Apr 16, 2011

Bagaimana sesebuah blog boleh memberi inspirasi



Tajuk dah ala ala pakar motivasi dah kan. Tapi rasanya yaya bukan nak bagi tips. Cuma nak cerita pengalaman sendiri. Bagaimana sesebuah blog tu memberi yaya perangsang dengan kata2 mereka yang lemah lembut, sampai menarik hati ini untuk berubah sedikit demi sedikit.. *oh time yaya taip ni tak tahu kenapa rasa sebak. :')



Kalau orang kata laman sosial ni melalaikan, sudah tentu yaya setuju kalau kita menyalah-gunakan platform ni. Kadang2 yaya mengaku memang yaya leka. Tapi insyaAllah masih boleh diimbangkan. Banyak positifnya berblogging kalau kena caranya.



Kat sini yaya jumpa dengan mereka yang yaya tak pernah bertentang mata. Tapi mereka inilah yang banyak memberi sokongan samada mereka sedar ataupun tidak. Dari sifat buruk sekecil kuman, yaya cuba muhasabah diri dengan rasa rendah diri dari penulisan entry mereka. Tak mahu sombong, bertelagah sesama manusia, menyimpan rasa dendam, dengki, ya Allah minta dijauhkan aku dengan semua sifat mazmumah tu. Doa yang selalu tak pernah yaya lupa lepas solat. Kadang2 yaya terfikir, mungkinkah kerana doa2 itu juga membuatkan yaya menjadi sangat lembut hati sehingga ada kawan2 yang memijak2 perasaan ini?




Walaupun kadang2 ada entry yang diutarakan mereka pedas bunyinya, sentap meresap jauh dalam sanubari sampai kadang2 malu nak tinggalkan secebis komen. Dalam hati yaya, "itulah kebenarannya. itulah dia mahu tak mahu kau terima".



Sumpah bukan cuba menunjuk diri konon sempurna. tolong jangan fikir macam tu. kadang2 yaya sendiri dalam keadaaan serba salah dalam menjaga hati orang sekeliling. terasa dipergunakan bila cuma dicari untuk kepentingan sendiri. tapi syukur.. masih ada kawan2 yang masih menghargai yaya seadaanya. mereka ini sangatlah yaya sayang. setiap dari mereka yang sudi berkawan dengan yaya inilah yang terus yaya sematkan dalam doa. insyaAllah.



*Mungkin mesej yang dikatakan tentang inspirasi itu masih tak sampai dikatakan dalam bentuk teks dengan jelas. Tapi percayalah. Anda diantara mereka yang memberi inspirasi. Info tips panduan pengajaran pengalaman pahit manis sakit hati yang anda beri. Terima kasih. Itu semua sangat mematangkan. Yaya tahu ada diantara yang sedang membaca menjauhkan diri dalam realiti, tetapi menjadi silent reader yang setia disini. Kenapa agaknya? :)



Tak terasa mahu dipost tajuk entry ini ke umum. Siapa yang terbaca, terima kasih sudi melayan cerita hati ini. :')


Banyak betul anak tangga sebelum benar benar berubah. Semoga sampai sebelum waktunya.


Apr 13, 2011

The 7th LOVE photo contest






"The smiley eyes are showing us the meaning of LOVE between each other"





tapi kalo orang yang kita nak lupa kan tu kwn..kena buat mcm jugak ke yunk??

ouh. kite memang takkan boleh lupakan kawan yang kite sayang. tapi kalau dia yang bersungguh2 tak mahu berkawan dengan kita lagi, what should we do? teruskan hargai dia atas segala kebaikan dia. lupakan perkara yang pernah buat kita berkecil hati dengan perangai dia. itu cara dia. jangan buat perkara yang sama. jangan lupakan kawan. its much better honey. :)

I just love youu. Don't bite me anon. ;)

Apr 9, 2011

Meet them :)



Ok ini cerita hari hari lepas.


Dipendekkan cerita, (sebab i tau y'll lagi suka tengok gambar dari dengar, eh dari baca. kan kan)
hari tu ialah hari sabtu yang sangat bosan. Ibu dengan ayah pergi kenduri kahwin. So teringat cousin yaya buat birthday party untuk anak dia si comel kacak Dzarif Aidan (eh betul tak eja nama anak kau camni boy? huhu) So yaya call cousin yaya, paiz yang sebaya yaya, ajak dia pergi usj uma abg boy ni. dia suruh yaya amik kat uma sewa dia kat sepang. nampak semudah abc tapi serius miat tu jauh mak datok tambah lagi tak tahu jalan nak ke sana. so memang tak jejak la derr. huhu. then call cousin yaya, azie yang jugak sebaya. dia memang dah ada kat usj. kitorang dah lama tak bersua so rasa teruja nak berpeluk. =.=
(we're so close. there is another cousin which is Lutfi a.k.a lokpi. yang sebaya kami jugak. :))


*ok sambung.
Dipendekkan cerita, paiz sanggup naik erl then yaya amik dia kat BTS. sampai sana tukar driver. memang taklah yaya nak drive kat tempat tak pernah lalu. >_<


Sampai pun agak lambat dalam pukul 5 lebih. majlis start pukul 3.30-6.30ptg camtu la. clown pun dah balik tak sempat nak mintak belon bentuk tikus mondok. chocolate indulgence pun dah cair tapi tetap sedap. makanan memang semua sedap sedap. kari ayam roti jala tu memang terbaik wa cakap lu. Mesti malas nak baca panjang2 an. Ok gambar kat bawah.



Hai helo nama saya Dzarif. Boleh panggil saya hensem comel.



The Family



Dear dzarif, ni auntie buat entry khas untuk dzarif. cakap kat papa duit raya tahun ni double eh sebab raya hari tuh tak sempat jumpa dah kena balik sabak.


Time pergi dapur cari mangkuk nak makan koktel, ternampak kat peti ais ni ada jadual. Sangat menarik perhatian(memang menarik sampai nak snap ni pun rasa malu sebab ade cctv kat setiap ceruk. T__T). Mungkin ni untuk maid yang kerja sebelum ni. Bagus kan. Atleast takdelah dia ter miss setiap inci kerja. Disiplin itu penting.


Semoga akan peroleh satu seperti ini semua suatu hari nanti. Amin untuk yaya.



Apr 6, 2011

Pernah tak rasa macam ni?

Pernah tak korang rasa tak makan pun takpe janji mengadap depan lappy senyum senyum gembira baca entry kawan2 yang korang tak kenal? Ada entry kelakau, berinfo pengetahuan yang korang tak pernah tahu, sedih, duka, manis, pahit pengalaman seseorang yang korang tak kenal pun? Tapi korang boleh sama2 merasa perasaan mereka ini? *apakah saya begitu berperasaan atau anda juga setuju saya penuh perasaan? -.-


Pernah tak rasa geram bila tengok cerita endon ni suka suka je kalau dia taknak orang jahat tu ada lagi atau orang baik tu tak rasa terseksa bila dia terlibat dengan cinta tiga segi, diorang senang2 matikan watak tu dengan membuat mereka mati terbakar, mati eksiden, mati akibat bencana alam. kesian kot. kalau watak jahat tu apalah salahnya bagi dia satu scence yang membuatkan watak tu insaf. takpun yang baik tu bagilah dia jumpa cinta baru ke. haih. yelah faham. nak jimat kos kan. atleast tunjuk logik jalan cerita pun dah okay. *apakah saya yang emo atau awak pun rasa macam tu? biasalah tengah bendera jepun kan. semua nak emo. -.-


Tapi awak mesti setuju kalau saya cakap kita taktau apelah kena mengena tajuk cerita ni dengan ceritanya. Tapi nanti dah jenuh menunggu sampai episod 244 Cinta dan Anugerah baru tahu dia namakan anak kembar dia sorang Cinta sorang lagi Anugerah. Fine. mengaku tadi tengok dengan ibu episod last cite tu. Same goes to cerita Begitukah Cinta. *waa rindu pulak nak tengok lepas balik kelas. T__T


Oh dan lagi satu, yaya rasa nak jadi doktor lah.

Tapi doktor yang bagitahu dengan muka senyum gembira dekat pasangan yang bakal menimang cahaya mata pertama. Yang mana dalam perut si ibu ada janin yang akan ditiupkan roh bila sampai waktunya. Sebab nak tengok kegembiraan kat mata bakal parents ni. Tak kisah lah orang tu kita kenal ke tidak. Boleh bayangkan tak macam mana muka diorang senyum gembira, mata berlinang terharu, sebab bersyukur dengan anugerah Allah? Oh my.. :')


I just can't get enough to put all the babies picture here. Can i bite your cheek? :D

*ok sebenarnya dah makan nasi ayam sedap mabeles dah tadi. malam nanti family dinner kat luar lagi. puh puh cepatlah gemuk sikit yaya. dapat naik 42kg pun takpe. >_<

**oh kawan2.. dengarlah lagu kat tmblr yaya bila awak nak rasa ketenangan. yaya rasa bunyi piano ni macam terapi kat yaya bila senyap sunyi.

ctrl+click kat sini. -> http://yayaflanella.tumblr.com/

Like la tau kalau awak rasa tenang bila dengar. :)

Apr 5, 2011

Sweet time with sweet people

*entry terkepam baru nak publish. =.=


Cerita lama. dua minggu lepas. tapi manisnya tetap terasa. :')

Dinner untuk satu malam je. tapi kelam kabut nak pakai apa macam nak naik pelamin. ok tipu.
Bajet yaya cuma beli selendang pashmina tu je kat Arked Man Sg. Besar. Tak tau pulak nama dia pashmina ke apa tapi yang penting nak cari kain cenggitu. Tu pun Faa Eryna bagi tahu. Hihik. Terpengaruh dengan fesyen jilbab kat youtube. comel comel sungguh :))

*yaya rase nak tukar header gedik tu la letak yang pakai tudung pulak. okay tak? pelan2 kayuh.. maaf kalau tak sepenuhnya lagi.. :')


Lecturer bagitahu kena ada kat sana pukul 7.45 mlm. Bila dengar macam tercengang jugak. Sampai berdoa2 mintak period sebelum dinner tu. huhu. Tak baik kan. So hanya mampu berdoa dipermudahkan segala urusan je lah. Yaya dah bajet nak gerak awal lah senang sikit tak kelam kabut sebab nak singgah sg. besar dulu. Sue, Fafa, Syida memang dah siap dari uma.. "untunglah" :p So bila sampai diorang bertiga copkan tempat untuk yaya dengan kawan2 lain yang tak sampai lagi.


Tengah2 tunggu maghrib kat surau D'Muara Marine Resort, Sungai Haji Dorani, berpusu2 jugak kaum muslimah sampai. Bersyukur sampai awal. Surau tu kecik sangat. Boleh muat 7-8 orang solat je dalam satu masa.


Lepas tu kelam kabut pulak pegi toilet nak bersiap. Oh dapat saf depan jugak besar baik punya cermin. pendek kata semua hal dilalui dengan mudah jela.. :)


Malam yang sangat meriah. Sit pun dapat sit yang terbaik pulak. Dekat je dengan lecturer. Peluang gedik bergambar bersama mereka memanglah tidak dilepaskan. hee..

Encik saiful. :)


Cik diela :)

*dua2 gambar diatas lain ye dengan profile picture yaya kat fb. :p


Malam tu semua cantik cantik kacak kacak. Paling menarik perhatian tentulah budak kelas yaya.. Semua pandai berfesyen yaww.(eh perasan je.haks) Yang lelaki pun sama siap ada bertanjak. So sweeeettt :p Oh tema malam tu tradisional. :)


Our photographer, Syu sayangs


Dah macam tun teja dengan hang tuah dah. =.=

Naz sayangg

Bajet jadi model tudung dengan Ieka


Tercomel sayangs Tyqa Muhd


Memang bestlah korang perform. :))

Couples in class forever. InsyaAllah. Amin :)


Ini ialah kawan kawan yang sentiasa dikenang dan dekat dihati. Thanks for everything buddy. much love :)




Ini ialah kawan kawan yang give and take. much much love






Apr 4, 2011

Setelah hanya mampu memerhati sahaja.

*ketap ketap jari tangan*

Hai Assalamualaikum rakan taulan. :)

*Asal rasa kekok pulak ni nak menaip T__T

Ok abaikan. Setelah begitu lama rasanya tak menaip sampai ada suara2 mengkompelin tak update belog. So wa rasa macam tercabar sungguh. Walaupun banyak gila cerita nak dikepohkan, tapi serius takde nafsu langsung nak menaip. Kan senang kalau blog ni auto-update je pengalaman blogger setiap hari?

Jujur aa wa cakap lu, wa jelouse tengok belog2 favourite wa ramai je orang datang bagi komen bagai kan. Diorang tuka header, layout, tambah benda2 yang menarik kat belog diorang, yang yaya's story nih, kat takuk situ je. Takpe takpe. *redha

Walaupun tak update blog, yaya rasa terharu kerana ada juga yang sudi singgah. Tinggal jejak kat shoutbox tu. Thanks korang. Sayangg korang. :')

yazidturpedo buatkan kartun comel pakai baju pink konon2 iras2 yaya lah. hihik. suka suka, Thanks tau! nanti nak lagi! :D
Korang boleh ctrl+click link blog dia dan tengok hasil kerja dia yang kreatif pakai doodle tu. ;)



Comel kan? Thanks awak, awak jujur dengan kite. :')


*more entry will be updated soon.