Oct 29, 2021

Sanitizer Tanpa Alkohol dan Tanpa Bahan Kimia Serta Mesra Kanak-Kanak | ELECLEAN Disinfectant Device


Hai korang! Seronok kan dah boleh dine in kat restoran? Walaupun dah ada pelepasan untuk dine in, korang kena selalu make sure untuk pastikan persekitaran tu tak terlalu sibuk dan sentiasa tengok samada premis selesa dan bersih sebelum decide untuk dine in okay? Sekarang ni, face mask dan hand sanitizer dah jadi benda wajib untuk dibawa bersama kan? Sebelum duduk kat meja dan kerusi, Yaya yang sejenis paranoid ni akan bersihkan dulu apa yang patut sebelum duduk hihi. Bukan apa, untuk keselematan diri dan orang tersayang juga termasuk anak kecil yang menunggu kita pulang aagitchew.


Untuk mereka yang ada masalah kulit sensitif dan sentiasa alah dengan sanitizer beralkohol, korang tahu tak sekarang dah ada advance technology yang mampu mengubah air biasa kepada sanitizer yang sangat efektif membasmi dan membunuh bakteria, kuman dan virus sehingga 99%? Hebat bukan? 


Nak tahu sanitizer jenis apa? Yaya sendiri pun dah jatuh cinta dengan ELECLEAN Disinfectant Device.


Confident gituh pegang muka haha yang penting dah spray tangan dengan ELECLEAN Disinfectant Device hihi.




Apa itu ELECLEAN Disinfectant Device?

ELECLEAN merupakan produk yang dicipta oleh sekumpulan saintis dari Taiwan yang menggunakan teknologi elektrokimia dengan inovatif eksklusif yang termaju dan pertama di dunia yang mana 100% menggunakan bahan mentah iaitu air, tanpa bahan tambahan seperti bahan kimia atau ubat pengawet.


Dengan teknologi ini, molekul air dapat dielolisis menjadi Reactive Oxygen Species (ROS) iaitu sanitizer dalam masa 15 minit sahaja! Teknologi ELECLEAN dapat menghapuskan sehingga 99.9% semua jenis bakteria dan virus. Paling penting, ianya tidak beracun pada kulit dan selamat. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang ada masalah kulit sensitif dan anak-anak eczema, sangat sesuai gunakan sanitizer seperti ELECLEAN Disinfectant Device.


Kebaikan ELECLEAN Disinfectant Device

1. Eleclean ini merupakan teknologi canggih pertama di dunia yang mampu menukar air menjadi sanitizer dan mempunyai lebih daripada 34 paten. Teknologi canggih ini sepenuhnya dimiliki oleh Eleclean secara ekslusif dan merupakan satu-satunya syarikat di dunia yang mempunyai teknologi canggih ini.



2. Sanitizer yang selamat, tidak menggunakan alkohol, tidak menggunakan bahan kimia, tanpa bahan pengawet dan juga tanpa penstabil dalam menghasilkan sanitiser. Ini bermakna tiada toksik dan sisa kimia yang tertinggal pada kulit apabila kita menggunakan Eleclean Disinfectant Device ini. Apa yang diperlukan hanyalah air bersih, aktifkan peranti, tunggu selama 15 minit dan sanitizer selamat untuk digunakan!



3. Lebih membanggakan, ELECLEAN telah diiktiraf dan juga telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Antaranya ialah Pertubuhan Kesihatan Sedunia / World Health Organization (WHO)yang telah menyenaraikan ELECLEAN sebagai teknologi inovasi dalam usaha global menentang Covid-19. Sanitizer ELECLEAN juga berkesan membunuh 99.9% virus dan bakteria bahaya lain seperti H1N1, E.coli dan lain-lain. 




4. Oleh kerana sanitizer ini dihasilkan tanpa menggunakan bahan kimia dan alkohol, maka ianya sangat selamat digunakan pada kulit manusia, terutamanya mereka yang mempunyai bayi dan anak yang baru lahir atau mereka yang mempunyai kulit sensitif. ELECLEAN tidak merengsa dan tidak berbahaya pada kulit dan mata serta diluluskan SGS. Selain itu, ianya senang nak dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kecil dan juga ringan. Mak-mak confirm jatuh cinta dengan sanitizer ni. 



Senang je nak buat sanitizer sendiri! Cuma masukkan Activated Carrier yang yelah disediakan serta 2 cup kecil air kedalam device, tunggun 15 minit dan kemudian dah siap dan selamat digunakan!




5. Yaya paling suka dengan fungsi dan kelebihannya yang mesra alam! ELECLEAN dikelaskan sebagai peralatan elektrik rumah yang boleh digunakan untuk bertahun-tahun dan paling penting ianya selamat untuk pelbagai usia! Oleh itu, dengan peranti ELECLEAN, kita semua boleh mengurangkan penggunaan botol sanitizer pakai buang dan juga menjimatkan duit dari beli sanitizer selalu. Kiranya macam one-off gitu! Boleh guna sampai bila-bila hihi ;)


Kalau korang nak beli ELECLEAN Disinfectant Device ni, jangan lupa gunakan kan Promo Code YAYA15% untuk penjimatan dan diskaun sebanyak 15%!


Untuk maklumat lanjut :






Terima kasih sudi baca  

Aug 15, 2021

Idea hadiah cantik dan unik untuk orang tersayang | Arez Print

 


Hai korang! Awal bulan Ogos haritu Yaya macam bingung sikit nak cari hadiah anniversary untuk Shawn. Tahun ni macam all out Yaya nak happykan dia. Banyak ye hadiah Yaya bagi kat dia tahun ni alang-alang birthday dia pun 15 Ogos haa seronok dia dapat timbunan hadiah!


Tapi selalunya hadiah yang dia bakal dapat dia dah boleh teka and jenis hadiah yang selalu orang hadiahkan pada pasangan. Tahun ni rare sikit Yaya hadiahkan dia LED Exclusive dari Arez Print! First time Yaya tengok jenis-jenis Potrait dan Calendar yang mereka buat, Yaya dah jatuh hati sangat! Terus Yaya tempah sempena 5 tahun perkahwinan kami.


Apa yang specialnya, LED ni dalam bentuk kaca yang sangat cantik dan kemas! Yang ni design pilihan Yaya. Suka pulak kita tengok bila ada tarikh kalendar macam ni. Boleh remark tarikh perkahwinan sekali. Apa yang Yaya lagi suka, boleh letak gambar! Hihi suka tau baru la makin special. Mengenang kembali awal-awal perkahwinan aagitchew


Pilihan gambar Yaya. Amboi gatai >,<
 

Harga bermula dari RM59. Design macam Yaya ni RM79 sahaja sebab ada add on gamabr and bagi Yaya sangat berbaloi!


Paling nice bila pasang waktu malam. Ada suis untuk kita switch on. Boleh guna kabel macam charger hp tu je and pedepow terus cantik ye ruang kenangan untuk diimbau hihi


Ada banyak lagi design lain yang cantik-cantik tau! Korang boleh terus pergi ke IG @arez.print . Diorang selalu buat promo best so bolehlah get ready untuk hadiahkan orang tersayang.





Ni suami kita excited nak buka hadiah hihi


Contoh dalam kotak dan bila on lampu aish cantiknya! Feeling so special! 


Ni kalau letak kat sudut kabinet pun memang cantik sangat. Boleh jadi lampu tidur juga tralala!


Kalau korang rasa nak beli atau nak survey LED exclusive ni dan tengok design lain yang cantik-cantik dari mereka, boleh terus ke IG mereka @arez.print  atau boleh terus hubungi mereka di kliksini.my/arezprint untuk sebarang pertanyaan.

Terima kasih sudi baca  

May 19, 2021

Tony Roma's | Hidangan Tulang Rusuk Dengan Ramuan Istimewa Yang Pastinya Mengasyikkan!



Hai korang! Dah seminggu rupanya kita berhari raya. Sayu pula hati kita bila berhari raya untuk tahun kedua dalam musim PKP ini. Tapi apakan daya, kita kena terus kuat semangat dan amalkan SOP yang ditetapkan okay. Semoga pandemik segera reda dan kita boleh makan di restoran bersama keluarga tersayang. Masih teringat lagi kenangan sepanjang Ramadhan dan Syawal tahun lepas yang mana kita hanya boleh berbuka puasa dan makan dirumah sahaja. Kadang-kadang tu bila boring dan takde idea nak masak, kita order je online. Senang kan hihi :p


Sebelum PKP haritu, Yaya sempat berbuka puasa di Tony Roma's dan excited nak try Tony Roma's Festive Flavours yang Yaya nampak di Facebook mereka. Ada 3 jenis sajian yang menggiurkan. Geram ye tengok gambar diorang kat Facebook tu!




Tempting much? Untuk penggemar hidangan daging premium macam ni sure korang pun tak sabar nak try kan? Yaya pun! Tengok poster Tony Roma's ni lalu lalang kat timeline Yaya terus decide nak pergi berbuka puasa di sana. Tapi korang jangan risau, walaupun sekarang musim PKP, korang still boleh dapatkan melalui platform Grab Food dan juga Food Panda.


Antara menu wajib yang korang boleh cuba ialah Rib Bone Stew iaitu Sup Tulang Unik yang merupakan pembuka selera yang sangat membuka mata! Paling penting of course watak utama iaitu Festive Beef Ribs Platter yang didatangkan bersama set 10 ketul tulang rusuk dengan 5 rasa berbeza dan istimewa, Festive Lamb Slabs Platter dengan tiga potongan daging kambing dan T-Bone Steak beserta minuman dan pencuci mulut yang enak.


Rib Bone Stew
Dimasak dengan cara masakan Amerika namun masih mengekalkan citarasa Malaysia. Daging yang direneh selama beberapa jam sehingga daging tulang rusuk menjadi begitu lembut sehingga mudah dipisahkan dari tulangnya. Hasilnya, stew yang pekat dan kaya dengan rasa yang mewah. Yaya first time rasa terus macam kegembiraan meletup-letup didalam mulut! Daging tu sangat lembut tau hee hidangan sup tulang macam ni memang kegemaran Yaya.


Festive Beef Ribs Platter 
Untuk penggemar daging tulang rusuk yang premium, wajib try Festive Beef Ribs Platter yang dihidangkan dengan 5 rasa yang berbeza dan sesuai untuk dikongsi secara berkumpulan.

Hidangan besar yang lengkap bersama 2 pilihan hidangan sampingan samada jagung, coleslow atau mashed potato bersama hidangan Rib Bone Stew. Menariknya, korang boleh mencuba kesemua 5 jenis rasa unik yang dihidangkan khas dalam set Festive Beef Ribs Platter ini tanpa perlu memilih. Seronok kan boleh rasa semua? Hee

Untuk pengetahuan, tulang rusuk ini diperap dengan ramuan istimewa Dry Rub baru buatan sendiri yang menggunakan kombinasi rempah ratus yang disapu pada rangkanya untuk menjadikan daging lebih sedap. 

Bagi mereka yang lebih menyukai rasa pedas, boleh memilih untuk mencuba Sriracha atau Black Pepper. Manakala bagi yang lebih sukakan rasa asli, Original BBQ serta Spicy juga terdapat didalam hidangan ini.




Nampak sedap kan? Memang sedap!


Festive Lamb Slabs Platter 
Set hidangan ini juga didatangkan dengan Rib Bone Stew bersama hidangan sampingan. Festive Lamb Slabs Platter dengan tiga potongan daging kambing yang sungguh lazat, lembut dan sangat mengasyikkan! Terasa perapan enak gandingan sos Madu dan Plum.


Bagi penggemar daging kambing macam Yaya, memang Yaya recommend kepada pencinta kambing untuk cuba hidangan ini bersama keluarga dan orang tersayang. Syok ye Festive Lamb Slabs Platter ni memang feeling betul bila makan hihi ^_^



T-Bone Steak
Bagi mereka yang inginkan hidangan bersaiz kecil, korang boleh try set T-Bone Steak. Dengan saiz hidangan 450gm T-Bone Steak, sesuai untuk makan seorang ataupun berdua. Ia dimasak dengan begitu sempurna menjadikan dagingnya lembut dan sesedap rasa.





Dessert
Untuk pencuci mulut sebagai pelengkap hidangan pula, pelanggan boleh memilih untuk menikmati Kurma Tiramisu ataupun pilihan minuman Lychee Bandung atau Lychee Mojito sebagi penutup selera.


Untuk yang ingin menikmati hidangan premium yang lazat, mewah dan menyelerakan dari Tony Roma's ini, korang boleh dapatkan melalui platform >> Grab Food dan juga >> Food Panda bermula 7hb sehingga 20hb Mei 2021. Available di semua outlet Tony Roma's kecuali Mahkota Parade. Seronok juga kan boleh makan dirumah bersama yang tersayang? Boleh sambil-sambil tengok Netflix hihi.


Untuk maklumat lanjut mengenai menu :

Facebook : Tony Roma's
Instagram : @trmalaysia

Terima kasih sudi baca  

May 11, 2021

Kempen Anti Buli Siber Oleh Himaya Premium Hijab Medical Mask bersama Wany Hasrita, Amira Othman dan Elfira Loy

Hai korang! Sekejap je dah nak penghujung bulan Ramadhan. Semoga kita berkesempatan bertemu dengan Ramadhan pada tahun hadapan pula. Macam mana persiapan hari raya korang? Yaya baru nak cari baju raya hari ni tu pun kalau jumpa yang berkenan di hati kalau tak kita pakai jelah apa yang ada. Yang penting baju raya suami dengan anak-anak dah complete :D


Selepas PKP 3.0 diumumkan, Yaya tahu ramai yang berduka tak dapat beraya bersama keluarga. Ziarah pun hanya terhad untuk individu yang berada dirumah yang sama sahaja. Sabarlah ya. Semoga ini adalah PKP yang terakhir buat seluruh rakyat Malaysia. Sama-sama kita berdoa semoga kita, keluarga dan orang sekeliling kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah. InsyaAllah untuk setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang baik.

Sebelum PKP di Kuala Lumpur haritu, Yaya sempat hadir memberikan sokongan untuk Kempen Anti Buli Siber Oleh Himaya Premium Hijab Medical Mask yang turut dihadiri dutanya iaitu Wany Hasrita, Amira Othman dan Elfira Loy. Majlis yang penuh tertib dengan pematuhan SOP ini berjalan dengan lancar dan tenang. Terdapat juga rakan media elektronik yang hadir bagi menyokong kempen ini.

Apa itu Buli Siber?

Buli Siber atau sinonim dengan panggilan cyberbully ialah perlakuan yang melibatkan kegunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menyokong tingkah laku sikap sengaja bermusuh oleh seorang individu atau kumpulan, yang berniat untuk mengugut orang lain. -Bill Belsey (Sumber : Wikipedia Malaysia)


Yaya rasa ramai yang dah tahu tentang buli siber yang semakin menjadi barah dalam masyarakat kita. Paling sedih bila pembuli siber ni sanggup membuat fake account bagi meneruskan gejala buli siber ini.

Beberapa contoh buli siber yang biasa kita lihat adalah :
  1. Ancaman menggunakan SMS, WhatsApp atau perkhidmatan utusan lain
  2. Menggunakan media sosial untuk membuat imej negatif dari orang yang dibuli
  3. Memberi tekanan pada gangguan, menggunakan gambar / teks yang dihantar melalui e-mel
  4. Mengolok-olokkan orang tertentu di media sosial dan di forum
  5. Membuat dan menggunakan profil palsu untuk memalukan orang yang dibuli
Buli menjadikan pembuli itu yakin. Ini memberi dia keyakinan dan membuat dia merasa kuat, dan terkawal. Dalam beberapa kes, ini mungkin hanya kes balas dendam terhadap orang lain dan percaya bahawa mereka selamat dan tidak akan terperangkap. Itulah sebabnya orang seperti itu melakukan buli.


Secara amnya, pembuli disasarkan berulang kali sehingga dia mula takut pada semua perkara di sekitarnya. Sekali lagi, pihak berkuasa penegakan undang-undang tidak akan melakukan banyak perkara dalam kes buli siber kerana ini bukan jenayah selagi tidak ada kekerasan fizikal yang teruk.

Ganggguan yang diterima mangsa boleh membawa kepada kemurungan, masalah mental dan lebih teruk lagi sehingga membunuh diri. Malah, buli siber juga menyumbang kepada peningkatan kes bunuh diri di kalangan remaja.

Menyedari masalah buli siber yang semakin parah, Ketua Pegawai Operasi Anggun Kirana Sdn Bhd dan Pengasas Himaya Premium Hijab Medical Mask iaitu Datuk KK Chua mengadakan kempen Anti Buli Siber.


Menurut Datuk KK Chua, mangsa buli siber tidak lagi boleh berdiam kiri kerana ia akan memberikan kesan yang mendatangkan kemudaratan sehingga membabitkan gangguan mental.


"Buli siber kini tidak lagi mengenal mangsa sama ada remaja, pelajar atau orang dewasa. Langkah paling penting adalah memberitahu ibu bapa atau orang yang anda rasa selamat untuk bercakap mengenainya. Masyarakat juga berperanan mendengar masalah mereka, memberi pandangan positif atau melaporkan kejadian tersebut sekiranya mangsa malu atau buntu," katanya.

 

Katanya lagi Himaya Premium Hijab Medical Mask terpanggil untuk mengadakan kempen ini kerana di artis juga menjadi mangsa buli siber sehingga menjadi murung dan takut untuk keluar rumah.


"Bagaimanapun, artis Malaysia yang menjadi mangsa buli siber masih terkawal berbanding artis di Korea apabila ramai yang gagal berhadapan dengan situasi itu sehingga membunuh diri. Beberapa bintang K-pop yang telah membunuh diri pernah membicarakan bagaimana mereka bergelut dengan kesihatan mereka kerana menjadi mangsa buli siber dan kita berhadap kejadian itu tidak menimpa artis di Malaysia," katanya.

Artis sering kali menerima kecaman hebat netizen, sehingga apa saja mereka muat naik di laman sosial dikritik hebat.

"Ada artis yang terpaksa mendiamkan diri dan tidak aktif dalam laman sosial buat seketika. Ada yang takut keluar rumah," katanya.

Wany Hasrita pernah menjadi mangsa buli sehingga beliau mengambil langkah menyahaktif sementara lnstagram. la semua berpunca daripada sikap netizen yang membuli di alam maya atas dasar kebebasan. Berselindung di sebalik akaun palsu dan nama yang bukan-bukan.

Kata Wany Hasrita, tanpa kita sedar, sikap keterlaluan netizen membahayakan individu berkenaan. Mungkin ramai beranggapan ia sekadar tulisan dan jangan diberi perhatian.

"ltu silap kerana ia lebih kekal dan meresap dalam ingatan. Apa yang diperkatakan akan terngiang-ngiang dalam pemikiran hingga mengganggu proses kehidupan. Serba-serbi jadi tidak keruan. Netizen perlu tanam sikap tanggungjawab sosial dan nilai murni dalam kehidupan. Bukan artis saja menjadi suri teladan kepada generasi akan datang tetapi selagi netizen itu bergelar manusia, mereka juga dipertanggungjawabkan," katanya.

Baru-baru ini, Amira Othman juga menjadi mangsa buli apabila beliau dimasukkan ke hospital selepas otot pahanya didapati terkoyak dan berdarah selepas kali pertama menyertai kelas senam berbasikal indoor tetapi orang menuduhnya mengambil makan pil. "Saya enggan melayan tuduhan atau kecaman netizen kerana saya dan keluarga lebih tahu siapa diri saya," katanya.



Elfira Loy yang sudah 15 tahun bertapak dalam industry tanah air juga sudah lali dengan 'permainan' netizen. "Saya mengambil sikap tidak mempedulikan kritikan mereka dan enggan melayan perkara remeh," katanya.


Kata Datuk KK Chua, beliau mahu artis dan masyarakat bersama-sama tampil bertindak mengatasi buli siber ini dan jangan takut untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.



Himaya Premium Hijab Medical Mask

Pelitup muka atau mask kini menjadi sebahagian daripada 'alat' wajib kepada masyarakat di dunia akibat penularan pandemic Covid-19.

Menyedari kesukaran wanita berhijab di negara ini untuk mendapatkan mask yang sesuai dipakai untuk penampilan mereka, maka lahirlan Himaya Premium Hijab Medical Mask yang sudah berada di pasaran tahun lalu dan kini menjadi pelitup muka terlaris di Malaysia.

Himaya Premium Hijab Medical Mask adalah pelitup muka premium perubatan diperbuat dengan tiga lapis fabrik yang memudahkan pernafasan dan selesa.

Kata Datuk KK Chua, sasaran utama pengguna Himaya Premium Hijab Medical Mask adalah mereka yang berhijab apabila beliau menerima banyak maklumbalas daripada golongan ini yang sukar untuk mendapatkan mask yang mudah dipakai ketika berhijab.

"Penggunaan mask biasa, mereka terpaksa menggunakan 'mask extender' dan agak menyukarkan jika tali pemanjang topeng itu hilang atau keciciran" katanya.






Bagi mewakili generasi remaja dan wanita yang sudah memiliki cahaya mata, Himaya Premium Hijab Medical Mask menampilkan empat duta iaitu Erra Fazira, Amira Othman, Wany Hasrita dan Elfira Loy.

"Mereka berempat adalah wanita yang sibuk dengan kerjaya dan Elfira Loy pula sudah memiliki cahaya mata. Mereka memerlukan mask yang mudah dipakai dan selesa," katanya.


Himaya Premium Hijab Medical Mask didatangkan dalam lima warna menarik iaitu Love Latte (coklat lembut), Soft Olive (hijau pastel), Apricot Dream, Blue Lagoon dan Retro Slate.

la boleh dibeli di semua rangkaian kedai Caring Pharmacy, Alpro, Georgetown, AEON, AA Pharmacy, Straits Pharmacy, Healthlane serta ejen yang berdaftar.

"Kami juga bercadang untuk mengembangkan perniagaan Himaya Premium Hijab Medical Mask ke Indonesia sebagai negara yang mempunyai populasi penduduk yang tinggi dan ramai wanita berhijab," katanya.


Produk pelitup muka premium ini menggunakan 'tagline' Berani ltu Jelita. Himaya Premium Hijab Medical Mask serius untuk menangangani masalah buli siber dengan menganjurkan Kempen Stop Cyber Bullying Women Day yang akan diadakan pada 7 Julai 2021. 


Sekali dah try Himaya Himaya Premium Hijab Medical Mask ni, terus jatuh cinta and tak sampai hati nak guna mask yang lain haha. Himaya Premium Hijab Medical Mask sangat lembut di permukaan muka, senang untuk bernafas and paling best, jerawat pun dah tak muncul bila guna mask ni! Paling super super best, tak perlukan mask extender! Sesuai sangat untuk mereka yang berhijab dan selalu nak cepat (mak mak macam Yaya mesti memahami kan). Yaya pun saja la bagi Shawn test pakai Himaya Medical Mask ni, dia pun suka ya hihi. Korang kalau belum try Himaya Premium Hijab Medical Mask ni, sila beli, try and rasai sendiri okay! 


Falling in love so much with Himaya Premium Hijab Medical Mask!! ❤️

Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Himaya
Instagram : @himayamy


Terima kasih sudi baca