Yaya percaya setiap ibu mesti nak berikan yang terbaik untuk si manja mereka. Termasuklah diri Yaya sendiri. Sebelum membeli barang keperluan Dahlia, Yaya akan pastikan produk tersebut mesra dengan keadaan kulit bayi dan juga mempunyai khasiat yang memberi manfaat kepada kulit Dahlia. Maklumlah bagi ibu baru seperti Yaya, banyak yang Yaya kena belajar lagi tentang produk penjagaan dan juga kerbersihan bayi yang baru lahir.
Salah satu produk penting bagi semua ibu tentulah Baby Wipes atau tisu basah untuk mengelap bayi. Semua tahu yang bayi akan kerap ditukar lampinnya bagi memastikan mereka sentiasa dalam keadaan selesa. Untuk Dahlia, Yaya juga menukar lampinnya lebih kurang 8 hingga ke 10 kali setiap hari. Kadang-kadang time nak tukar lampin, time tulah dia buang air besar dan kecil. Hihi. So, bagi memudahkan Yaya, penting untuk sentiasa mempunyai Baby Wipes untuk memudahkan kerja pembersihan Dahlia.
Kalau sebelum ni Yaya menggunakan jenama Opps yang agak dikenali, kini Yaya mula bertukar kepada Watsons Baby Lotion Wipes. Bukanlah bermakna jenama Opps tidak bagus tetapi agak susah nak cari kedai yang menjual barangan bayi di sekitar rumah Yaya. Sebelum ni, untuk membeli barangan keperluan bayi, Yaya kena pergi sampai ke Bangi tau. Jadi dengan adanya Watsons Baby Lotion Wipes, mudah untuk Yaya dapatkannya di Watsons :)
Selain itu, harganya yang berbaloi juga bagi Yaya tidak membebankan. Yang penting, Dahlia mendapat cuma yang terbaik. Gitchew ^_^
Untuk Watsons Lotion Baby Wipes 20's, Yaya boleh dapatkannya cuma dengan harga RM6.00 untuk 3 pek. Ternyata jimat! Hehe
Untuk pek kecil ini, Yaya suka dengan bentuknya yang comel dan mudah dibawa kemana-mana. Kalau ada check up di klinik kesihatan, Yaya memang standby satu pek Watsons Baby Lotion Wipes di dalam beg sebagai persediaan.
Selain Watsons Lotion Baby Wipes 20's, terdapat juga pilihan Watsons Lotion Baby Wipes 90's di dalam pek yang lebih besar dengan fungsi poket yang mudah dibuka dan digunakan. Untuk Watsons Lotion Baby Wipes 90's ini, ianya cuma berharga RM9.90. Kalau nak lagi murah, sentiasa peka dengan promosi dari Watsons. Pernah mereka membuat promosi beli 2 Watsons Lotion Baby Wipes 90's dan percuma 1 lagi pek Watsons Lotion Baby Wipes 90's. Harap mereka adakan promosi lagi dalam masa terdekat. Bolehlah Yaya borong. Hihi
Kerana bentuknya yang lebih besar, lebih banyak dan mempunyai fungsi poket yang mudah dibuka dan digunakan, Yaya cuma letakkan di changing table kepunyaan Dahlia. Semua barangan keperluan Dahlia diletakkan di satu tempat yang mudah dicapai.
Bye bye jenama Opps. :p
Kelebihan Watsons Baby Lotion Wipes :
- Diuji secara dermatologi
- Tanpa alkohol dan pewangi
- Tiada bahan tambahan fluorescent
- Diperkaya dengan losyen pelembab, Ekstrak Aloe Vera & Vitamin E untuk memberikan kesan tenang kepada kulit
- Mempunyai khasiat madu yang melembutkan kulit dan juga dipertingkatkan dengan fungsi pembersihan
Cara penggunaan :
- Buka label pelekat atau penutup, tarik Watsons Baby Wipes. dan tutup semula label pelekat atau penutup secara cermat bagi memastikan kesegaran dan kelembapan Watsons Baby Wipes. (untuk Watsons Baby Wipes 20's dan juga 90's)
Review dari Yaya selepas menggunakan Watsons Baby Lotion Wipes ini, Yaya tertarik dengan manfaatnya yang tidak menggunakan sebarang alkohol demi kesejahteraan kulit bayi, diuiji secara dermatologi dan juga penuh dengan khasiat ekstrak aloe vera yang mana kita tahu ianya akan memberikan kelembapan menyeluruh kepada si kecil. Selain itu, tekstur tisunya yang lembut kepada kulit bayi memberikan keyakinan kepada ibu seperti Yaya menggunakannya kepada bayi Yaya tanpa was-was. Mungkin kerana ianya telah diperkaya dengan khasiat madu lebah di dalamnya. Yeayy!
Lenanya tidur lepas dah cuci montot dia dengan Watsons Baby Lotion Wipes :p
MENANGI PELUANG EKSLUSIF SHOPPING SPREE DENGAN FASHA SANDHA
Bertukar ke jenama Watsons dan korang berpeluang untuk memenangi Shopping Spree bersama Fasha Sandha. Caranya mudah sahaja :
Langkah 1 :
Ambil gambar bersama produk jenama Watsons yang ditukar dari jenama lain.
Langkah 2
Kongsikan sebab kenapa korang bertukar produk ke jenama Watsons.
Langkah 3
Upload gambar korang bersama hashtag #myswitchandsave #watsonsmalaysia di Instagram/Facebook.
Untuk maklumat lanjut :
Website : http://www.watsons.com.my
Facebook : Watsons Malaysia
Instagram : @watsonsmy
#myswitchandsave
#watsonsmalaysia
Terima kasih sudi baca