Aug 31, 2014

N'Ioniser & Le'luxe Product Launching di Sungei Wang Plaza

Assalamualaikum semua 




Semalam (Sabtu 30hb Ogos 2014), berlangsungnya pelancaran untuk produk baru keluaran BHG Group (M) Sdn Bhd di Sungei Wang Plaza. Lama sungguh yaya tak jejak sana. Hehe


Sampai-sampai, jumpa sis Ida Baharum dengan Mek Onie . Peluk cium semua terus sembang sakan. Perempuan. Hee. Briefing sikit diri sendiri dengan flyers yang pihak penganjur sediakan. Teruja tengok minuman berkhasiat ni walaupun melalui pembacaan sahaja. 


Sebelum majlis bermula, jemputan disajikan dengan makanan yang comel comel alahai sayang nak makan. Meh jamu mata korang. Huahua


















Pelancaran dimulakan dengan persembahan pembukaan dari penari yang kemain pandai menari of course dan seterusnya sehinggalah sesi lucky draw bersama jemputan. Hadiah dia semua best sangat. Kempunan dari bawah jela mampu. Haha








Sesi bergambar bersama orang kuat BHG Group dan macam biasa, yaya mesti over. Tak cukup photographer pihak penganjur kami posing, yaya paksa kak Ida ambilkan gambar sebanyak boleh. Last last upload satu je gambar pertama yang diambil mula mula. So me. Haha



Terima kasih atas layanan baik pihak penganjur. Walaupun tak ramai Melayu disitu, kami diberikan layanan sama rata malahan mereka sentiasa senyum dan sangat hensem. Eh.
Ni mesti sebab makan produk sendiri kan? Haha




Hello beautiful woman inside outside beside me.


Yaya nak cubalah sekotak Le'luxe sebab ni memang untuk perempuan. Untuk remajakan kulit dan melambatkan penuaan tentunya I lioke! Masa sembang dengan orang besar, dia kata kemam dalam mulut dulu biar serbuk tu sebati dengan air liur baru telan. Bila dia cakap macam tu yaya faham dah. Sebab enzim air liur adalah yang terbaik untuk pencernaan dalam sistem penghadaman kita. Haa gitchews. Dan jangan lupa minum banyak air mineral macam biasa. Yaya memang kaki minum. Minum air mineral.



Hai Hello Wo Ai Ni Leng Chai aaa. Leng Lui here meh.

-

-

-

-



Nak tahu mengenai N-Ioniser iaitu agen anti-oksida yang terbaik? Lihat info disini. SINI





Nak tahu mengenai Le'luxe iaitu Sel Stem Epal, sumber pengekalan kulit muda? Lihat info disini. SINI




Untuk keterangan lanjut, sila hubungi

BH Group (M) Sdn Bhd

Tel :  (03) 7561 7856

Fax : (03) 7651 7701

Email : management@bhg-group.com






Terima kasih sudi baca  







Le'luxe Product dari BHG Group (M) Sdn Bhd - Sel Stem Epal untuk meremajakan kulit

Assalamualaikum semua 


Mesti tertanya tanya apa kebaikan produk N'Ioniser & Le'luxe Product dari BHG Group (M) Sdn Bhd ni kan?


BHG Group (M) Sdn Bhd telah melancarkan produk kesihatan baharu, "Sel Stem Epal Le'Luxe" atau kolagen sel stem yang bertujuan untuk membantu dalam proses pembaharuan dan pengekalan kulit muda yang dipengaruhi oleh peningkatan umur, kekurangan air, pendedahan kepada cahaya matahari, kekurangan tidur dan pencemaran.


Antara kebaikan Sel Stem Epal "Le Luxe" ialah :

1) Agen dalam pembuangan toksik badan

2) Penyaluran anti-oksida dalam badan

3) Membantu dalam pembaikan sel rosak dan mengekalkan fungsi organ dalaman

4) Membantu dalam pembuangan tompok hitam di kulit, jerawat dan menyediakan nutrisi untuk pengekalan kulit

5) Membantu dalam kitaran hormon dalam badan dan imuniti



Kandungan sel stem "PhytoCellTec Malus Domestica" dan "Hydrolyzed Marine Collagen"  di dalam setiap sachet dapat mengurangkan jerawat dan masalah kulit lain seperti perubahan muka yang semakin tua akibat dari pemakanan dan cuaca yang tidak menentu akibat sinaran UV.



Selain itu, Sel Stem Epal "Le Luxe" membantu dalam pengaliran hormon seimbang dan juga pada kaum wanita yang mempunyai masalah kitaran haid yang sudah berhenti. Jika diambil secara berterusan, ia akan membantu untuk membaik-pulih kulit, membantu mengatasi masalah tidur dan juga kepanasan. Pada bulan yang seterusnya, kulit akan semakin tegang dan pengguguran rambut akan berkurang serta masalah tulang dan berat badan juga akan beransur pulih. 








Nak tahu mengenai N-Ioniser iaitu agen anti-oksida yang terbaik? Lihat info disini. SINI



Untuk keterangan lanjut, sila hubungi

BH Group (M) Sdn Bhd

Tel :  (03) 7561 7856

Fax : (03) 7651 7701

Email : management@bhg-group.com







Terima kasih sudi baca  



N'Ioniser Product dari BHG Group (M) Sdn Bhd - Anti-Oksida yang menggunakan 100% mineral asli

Assalamualaikum semua 


Mesti tertanya tanya apa kebaikan produk N'Ioniser & Le'luxe Product dari BHG Group (M) Sdn Bhd ni kan?


BHG Group (M) Sdn Bhd telah mencapai kecemerlangan dalam industri perubatan dan penemuan baru ini membolehkan mereka menerima anugerah "Bronze Stevie Winner" untuk kategori "Best new Product of the Year - Health & Pharmaceuticals" untuk produk N-Ioniser. 


N-Ioniser : Penyulingan air semula jadi secara selamat & sihat.

N-Ioniser membantu penyerapan ion negatif dalam badan dengan proses penyulingan ion dan alkali. Ia bertindak sebagai agen anti-oksida yang dapat membuang toksik dan membangkitkan penyerapan bahan bagus dalam sistem dalaman. Produk N-Ioniser dibuat di Jepun dan menggunakan 100% mineral asli yang memberikan bio mineral yang berfungsi menukar jisim air kepada alkali.



6 Fungsi produk N-Ioniser adalah :

1) Membantu dalam penyulingan air dengan menyingkirkan klorin

2) Kaya dengan mineral dan ion negatif

3)Kaya dengan Vitamin C

4) Memansuhkan alkali

5) Memberikan kandungan anti-oksida yang tinggi

6) Ringan dan senang untuk dibawa kemana - mana



Antara kelebihan pengguna N-Ioniser termasuklah :

1) Pengaktifan sel dan metabolisme

2) Membersihkan darah di dalam badan

3) Meningkatkan proses pemikiran dan memori

4) Membantu meringankan keletihan dan kekejangan otot

5) Membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kualiti tidur

6) Memansuhkan sel tumor

7) Membantu mengurangkan alergi badan dan membantu sistem pernafasan

8) Agen pengaliran hormon badan dan kulit







Nak tahu mengenai Le'luxe iaitu Sel Stem Epal, sumber pengekalan kulit muda? Lihat info disini. SINI



Untuk keterangan lanjut, sila hubungi

BH Group (M) Sdn Bhd

Tel :  (03) 7561 7856

Fax : (03) 7651 7701

Email : management@bhg-group.com

Laman web : www.bhg-group.com





Terima kasih sudi baca  





Aug 29, 2014

Tips nak kehendak dituruti. Dan cerita pindah rumah.

Assalamualaikum semua 


Kalau aku nak cerita pahit jerih pengalaman pindah rumah ni, pasti engkorang akan trauma kalau parents bagitahu eh jom lah kita pindah rumah! Trauma tak trauma jugaklah kalau korang tak kuat semangat. Tengok over aku. Pergi jauh betul.



Since ayah dapat rumah baru dalam kuaters polis ni, dan aku dah mula nak start praktikal, aku macam berat hati sikit la. Sikit je tapi gigih jugak lepas subuh kemas sikit sikit sambil pakai tuala good morning ikat tutup hidung bagai sebab alah habuk aku agak teruk.



Demi rumah baru yang lebih selesa, semua orang bertungkus lumus mengemas. Tapi dalam mengemas, serius aku cakap, kalau iman tak utuh, sabar tak tinggi, suara tidak ditahan dari dipetirkan, nescaya retak institusi keluarga bahagia yang korang pertahankan selama ini. Hari hari boleh bergaduh sebab yang macam ni je,


Contoh :

" Adik, pergi tunggu kat lif bawah sana jap lagi ibu nak hantar barang kat bawah. Sekarang. Now. " *Nada yang digunakan agak mengarah sebab semua penat.


Jawapan yang bakal kau terima,

" Ahhh! Aku penat lahh! Aku dah kemas banyak! ". *Nada yang lebih memberontak.



Sesi membalas dialog.


"Aku lagi banyak! Dari tadi aku angkat periuk, pinggan, buku, bla bla.... Pergi la cepat ibu marah nanti kau siap! "



" $#%^&(*()(^@#@! " tettt.... tettt... !!"



Aku yang tengah kemas yang tak terlibat dengan dialog pun boleh stress. Angah dengan adik memang tak boleh click to each other. Jadi aku yang akan meleraikan mereka. Jangan kata adik adik aku, jiran aku siap nak balik tv kat adik dia sebab adik dia pekik mengarah arah buat kerja. Orang lain tak tahu la tapi dengar la suara jerit jerit jugak. Haha



Kita tahu, nada percakapan sangat memainkan peranan penting. Pakailah nada yang berbudi bahasa. Hormat orang, dan orang akan hormat kita balik.

So,

1 - Pakai ayat Tolong jika mahu meminta bantuan seseorang. Wajib.

2 - Jaga nada bila kehendak tidak dituruti. Pujuk dengan lembut. Wajib.

3 - Jika masih tak dituruti, pujuklah lagi dengan kata kata yang baik. Wajib.

4 - Ucap Terima Kasih bila kehendak anda dituruti. Wajib.


Situasi lain. Aku dan adik lelaki aku.


" Adik.. tolong akak boleh tak... Ni ibu baru call.. dia cakap nak suruh tunggu kat bawah... Ibu nak pass barang... Boleh tak adik tolong akak tunggu kat bawah... Nanti akak angkat barang tu masuk dalam ye... Pleaseee... " *guna bahasa perantaraan yang elok. Elak guna aku kau.


"Alaa... Penatlah kak... Aku angkat banyak dah tadi... " *nada dia lembut juga walaupun tak mahu.


"Please adik.. Adik kan baik.. hensem.. terror sukan... (puji yang takde kena mengena. haha)


" Yelah yelah! hishhh" *buat jugak sebab kita mintak tolong cara elok


" Terima kasih adik.. :) :) :) " *Dalam hati puas hati berjaya pujuk.


See..

We are just human being. We love to be treated nice. So, do start first. 




P/s : Dalam situasi apa pun, pilihlah untuk berlaku sabar dan cuba jaga nada bila berbicara. Aku selalu praktikkan ini kat adik adik. Dan kadang kadang kat ayah juga. Demi nak dapatkan sepasang hush puppies.

-


-


-




Cita cita memang nak jadi pakar psikologi. Tapi diri sendiri pun blur kekadang dah acane. 




Terima kasih sudi baca  



Aug 27, 2014

Throwback : Naser's Wedding, Bahau N9

Assalamualaikum semua 

Masa godek godek external hard disk, yaya terimbau semua kenangan dengan kawan kawan seperjuangan. Dan tiba tiba ketinggg! *lampu menyala

Since yaya baru nak aktif semula berblog, yaya nak buat throwback la. So kawan kawan tersayang pun boleh imbau imbas sekali kenangan semua. Hee :')

Throwback nanti merangkumi semua perkara tak kiralah apapun. Yaya akan cuba ingat semula perkara yang dah berlaku. Nak tengok ingat ke tidak. Hewhew

So throwback ni masa yaya dan kawan sekelas pergi ke majlis perkahwinan member kitorang. Lain course tapi dia baik dengan budak kelas kitorang. Hee. Yang kelakarnya, satu kelas kami pergi tapi kawan kelas dia tak seramai kami. Haha



Hai Papa Naser! Tahniah wife dah pregnant! Wee!

-

-

-

Yang yaya ingat masa tu pagi janji pukul berapa tah tapi pagi la jugak pukul 7.30 camtu but at last, pukul 9.30 kami gerak nak kumpul semua. sabar jela. Haha. Konvoi 7-8 kereta ni tak mudah ye kawan kawan. Jadi kita kena rancang perjalanan. 






Terjah blog masak masak Aliya! SINI


Sementara nak tunggu yang lain sampai untuk berkumpul, yaya tak pasti berapa ratus keping gambar kitorang snap. Berpeluk tiak! Meet my handsomeness and prettiness classmate!


Ai is pun sempat pose sebelum tiak peluh banyak. 

-

-

-

Perjalanan mengambil masa kira kira nyenyak jugalah tidur. 
Masing masing ada juga yang hadiahkan lesung batu kat Naser untuk bini dia buat sambal belacan nanti. Masa tu terkejut mak Naser masa nak sambut hadiah agaknya terbisik dalam hati, kau bagi apa ni hah budak tapi sambil muka senyum. Haha. Bagi yaya, rare kot bagi lesung batu. Hah ni bagi idea untuk troll kekawan uols yang nak kahwin nanti! Hehe







Teghuk tak teghuk kitorang tahan pengantin pastu bermonopod ajak bergambar pastu tutup habis muka pengantin. Lenjan habis monopod Aina time ni. HAHA (masa ni monopod masih baru lagi dalam market semua teruja je dengan galah tu mohon ampun kalau annoying. kahkah)


Balik tu lepas zuhur semua pakat nak minum coconut shake. Lupa kat mana tapi view dia Subhanallah semua sedut coconut shake sekali sedut je sampai habis sebab nak bergambar. Haha












Huwaaa.. Ghinduuuuu




HAHAHAHADUHAI begini rupanya. Maafkanlah. Budak budak lagi. Haha



Tahniah Naser. Member sama batch kat UiTM yang first kahwin dulu (April 2014). Semoga perkahwinan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Naser ni ramai peminat ye. Mungkin sebab dia soft spoken, gentleman, berbudi bahasa, tulisan lawa gila etc etc. Apa lagi perempuan mahu?

-

-

-

-


Minah tudung sarung. Muka jet jet bersedia nak pergi menuai padi. Bye. *sinsing lengan





Terima kasih sudi baca