
  • 2x Gajet Samsung 
  • 3x Gaming Gears

Pelanggan SEAGM juga boleh mengambil bahagian dengan membuat transaksi yang boleh melayakkan mereka di dalam laman sesawang SEAGM, dan 150 pelanggan pertama yang layak setiap hari akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win. 


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Wheel-You-Win, sila kunjungi https://www.yoodo.com.my/wheelyoowin


Mengenai Yoodo 

Dilancarkan pada Januari 2018, Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih digital bebas yang dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad. Ia menawarkan perkhidmatan mudah alih yang pertama di negara ini yang benar-benar boleh disesuaikan dengan ketelusan, fleksibiliti dan kemudahan pelanggan yang lengkap.   
Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, layari yoodo.com.my atau yoodoMY di laman sosial Facebook,  Instagram, TikTok, YouTube dan Twitter. Atau dapatkan berita esukan terkini dengan megikuti @yoodoesports di Facebook atau @yoodoesportsmy di Instagram. 

Mengenai SEAGM

SEA Gamer Mall Sdn Bhd, SEAGM ialah sebuah syarikat platform e-dagang barangan dan perkhidmatan digital antarabangsa yang mantap untuk para pemain, pembangun, dan penerbit permainan video. SEAGM mempunyai beberapa pejabat di Malaysia, China, dan Thailand, ia menjadi pilihan para pemain untuk mendapatkan tambah nilai permainan video dalam talian dan barangan digital.  

SEAGM berjaya membangunkan platform e-dagang barangan digital dan pembayaran permainan video dalam talian (SEAGM.com) dan platform pasaran barangan digital (KALEOZ.com). Dengan  pelbagai projek dan kerjasama serta perkongsian yang berjaya dilaksanakan, SEAGM bersedia untuk mencipta pencapaian yang lebih besar sambil ia mengukuhkan lagi kedudukannya di dalam industri permainan video di peringkat global.

Jangan lupa kunjungi https://www.yoodo.com.my/wheelyoowin dan rebut hadiah menarik yang ditawarkan! 😃


Terima kasih sudi baca    

No comments:

Post a Comment