Aug 29, 2015

Laksanakan Ibadah Qurban dan Akikah melalui EZ Qurban

Assalamualaikum semua 


Yaya percaya ramai yang tak sabar menanti raya haji nanti kan? Ada juga yang mungkin menyimpan hasrat untuk melaksanakan ibadah Qurban dan Akikah tetapi masih mencari servis perkhidmatan dari syarikat yang bertanggungjawab menguruskannya untuk mereka. Bagi Yaya, yang sebaiknya adalah kita melakukan ibadah Qurban ini di tempat yang sememangnya merupakan penempatan bagi mereka yang betul-betul daif dan memerlukan. Sesungguhnya itulah yang paling berkat disisi agama  :)

1

Untuk pengetahuan semua, Ez Qurban Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan Qurban dan Akikah di luar negara. Negara yang terpilih adalah Filipina, Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam, Bangladesh, Laous dan juga Myanmar. Ez Qurban menawarkan perkhidmatan yang mudah, cepat, cekap dan efisyen melalui pengalaman mereka selama 7 tahun dalam mengendalikan ibadah Qurban dan Akikah untuk mereka yang berkemampuan dalam melaksanakannya.


Antara negara yang menerima sumbangan Qurban dan Akikah :





04





Sijil penyertaan daripada EZ Qurban juga akan diberikan kepada penama yang telah membuat ibadah Qurban dan Aqiqah sebagai pengesahan penyertaan.


Harga untuk setiap penyertaan ibadah Aqiqah dan juga Qurban adalah seperti berikut :


Penyertaan Ibadah Aqiqah :

1 Ekor Kambing - RM580


Penyertaan Ibadah Qurban :

1 Bahagian Ekor Lembu - RM300

1 Ekor Lembu - RM2,100

1 Ekor Kambing - RM580

*Harga termasuk 6% GST






Ada beberapa cara mudah untuk menyertai ibadah Qurban atau Akikah bersama EZ Qurban  :

Isi borang online di website EZ Qurban untuk mendaftar.

KLIK SINI untuk daftar.

Selain itu :

WhatsApp  : +60133186984
Email : ezqurban.adm@gmail.com
Facebook: EZ Qurban Sdn Bhd
Walk in EZ Qurban Sdn Bhd
No. 125-1A, Jalan 3, Batu Cave Centrepoint
68100 Batu Cave, Selangor Darul Ehsan


Pembayaran boleh dibuat melalui :

Maybank: 5624 0550 5189 (EZ Qurban Sdn Bhd)
Bank Islam: 1211 3010 0292 76 (EZ Qurban Sdn Bhd)



 Pastikan simpan nombor transaksi dan gambar resit sebagai bukti pembayaran ya! ^_^

Bila dah isi semuanya, peserta akan mendapat email dan sms dari pihak EZ Qurban sebagai pengesahan bayaran yang telah dibuat.

Selepas itu, peserta boleh menyemak status mereka secara online di website EZ Qurban dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan. Mudah dan cepat kan? Hee


Jangan lupa untuk membuat pembayaran sebelum 25 September 2015 tau!



Bagi mereka yang berminat untuk melihat sendiri ibadah Qurban ini dijalankan, bolehlah menyertai misi kembara EZ Qurban ke negara yang disebutkan diatas semasa bulan Ramadhan dan Hari raya Aidiladha untuk menyampaikan sumbangan Qurban dan Akikah.


Untuk maklumat lanjut atau secara walk-in :

EZ Qurban Sdn Bhd
No. 126-1A, Jalan 3, Batu Cave Centrepoint
68100 Batu Cave, Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-6186 1911
H/P: 013- 238 6000

Website: www.ezqurban.org
Facebook: EZ Qurban Sdn Bhd







Terima kasih sudi baca 

Aug 28, 2015

Bloggers Day Out - Melawat Panda di Zoo Negara

Assalamualaikum semua 


Minggu lepas Yaya bersama keluarga KBBA melawat ke Zoo Negara. Fuhh excited bak ang sebabnya kali terakhir Yaya melawat Zoo Negara ni pun masa darjah 6 kot? Memang dah tak ingat sangat lah kan. Jadi bila ada kesempatan untuk ke Zoo Negara memanglah Yaya teruja nak pergi :) *jiwa kanak kanak sungguh daku ini.



Meet my bestfriend masa UiTM, Echa. Seronok dia jalan jalan di Zoo Negara. Yang excitednya kami ni sebab nak tengok Panda! Hihi


Masa ni juga berpeluang berjumpa dengan blogger yang Yaya tak pernah jumpa. Happy. :)


Aktiviti kami yang pertama, ialah melawat Butterfly Garden. Teruja tengok rama-rama berterbangan bebas di satu kawasan tertutup yang disediakan.




Cairan madu diletakkan di kelopak bunga raya dan mereka juga diberi buah-buahan seperti nenas sebagai makanan kepada rama-rama disitu. 


Yang bestnya, kami dibawa ke Zoo Negara Amphitheater dan menyaksikan haiwan terlatih seperti singa laut, burung kakak tua, ular, angsa dan lain lain membuat persembahan dan menunjukkan aksi bijak mereka. 



With Ayu Jean. Muah ciked!


Masa ni rasanya kami yang dewasa ni yang terlebih excited. Seronok tengok dan melayan perasaan macam kanak-kanak. So me. :p


Eh eh jumpa Panda tiruan! Haha


Seterusnya kami dibawa berjalan jalan di sekitarnya. Jemput menjamu gambar. Hihi



Unta merajuk.


Besarnya 'mereka' ni. Selalu tengok dalam gambar je. 


Hornbill ni pun Yaya pertama kali tengok. Cantik paruh 'dia'.




Haha lucu sekejap kat sini. Orang utan tu lama betul bergantung macam tu. Tak lenguh tangan awak ye?



Kami juga sempat melawat ke Bee Muzium. Memang teruja dapat minum madu fresh dari sarang kelulut lebah.

Lebah Teamwork Kelab Blogger Ben Ashaari



Melawat di Akuarium Tunku Abdul Rahman. Masuk sini best sikit sebab sejuk! Haha 



Terkejut ikan tu Yaya nak kiss. Terbutang mata dia! Hahaha *walhal dah tahu ikan memang tiada kelopak mata. Hee 


Ala penguin omey omey angat jalan terkedek kedek. Haha Yaya suka penguin!


Makan tengahari kami di ditaja oleh Food Panda di Wild Life Park Restaurant. Sedapnya. Pulak tu tengah lapar dan haus sebab penat berjalan. Memang layan la makan set macam ni. 



Ok sambung jalan balik! ^_^


Tibalah kami pada pukul 2.30 petang di Giant Panda Convention Centre.

Masa ni semua makin teruja dan tak sabar. Suara pegawai yang bertugas yang menerangkan tentang Panda pun sayup-sayup je kami hadam. Kalau nak tahu, najis Panda di China akan diproses untuk dijadikan kertas. Ini kerana makanan ruji Panda cuma berasaskan tumbuh-tumbuhan. But still.. kami speechless jugak. Haha!


With Kak Rara sayam.


Muka tak sabar kami tunggu Xing Xing atau nama Panda ini di China ialah Fu Wa. Pasangan Xing Xing iaitu Liang Liang yang masih berpantang dan ditempatkan dibilik khas selepas kelahiran baby Panda baru mereka. Hee


Yeayy keluar pun Xing Xing! Masa ni semua excited rasa nak menjerit sebab first time tengok Panda secara live kan. Tapi kami dilarang bising dan di ingatkan untuk tidak menggunakan flash kamera. Ia akan membuatkan Panda stress rupanya. Kebetulan juga Xing Xing menyambut ulang tahun yang ke 9 masa ni. Seronok beliau sambut hari jadi dengan kek sayur dan buah yang telah dibekukan. Hee

Panda Malaysia

Nyum nyum sedapnya kek harijadi saya. Rasa buah epal dan carrot. Haha


Pengalaman melihat sendiri Panda di depan mata memang lain betul rasanya. Bila tengok betul-betul, Panda ni memang lah antara haiwan yang paling comel sekali. Dah la badan dia cikebum camtu. Rasa nak peluk je!



Fuhh dah penat berjalan, kami naik shuttle. Walaupun penat, kami tetap seronok dan teruja dengan pengalaman melawat Panda dan haiwan lain di Zoo Negara. Terima kasih pihak Zoo Negara yang memberikan layanan yang tip top! Akan datang boleh bawa lagi! Hehe


Kalau uols nak datang ke sini, ada cara mudah untuk buat pembelian tiket.

Rujuk di :

Website: Zoo Negara Malaysia
Instagram: ZooNegaraOnlineTicket
Telefon: 03-5124 0109
Email: saujanajutaria@gmail.com

Waktu Operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang setiap hari
Pertunjukan Haiwan: 11.00 pagi & 3.00 petang

Terima kasih kepada pihak Zoo Negara, Cosmoderm, Food Panda kerana menaja ahli keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari. Korang memang awesome! ^_^



Terima kasih sudi baca 

Aug 15, 2015

Diskaun 50% sehingga 16 Ogos 2015 di Capricciosa Restorante Italiano

Assalamualaikum semua 


Yaya bersama rakan blogger yang lain berkesempatan mencuba menu di Capricciosa Pasta & Pizza di Sunway Putra Mall yang dulunya merupakan The Mall berhadapan dengan PWTC. Sebelum ni pernah kesana. So, kali kedua Yaya pergi ni takdelah sesat lagi. But still pakai waze. Hahaha


Apa apapun, Yaya nak cadangkan korang rebut peluang untuk makan disana sementara ada promosi 50% ni. Memang berbaloi oii! Semua harga makanan mereka jatuh 50% sehingga 16 Ogos 2015! Memang terbaik! Capricciosa juga merupakan restoran Itali pertama di Malaysia yang mendapat sijil Halal dari pihak Jakim tau. Sejuk sikit hati kita ni kan :)


Jom makan!


Paling berbaloi untuk dinikmati 2-3 orang. Sharing Platter Ultimate Surf & Turf RM89.90.
Ada beef, salmon, black mussels, nasi cheese dan juga pasta. Sungguh enak dan berbaloi. Satu lagi sharing platter yang kami makan ialah Ocean Platter, yang tu cuma berharga RM69.90.


Garlic and Chili Shrimp - RM22.90
Untuk mereka yang tekak Melayu macam Yaya nak pedas pedas sikit, boleh cuba yang ni.



Calamari Fritto - RM15.90


Caesar Salad with Smoked Salmon or Chicken - RM19.90

Soupy Seafood - RM33.90 (Macam seafood aglio olio)
Tak perasan bila masa dia datang kat meja tengok tengok orang dah rasa dan pass kat Yaya. Cilok satu gambar ye Kak Ida, Hehe. Tapi ni memang sedap sangat dan Yaya memang suka gila. Selera Yaya kot. Hihi


Creamy Garlicky Salmon - RM36.90


Beef & Beef - RM53.90


Grilled Chicken Thigh - RM24.90


Baked Lobster - RM99.90 . Jarang makan lobster tapi ni memang sedap laa udang bapak besau


Pizza Signature Capricciosa . Very recommended. Sedap sangat tau!
Ada beef, beef pepperoni, mozarella cheese,  mushrooms & bell peppers.
Family 12" RM27.90
Personal 9" RM17.90


 Hawaiian Personal Pizza [9"] - RM19.90
Hawaiian Family Pizza [12"] - RM28.90


Chocolate Brownie - RM11.90


Mascarpone Tiramisu - RM11.90


Signature Capri Sodas
RM11.90 / glass 
RM22.90 / 1 liter pitcher


Memang sedap dan sangat berbaloi! Yaya harap tekak korang pun rasa macam yaya jugak lah! Siapa yang peminat makanan Itali ataupun nak tukar selera untuk cuba makanan Itali, jemput datang ke Capricciosa cawangan Sunway Putra Mall, Sunway Pyramid atau Pavilion. Sementara ada diskaun 50% ni, molek sangat lah uols serbu sebelum restoran mereka tutup pada malam 16 Ogos 2015! Hihi ^_^


Bersama rakan blogger yang hadir. Memang havoc! ^^v


Untuk maklumat lanjut :




1. Capricciosa Sunway Putra Mall (The Mall)
Lot 3-29, 3rd Floor
Sunway Putra Mall
Tel: 03-4050 5883
Business Hour: 11am - 10pm

2. Capricciosa Pavillion KL
Lot 1.52.00, Level 1
Pavillion KL
Tel: 03-2141 0517
Business Hour: 11am - 10pm

3. Capricciosa Sunway Pyramid
Lot 2.127A, Lower Ground 2
Sunway Pyramid
Tel: 03-7492 0515
Business Hour: 11am - 10pm





Terima kasih sudi baca