Jun 15, 2017

Street Churros | Pelbagai Menu Menarik yang Harus Dicuba di Street Churros



Siapa kat sini penggemar churros? Jujur kata sebelum ni Yaya ada pengalaman tak best dengan churros. Pernah Yaya cuba makan di salah satu restoran yang berkonsepkan butik. Weh seriously masa tu masa pertama kali cuba churros langsung tak sedap bagi Yaya. Berminyak dalam mulut bila makan aduh memang spoil la. Dah la first time cuba. So lepas tu memang tak suka churros dah sampailah pada suatu hari Yaya terdetik nak cuba Street Churros yang berasal dari Korea dan merupakan satu-satunya rangkaian cafe churros yang terbesar di serantau dengan menunya yang pelbagai.


Korang tahu kan Ikea Cheras tu? Haa kalau nak tahu MyTown Cheras bersebelahan Ikea Cheras tu dah beroperasi sepenuhnya tau. Memang best la tempat dia. Tak puas jalan kat sana lagi time ni tapi sempat ke level basement 1 sebab teruja nak rasa Street Churros kat sini. Dengar kata ada menu baharu lepas tu churros kat sini bukan macam churros biasa tu tau. Street Churros ada macam-macam pilihan perisa. Menarik kan? ^_^


Street Churros
Diolah dengan 3 perisa utama iaitu Cinnamon, Chocolate dan juga Cheese. Menariknya, korang boleh pilih sos pencicah tau! Ada perisa chocolate, cream cheese, blueberry dan juga butterscotch. Pilhan Yaya haruslah butterscotch! Sumpah sedapppppp~  Kena pula dimakan panas-panas. Oh untuk pengetahuan semua, churros disini hanya akan dibuat setelah korang order tau. So kualiti churros disini memang tip top sebab dapat makan panas-panas rangup diluar lembut di dalam. Gitchew.


Filling Chu
Nak cuba yang ada filling di dalam churros? Haa korang boleh cuba menu Filling Chu. Terdapat perisa chocolate cream, cream cheese, dan juga custard. Nak makan pun senang sebab dia panjang siap filling dah. Bagi Yaya, perisa custard memang the best! :')


Tak nampak filling dia? Haa ni haa gambar dari posisi lain hehe


Ah Chu
Gabungan antara Churros dan Ice cream ini adalah antara menu yang unik di Street Churros. Didatangkan dengan perisa Choco-choco, Choco-Berry dan juga Mango, serius memang gembira semua sel-sel Yaya bila dapat makan churros panas bersama ais krim yang sangat lembut dengan rasa susu yang sangat sedap. Pilihan Yaya untuk menu ni ialah Ah Chu Mango. Nyum nyum!


Di Street Churros, bukan menu Churros sahaja yang dihidangkan tetapi terdapat juga pelbagai menu minuman yang menarik dan juga tidak kalah dalam rasanya.


O'My Mango dan O'My Coconut
Bagi penggemar minuman jenis Shake, wajib cuba kedua-dua ni okay! 


Bagi menu Fruit Ade, terdapat 3 jenis menu iaitu Passion Fruit, Lemon Juice dan Korean Citron.


Bagi penggemar coffee, korang boleh cuba Caramel Macchiato dan bagi mereka yang lebih berminat kepada minuman yang tidak berasaskan coffee, korang boleh cuba menu minuman Chocolate, Green Tea Latte dan juga Milk Tea. Bagi Yaya, Green Tea mereka memang sedap sangat! Siapa yang hantu green tea, boleh cuba menu ni nanti okay :)


Street Churros juga telah melancarkan dua menu baharu iaitu Stick Churros dan juga Churros Fries.


Stick Churros
Dengan pilihan perisa Choco, Cinnamon dan Cheese. Sama seperti Churros cuma dalam bentuk yang lebih kecil dan diletakkan di dalam cawan kertas. Layan juga ni senang nak pegang dan makan. Hihi


Churros Fries
Macam fries tapi ianya ialah savoury churros. Ada pilihan seasoning seperti Sour cream, Tomato dan juga Seaweed. Sedap okay!


Menariknya, korang juga boleh membeli hidangan kombo yang menggabungkan menu hidangan churros bersama iced latte. Boleh Pilih Set A untuk Street Churros + Latte, Set B untuk Filling Churros + Latte atau Set C untuk Stick Churros + Latte



Bagi korang yang dah terliur baca entri ni macam Yaya juga yang sedang menaip ni, jangan lupa singgah ke outlet Street Churros berdekatan dan cuba menu mereka okay! Yaya tak sabar nak habis pantang lepas tu pergi ke Street Churros lagi. Hihi :p


Untuk maklumat lanjut :

Website :

Facebook :

Instagram :

One Utama Mall
Lot LG319A Lower Ground Floor, 
1 Utama Shopping Centre 1,
Lebuh Bandar Utama, 
Bandar Utama City Centre, 
Bandar Utama, 
47800 PJ
Contact : 03-89592110

IOI City Mall
LG-66A Lower Ground Floor IOI City Mall, 
62500 IOI Resort City, 
Putrajaya. 
Contact : 03-76810710

Sky Avenue
Lot No. T2-12, Level T2, Sky Avenue, 
Genting Highland Resorts, 
69000 Genting Highland, 
Pahang Darul Makmur. 
Contact : 03-61013110

Berjaya Times Square
Lot LG-36, Lower Ground Floor,
Berjaya Times Square, 
No. 1 Jalan Imbi, 
55100 Kuala Lumpur. 
Contact : 03-21106210

MyTown (bersebelahan Ikea Cheras)
Lot No. B1.046, Basement 1 Floor,
MyTown Shopping Centre 6,
Jalan Cochrane, Seksyen 90,
Taman Maluri, Cheras, 
55100 Kuala Lumpur. 
Contact : 03-92011099




Terima kasih sudi baca

20 comments:

  1. Wahhh Churosss! I love them! Now i know where to get them. In the pictures also they looked soooo temptingggg

    ReplyDelete
  2. Tak sabarnya nak try churros fries tu! Aritu pergi kat IOI, panjangnya barisan nak order sampai kena tunggu 15 minit. Huhu.

    ReplyDelete
  3. Hi Yaya ^^ lamanya tak datang blog Yaya. hmmmm tekak I tetiba rasa nak makan benda-benda diatas itu. hehe ^^

    ReplyDelete
  4. seems so delicious! Will try it out

    ReplyDelete
  5. Gosh, so much variety. Do you believe that I have yet to try churros before? I've read so much about them, I really must try as soon as possible!

    ReplyDelete
  6. Ya Allah! Sedapnyer! Nak gie carik untuk buka puasa la! hehe

    ReplyDelete
  7. Sedapnya churros tu. Kalau gi KL lia nak cuba lah.

    ReplyDelete
  8. Waaaa dh lama tak makan churos. Makan pun 2 tahun lepas. Teringin pula ni hehe

    ReplyDelete
  9. Hi !! The churros is damn yummy ! I have tried it before~~

    ReplyDelete
  10. Nampak sedaaaaaap. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  11. Wow churros galore and they all looks delicious! Now am sold and craving AF.

    ReplyDelete
  12. Banyak jenis makanana dan rasa kan.. teringin nak mencuba jugak

    ReplyDelete
  13. yummy ^^ can i have 1 ... cheese fav ...

    ReplyDelete
  14. This is making me hungry! I want to try them all :D

    ReplyDelete
  15. I want to try the Churros Fries! Look so yummyyyyyy

    ReplyDelete
  16. Omo those churros dessert look so tempting! I dont really eat churros but then i just cant resist when they ae matching with ice cream

    ReplyDelete
  17. Nak!!!! I am going to try it this weekend.

    ReplyDelete
  18. Makkk aii sedap2 semuanya .. I wish dekat Penang ada satu branch .. Huhu ..

    ReplyDelete
  19. Wow looks yummy! Gonna try this at ioi city branch :)

    ReplyDelete
  20. nampak sedap, nak cuba la nnti

    ReplyDelete