Jul 26, 2018

Rawat rambut dengan kebaikan minyak kelapa dara dari D’eux & Co.




Siapa je tak tahu khasiat minyak kelapa dara atau orang panggil VCO (Virgin Coconut Oil)? Mostly ramai dah tahu kebaikan VCO ini sendiri. Ada yang ambil VCO sebagai suplemen atau makanan tambahan, sebagai rawatan kecantikan bagi merawat parut dan cela di wajah dan sebagainya. Tapi yang ni lagi best, iaitu sebagai penjagaan dan kecantikan rambut terutama bagi mereka yang bertudung. Wow! Yaya rasa ni baru pertama kali Yaya nak cuba VCO kat rambut hihi.


Bukan apa, maklumlah bila kita ni bertudung lebih 8 jam sehari, mestilah rambut kita tak dapat penjagaan yang sebaiknya. Balik rumah pula memang dah penat sangat dan terkejar-kejar nak uruskan itu ini. Tu pun nasib baik sempat syampu dan guna perapi sebelum pergi kerja. Cumanya lepas mandi terpaksa cepat-cepat keringkan dan sarung tudung dan bersiap ke tempat kerja. Yaya mula sedar yang Yaya kena tukar rutin penjagaan rambut Yaya lepas Yaya hadapi masalah rambut gugur yang teruk, rambut semakin menipis dan mudah putus. Mudah putus sebab Dahlia suka Tarik rambut Yaya masa tengah tidur T__T



Kebetulan ada kawan Yaya yang suggest untuk try D’eux & Co. organic hair treatment yang merupakan produk 100% organik dan menggunakan teknik coldpress dalam pembuatannya. Selain dari Minyak Kelapa Dara Tambahan (EVCO), ianya juga menggunakan biji fenugreek atau dikenali sebagai halba dan juga daun kari. Wait.. daun kari? Haa kalau korang nak tahu banyak okay khasiat kesemua bahan organik ni.


Kebaikan minyak rawatan rambut dari D’eux & Co.

Minyak rambut pra-dibersihkan ini akan menyuburkan rambut kita, menghidrat kembali rambut dan memberi kelembapan semulajadi terutama bagi rambut kering, merawat rambut rosak dan juga menguatkan rambut dari akar! Sesuai untuk semua jenis rambut, lelaki kalau nak guna juga pun boleh yelah sebab rambut mereka lebih mudah rosak sebab selalu guna hair gel kan ;p



Faedah EVCO
Kaya dengan anti oksida dan mengandungi antibakteria yang baik. Ianya berupaya untuk ia meningkatkan kesihatan kulit kepala dan meningkatkan kekuatan rambut dari mudah putus. Apabila kulit kepala sihat, ianya akan menggalakkan pertumbuhan rambut baharu dan membuatkan rambut kita lebih bersinar.

Faedah Benih Fenugreek (Halba)
Mengandungi Lecithin yang bermanfaat untuk rambut nipis, kering dan berbuah di hujung rambut. Khasiatnya juga menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat secara semulajadi.

Faedah Daun Kari
Daun kari juga kaya dengan anti oksida dan beta karotena yang melembapkan kulit kepala dan menghilangkan folikel rambut mati. Rambut baru yang tumbuh dari hasil menggunakan formula daun kari ini akan lebih sihat dan memberikan warna pigmen dan melanin semulajadi kepada rambut serta melambatkan proses rambut beruban.



D’eux & Co. organic hair treatment ini boleh bertahan selama 6 bulan sehingga 2 tahun dari tarikh penutupnya dibuka jika disimpan dengan betul. Ianya perlu disimpan di tempat yang sejuk dan gelap. Elakkan dari sinaran terus cahaya matahari. Simpan dalam kotak semula selepas digunakan bagi menjamin kualitinya.




Yaya suka dengan tekstur D’eux & Co. organic hair treatment ini sebab ianya sangat mudah meresap ke dalam rambut kita dan tidak meninggalkan kesan lekit. Yang penting penggunaan sedikit sahaja sudah memadai untuk keseluruhan rambut kita. Cuma korang kena bersedia dengan baunya yang 'organik' dan tidak seperti minyak rambut lain yang menggunakan bahan pewangi. It's okay sebab lepas kita menggunakan D’eux & Co. organic hair treatment ini kita akan bilas semula rambut kita dengan syampu dan perapi rambut. Wee!


Cara pemakaian :

1. Gunakan jari untuk mengurut minyak dengan lembut pada rambut dan kulit kepala.
2. Biarkan selama sekurang-kurangnya sejam
3. Syampu rambut anda (dua kali jika perlu) termasuk menggunakan perapi rambut dan gayakan seperti biasa.
4. Untuk hasil terbaik, gunakan sekurang-kurangnya 3-4 kali dalam seminggu.


Dengan penggunaan secara kerap dan konsisten, rambut akan menjadi lebih sihat dan bersinar.


Review dari Yaya : Memang terasa perubahan ketara selepas penggunaan selama 2 minggu  D’eux & Co. organic hair treatment. Rambut terasa lebih lembut, kuat dan bersinar gituu. Rambut gugur dah mulai kurang dan masalah kelemumur juga semakin hilang yang penting kena konsisten dan rajin untuk dapatkan rambut yang sihat. Nanti nak try kat rambut Shawn pulaklah walaupun rambut dia lebat tapi banyak juga gugur Yaya tengok. Haha :p

Harga : RM45 (300ml)

Untuk maklumat lanjut :

Whatsapp for order : 01165500606


Terima kasih sudi baca

23 comments:

  1. akak pun ada mengalami masalah gugur teruk ni.dah cuba banyak produk tapi tak berkesan,orang kata minyak kelapa dara ni bagus,ingat nak cubalah beli sebab harganya pun murah jugak tu

    ReplyDelete
  2. boleh makan kan coz yaya lata 100% natural
    good for u ambil sesudu setiap hari.. and
    boleh tambah for face scrub campur gula..

    boleh try grab one nanti.. i love voc

    ReplyDelete
  3. kulit kepala kita memerluka minyak untuk mengekalkan lembapan. Kalau terlalu kurang, kulit jadi kering pun tak elok. Kalau terlebih sangat pun tak elok. Sebab itu penting pakai minyak yang sesuai

    ReplyDelete
  4. wahh mahal nya RM45 300ml hehe sbb hilma mmg guna vco tp guna brand lain..hilma guna brand country farm..sbb harga dekat pharmacy wayssss cheaper drpd online..and utk hair care hilma mmg mix dgn essential oil..hehe tp x sure la quality D'eux ni mcm mana..sbb dia more specific utk hair treatment kan..

    ReplyDelete
  5. Wah ada letak daun kari ya. Baru tahu kegunaan kari dalam kosmetik macam ni. Minyak kelapa dara memang banyak khasiat. Baguslah wujudnya produk penjagaan rambut macam ni. Stress tengok rambut gugur lepas tu mudah putus.,

    ReplyDelete
  6. Inovasi memainkan peranan penting dalam memastikan manfaat sesuatu bahan itu berguna kepada pengguna. Ekstrak dari pelbagai sumber berjaya menghasilkan produk seperti ini. Pastinya rambut lebih sihat kalau amalkannya.

    ReplyDelete
  7. Haaaa, memang tengah mencari sangat benda macam ni tau yaya. Sekarang kan fadzi tengah pregnant. Rambut gugur ya Allah, tak yah cakap lah memang teruk gila. Risau je botak nanti hahahaha

    ReplyDelete
  8. Rambut semakin menipis mmg merisaukan betul. Tak tahulah akibat stress atau lanjut usia. Hopefully minyak nie dpt membantu. Banyak kebaikan dan faedah minyak nie ye Yaya. Nak cuba lah nanti

    ReplyDelete
  9. First time tau minyak kelapa dara boleh buat sebagai produk kecantikan rambut. Rasa teruja pulak nak cuba kat rambut sendiri, macammana agaknya hasil lepas pakai tu..erm..

    ReplyDelete
  10. Macam menarik je yaya harga pun mampu milik & packaging dia pun lawa. Nak cuba juga lah mana tahu dapat kurangkan rambut gugur & kelemumur ni.dah guna mcm2 produk dah .

    ReplyDelete
  11. Akk mmg suka produk yang berasaskan vco. Sebab tahu khasiat ya mmg terbaik. Ingat nak try brand ni. Plg best semua ahli keluarga boleh kongsi sama

    ReplyDelete
  12. Selalu dengar tentang kebaikan minyak kelapa dara ni, good info thanks for sharing sis

    8 Cara Buat Duit Dengan YouTube

    ReplyDelete
  13. Rawlins tertarik dengan botolnya (jenis mudah tertarik hahaha). Memang kelapa dara banyak khasiat kan. Rawlins pun ada beli tapi untuk fungsi kesihatan yang lain. Perhaps next bleh try yang nie plak kan. TQ Yaya

    ReplyDelete
  14. minyak kelapa dara, daun kari dan benih Fenugreek memang bagus. Nak cantik ni kena rajin. Tambahan kita yang berhijab ni. Rambut nipis je kan. Mudah gugur dan putus. Petua tradisional kena amalkan, sebab ramai dah dapat hasilnya. Terutama rakan-rakan indian kita. Rambut tepal, bersinar dan kuat.

    ReplyDelete
  15. Kalau lelaki boleh consume gak yang ni, rasanya dah perlu beli ni..asyik gugur je rambut ni haha..maklumlah faktor umur kot..

    ReplyDelete
  16. Comel je packaging minyak rambut ni.. Minyak kelapa dara mmg elok sgt2 tau utk rambut dan dalaman.. Kelapa kan ibu segala penawar..kita usaha & tawakal inshaaAllah berkesan... Wawa dulu guna minyak kelapa dara utk rmbut, rmbut jd lebat cantik je.. Tp sjk alah ni dh xpakai...mybe rmbut sensitif kot kali ni..hehe.m

    ReplyDelete
  17. I have always known about the benefits of Virgin Coconut Oil but haven't found a product to use regularly. Let me try this D’eux & Co. on my hair. The price is reasonable.

    ReplyDelete
  18. OMG YAYA! I need this one. Rambut onie memang bermasalah, sampai tak tahu nak guna shampoo apa dah. VCO ni bagus. Minyak kelapa dara dan bestnya 100% organic... Selamat digunakan juga.

    ReplyDelete
  19. Rasa macam nak pakai la baca ni, packaging cantik, ada vco pulak tu. Mesti lembut je rambut kan lepas guna..

    ReplyDelete
  20. Memang bagus eh produk ni yaya? Packaging pun cantik sangat tu. Menarik

    ReplyDelete
  21. Packaging ia tu menarik la. Nanti nak try ushar-ushar la

    ReplyDelete
  22. minyak kelapa dara memang bagus utk rambut dan kulit

    ReplyDelete
  23. Thank for sharing! I need this so much! After dying my hair my hair is now so dry! Thanks thanks thanks !

    ReplyDelete