Assalamualaikum semua
Mula mula sekali nak beri amaran jika korang semua scroll sampai bawah, korang akan merasa getaran histeria tapi tidak kritikal dan masih di bawah paras normal. Ini kerana koleksi hari raya 2015 dari Yaya Rosly Couture memang awesome, superb dan majestic. Yaya sendiri bangga apabila ada anak muda kita yang sangat kreatif dalam penghasilan busana untuk gadis melayu mahupun muslimah. Untuk pengetahuan uols, rekaan Yaya Rosly Couture telah mendapat tempat di hati ramai artis terkenal tanah air seperti Nora Danish, Elizabeth Tan, Nelydia Senrose dan ramai lagi.
Buat pembaca setia dan pengikut Yaya Natsumi, terima kasih korang haritu yaya upload gambar semasa melawat Butik Yaya Rosly Couture, ramai pm tanya dengan lebih details mengenai Yaya Rosly Couture . Haa rambang mata la tu. Ada yang semangat tengah kumpul duit sebab nak dapatkan rekaan eksklusif dari Yaya Rosly Couture ni. Bagi Yaya tak salah dan ini dikatakan sebagai self rewards juga untuk bercantik cantik di pagi raya nanti. ^_^
Bersama pemilik Yaya Rosly Couture yang comel kecil molek dan sungguh baik dan pemurah dengan senyuman, Yaya Rosly . :)
Sebelum Yaya teruskan dengan rekaan eksklusif Aidilfitri tu, Yaya nak bawa korang jalan jalan dulu dalam butik Yaya Rosly Couture ni .
Pelbagai jenis fabrik dari kain yang bermutu tinggi. Khas untuk mereka yang ingin membuat tempahan untuk perkahwinan dan juga custom made baju idaman.
Contoh seperti dibawah yang Yaya pakai ni, ni adalah baju custom made yang direka khas untuk pelanggan. Memang cantik dan rasa memberontak nak beli. Mujur tak set lagi tarikh kahwin. Ehh. :p
Uhuk uhuk :'D
Selain itu, terdapat juga pelbagai rekaan yang serius cakap, semua cantik cantik sangat aduhai! Untuk rekaan yang digantung ni, masih baru juga tau! Ready-To-Wear ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin mencari baju tunang, nikah, dinner, majlis rasmi mahupun majlis perkahwinan.
Untuk pengetahuan semua, rekaan dari Yaya Rosly Couture menekankan konsep saiz wanita Asia yang kebanyakannya bertubuh kecil. Khas untuk mereka yang bersaiz petite XXS, XS, S dan seterusnya. Manalah Yaya tak teruja masa datang Butik Yaya Rosly Couture ni kan! Senang semuanya boleh terus dipakai dan tak payah nak alter lagi. Rasa nak peluk Yaya Rosly ni sebab memahami hati pengguna bertubuh petite seperti Yaya. :'D
Okay dah puas jalan jalan dalam butik? Jom tengok koleksi eksklusif 2015 dari Yaya Rosly Couture. Semuanya memang cantik sangat okay! Menangis tengok! :'D
KOLEKSI EKSKLUSIF AIDILFITRI 2015 DARI YAYA ROSLY COUTURE
Fuhh. Yaya tahu mesti ada yang jatuh rahang sebab ternganga sikit tengok koleksi yang cantik cantik ni kan! Sebab Yaya pun macam tu! Huwaaa nak nak baju raya dari Yaya Rosly Couture !! Rasa nak picit picit pipi Yaya Rosly sebab buat baju cantik sangat. Rasa nak beli semua untuk pakai pergi event. Haha
Ni pula untuk ukuran baju dan measurement bagi senang korang nak beli :)
Yaya punya memang saiz Petite. Hihi. Best tau korang. Cantik dan terletak je! :D
Untuk mereka yang ingin membuat tempahan baju raya custom made, uols boleh je tempah dari sekarang cuma kena banyak berdoalah kerana mungkin owner tengah busy sebab order masuk bertalu talu. Memang hot sale tau! Tapi raya kan sebulan. Apadahal. Lambat dapat pun takpe janji boleh beraya dengan rekaan idaman sendiri kan! :p
Untuk kanak kanak pun ada juga tau! Memang terbaik lah. Jelousnya dengan bakat ciptaan yang Allah kurnia kat fashion designer ni. Kreatif dan inovatif sungguh!
Terima kasih Yaya Rosly Couture atas perkongsian rekaan eksklusif untuk kami yang berzaiz petite ni. Terima kasih banyak banyak. Yaya harap akan datang kalau ada rezeki, nak jadikan awak pereka busana perkahwinan Yaya. Haha see, saya memang kuat berangan.
Untuk uols yang berminat dengan Koleksi Aidilfitri 2015 dari Yaya Rosly Couture , jemput datang ke butik cantik mereka di Seri Kembangan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Yaya Rosly Couture :
Akamat Butik : E-8-1,PP25,Taman Pinggiran Putra, 43300 Seri Kembangan, Selangor
No Tel : 012-646 0210
Website Yaya Rosly
(sedang dalam proses pengubahsuaian)
Terima kasih sudi baca