Hai korang! Siapa suka barangan preloved? Sorry kalau ada yang tak minat preloved item tapi Yaya memang suka okay! Walaupun jarang beli tapi bila sekali shopping tu memang naik hantu juga hihi. Kali terakhir Yaya shopping preloved item time nak cari baju sejuk sebelum ke Osaka, Jepun tahun lepas. Tahun ni baru la ada kesempatan nak shopping preloved item terutama dari negeri Jepun. Kenapa preloved dari Jepun? Sebab kebanyakan preloved item dari Jepun ni sangat berkualiti tinggi dan kebanyakannya macam baru lagi tau! ^_^
Yaya sangat berbesar hati kerana menjadi antara mereka yang terawal untuk shopping di J-Hunt The Mottainai Store yang bertempat di Aeon Subang Jaya. Kalau perasan dekat papan tanda dia ada tulis "The Mottainai Store". Mottanai itu bermaksud, "To have respect for the resources, not to waste them, and to use them with a sense of gratitude" . Istimewanya, J-Hunt menggunakan konsep 3R iaitu 'Reduce, Reuse, Recycle' dan juga menambah elemen Respect. Ianya sebagai simbolik yang mana setiap item dan barangan terpakai akan menjalani proses pembersihan, pembaikan dan baikpulih sebelum digunakan semula.
Antara kategori barangan yang dijual di J-Hunt The Mottainai Store adalah :
- Apparels
- Bags
- Hobbies
- Infants
- Musical Instruments
- Shoes
- Sports
- Tablewares
- Toys
- Watches
First attention Yaya, haruslah ke bahagian beg dahulu! Aduhai rambang mata sangat tau bila tengok harga beg yang dijual. Kebanyakannya semua masih dalam keadaan elok dan cantik sangat! Harga beg kat sini bermula RM5 sahaja :)
Yaya banyak borong beg berharga RM10 kat sini. Alah membeli menang memakai. Eh?
Untuk mereka yang suka travel dan camping, disini juga terdapat perkakasan dan barangan keperluan untuk mereka yang suka aktiviti adventure.
Khemah pun ada!
Yaya rasa Yaya paling lama lepak kat bahagian baju kot haha! Mana taknya kebanyakan baju cuma berharga bermula dari RM1! Memang tekun la Yaya membelek satu-satu nak dapatkan baju RM1 yang cantik. Percaya tak kat sini sahaja Yaya dapat grab lebih 10 pasang baju dan lebih 5 pasang seluar hehe jangan jeles :p
Dress kahwin pun ada kat sini hehe
Bahagian baju lelaki
Untuk parents yang nak cari carseat baby, stroller dan lain-lain, pun ada kat sini tau
Gitar pun ada
Percaya tak Pink Stich tu cuma berharga RM5 sahaja? Berbaloi siapa dapat!
Antara watak anime yang turut dijual di J-Hunt The Mottainai Store.
Karakter yang diletakkan di dalam almari kaca bagi menjaga ketulenan dan originality.
Siapa hantu kasut? Kat sini pun ada pelbagai kasut yang menarik dari pelbagai saiz dengan harga yang sangat berbaloi dan berpatutan. Bermula RM10 sahaja ;)
Rambang mata kita wakk
Cantik sangat tea set ni! T_T
Ni pun cantik!! Sebab warna pink :')
Hampir tiga bakul ya Yaya borong haha ampunnn
Untuk pengetahuan semua, barangan dan stok baharu akan di top-up pada setiap hari tau. So hari-hari ada item baharu yang akan dijual. Syok sangat wehh Yaya dah pergi 2 kali dah J-Hunt The Mottainai Store ni. Untunglah siapa yang tinggal berdekatan di Subang Jaya. Boleh usha hari-hari stok baharu yang masuk!
Jom korang datang ke J-Hunt The Mottainai Store di Aeon Subang Jaya ni. Confirm korang rambang mata macam Yaya juga. Nak lagi best korang boleh datang awal sebab takut kalau datang lambat barang baharu yang mereka top-up sudah di grab oleh orang yang lebih awal datang. Sedar tak sedar hampir 3 jam lebih okay Yaya kat dalam J-Hunt The Mottainai Store ni. Nak repeat lagi nanti! Siapa nak ikut? :p
Untuk maklumat lanjut :
Facebook:
Instagram:
Alamat:
J-HUNT MONTTAINAI STORE
Level 2,
AEON Big Subang Jaya,
47500 Subang Jaya,
Selangor.
Telefon:
0102026273
Terima kasih sudi baca
Banyak juga ni kena spend kat sini. Barang nampak elok. Harga masih lagi okei. Tapi rasanya mek akan hunting baju kot.
ReplyDeletewahh banyak Yaya memborong tu.. TB nampak banyak barang-barang best kat dalam gambar-gambar atas ni.. especially soft toys .. alalala.. geram pulak tengok.. yang Yaya pegang tu punnn .. comellll
ReplyDeleteThose preloved items looks like new, really a good bargain to shop here at J Hunt.
ReplyDeleteBoleh tahan mahal juga harga koleksi anime jepun yer..hobi mahal tu..
ReplyDeleteKalau leka shopping,memang x sedar 3 jam dah berlalu begitu sahaja.tahu2 dh penuh bag shopping.haha
Seronoknya shopping. Tergoda tengok macam-macam jenis handbag tu. Kena pergi sini la nanti
ReplyDeleteWah. Beg pink yang yaya pegang tu cun la... Seronok dpt grab mcm2 kan
ReplyDelete. Bila lah agak ya nak ada kt Penang jugak ya mcm ni
Memang ramai yang suka barang Prelove dari Japan. Biasanya barangan Prelove Japan ni masih cantik, berkualiti dan harga tak mahal
ReplyDeletewah seronoknya tengok rakan2 blogger semua shopping sakan dekat sini. in shaa Allah nanti saya akan menyusul. nak shopping jugak barangan jepun kt sini. thanks share ya
ReplyDeleteMemang rambang mata..memang wajib kene repat datang semual ni..haishh..kene topup duit dulu..hahahaa..dapat baju harga RM1 memang bertuah uii
ReplyDeleteThanks for sharing! Nak pergi la ni ~! Dah tengok banyak orang pergi dah
ReplyDeleteHandbag pink yaya oegang tu cantik sangat. Arghhh sejenis stress kalau tengok barang warna pink ni. Bestnya yaya shopping barangan jepun kat sini. Kalau seremban ni ada memang akak dah terjah dha tau. Cari dulu handbag pink yaya oegang tuh. Hehehe
ReplyDeleteBestnya kalau dapat shopping sini. Barang murah sangat tengok. Mesti puas hati
ReplyDeleteTudiaaa banyak nye shopping. Kalau Julia pegi n mau berjam jam gak tak keluar-keluar ni. Hehe. Kalau bwk anak lg bahaya tgk mainan mainan tu
ReplyDeleteSure rambang mata klu masuk j-hunt nie..wlupun barang2 nie preloved item, tapi condition nampakk baru..berkenan kite tgok beg tue..
ReplyDeleteWawa tengok gambar pun dah rambang mata ni ha... Memang best la kalau prelived brgkn jepun ni.. Sebab lawa2 je semuanya... Lagi2 tgok handbag tu.. Aduh duuuhhh. Hihi.. Kalau bawak budak, mainan mmg dorg dah aim dulu kan. Hahaa
ReplyDeletepergi dah di hari pembukaannya minggu lepas, banyak jugala yang saya borong sebab barang dia quite elok2 lagi. ada yang new item
ReplyDeleteCubalah kat tempat saya ada jual barang macam ni kan seronok..
ReplyDeletebanyaknya yaya shopping..mesti sakan bila tengok harga barang kat situ murah2 kan...akk mmg suka produk jepun..nanti bolehlah datang ke sini
ReplyDelete