Oct 28, 2019

J-Hunt The Mottainai Store | Barangan Preloved Dari Jepun Dengan Kualiti Premium



Hai korang! Siapa suka barangan preloved? Sorry kalau ada yang tak minat preloved item tapi Yaya memang suka okay! Walaupun jarang beli tapi bila sekali shopping tu memang naik hantu juga hihi. Kali terakhir Yaya shopping preloved item time nak cari baju sejuk sebelum ke Osaka, Jepun tahun lepas. Tahun ni baru la ada kesempatan nak shopping preloved item terutama dari negeri Jepun. Kenapa preloved dari Jepun? Sebab kebanyakan preloved item dari Jepun ni sangat berkualiti tinggi dan kebanyakannya macam baru lagi tau! ^_^


Yaya sangat berbesar hati kerana menjadi antara mereka yang terawal untuk shopping di J-Hunt The Mottainai Store yang bertempat di Aeon Subang Jaya. Kalau perasan dekat papan tanda dia ada tulis "The Mottainai Store". Mottanai itu bermaksud, "To have respect for the resources, not to waste them, and to use them with a sense of gratitude" . Istimewanya, J-Hunt menggunakan konsep 3R iaitu 'Reduce, Reuse, Recycle' dan juga menambah elemen Respect. Ianya sebagai simbolik yang mana setiap item dan barangan terpakai akan menjalani proses pembersihan, pembaikan dan baikpulih  sebelum digunakan semula.


Antara kategori barangan yang dijual di J-Hunt The Mottainai Store adalah :
  • Apparels
  • Bags
  • Hobbies
  • Infants
  • Musical Instruments
  • Shoes
  • Sports
  • Tablewares
  • Toys
  • Watches

First attention Yaya, haruslah ke bahagian beg dahulu! Aduhai rambang mata sangat tau bila tengok harga beg yang dijual. Kebanyakannya semua masih dalam keadaan elok dan cantik sangat! Harga beg kat sini bermula RM5 sahaja :)


Yaya banyak borong beg berharga RM10 kat sini. Alah membeli menang memakai. Eh?


Untuk mereka yang suka travel dan camping, disini juga terdapat perkakasan dan barangan keperluan untuk mereka yang suka aktiviti adventure.


Khemah pun ada!


Yaya rasa Yaya paling lama lepak kat bahagian baju kot haha! Mana taknya kebanyakan baju cuma berharga bermula dari RM1! Memang tekun la Yaya membelek satu-satu nak dapatkan baju RM1 yang cantik. Percaya tak kat sini sahaja Yaya dapat grab lebih 10 pasang baju dan lebih 5 pasang seluar hehe jangan jeles :p


Dress kahwin pun ada kat sini hehe


Bahagian baju lelaki


Untuk parents yang nak cari carseat baby, stroller dan lain-lain, pun ada kat sini tau


Gitar pun ada 


Percaya tak Pink Stich tu cuma berharga RM5 sahaja? Berbaloi siapa dapat!


Antara watak anime yang turut dijual di J-Hunt The Mottainai Store. 




Karakter yang diletakkan di dalam almari kaca bagi menjaga ketulenan dan originality.



Siapa hantu kasut? Kat sini pun ada pelbagai kasut yang menarik dari pelbagai saiz dengan harga yang sangat berbaloi dan berpatutan. Bermula RM10 sahaja ;)



Rambang mata kita wakk



Cantik sangat tea set ni! T_T


Ni pun cantik!! Sebab warna pink :')


Hampir tiga bakul ya Yaya borong haha ampunnn


Untuk pengetahuan semua, barangan dan stok baharu akan di top-up pada setiap hari tau. So hari-hari ada item baharu yang akan dijual. Syok sangat wehh Yaya dah pergi 2 kali dah J-Hunt The Mottainai Store ni. Untunglah siapa yang tinggal berdekatan di Subang Jaya. Boleh usha hari-hari stok baharu yang masuk!


Jom korang datang ke J-Hunt The Mottainai Store di Aeon Subang Jaya ni. Confirm korang rambang mata macam Yaya juga. Nak lagi best korang boleh datang awal sebab takut kalau datang lambat barang baharu yang mereka top-up sudah di grab oleh orang yang lebih awal datang. Sedar tak sedar hampir 3 jam lebih okay Yaya kat dalam J-Hunt The Mottainai Store ni. Nak repeat lagi nanti! Siapa nak ikut? :p



Untuk maklumat lanjut :

Facebook:

Instagram:

Alamat:
J-HUNT MONTTAINAI STORE
Level 2,
AEON Big Subang Jaya,
47500 Subang Jaya,
Selangor.

Telefon:
0102026273




Terima kasih sudi baca

Oct 15, 2019

Meriahnya Suasana di Heart For Heart Fun Run 2019 Megaklinik Zahran



Hai korang! Siapa kat sini suka masuk run? Yaya memang suka tengok orang pergi event run tapi belum berkesempatan lagi huwaa lepas ni kena joinlah hihi. Yaya nak share dengan korang pada 13 Oktober 2019 (Ahad) lepas, Yaya berkesempatan menyaksikan sendiri acara larian santai "Heart For Heart Fun Run 2019 Megaklinik Zahran" yang diadakan di Bangi. Memang meriah sangat dan ramai orang sungguh!  


Penganjuran untuk tahun ketiga pada kali ini oleh Kumpulan Megaklinik Zahran mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan jumlah penyertaan seramai 1,500 perserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan masyarakat. Diserikan lagi dengan artis jemputan dan juga penaja yang bukan calang-calang ya. Semuanya memang hebakk ~



Menariknya, penganjuran kali ini turut disertai oleh pihak atasan seperti CEO Megaklinik Zahran , YB Ahli Dewan Undangan Sungai Ramal, Mazwan Johar. Terdapat 3 jenis kategori Fun Run kategori iaitu 3km , 5km dan 10km yang melibatkan semua kategori umur. Memang seronok! 



Ashraff Muslim antara golongan artis yang hadir memberi sokongan dalam usaha menghangatkan lagi kempen amalan gaya hidup sihat oleh pihak penganjur.




Bagi Yaya pengacara memainkan peranan penting dalam memeriahkan suasana sesuatu majlis. Memang terbaik sekali pemilihan Radin dari radio Era dan juga Falyq Hikyle yang merupakan penyampai radio Zayan. Gabungan yang sangat serasi dan memberi impak kepada suasana gamat dan ceria pada FunRun kali ini.


Sumbangan cenderahati kepada sebahagian penaja Heart For Heart Fun Run 2019 Megaklinik Zahran





Antara pemenang yang sempat diambil di lensa kamera Yaya. Macam tak percaya ramai golongan muda yang berminat menyertai larian santai seperti ni. Maklumlah Yaya first time join untuk tengok sendiri bagaimana program fun run dijalankan. Kalau nak tahu, lagi ramai budak sekolah menang dari orang dewasa omg!!











Comel je adik ni. Dia menang Johan bagi 3KM okay! Kalau kak Yaya yang lari baru 200m kak Yaya dah nak duduk tepi kot hahaha


Adik ni pun Johan juga, Thanks sebab sporting ambil gambar! :)


Acara yang ditunggu-tunggu buat semua perserta. Of course la acara cabutan bertuah. Banyak gila hadiah yang disediakan okay! Yaya pun rambang mata lepas tu menyesal kenapa tak join hahaha next year nak joinlah!


Semua sedang tekun dan sabar menanti sambil berdoa semoga nombor yang dicabut nanti terkena ke tuan badan hihi


Antara pemenang cabutan bertuah Heart For Heart Fun Run 2019 Megaklinik Zahran




Adik ni menang telekung Siti Khadijah! Best sangat! Mesti dia bagi mak dia kan. "Nak.. Mak teringin telekung Siti Khadijah..." Memang terngiang-ngiang je mantra di papan iklan dan billboard kalau lalu highway hahaha


Kakak ni pun dapat cabutan bertuah juga. Tahniah!


Akak ni memang peti ais wehhhh OMG bestnyaaaa T_T


Grand Prize bagi acara cabutan bertuah pula dimenangi oleh adik kecil ni! Memang bertuah sungguh la. Hadiah percutian 3 Hari 2 Malam ke Bali, Indonesia dan tiket penerbangan ditanggung untuk 2 orang. 


Adik yang menang bersama keluarga tersayang. Tahniah semua! Geram tengok yang kecik sekali tu kemain bergaya dia buat peace haha


Medal Heart For Heart Fun Run 2019 Megaklinik Zahran yang sangat cantik sebab bentuk love sebagai tanda simbol jantung :)


Antara booth yang terlibat dan membuat jualan pada Heart For Heart Fun Run 2019 Megaklinik Zahran



Antara artis yang turut serta selain Ashraff Muslim ialah Ikhwan Fatanna dan artis naungan Badak United.


Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Megaklinik Zahran, Nafidz Razak, penganjuran acara larian tersebut adalah salah satu inisiatif pihaknya untuk mendekati pelanggan termasuk masyarakat setempat.

“Jika dilihat, belum ada lagi mana-mana klinik yang menganjurkan program menarik seperti ini dan hanya beroperasi sebagai sebuah klinik kesihatan semata-mata. Satu prinsip yang saya pegang, mahu menjadi yang pertama dalam apa juga perkara dan salah satunya menerusi usaha ini. Kami mahu bergerak sebagai sebuah klinik atau jenama yang berbeza daripada yang lain yang mampu memberi khidmat pada masyarakat dalam cara tersendiri,”.



Bersama team media yang hadir di Heart For Heart Fun Run 2019 Megaklinik Zahran


Megaklinik Zahran juga telah merangka program menarik menjelang hujung tahun ini menerusi penganjuran Mega Sunathon dengan sasaran lebih 1,000 kanak-kanak lelaki akan dikhatankan dalam tempoh sebulan.


Pakej Berkhatan yang sedang dibuka sekarang berharga RM199. Program ini diberi nama Mega Sunathon dengan sasaran lebih 1,000 kanak-kanak lelaki akan dikhatankan dalam tempoh sebulan. Untuk Pakej Berkhatan ini ianya menggunakan kaedah teknologi terkini iaitu Electric Diathermy. Dengan kaedah ini akan membantu dari segi mengurangkan pendarahan dan kesakitan serta dapat mempercepatkan proses penyembuhan dan pengeringan luka. Yang pastinya anak - anak akan dikhatan oleh pegawai perubatan (MO).


Harga RM199 adalah termasuk ;
- Konsultasi oleh pegawai perubatan
- Prosedur pembedahan kecil berkhatan
- Suntikan bius setempat
- Ubatan (tahan sakit)
- Dibantu oleh jururawat terlatih


Bagi menggembirakan lagi anak-anak kecil itu nanti , mereka akan mendapat Tanjak Pahlawan Muda Berani dan Sijil Saya Hero Sejati. Juga terdapat “Sunathon Merchandise” yang dijual seperti Azim Pro Virgin Coconut Oil (RM12) , Bouquet Congratulation (RM20-RM30) , Seluar Khatan (RM25) , Garam Rendaman Sitz Bath (RM6) , Kain Pelikat Kanak -Kanak (RM19) dan T-Shirt Sunathon (RM20).


Lagi best sekarang ni, kalau korang nak dapatkan rawatan di Megaklinik Zahran, korang tak perlu beratur panjang untuk mendapatkan rawatan disini. Kini pendaftaran boleh dibuat melalui Whatsapp dan Telegram di nombor 017-2572525 sekurang-kurangnya satu (1) jam sebelum tiba di klinik dan nombor giliran hanya akan dipanggil selepas satu jam. Ianya bagi memberi kemudahan kepada pesakit supaya tidak menunggu lama sebelum mendapatkan rawatan terutama buat kanak-kanak dan warga tua yang tak daya nak menunggu lama. Sedang diusahakan sekarang pula adalah aplikasi atas talian dibawah Megaklinik Zahran sendiri bagi memudahkan semua orang bagi mendapatkan rawatan di Megaklinik Zahran. Lagi senang la lepas ni nak dapatkan rawatan di Megaklinik Zahran ^_^


Ramai bertanya kenapa ianya dipanggil "Megaklinik". Ini kerana Megaklinik Zahran merupakan salah satu klinik yang menyediakan ruang katil bagi pesakit contohnya bagi pesakit yang menghidap Denggi dan seumpamanya. Ini memudahkan pesakit bagi mendapatkan rawatan awal seperti water drip bagi keselesaan pesakit.


Kalau nak tengok promosi servis dan rawatan di Megaklinik Zahran, KLIK SINI


Setakat ini, Megaklinik Zahran mempunyai lima cawangan di Selangor iaitu di Seksyen 7, 8 & 9 Bandar Baru Bangi, Bandar Teknologi Kajang dan Bandar Tun Hussein Onn (Cheras). Megaklinik Zahran juga terdapat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Kini, Megaklinik Zahran sedang merangka operasi di cawangan baharu bermula awal tahun hadapan di beberapa lokasi lain termasuk Cyberjaya, Putrajaya, Melaka dan Johor Bharu. Tahniah Megaklinik Zahran! Semoga terus sukses dan maju jaya!


Untuk maklumat lanjut :

No.Tel : 017-257 2525 (setiap hari bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 8.00 malam)

#FunRunZahran2019

Terima kasih sudi baca