Oct 1, 2019

Luckin Kopi Daya Tarikan Baharu Berdekatan Pasar Seni, Kuala Lumpur


Hai korang! Nak cari tempat makan menarik terbaharu di area KL? Yang boleh ajak ramai kawan-kawan lepas tu boleh chill sambil makan makanan yang sedap dan harga pun berpatutan? Yaya dah jumpa! Ya Allah dekat je dengan rumah kita hihi best la lepas ni boleh ajak orang tersayang makan kat sini. Rumah Yaya area Cheras je so memang tak jauh dengan area Pasar Seni ni. 


Apa yang Yaya tertarik kat Luckin Kopi ni, dekorasi luaran je dah nampak unik dan ekslusif ala-ala warung kat kampung gitu tapi versi moden. Memang tak sabar nak masuk ke dalam hihi. Untuk pengetahuan korang, Perkataan Luck dan In digabungkan menjadi Luckin yang lebih kurang bermaksud Tuah dan nasib baik yang sentiasa masuk hee unik kan idea nama Luckin terbentuk.



But first, OOTD :p



Ni ruang hadapan kedai. Kalau ada yang nak pergi, korang boleh naik MRT dan turun di Pasar Seni. Jalan kaki dalam 5 minit macam tu dah sampai. Kalau naik kenderaan boleh tahan juga harga parking kat sini. Dari RM5 hingga RM10. Yaya parking kat RM10 tu sebab lebih 2 jam dan parking tu memang selamat la ada orang jaga. So samada naik kereta, MRT atau Grab, you choose hohoho.



Bahagian hadapan kedai. Hari biasa memang ramai orang sebab kedai ni beroperasi dari sarapan pagi hingga menu makan malam ;)



My first impression masuk Luckin Kopi, OMG cantiknya! Dan sangat selesa ya kalau nak buat gathering dan event kecil disini. Nampak kecil je dari luar rupanya besar gila! Ada 3 bahagian iaitu di pintu masuk, di ruang atas dan juga di bahagian belakang. Paling best, kalau korang berpeluang jumpa dengan owner dia, jangan segan silu nak tegur sebab owner nya sangat baik, peramah dan handsome :p




Mata Yaya tertumpu dekat ikan comel ni. Katanya ini salah satu tarikan dan simbolik Luckin Kopi. Eee geram tengok kepala pipi badan dia. Rasa nak picit-picit dah la mulut dia comel! Hahaha


Jom kita jalan-jalan naik di bahagian atas pula



See besar gila okay. Ni bahagian atas Luckin Kopi






Ini pula laluan ke belakang kedai di bahagian bawah. Cantik sangat! Loveeeeee!


Posing japp




Ok dah puas jelajah kedai cantik jom kita tengok menu pulak :p


Menu breakfast yang semuanya sedap!!


Untuk Weekday Breakfast, korang boleh pilih pakej Mix & Match tau! Lagi murah dan berbaloi :D


Mee Siam (RM 5.90)


Nasi Lemak (RM 5.90)


Indo Mee (RM 5.90)


Chee Cheong Fun (RM 5.00)


Egg On Toast (RM 4.90)


Peanut Butter Toast (RM 4.50)


Butter Kaya Crackers (RM 3.50)


Half Boiled Egg (RM 3.50)


Kalau korang order set Luckin Toast (RM 12.90) macam kat atas ni, korang juga akan dapat Half Boiled Egg dalam set yang sama. So jimat!


Rojak (RM 8.90)


Petai Bun (RM 12.90)


Rendang Chicken Bun (RM 11.90)


Geng Chow Chicken Bun (RM 12.90)

Bun yang sangat lembut diapit bersama isi ayam dan sos istimewa dari Chef Luckin Kopi.


Salted Egg Chicken Rice (RM 11.90)


Petai Pasta (RM 20.90)


Sawadee Pasta (RM 19.90)


Salted Egg Pasta (RM 20.90)


Hainanese Chicken Chop (RM 16.90)


Smoked Duck Carbonara (RM 20.90)


Asam Laksa (RM 9.90)


Cheesy Indo Mee and & Egg (RM 14.90)


Tuddiaaaa! Boleh keep panaskan so takdela cheese keras sekejapan nak tunggu kawan lambat datang :p


Cheesy Chicken & Fries (RM 26.90)


Banyak lagi menu menarik di Luckin Kopi sampai Yaya rambang mata nak pilih sebab semua nampak sedap! Untuk tengok semua menu di Luckin Kopi, korang boleh KLIK SINI UNTUK FULL MENU LUCKIN KOPI


Sebab kedai ni cantik sangat dan Instagram-worthy gitu so Yaya terpaksa ambil gambar banyak-banyak!!


*Gambar duduk pulak hehuu*

Bagi Yaya, memang berbaloi datang ke Luckin Kopi selain dari suasana kedai yang sangat selesa bagi Yaya, sejuk mata memandang dengan lampu yang romantik gitu, korang juga boleh mencuba menu menarik mereka dengan portion yang mengeyangkan dengan harga yang berbaloi! Tak mahal langsung okay lepas tu sedap pulak tu! Sesuai sangat untuk tarikan pelancong yang datang ke Kuala Lumpur terutamanya di area Pasar Seni dan China Town. Boleh ajak kawan-kawan buat gathering kat sini lepas ni hihi.


Okay korang jangan lupa datang ke Luckin Kopi dan masukkan Luckin Kopi dalam List Food Hunting korang kat area Kuala Lumpur okay!

Untuk Maklumat Lanjut :

Facebook : Luckin Kopi
Instagram : @luckinkopi
Alamat : 14, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Wilayah Persekutuan,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WAZE : Luckin Kopi)
Tel : 016 – 3976898




Terima kasih sudi baca

16 comments:

  1. sedap sedap makanannya dan dekorasi pun menenangkan.tq yaya berkongsi tempat makan best ni.

    ReplyDelete
  2. Selain makanan yang nampak sedap dan menggiurkan tu akak suka dengan dekorasi restaurant ni...nampak classic dan elegant sangat..nak buat photoshoot kat sini pun menarik kan...

    ReplyDelete
  3. Rawlins baru lepas makan aritu. Rawlins memang suka makanan ala chinese nie. Dan kebanyakan makanan dia adalah fusion kan. Yang penting, senang nak travel ke sini - naik MRT atau drive pun boleh.

    ReplyDelete
  4. Semua makanan nampak sedap dan harga not bad. Maaf bertanya bagaimanan status HALAL semua makanan ini. Kerana bab Makanan Naim berhati2 . :)

    ReplyDelete
  5. Cantiknya tempat dia, unik n antik. Makanan pun tgok not bad jugak. Mcm yaya cakap naik grab senang..nanti nak cuba gak lah makan kat sna

    ReplyDelete
  6. Mat-drat penggemar kopi...deco tempat ni pun nampak menarik, memang menarik. Nanti bolehbla mat Drat singgah Cuba disini

    ReplyDelete
  7. Nampak sangat menarik dan sangat selesa sekali makan dekat sini, boleh try makan dekat sini nanti.

    ReplyDelete
  8. Dekat Pasar Seni ker ni hurmm menarik boleh lah datang cuba makan kat sini semua sedap-sedap belaka tengok yaya yang suka makan ni rasa macam nak pergi juga cuba lah wakakkaka..

    ReplyDelete
  9. Cheesy Indo Mee dia nampak sedap. Nak try makan-makan kat sini lah nanti. Boleh ajak kawan-kawan makan sekali. Suasana kedai pun best.

    ReplyDelete
  10. wah.. nampak menarik dan selesa je tengok.. syok makan kat tempat yang sedap mata memandang keliling kan.. hehe.. menu2 pun boleh tahan sedap je tengok.. terliur pun ada..

    ReplyDelete
  11. Memang cantik laaaa setiap sudut kedai ni... tengok gambar pun dah rasa macam nak pergi dah... belum cakap pasal makanan lagi tu... memang scrumptiously yummylicious looking gitu... nanti bila pergi ke area CM tu nak singgahlah...

    ReplyDelete
  12. Baca entry ni tengah2 malam. Alahai bikin terliur laaaa tengok semua gambar. Btw, cantik sgt interior design cafe Luckin Kopi ni. Salah satu daya penarik pengunjung tu

    ReplyDelete
  13. Aduhai menu dia semua nampak sedap n berselera je nak makan. Nak singgh juga nak Cuba makan kat sini.

    ReplyDelete
  14. boleh dijadikan sebagai port meet up dengan kawan kawan blogger ni. lawa interiornya. cantik untuk ber'story' dan capture moment bersama.

    ReplyDelete
  15. Sedapnya Indo mee cheese tue.. Boleh la AM cuba nnti.. Dkt pun dkt..

    ReplyDelete
  16. Wahhhh lokasi kopitiam baru. Nampak stylish dan hispturr tmpt nya. Harga dia pon okay. Banyak dh baca review pasal Luckin Kopi nie. Nanti nak cubalah

    ReplyDelete