Nov 2, 2012

Kelebihan & Kebaikan Menangis.

Assalamualaikum.. 


Lama tak menaip. sepi. sunyi. sendu je blog ni. but still ceria je header kat atas ni kekiri kekanan kepala dia. :')


Last update : Febuari 2012, now : November 2012. 
Kalau siapa tak tahu kebaikan menangis ni, silalah baca. Ambil dari google je pun. Rasa macam bakat berblog dah takde pun ye jugak. Macam tak menarik je kata- kata pembukaan. 

So.. here.



1. Membantu penglihatan
Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.



2. Membunuh bakteria
Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria.



3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.



4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.



5. Mengurangkan tekanan
Bagaimana menangis mengurangkan tekanan? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.



6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.



7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupun anda diduga dengan berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu.



Last but not least,
Menangis sebab takutkan pencipta kita adalah tangisan yang terbaik. Menginsafi segala yang telah terjadi dan menyesali perbuatan yang keji. Air mata bukanlah penghapus dosa, tapi ianya medium menginsafi diri dan membuka hati untuk berubah. Murah air mata denganNya memang tak rugi. Yes. Tak rugi. Salah satu cara muhasabah diri.




Disaat ada yang kau sedihkan tapi dunia hanya nampak yang gembira sahaja dari emosi plastik kau papar, dan sakit itu kau seorang yang hadap, apa yang perlu kau buat ialah,




Menadah ke atas dan sujud kebawah.






What? I am okay.