Mar 31, 2017

Bestnya shopping di Lazada Malaysia Big Baby Fair


Hai korang! Terutama kepada ibu-ibu dan juga bakal ibu yang tak sabar menanti kehadiran cahaya mata tersayang. Fuhh Yaya sejak nak masuk 32 minggu ni berdebar je rasa. Semoga dipermudahkan segala urusan buat mereka yang bakal bergelar ibu. Genap harini kalau ikut application iMom, tinggal 60 hari sahaja lagi sebelum kedatangan ahli keluarga baru dalam kehidupan Yaya dan suami :')


Kalau orang tanya tentang persiapan Yaya menyambut cahaya mata, Yaya rasa macam tak cukup je lagi barang baby yang Yaya beli walaupun seawal baby 20 minggu lagi Yaya dah start beli botol susu Tommee Tippee di Lazada hehe kebetulan ada sale masa awal tahun tu. Kiranya macam pemangkin semangat la untuk meneruskan tempoh semasa mengandung :)


Bila dapat tahu Lazada adakan promosi untuk kesemua barangan baby sempena Lazada Malaysia Big Baby Fair yang berlangsung dari 29 Mac sehingga 2 April 2017 ni, Yaya rasa nak lompat bintang terus sebab yelah masa ni la yang paling sesuai untuk Yaya beli pelbagai barangan baby dengan harga yang murah. Yang penting lagi murah dari kedai barangan baby kat luar sana dan yang lagi best, Yaya tak perlu berlelah nak berjalan dan berpusing dalam kedai (haha ni paling penting sekarang ni cepat sangat penat bila berjalan banyak). Nak lagi best lagi? Yaya boleh survey barang baby dengan hanya berbaring sahaja di atas katil :p 


Nak tengok barang yang Yaya sempat grab semasa Lazada Malaysia Big baby Fair berlangsung? Boleh tengok di bawah ye. So far Yaya dah dapat Baby Bottle Brush dengan set baju baby 3 in 1. Serius laju gila Yaya order pada hari khamis 30hb, 31hb iaitu Jumaat terus dah dapat tau! Barangan lain akan sampai dalam minggu depan hee tak sabar pula. 


Selain itu, Yaya dah beli Real Bubeen Double electric breast pumps with bottles dengan harga yang serius murah! RM53.90 sahaja! :'D Barangan lain pula biasalah barangan basic untuk baby tapi tetap lebih murah dari kat kedai tau! Terima kasih Lazada! Kalau dulu-dulu selalu shopping barangan rumah dan barangan peribadi, sekarang ni bertambah excited bila shopping barangan baby pula. Kalau korang pun bakal ibu macam Yaya, bolehlah ambil idea untuk barangan yang korang nak beli seperti list dibawah ye ;) 


Lazada Malaysia Big Baby Fair juga mengadakan Flash Sale untuk barangan tertentu dengan harga runtuh! Yang penting kena standby pada waktu yang dijanjikan iaitu pada pukul 12pm-4pm dan juga 4pm-8pm. Kalau nak tahu, setiap hari Yaya standby tau tapi mungkin belum rezeki lagi. Walaupun standby dah pukul 4pm, laju-laju nak bayar tu cuma tinggal Place Order dan bayar sahaja tapi diberitahu item tersebut dah out of stock. Mula-mula sedih sangat tapi tak apalah in sya Allah ada rezeki lain kan :')



Murah ke tidak harga barangan baby semasa Flash Sale? Fuhh serius bertuah sangat kepada siapa yang dapat tu. Baby Cot terus jadi harga RM10 sahaja! Kalau harga asal memang mahal la. Ni antara 2 barangan yang Yaya tak sempat nak bayar sebab dah out of stock. Yaya standby pukul 12pm dan nextnya juga pukul 4pm, nak check out tu belum pun 1 minit, dah habis dibeli. Memang power la siapa yang lagi pantas tu. Ada lagi barangan seperti set newborn cuma tak sempat printscreen masa dah out of stock tu. Yang bestnya, setiap hari ada barangan baby yang best untuk Flash Sale tau. Korang pun boleh cuba okay! Mana tahu dapat kan hee :)


Dan kebetulan Yaya nampak ada contest Lazada Malaysia Big Baby Fair untuk blogger, Terus rasa berbunga hati ni nak cuba mana tahu ada rezeki Yaya dan baby kan. Hadiahnya memang best sebab setiap pemenang berpeluang untuk memenangi baucer bernilai RM500 dari Lazada. Boleh la buat beli barangan baby kan? :'D


Okay jom kita mulakan ^_^


a. What is your favourite brand of diapers for your baby (or future baby)? 
Apakah lampin pakai buang yang menjadi kegemaran anda untuk bayi anda (atau bakal bayi)?




Jenama lampin pakai buang yang bakal menjadi kegemaran Yaya semestinya MamyPoko! Yaya ada juga survey tentang lampin pakai buang yang ada di pasaran dan kebanyakannya memberi cadangan untuk mencuba lampin pakai buang dari jenama MamyPoko. MamyPoko dikatakan tidak membuatkan lampin bocor apabila terlebih 'muatan' dan juga sangat mesra untuk kulit baby yang sangat sesnsitif. Dengan pembuatan dari kapas yang sangat lembut, ianya juga menjadi pilihan nombor 1 bagi ibu-ibu di Jepun. Jadi, pilihan Yaya untuk baby yang bakal lahir nanti mestilah MamyPoko! Lagi best bila lampin pakai buang MamyPoko NewBorn turut dijual dengan harga runtuh di Lazada dengan harga RM89.90 untuk 3 pek! Memang kena beli untuk buat stok awal-awal hehe :D


b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)? 
Apakah susu formula yang menjadi pilihan dan kegemaran untuk bayi anda (atau bakal bayi)?


Susu formula pilihan Yaya untuk baby yang bakal lahir nanti sebagai sokongan jika baby tidak cukup menyusu semasa awal kelahiran mestilah Nestle NAN Pro Step 1 ini. Susu ini sangat sesuai untuk bayi yang baru lahir dan rumusan susu ini mengandungi zat DHA & ARA yang diperlukan oleh semua bayi untuk tumbesaran yang baik. Yaya memang akan bersedia dengan susu formula sebagai langkah awal jika ada sebarang masalah nanti. Semoga semuanya baik-baik sahaja dan baby Yaya nanti akan sentiasa mendapat khasiat yang diperlukan. :')



c. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children). 
Pilih satu produk dari Lazada Malaysia yang anda inginkan untuk anak anda (atau bakal bayi).



Semestinya produk yang sangat Yaya idam-idamkan dan hari-hari buka Lazada untuk tengok kalau harga dia akan berubah jadi lebih murah ialah Baby Cot ini. Kena kumpul duit lagi ni untuk dapatkan baby cot ni. Bagi Yaya baby cot ni memang sangat penting untuk baby yang akan lahir nanti sebab katil Yaya tak adalah besar mana cuma muat-muat Yaya dan suami sahaja. So baby boleh tidur dengan selesa dalam baby cot disebelah katil. Dalam masa yang sama juga nak elakkan baby dari terlanggar dengan ibu ayah dia semasa tidur huhu. So yes, I really need baby cot for my baby. Lagi excited bila Lazada akan bagi 2 helai sarung tilam percuma tu alaa bestnya kalau dapat beli. Masih tengah kumpul duit lagi. Yaya memang berkenan dengan design dan warna baby cot ni :')


Kalau korang pun nak join Lazada Big Baby Fair Blogger Contest, boleh baca maklumat lanjut di http://www.lazada.com.my/blogger-contest/ . Lepas tu jangan lupa layari http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/ dan shopping di Lazada sempena Big Baby Fair tau! 


**Masih ada promosi barangan baby dengan diskaun sehingga 85% sampai 2 April 2017 nanti!  Cepat shopping sebelum kehabisan stok :)


Terima kasih sudi baca

Tergelly | Cantik dalam 10 hari dengan Khasiat Campuran Botani




Hai korang! Dah mula ganti puasa ke belum tu? Tahniah kat korang yang dah habis ganti puasa huwaa Yaya jeles! Macam mana nak ganti puasa kalau sekejap je dah lapar lepas tu cepat nau rasa penat rasa nak baring je. Taulah baby ni kalau lapar kemain kuat dia kick ibu dia ni hukhuk. Tapi tapi tapi.. Yaya nak share dengan korang semua tentang Jus Campuran Botani yang tengah meletop letop sekarang ni. Mana taknya, selain boleh diamalkan oleh ibu mengandung, ianya membantu untuk memberi tenaga dan juga sekaligus mencantikkan kulit. Ecewahh ni yang kita suka ni :D


Jus Campuran Botani yang Yaya sebut tu ialah Jus Tergelly yang diformulasikan dengan 100% buah-buahan asli. Tak payah nak kupas buah satu-satu lepas tu perah dan satukan semua untuk minum. Dah ada cara yang lebih senang untuk semua mendapat khasiat buah-buahan sebenar dari minuman Jus Tergelly ni! Percaya tak terdapat intipati 20 kandungan dalam sebotol Jus Tergelly ni?


Hai! Saya Jus Tergelly yang sangat sedap! Lagi sedap kalau minum sejuk-sejuk lepas keluar peti ais. Nyummmssss~!


INTIPATI 20 KANDUNGAN DALAM 1 JUS TERGELLY IALAH :

1. Aqua
2. Madu
3. Kunyit
4. Kurma
5. Delima
6. Halba
7. Prunes
8. Buah Tin
9. Serapat
10. Pegaga
11. Collagen
12. Manjakani
13. Vitamin C
14. Vitamin A
15. Kacip fatimah
16. Asam gelugor
17. Mangga africa
18. Habbatus sauda
19. Peuraria mirifica
20. Vitamin B5 dan B3


Amboi banyaknya khasiat dalam sebotol Jus Tergelly! Selain dari mengandungi makanan sunnah seperti madu, kurma, delima, buah tin dan habbatus sauda, ianya turut mengandungi khasiat Vitamin C, Vitamin A, Vitamin B5 dan B3 yang mana kesemua khasiat ini diperlukan untuk kesihatan dalaman tubuh badan kita. Tak payah ambil pil Vitamin C, korang minum je Jus Tergelly ni dan secara automatik korang mendapat khasiat yang serupa malahan lebih lagi sebab Jus Tergelly mengandungi intipati 20 kandungan yang Yaya senaraikan kat atas tadi. Wee~


FUNGSI JUS TERGELLY UNTUK LELAKI DAN WANITA

  • Mengawal berat badan
  • Menyerikan kecantikan kulit
  • Menyerlahkan kecantikan dalaman
  • Membantu mengimbangkan hormon
  • Memberi tenaga dan kecerdasan tambahan
  • Membantu menguatkan anggota dalaman wanita


SIAPA YANG BOLEH MINUM JUS TERGELLY?

✅Lelaki untuk sentiasa BERTENAGA
✅Wanita yang ingin Cantik
✅Wanita yang mengalami masalah berat badan
✅Wanita yang mengandung dan lepas Bersalin
✅Wanita mengalami masalah kulit dan dalaman
✅Wanita yang ingin mencuci dalaman wanita
✅Wanita yang mempunyai masalah buah dada dan punggung
✅Wanita yang sering penat dan banyak kerja
✅Umur tiada penghalang semua golongan boleh Minum Jus Tergelly


Cara pengambilan Jus Tergelly mudah sahaja. Minum 1 sudu pada waktu pagi ataupun satu sudu sebelum tidur untuk penyerapan yang lebih efisyen (nak jimat pun ye sebab sebotol boleh tahan lebih sebulan kalau ambil sesudu). Hihi tapi sedap sangat la Jus Tergelly ni kadang-kadang terminum 2-3 sudu bila-bila rasa terbuka peti ais. :p


Review dari Yaya : Sememangnya pertama kali masa cuba Jus Tergelly ni terus rasa OMG sedapnyaaaa! Rasa manis-manis masam gitu. Kenapa cakap manis-manis masam? Sebab masam dia kurang tapi manisnya lebih. Haa yang manis tu bukan sebab gula tau. Manis tersebut adalah rasa asli daripada madu, buah mangga, kurma dan delima itu sendiri. 100% buah-buahan asli okay!


Jom tengok testimoni dari pengguna Jus Tergelly yang lain! ^_^







Amacam? Power ke tidak? Hihi. Sememangnya minuman campuran Botani dari Jus Tergelly ini memberikan pelbagai jenis khasiat baik kepada lelaki mahupun perempuan yang mementingkan kesihatan dalaman dan juga luaran. Yang penting, jangan lupa minum banyak air mineral atau air putih untuk melancarkan lagi penyerapan khasiat Jus Tergelly ke tubuh badan kita tau. Jom Kekal Cantik dan Bertenaga dengan Jus Tergelly dalam masa 10 hari! ;)


Harga sebotol untul 250ml :
RM 89.90 (SM)
RM 98.90 (SS)


Untuk maklumat lanjut :

Website : www.dgelly.com
Instagram : @tergelly.official
Alamat : 1-06, Metia Residence Office, 
No 5, Persiaran Sukan, Seksyen 13
40100 Shah Alam
No Tel : 016-4464910





Terima kasih sudi baca

Mar 27, 2017

HAQQI | Portal Fesyen Islamik serta Kelengkapan Haji & Umrah



Yayy Alhamdulillah sampai dah parcel yang ditunggu-tunggu dari HAQQI ^_^ . Yaya memang tengah cari telekung baru yang selesa dan ngam ngam di muka. Kalau boleh taknak yang bergetah kat bahagian muka nanti bila sujud tu terus bertekap kesan kat dahi. Siapa selalu jadi macam Yaya gak? Kikiki. Lepas tu demand kalau boleh taknak telekung yang nak kena pakai anak tudung dulu sebab tak mahu rambut terkeluar lepas tu taknak yang jarang. Amboi mengada. Tapi kini pencarianku berakhir bila ternampak telekung cantik dekat www.haqqi.com.my :)


Selain daripada menyediakan kelengkapan haji dan umrah, di laman web HAQQI juga menyediakan pelbagai vendor yang terkenal di bawah satu bumbung. Antara jenama dan fesyen islamik yang ada ialah Owl by Nora Danish, Dara by Fathia Latiff, Izzuexlusive, Ameera Zaini, El by Elfira Loy, Sirnasin dan juga Zareeth Zehra.


Menekankan koleksi dan busana yang patuh syariah, HAQQI kini menjadi pilihan kebanyakan peminatnya yang tersendiri. Yaya pun tak terkecuali tau! Fuhh memang rambang mata masa buka website HAQQI ni. Yang pastinya, kewujudan website ini memberi kemudahan bagi penggemar fesyen islamik samada lelaki mahupun perempuan. Nak cari baju raya? Kurta? Khimar? Jubah perempuan dan lelaki serta Shawl dan lain-lain? Semuanya ada di www.haqqi.com.my .


Bagi mereka yang tak berkesempatan mencari kelengkapan Haji & Umrah akibat dari kekangan masa, boleh juga terus ke website HAQQI untuk mencari kelengkapan yang diperlukan. Kalau tak belikan untuk diri sendiri, korang boleh hadiahkan untuk mereka yang tersayang, ibu ayah, saudara-mara dan sahabat yang mendapat seruan Allah untuk ke tanah suci. Dalam masa yang sama, korang juga boleh menjana pahala dari mereka secara tidak langsung bila mereka memakai barangan atau pakaian pemberian korang semasa melakukan ibadat disana. Bestnya hihi :')

See? Mana tak rambang mata tengok koleksi HAQQI yang tersangat cantik ni. Zaman sekarang ni kita lagi suka benda yang memudahkan. Buat Yaya sendiri yang merupakan pencinta tudung sarung, terus Yaya jatuh cinta gila dengan tudung lekap dagu tu. Tapi belum berkesempatan nak beli lagi cuma bila tengok design tudung tu, memang cantik sangat la. Shape tudung tu buatkan wajah si pemakai nampak lebih runcing kan? Boleh sorok double chain :p 



Ni cuma sebahagian sahaja kelengkapan haji & umrah yang dapat Yaya tunjukkan. Kalau korang nak tengok lebih lagi, jangan lupa pergi ke www.haqqi.com.my tau! Semua kelengkapan dari hujung rambut sehingga hujung kaki termasuk produk untuk kegunaan ketika menunaikan haji & umrah turut dijual di HAQQI. 


So ini adalah telekung pilihan Yaya. Suka gilaaaaa~~!! Cantik sangat :'D Sangat kemas dan selesa! Kain cotton di permukaan muka pun melekap elok di dahi dan dagu. Untuk mereka yang tinggi lampai, jangan risau sebab kain telekung ni labuh dan menutup keseluruhan kaki. Nampak tak Yaya pakai tu? Terlebih-lebih panjangnya hee. Kalau nak tahu, ini adalah design bagi Telekung Aisya Ekslusif dari HAQQI sendiri. Banyak lagi pilihan telekung yang cantik. Jangan korang pening nak pilih sudah :p 


Hiasan kerawang yang terdapat disekeliling telekung ni memang cantik dan klasik sangat. Yela zaman sekarang ni asyik pakai telekung warna-warni je kan. So apa kata kita back to basic semula dengan mengenakan telekung putih wee! < 3


Getah di pinggang yang sangat selesa. Kebanyakan wanita memang suka kain telekung yang bergetah macam ni kan? Senang sangat tinggal sarung sahaja dan tak payah ikat-ikat.


Riben dibahagian telekung ni memang comel. Tak adalah tersekat atau tersimpul ikatannya nanti.


Ini adalah contoh Telekung Aisya Ekslusif di bahagian muka. Kain cotton yang lembut dan sejuk ini serius sangat selesa dan sesuai dengan semua jenis muka tak kira jenis kecil atau besar. Kebanyakan telekung yang Yaya pakai mesti longgar di bahagian muka dan Yaya kena sediakan pin bagi dia melekap sempurna. Tapi Telekung Aisya Ekslusif ni memang mesra dengan semua jenis muka. Happy sangat dapat telekung baru yang sangat best di website www.haqqi.com.my ^_^


Suka suka suka! >.<

So untuk korang yang nak cari kelengkapan Haji & Umrah atau busana islamik yang memang kebaboom, jangan lupa singgah di www.haqqi.com.my tau! 

Cara membeli di HAQQI secara online :
- > Daftar akaun anda dengan mengisi alamat email dan klik Daftar
-> Click - Pilih dan klik produk pilihan anda untuk disimpan di bakul impian. 
Check -> Periksa alamat penghantaran. 
Choose - > Pilih kaedah pembayaran sama ada melalui kredit, debit mahupun pengelola pembayaran 7 Eleven.   
Setelah selesai dan berjaya membuat pembayaran, pelanggan akan mendapat email dari pihak www.haqqi.com.my. 


HAQQI juga turut terdapat di dalam aplikasi Lemabga Tabung Haji iaitu "Thijari" dan laman web KTHB di www.kthb.com.my .


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Haqqi
Instagram : @haqqi.com.my
Twitter : @my_haqqi
Alamat : No 13 & 15, Jalan Plumbum S7/S, 
Seksyen 7, 40000, Shah Alam , Selangor
(Sebaris JAKEL)
No. Telefon : +60 3-5523 4798





Terima kasih sudi baca

Mar 24, 2017

Penang Road Famous Teochew Chendul, Sunway Pyramid



Haritu Yaya, Shawn, Farissa (adik Shawn) dan adik Yaya sesaja la nak jalan-jalan kat Sunway Pyramid. Yaya pun dah lama sebenarnya tak berjalan ke sana. Yaya suka sebenarnya ke Sunway Pyramid ni sebab besar lepas tu puas berjalan rasa tak habis pusing pun ada ^^' .Sambil-sambil tu boleh survey barang baby sekali hihi. Masa jalan-jalan kat level LG2 tiba-tiba ternampak Penang Road Famous Teochew Chendul! Eh ni macam restoran yang salah seorang kawan FB Yaya makan. Masa tu macam terliur sangat tengok dia makan Penang Curry Mee. Yaya memang tak pernah makan Penang Curry Mee sebelum ni so terus tarik Shawn dengan adik-adik ajak makan sini.


Masa kami datang tu orang tak ramai lagi. Elok je kami masuk dalam kedai, tiba-tiba eh ramai orang terus! Time dah dapat makanan lagilah tak cukup kerusi dan meja okay. Rupanya memang ramai pencinta makanan Penang dekat KL ni. Sambil-sambil dah cop tempat tu, sempat la juga ambil gambar persekitaran dalaman restoran ni. Menarik tau susun atur meja dan hiasan dalaman di sini. Yaya pernah pergi media trip ke Penang bersama Airasia, memang dekorasi kebanyakan restoran mereka sama macam ni. Terasa macam ada kat Penang pulak. :p



Menggunakan sistem pesanan di kaunter dan bayar dahulu sebelum makan, bagi Yaya cara ini lebih memudahkan dan menjimatkan masa perkerja dan pelanggan. Yela atleast kita dah siap-siap tahu nak makan apa sebelum order. Takdelah pelayan tu menunggu kita nak pesan makanan kan. Dalam masa yang sama, jika restoran ini berada pada waktu puncak dan pelanggan terlalu ramai, tak adalah perkerja terlepas pandang kepada pelanggan yang belum menerima pesanan :) 


Ini adalah antara menu yang terdapat di Restoran Penang Road Famous Teochew Chendul. Rambang mata nak pilih so Yaya ambil keputusan untuk cuba menu yang menjadi kegemaran ramai. 


Penang Curry Mee - RM 10.90 
Rate : 4/5

Yeayy finally dapat cuba Penang Curry Mee disini. Serius Yaya memang tak pernah jumpa lagi Mee Kari yang berwarna putih (santan) macam ni. Mula-mula sampai tu risau juga macam mana nak makan haha over tau. Ingatkan kena colek sambal sikit-sikit makan dengan mee rupanya gaul semua sekali sebelum makan. Memang umphh! Sambal tu nampak je pedas tapi memanglah tak pedas pun sesuai sangat untuk mereka yang tak suka pedas. Selain dari tu ada sayur taugeh, kacang panjang, isi kerang dan juga udang cuma Yaya tak pasti samada udang tu memang separuh masak atau memang cara makannya begitu iaitu semuanya direbus manja dahulu sebelum diletakkan didalam mangkuk bersama dengan kuah santan. Yang penting tauhu tu sedap gilos. Benda wajib yang ada dalam mee kari. Wee


Assam Laksa - RM10.90
Rate : 3.5/5

Salah satu menu utama yang menjadi pilihan ramai dalam restoran ni. Yaya tengok semua orang makan lepas tu Yaya pun order jugak! Haha mudah terpengaruh betul. Yaya jarang makan laksa Penang tapi nampaknya adik Yaya memang suka laksa ni. Mungkin sebab ada cili padi tu yang buat lagi berselera bila makan pedas-pedas kan. Yang penting ada pes otak udang sekali tau! Kecur air liur masa taip entri ni. Memang teringat rasa masam-masam pedas dengan campuran isi ikan dan buah nanas tu haha pure sungguh! Oh kalau nak tahu mangkuk yang digunakan juga besar tau boleh makan untuk 2 orang. 


Pandan Nasi Lemak Sambal Sotong - RM14.90
Rate : 4/5

Untuk mereka yang tak boleh kalau tak makan nasi macam Yaya yang perut kampung ni, boleh cuba Nasi Lemak Pandan kat sini okay. Memang lain dari yang lain. Nasinya bewarna hijau lembut hasil dari daun pandan tau. Tak mainlah pewarna okay. Selain dari pilihan bersama sambal sotong, terdapat juga pilihan Pandan Nasi Lemak Chicken Kunyit. Sebab kami ni semua jarang makan makanan Penang, memang nasi lemak ni yang habis dulu. Memang kami berempat ni hantu nasi. Datang pun time makan tengah hari kan. Tula seronoknya makan share share. Semua dapat rasa :p


Crispy Chicken Roll - RM7.90
Rate : 4.5/5

Omg omg omg. Serius memang layan gila bila makan Crispy Chicken Roll ni. Menu wajib yang korang kena cuba bila datang sini. Yang luar tu sangat rangup krup krap tapi isi bahagian dalamnya lembut je bila makan. Sangat sedap okay! So far kami semua sangat sukakan menu ni. Digoreng dengan sangat sempurna. Hihi very recommended! Cuma mungkin boleh tambah lagi satu atau dua crispy chicken roll untuk cukupkan 7 ketul ke :p


Ice Kacang Original - RM6.50
Rate : 4.7/5

Yayy sedapnya Ice Kacang Original ni! Memang terasa originality ais kacang yang sebenar. Campuran gula melaka, kacang hancur, kacang merah, jagung manis, buah kabung sejuk sedap, cincau dan lain-lain lagi. Memang sempurna ais kacang ni mengikut tekak Yaya hahaha! Selain dari tu, turut terdapat pilihan ais kacang yang lain iaitu Icecream, Nutmeg dan juga Fruit Ice Cream. Lain kali bila pergi lagi Yaya memang akan order Ice Kacang! Sedap!


Berbaloi untuk dinikmati 3-4 orang makan sebab portion makanan dan mangkuk yang agak besar.


Adik Yaya sebelah kiri dan adik Shawn yang cantik macam Korea belah kanan. Sayang sangat depa dua orang ni. Muahh! Masa ni ramai orang sangat kat dalam restoran. Ada juga yang terjenguk-jenguk dari luar mungkin tengah scan tempat duduk. Hihi. Tempat kami ni paling best sebenarnya dia macam stall kecil siap ada bumbung tapi telah diubah suai dan boleh duduk serta makan kat sini. 


Orang belah kiri muka senyum sambil tak puas hati time bergambar sebab kacau dia makan. Wakaka. Lepas ni kita datang lagi dan cuba menu lain pula okay! :*


Untuk maklumat lanjut :

Instagram : @teochewchendul
Alamat : Penang Road Famous Teochew Chendul,
LG2, 90, Sunway Pyramid Shopping Mall
No Tel: +60 11-1288 0166
Waktu Berkerja : 10AM–10PM





Terima kasih sudi baca