Dec 30, 2022

Carina | Tisu Berkualiti Tinggi Pilihan Semua

 

Hai korang! Yaya pasti korang pun mesti sama macam Yaya yang tak boleh berpisah dengan tisu. Dalam beg, dalam bilik, kat dapur, atas meja makan dan lain-lain wajib ada tisu samada tisu kering atau tisu basah. Lagi pula punyai dua anak kecil yang sedang membesar, stok tisu memang tak pernah putus dirumah. Pilihan kami sekeluarga pastilah jenama Carina. Falling in love betul dengan warna lavender Carina ni tau lembut je dan sesuai dengan warna tema rumah Yaya hihi


Kalau nak tahu, tisu Carina ni dicipta khas untuk orang Asia Tenggara. Wow special betul. Maklumlah sesuai dengan iklim negara kita, tisu yang berkualiti tinggi diperlukan untuk membantu kita membersihkan segala kotoran dan paling penting, tisu jenama Carina sangat mesra dengan pelbagai jenis kulit dan juga mesra alam sekitar.


Latar Belakang Carina | Tisu Pilihan Rakyat Malaysia

Untuk pengetahuan semua, Carina telah mula bertapak di pasaran Malaysia sejak tahun 2009 dan menjadi pengeluar tisu pertama di Malaysia. Penghasilan tisu Carina menggunakan hanya 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli. Makna kata, pastinya tisu Carina merupakan tisu berkualiti tinggi yang mesra pada semua jenis kulit termasuk pada kulit sensitif kerana tidak menggunakan komponen kitar semula dalam penghasilan produk mereka.


Dengan harga yang berbaloi dan mampu milik, pastinya tisu Carina menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia. Mudah dibawa kemana sahaja, Carina hadir dengan empat siri utama dalam rangkaian produk iaitu :


Penjagaan Kecantikan (Beauty Care) – Siri Tisu Kering Carina diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit sensitif, dan Siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli.


Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care) – Tisu Bilik Mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan.


Peralatan Dapur (Kitchenware) - Siri Tisu Dapur kami menjadikan permukaan dapur dan peralatan bersih, berkilat dan bebas calar. Ia membantu membersihkan kaunter dapur dan peralatan serta menyental tumpahan cecair.


Penjagaan Kesihatan (Health Care) – Siri Tisu Basah kami mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan.


Selain itu, Carina juga boleh diperoleh dalam siri lain, seperti Tisu Basah, Kapas Muka, Putik Kapas, Kapas Gulung dan banyak lagi. Tekstur Carina Wipes yang lembut, sesuai digunakan untuk pembersihan dan pembasmian kuman bagi menanggalkan kotoran atau cecair dari kulit atau permukaan. Rangkaian Carina Cotton pula juga diperbuat daripada kapas asli, lembut, tahan lasak dan mempunyai kadar penyerapan yang tinggi sesuai untuk kegunaan peribadi dan juga penjagaan bayi. Rangkaian produk yang luas daripada Carina ini dapat memenuhi keperluan harian anda untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih baik, bersih dan sihat.


See boleh bersihkan minyak di dapur dengan efektif! Kalau tetamu tiba-tiba text nak datang boleh zass zass terus kemas berkilat dalam jangka masa yang singkat. Make sure standby tisu dapur Carina di rumah tau!


Nak bersihkan cuping telinga anak pun senang sebab putik kapas yang digunakan lembut dan juga kukuh. Yang mana, ianya tidak mudah tertanggal atau tercabut. Kerja membersih juga menjadi tenang dan lancar hee


Paling penting bawa wet tissue Carina ni lagi-lagi kalau pergi ke kedai makan. Ada orang memang tak yakin dengan tahap kebersihan permukaan meja tempat duduk mereka lagi-lagi bagi mereka yang bawa anak, so korang boleh lap dahulu sebelum duduk. Kalau tengah makan ada sisa makanan terkena bahagian badan pun, boleh terus lap dengan tissue Carina tanpa meninggalkan kesan melekit.



Carina Soft White Wallet Tissue pun jangan lupa bawa tau! Senang je boleh letak dalam poket ;)


Boleh tengok video penuh di atas hihi


LIMITED EDITION  We Love We Care Bag

CARINA 2023 berazam untuk bergerak ke hadapan mengikut peredaran zaman dan terus maju selepas pandemik. Konsep baharu telah dihasilkan dengan tema "We Care, We Love"
  • Carina menggalakkan kesedaran kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran
  • Carina menjaga kulit anda dengan menyediakan 100% kapas tulen semulajadi yang mesra kulit
  • Khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang Asia Tenggara
  • 4 siri untuk memenuhi permintaan pasaran
Dengan tema "We Care, We Love", ia menyatakan kepercayaan mereka bahawa menghasilkan produk berkualiti tinggi akan mempengaruhi dan menghasilkan penjagaan dan kasih sayang yang lebih baik untuk keluarga. #CarinaCares terhadap anda dan keluarga anda.


Nak hadiahkan Carina Gift Box buat orang tersayang?

Carina sekarang tengah buat promosi untuk Carina Gift Box. Apa yang ada dalam Carina Gift sama seperti gambar diatas siap dengan kotak cantik lagi hee. Selain untuk kegunaan sendiri, boleh hadiahkan orang tersayang tau! Harga pun murah je sempena promosi ni cuma RM 29.90 (harga asal RM35)


Korang boleh dapatkan Carina Gift Box di :
  • Aeon Big (Cawangan terpilih)
  • Mix Store (Cawangan terpilih @ IOI City Mall)
  • Hot Market @ Berjaya Times Square
  • Tong Hup Trading, Melaka

Selain produk Carina Gift Box, terdapat juga :
  • Shop online voucher Shopee Carina official Store RM 5 voucher
  • Review & Win campaign flyer 
  • Carina Surprise Ang-pao sehingga RM88 melalui TNG
Tetapi sebelum itu, dengan setiap pembelian Carina Gift Box Set, ianya TIDAK termasuk
Carina Kitchen Roll (boleh dibeli di kedai fizikal atau online)


Carina Limited Edition We Love We Care Bag (GWP dengan pembelian RM 40 dan ke atas)

Berita baik!! Seramai 100 orang pemenang dicari untuk *MEMENANGI 3 bulan Bekalan Rumah setiap bulan. Hadiah bernilai RM150 menanti bagi setiap pemenang! Alang-alang membeli, jom join Carina Review & Win!


Cara MENYERTAI:

1. Muat naik Foto/VIDEO Ulasan pengalaman anda dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook/Instagram/ Tiktok

2. Nyatakan sebab anda akan mengesyorkannya & tag @CARINA rasmi Facebook / Instagram / Tiktok

3. Hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post anda adalah umum).


*Terma & Syarat:

1. Tempoh kempen: Bermula SEKARANG- 30 April 2023

2. #300 #Penilai Terbaik akan dipilih untuk MENANG 3 Bulan Bekalan Rumah Carina bernilai RM150. Penganjur akan screenshot pemenang dan umumkan pemenang di halaman Facebook Carina bermula dari Feb 2023. Sila nantikan!

3. Hadiah tidak boleh ditukar, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain. Penganjur berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.

4. Resit WAJIB ditunjukkan untuk menuntut hadiah.

5. Setiap pemenang hanya sah untuk menuntut sekali sahaja, Nama & resit Pembelian yang sama tidak dibenarkan.

6. Resit pembelian sah dari 1 Jan 2023- 31 April 2023 sahaja.

7. Baucar tunai bernilai RM150 adalah untuk pembelian produk CARINA sahaja, setiap baucar tunai RM50 hanya sah selama 1 bulan.

8. Carina berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.


Lokasi Untuk Mendapatkan Produk Carina :

OFFLINE
  • Aeon Big
  • Aeon Wellness
  • Econsave
  • Mydin
  • NSK
  • Ascen+ Pharmacy
  • MiX Store
  • PotBoy Groceries
  • C-Mart Penang, Kedah, Perlis
  • Ceria 99 Penang, Kedah, Perak
  • Family Stores Seremban
  • Family Stores Melaka
  • Oppa Mart Melaka & Seremban
  • Nirwana Maju Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan
  • Target Supermarket Johor
  • Song Mart Malaysia Johor
  • Pasaraya Hwa Thai Johor

ONLINE    

Untuk maklumat lanjut, hubungi Carina melalui wangzhengcarina@gmail.com. Ikuti Carina Malaysia di platform berikut untuk perkembangan terkini, info-info kesedaran kebersihan dan pengumuman menarik yang lain.


#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove #beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea #CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature

Terima kasih sudi baca   

Dec 23, 2022

Menikmati hidangan yang unik dan lazat berlatarbelakangkan Tasik Putrajaya di 10 Gram Ayer 8, Putrajaya

Hai korang! Seronok ye musim cuti sekolah ni semua tempat meriah dengan ibu bapa bawa anak-anak berjalan, makan-makan, pergi taman tema even ronda-ronda naik kereta pun dah seronok. Suami isteri pun boleh dating dan banyak masa bersama bila masing-masing nak habiskan baki cuti hujung tahun :p. 


Masih tercari-cari next idea nak bawa insan tersayang makan sedap dimana? Kalau berjalan-jalan di sekitar Putrajaya, jangan lupa singgah ke 10 Gram yang bertempat di Ayer 8. Operasi mereka bermula dari pukul 10am-11pm. Kalau nak lagi cantik boleh pergi waktu malam sebab ada banyak lampu cantik sambil-sambil tu boleh nampak orang naik kereta lampu di bahagian bawah melalui cermin kaca :)

Dating time with all these beautiful girls! Bila dapat berjumpa macam ni memang seronok la nak chit chat dan melepas rindu. Dah berkawan lebih 10 tahun rasanya hee terima kasih masih sudi menjalin persahabatan semoga kekal sehingga ke syurga muahh. *time ni Yaya pakai face mask sebab mukaku sakit baru lepas facial haha doktor kata takleh makeup in 24hr so memang togel je muka cuma pakai moisturizer haha nak bagitahu jugak 

Buat mereka yang suka bergambar, memang seronok la kan bila pergi ke tempat cantik macam ni. Boleh abadikan gambar kenangan bersama orang tersayang. 10 Gram Putrajaya ni so spacious! Sempat Yaya bertanya boleh muatkan berapa orang dalam satu masa dan team mereka beritahu boleh muatkan dari 100-150 orang memang wow sangat lah! 


Cuma kalau hadir pada hari weekdays, ada section yang mereka tutup maybe sebab nak hadkan pelanggan dengan kesesuaian staf yang sedang berkerja. Kalau hadir pada hujung minggu mesti meriah kan. Jom kita lihat sekitar dekorasi dalaman 10 Gram di Ayer 8 ni ^_^




Sudut cermin kaca yang boleh melihat pemandangan tasik dan aktiviti malam di Ayer 8



Lokasi 10 Gram ni betul-betul terletak di sebelah kiri Hospital Azalea.





Turut hadir bersama ialah adik iparku yang cantik dan baik hati. Terima kasih maksu Farissa sudi menemani dan menjaga anak buah mu yang comel dan aktif ini hihi. Alang-alang tu nak belanja sebab dia dah officially graduate from UM. Yeay dah boleh ada pakwe ^_^


Menu istimewa yang unik dan rare kali ini dimulakan dengan Rainy Day. Semua macam wow bila rainy day ni sampai. Cotton candy yang cair di dalam minuman yang enak dan boleh dicicah bersama biskut kering. Memang syahdu la kalau pekena time hujan. Harga rainy day ni RM16.90 je. Berbaloi nak feeling luxury sebab dia besar betul tapi kena cepat makan sebab nanti cotton candy kecut kena angin hee 


Grilled Chicken Chop with Tomato Spaghetti | RM21.90

I should say this a win for grilled chicken chop with blackpepper sauce! (korang boleh pilih samada nak blackpepper sauce / mushroom sauce) Sedap gila ya grilled chicken chop diorang. Tak kering and so juicy, kali kedua Yaya datang pun Yaya order ni hihi. I wish dia pair kan aglio olio with this menu sebab yaya jarang makan tomato spaghetti (tapi habis je jugak ko makan kan yaya hshshsh)


Tomyam Carbonara Prawn | RM19.90

Untuk mereka yang suka rasa yang lebih sensasi, please try ni! Terus naik selera ye lagi-lagi mana yang dah kurang deria rasa akibat long-post Covid. So creamy and it blend together dengan rasa tomyam hangat dan sedap tu. Kalau suka pedas lagi boleh la try gigit dengan cili api tu pulak 


Nasi Ayam Goreng Sambal Belado | RM18.90

Untuk mereka yang perut nasi macam Yaya, jangan risau sebab ada menu nasi juga disini memang sungguh harmoni bagi pencinta nasi. Sambal dia sedap, rasa kick and tak pedas melampau. Boleh tolerate dengan mereka yang suka sambal yang tak pedas. Siap ada keropok belinjau memang layan la siapa orang Sarawak memang suka ;)


Ikan Keli Goreng Sambalado | RM19.90

Alamak kecur air liur kite tengok gambar ni balik. Kombinasi yang padu ye ikan keli goreng tu rangup diluar lembut di dalam gaul pulak dengan nasi lembut panas-panas dengan sambalado dan sambal terung. Sampai ni la teringat-ingat hee


Pizza Ultimate | RM26.90

Pizaa pun ada kat sini??!! Ye pizza pun ada kat sini ye kawan-kawan. Siapa yang suka pizza wajib try salah satu menu pizza mereka disini. Siapa suka tomato cherry, capsicum, mushroom atas pizza boleh try Pizza Ultimate ni. Anak Yaya si Dahlia suka beef pepperoni macam Yaya gak so kitorang order lagi satu omg beef pepperoni pizza diorang sedap gila! Anak Yaya yang 5 tahun makan 4 keping. Gambar ada kat bawah-bawah sikit ye yang beef pepperoni tu


Spicy Chicken Finger | RM11.90

Kalau korang dah kenyang time datang and just nak chil chill je teman member makan, boleh makan ni buat raso-raso. Dia ada vibe uncle bob sebab spicy powder tu cuma ni lagi premium la sebab makan kat kedai cantik.


Thick Cube Toast | RM14.90

Ni la orang cakap presentation hotel tapi harga rakyat marhaen. Memang aesthetic wak. Sedap pulak tu. Lembut je roti dia sambil boleh dicicah mesra bersama sweet honey syrup with vanilla ice cream. Masam-masam cebisan strawberry tu pula buat rasa dia balance dengan segala rasa manis seperti manisnya ikatan cinta kita ewah


Passion Fruit Lychee Fizz | RM12.90

I memang suka air rare camni tapi sebab dia ada gas sedikit (tapi tidak terlalu kuat/menganggu) kita minum sekadarnya sahaja. Adik ipar iols suka dia cakap sedap hihi yang penting buah laici tin dia fresh gebu mok mok camni sedap makan!


Rainy Day again you know you so beautiful


Nectar Latte | RM17.90

Buat penggemar kopi boleh la uols feeling buat eksperimen seperti kenangan darjah 5 ketika di makmal sains dahulu. Yang ada love-hate relationship with coffee (migrain bila minum kopi) macam Yaya, you better try diorang punya next air!


Chocolate Leleh | RM18.90

Buat mereka yang suka air fancy begini, this is for you. Pencinta air coklat boleh order ya pastu feeling sap kok guna keropok waffle coklat kat atas air tu hihi. Indah betul zaman kanak-kanak kan wak


Honeymoon | RM17.90

Get ready sebab I akan puji air ni melambung-lambung. AIR INI TERLALU SEDAP! Korang maybe nampak air ni warna dia pastel sahaja seperti warna pastel kegemaran ramai, tapi seriously sedap especially buat pencinta air honewdew macam Yaya. Di topup pulak dengan aiskrim vanilla atas tu omg seriously I sampai bulan kejap time minum Honeymoon ni sesuai la dengan nama dia terus teringat semasa bulan madu dahulu wkwkwk.


Maaf jika tak behave. Takleh move on. Scale to repeat again? 10/10


Banyak lagi menu lain sebenarnya so korang kena datang sendiri dan decide nak makan mana pastu Yaya pulak baca review korang :p


As for our table, Yaya order set Grilled chicken dengan nasi tu untuk anakku yang perut nasi seperti ibunya, tomyam pasta, beef pepperoni sedap yang Yaya cerita tadi tu, air passion fruit dengan air bandung cincau. Korang seriously kena order air bandung cincau tu sedap gilaaa~


I repeat lagi sekali , ORDER AIR BANDUNG CINCAU TU!! And beef pepperoni too!

Sweetheart 



Nak dimasukkan cerita sekali, Yaya bawa family Yaya pula makan dekat 10 Gram semalam untuk meraikan hari jadi ayah Yaya yang ke 61 tahun. Happy sebab semua ada! Thank you staff 10 Gram yang sudi melayani kerenah kami. Staf lelaki diorang memang nombor syatu. Oh btw sebelum nak datang beramai-ramai camni kena la booking tempat dulu ye. Buat reservation di https://www.10gramgourmet.com/ . 


Antara menu yang kami order malam tadi. So apa yang Yaya review dan datang lagi pada hari yang lain presentation dan rasa tetap tip top. Malam tadi air honeymoon macam lagi sedap pun ada hihihi. Minggu depan nak datang lagi dengan kawan degree kite pulak hihi

My beloved family 

Macam biasa anak ku merajuk lagi kali kedua kali datang sini sebab tak dapat main kat bawah tu. Musim hujan kan bertabahlah :') . Korang boleh parking kereta kat basement ye kalau taknak kena hujan ;)


10 Gram ni banyak cawangan tau antaranya di :

10 Gram Cyberjaya
A-03-05, Block A, Tamarind Square, 63200 Cyberjaya, Selangor

10 Gram Air Putih
Warung 10 gram, B-2, Jalan Air Putih, 25300 Kuantan, Pahang Darui Makmur, Malaysia

10 Gram Shah Alam
B-LG-12, Vista Alam, Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

10 Gram Tun Ismail
A-125, Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan, 25000 Kuantan, Pahang

10 Gram Bakers and Steak Cyberjaya
A-03-09, Block A, Tamarind Square, 63200 Cyberjaya, Selangor

KOJOファクトリ
B-03-07, Block B, Tamarind Square, 63200 Cyberjaya, Selangor

Sepohon
A-04-05, Block A, Tamarind Square, 63200 Cyberjaya, Selangor

10 Gram Putrajaya
A1-G-01, Ayer@8, Jalan P8E2/10, Presint 8, 62250 Putrajaya


Untuk maklumat lanjut dan tempahan :

Website : https://www.10gramgourmet.com/

Facebook : 10gramcafe

Instagram : @10gramgourmet


Terima kasih sudi baca