Jemput datang ke U-Cafe di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju. Boleh dijadikan sebagai salah satu cadangan tempat untuk berbuka puasa nanti sebab makanannya memang best dan harga pun berpatutan! ^_^
Ni yaya punya sorang! Hihik. Hashtag yaya raksasa pemakan.
Untuk pengetahuan korang, Nasi Kukus Rempah Chicken ni cuma berharga RM 3.00 sahaja! Bagi mereka yang suka berjimat, memang berbaloi dan mengenyangkan!
Gambar seterusnya cuma membuat yaya lapar semula dan terngiang ngiang rasanya yang sedap sampai tak termuat perut comel yaya ni. Kekenyangan sehingga pagi esoknya. Fuhh
Seafood Platter
Combo Platter
Lamb Rack
Deconstructed Caesar salad
Italian Beef Carbonara with Egg Yolk (My most favorite as yaya memang hantu carbonara. Hehe)
Spaghetti Aglio-Olio with Sea Scallop
Flying fish rice with Soy Sauce
Fried aspragus + prawn
Egg Yolk Butter Chicken & Vegetable in Yam Basket Rice
Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice in Lotus Leaf
Nasi Lemak kari ayam
Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice with Green Curry
Cantonese Kuew Teow with Seafood
Penang Curry Laksa
Asam Laksa With Sardine Fish
So macam mana? Teringin tak nak cuba? Yaya memang recommend uols untuk datang dan cuba makanan kat sini. Memang sedap sedap. Dahla sedap, layanan yang diberikan oleh pekerja yang bertugas juga sangat mesra pelanggan. Terima kasih U-Cafe kerana menjemput blogger untuk hadir dan menikmati makanan enak ni. Tak lupa ayah mertuaku Abang Jamar kerana sudi ajak yaya. Kirim salam muah pipi kat dayyan. Huehue
Bagi mereka yang ingin membuat majlis dan mencari katering untuk menguruskan majlis anda, U-Cafe juga membuat perkhidmatan katering. Bagitahu je nak tema macam mana. Ultraman ke Hello Kitty ke ataupun majlis rasmi, pihak U-Cafe berbesar hati untuk menguruskannya. Presentation makanan dari U-Cafe juga memang tip top dan menyelerakan.
Happy tummy!
Bersama para blogger kaki makan yang sporting gila. Seronok jumpa semua ^_^
Terima kasih daun keladi U-Cafe. Nanti yaya datang lagi bila jalan jalan sana ya! Memang makan dekat U-Cafe jela lepas ni sebab kita tahu memang makanan disitu sedap dan berbaloi dengan harganya. Hee. Jumpa lagi semua! ^_^
Terima kasih sudi baca