Siapa je tak tahu khasiat minyak kelapa dara atau orang panggil VCO (Virgin Coconut Oil)? Mostly ramai dah tahu kebaikan VCO ini sendiri. Ada yang ambil VCO sebagai suplemen atau makanan tambahan, sebagai rawatan kecantikan bagi merawat parut dan cela di wajah dan sebagainya. Tapi yang ni lagi best, iaitu sebagai penjagaan dan kecantikan rambut terutama bagi mereka yang bertudung. Wow! Yaya rasa ni baru pertama kali Yaya nak cuba VCO kat rambut hihi.
Bukan apa, maklumlah bila kita ni bertudung lebih 8 jam sehari, mestilah rambut kita tak dapat penjagaan yang sebaiknya. Balik rumah pula memang dah penat sangat dan terkejar-kejar nak uruskan itu ini. Tu pun nasib baik sempat syampu dan guna perapi sebelum pergi kerja. Cumanya lepas mandi terpaksa cepat-cepat keringkan dan sarung tudung dan bersiap ke tempat kerja. Yaya mula sedar yang Yaya kena tukar rutin penjagaan rambut Yaya lepas Yaya hadapi masalah rambut gugur yang teruk, rambut semakin menipis dan mudah putus. Mudah putus sebab Dahlia suka Tarik rambut Yaya masa tengah tidur T__T
Kebetulan ada kawan Yaya yang suggest untuk try D’eux & Co. organic hair treatment yang merupakan produk 100% organik dan menggunakan teknik coldpress dalam pembuatannya. Selain dari Minyak Kelapa Dara Tambahan (EVCO), ianya juga menggunakan biji fenugreek atau dikenali sebagai halba dan juga daun kari. Wait.. daun kari? Haa kalau korang nak tahu banyak okay khasiat kesemua bahan organik ni.
Kebaikan minyak rawatan rambut dari D’eux & Co.
Minyak rambut pra-dibersihkan ini akan menyuburkan rambut kita, menghidrat kembali rambut dan memberi kelembapan semulajadi terutama bagi rambut kering, merawat rambut rosak dan juga menguatkan rambut dari akar! Sesuai untuk semua jenis rambut, lelaki kalau nak guna juga pun boleh yelah sebab rambut mereka lebih mudah rosak sebab selalu guna hair gel kan ;p
Faedah EVCO
Kaya dengan anti oksida dan mengandungi antibakteria yang baik. Ianya berupaya untuk ia meningkatkan kesihatan kulit kepala dan meningkatkan kekuatan rambut dari mudah putus. Apabila kulit kepala sihat, ianya akan menggalakkan pertumbuhan rambut baharu dan membuatkan rambut kita lebih bersinar.
Faedah Benih Fenugreek (Halba)
Mengandungi Lecithin yang bermanfaat untuk rambut nipis, kering dan berbuah di hujung rambut. Khasiatnya juga menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat secara semulajadi.
Faedah Daun Kari
Daun kari juga kaya dengan anti oksida dan beta karotena yang melembapkan kulit kepala dan menghilangkan folikel rambut mati. Rambut baru yang tumbuh dari hasil menggunakan formula daun kari ini akan lebih sihat dan memberikan warna pigmen dan melanin semulajadi kepada rambut serta melambatkan proses rambut beruban.
D’eux & Co. organic hair treatment ini boleh bertahan selama 6 bulan sehingga 2 tahun dari tarikh penutupnya dibuka jika disimpan dengan betul. Ianya perlu disimpan di tempat yang sejuk dan gelap. Elakkan dari sinaran terus cahaya matahari. Simpan dalam kotak semula selepas digunakan bagi menjamin kualitinya.
Yaya suka dengan tekstur D’eux & Co. organic hair treatment ini sebab ianya sangat mudah meresap ke dalam rambut kita dan tidak meninggalkan kesan lekit. Yang penting penggunaan sedikit sahaja sudah memadai untuk keseluruhan rambut kita. Cuma korang kena bersedia dengan baunya yang 'organik' dan tidak seperti minyak rambut lain yang menggunakan bahan pewangi. It's okay sebab lepas kita menggunakan D’eux & Co. organic hair treatment ini kita akan bilas semula rambut kita dengan syampu dan perapi rambut. Wee!
Cara pemakaian :
1. Gunakan jari untuk mengurut minyak dengan lembut pada rambut dan kulit kepala.
2. Biarkan selama sekurang-kurangnya sejam
3. Syampu rambut anda (dua kali jika perlu) termasuk menggunakan perapi rambut dan gayakan seperti biasa.
4. Untuk hasil terbaik, gunakan sekurang-kurangnya 3-4 kali dalam seminggu.
Dengan penggunaan secara kerap dan konsisten, rambut akan menjadi lebih sihat dan bersinar.
Review dari Yaya : Memang terasa perubahan ketara selepas penggunaan selama 2 minggu D’eux & Co. organic hair treatment. Rambut terasa lebih lembut, kuat dan bersinar gituu. Rambut gugur dah mulai kurang dan masalah kelemumur juga semakin hilang yang penting kena konsisten dan rajin untuk dapatkan rambut yang sihat. Nanti nak try kat rambut Shawn pulaklah walaupun rambut dia lebat tapi banyak juga gugur Yaya tengok. Haha :p
Harga : RM45 (300ml)
Untuk maklumat lanjut :
Website: https://www.deuxn.co/
Instagram: https://www.instagram.com/deuxn.co/
Whatsapp for order : 01165500606
Terima kasih sudi baca