Hai korang! Siapa tengah struggle dengan masalah kulit muka yang kering? Samalah kita! Even Yaya dah minum air segelen pun, rasa macam tak puas hati kenapa still macam ada kulit mengelupas hmm rasanya mungkin sebab perubahan cuaca dan seharian duduk kat ofis dengan air cond yang sejuk, muka pun jadi kering. Kalau minum air sahaja tak cukup, kita kenalah ambil inisiatif rawat dari luar pulak kan?
Sebelum ni Yaya pernah guna rangkaian NUViT Anti-Acne yang tersangatlah bagus gila terutama Acne Purifying Gel yang mana meredakan keradangan dan mengecutkan jerawat kita dalam 24jam sahaja! Sekarang Yaya teruja nak try NUViT MoistLoc Hydrating Skincare Series mereka yang baharu pulak. Rangkaian kali ini pula memberi fokus kepada penghidratan kulit dan rawatan dari dalam kulit untuk menambah baik skin-barrier pada kesihatan kulit muka kita.
Jenama NUViT adalah produk penjagaan kulit dari Taiwan yang mengkhususkan kepada penjagaan kulit dengan elemen bahan yang berkualiti tinggi dan berkesan yang mana ianya menggunakan teknologi klinikal dengan ekstrak berasaskan tumbuhan semulajadi. Rangkaian NUViT MoistLoc menggunakan rumusan ekstrak tumbuhan semulajadi, bebas alkohol dan tidak menyebabkan alergik.
Untuk mendapatkan kulit yang sihat, lembap dan hidrat lebih lama, NUViT MoistLoc Hydrating Skincare Series menggunakan 3 prinsip iaitu, 'Repair, Rejuvenate and Revitalize' . Berikut adalah produk yang terdapat dalam rangkaian NUViT MoistLoc Hydrating Skincare :
- MoistLoc Hydrating Double Action Cleansing Milk
- MoistLoc Hydrating Toner
- MoistLoc Hydrating Crystal Serum
- MoistLoc Hydrating Active Gel
Menyasarkan kulit yang letih dan kering, bahan utama CeraHA + ™ yang merupakan gabungan unik Ceramide, Viola Tricolor Extract dan Hyalusphere® PF berkesan membantu:
- Merawat dan memulih skin-barrier yang rosak
- Mengaktifkan peredaran lembapan kulit secara mendalam
- Mengekalkan kelembapan secara optimum untuk penghidratan yang tahan lama
- Membuatkan kulit lebih anjal
- Menyegar dan melembutkan kulit muka
MoistLoc Hydrating Double Action Cleansing Milk
RM 27.90
Bahan-bahan: Camamides, POLLUSHIELD ™, Licorice
Pencuci muka yang lembut ini sesuai untuk semua jenis kulit dan berfungsi secara 2 dalam 1 yang mana ianya boleh menanggalkan make up harian dan mencuci dari dalam. Selain itu, pencuci muka ini juga boleh melembutkan, membaiki, menghidrat dan melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan habuk disekeliling kita.
Cara guna : Sapukan ke kulit yang basah dan urut secara perlahan, bilas dengan teliti dan keringkan tanpa menggosok kulit muka. Gunakan sebagai pencuci muka setiap hari pagi dan petang untuk kulit kering. Berfungsi untuk menanggalkan make up harian, kotoran pada kulit dan menghidrat kulit.
Review dari Yaya : Best! Sangat lembut bila kita gunakan pada kulit muka. Mungkin kerana formulasinya yang berasaskan susu, membuatkan kulit muka terus rasa soothe gitu tanpa membuatkan muka rasa kesat selepas mencuci. Walaupun function dia 2 dalam 1 sebagai penanggal make up, tak sesuai untuk mereka yang ber-makeup tebal ya. Yang tu memang kena buat double cleansing ;) So far kalau setakat make up pergi ofis tu memang okay. Ianya tidak berbuih dan juga tak ada bau wangi. Berbau natural sahaja :)
Siapa yang suka tak pakai toner tu, lepas ni kena disiplin pakai toner tau sebab ini juga merupakan basic skincare yang paling utama. Terutama untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering, penggunaan toner sangat penting untuk membaiki skin-barrier kita yang rosak akibat penggunaan bahan kimia yang bahaya pada kulit muka (produk timbang kilo sebelum ni), suka tonyoh muka kuat-kuat time pakai skrub dan macam-macam lagi. So dengan penggunaan MoistLoc Hydrating Toner, ianya akan elokkan semula skin-barrier, menghidrat, mengekalkan keseimbangan pada kulit, melembutkan kulit dan menggalakkan rangsangan kulit yang sihat.
Cara guna : Selepas menggunakan cleanser, tekapkan secara lembut kapas bertoner pada seluruh bahagian wajah.
Review dari Yaya : Ianya berbau natural sahaja. Tidak memedihkan muka dan membuatkan muka kita terus segar selepas pakai!
MoistLoc Hydrating Crystal Serum berfungsi sebagai pelembab yang sangat mendalam bagi meningkatkan keanjalan kulit dan pemulihan kulit wajah kita. Selain menambah keserian wajah, ianya juga mengaktifkan peredaran dan keseimbangan air pada kulit bagi melicin dan melembabkan kulit muka.
Cara guna : Selepas memakai toner, ratakan serum ke seluruh bahagian wajah dengan urutan dan boleh tekan secara perlahan-lahan kulit wajah kita bagi memastikan serum menyerap dnegan baik. Gunakan pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.
Review dari Yaya : Super best! Tekstur yang ringan tetapi padu. Sangat cepat menyerap kedalam kulit. Ianya tak berbau dan tidak meninggalkan kesan lekit pada wajah. Yaya memang pencinta serum so MoistLoc Hydrating Crystal Serum akan jadi one of my favourite serum lepas ni hihi. Memang syok pakai serum ni lagi-lagi sebelum tidur. Bangun pagi nampak muka fresh je dan lebih soft dari semalam :p
MoistLoc Hydrating Active Gel
RM50.90
Bahan-bahan : Plantal extract complex, PatcH20™, Sacrum Algae, SymCalmin
Pelembab yang memberi ketahanan lebih lama pada kulit wajah dengan tekstur gel yang sangat menyegarkan. Memberi jaminan dengan mengekalkan kelembapan di tahap optimun, Hydrating Active Gel ini menjadikan kulit lebih kenyal dan anjal. Gel krim ini juga boleh digunakan secara ringan pada waktu siang dan digunakan sebagai mask pada waktu malam sebelum tidur.
Ia berfungsi untuk memperbaharui sel kulit wajah dan memberikan penghidratan yang lebih tahan lama pada wajah secara mendalam. Selain mengekalkan kelembapan, wajah juga akan menjadi lebih berseri kerana formulasi bahan-bahannya yang baik untuk kulit.
Cara guna : Sapu pada kulit muka yang telah dibersihkan selepas penggunaan utama seperti step sebelumnya. Ratakan pada keseluruhan wajah dan leher dengan urutan lembut.
Review dari Yaya : Sangat best! Gel dia walaupun nampak tebal tapi langsung tak membuatkan kulit kita rasa melekit atau tak selesa. Ianya sangat watery dan mudah menyerap kedalam kulit. Masalah kulit muka Yaya yang kering pun dah makin pulih. Lepas ni kena lebih berdisiplin kalau nak maintain muka yang moist! Yaya ada masalah kulit kombinasi yang mana berminyak di Zon T dan kering di kawasan lain. So masalah kulit berminyak di Zon T pun nampak makin okay. Mungkin gel ni dia balancekan keadaan kulit muka Yaya dan kawal minyak muka dari terlebih keluar hihi. Recomended!
Bagi mereka yang tercari-cari produk yang sesuai untuk merawat kulit muka yang kering, korang boleh cuba rangkaian NUViT MoistLoc Hydrating Skincare ni dahulu. Selain memberi kelembapan yang optimun, masalah jerawat pada kulit wajah Yaya pun dah berkurang. Kalau time datang bulan tu memang tak dapat den nak tolong sebab tu dari perubahan hormon hihi tapi yang penting cepat je muka elok balik lepas tu ;)
My most two favourite is MoistLoc Hydrating Crystal Serum and MoistLoc Hydrating Active Gel ❥
Untuk maklumat lanjut tentang produk NUViT:
Website: www.nuvit.com.my
Facebook: @Nuvit.Malaysia
Instagram: @nuvitmy
Product Info Line: 1800-88-3679
Terima kasih sudi baca