Yaya dan beberapa media blogger yang lain telah dijemput ke majlis tertutup Sidang Media Majlis Menandatangani MOU GSR in-house artis dan pelancaran single lagu raya "Nur Aidilfitri" bertempat di G Tower, Kuala Lumpur. Sesi sidang media ini memberi kesempatan kepada para media untuk lebih mengenali artis baru yang mula meningkat naik dalam industri hiburan Malaysia. Yaya percaya kesemua mereka mempunyai bakat tersendiri. Yang bestnya, semua mereka peramah melayan kami. Sporting gilos baq hang!
Bersama Lia Asmizza yang memegang watak Edrina dalam drama bersiri Hati Perempuan. Tinggi lampai dan manis orangnya ^_^
Ini biasalah. Takkan korang tak kenal. Haha :p
Sporting tak sporting layan je haa kami ajak bergambar. Hehe.
Majlis kemudian dimulakan dengan bacaan doa dari pihak penganjur yang bertugas dan sesi menandatangani MOU GSR in-house artis dilakukan selepas ucapan dari pihak penganjur.
Amie Zhu merupakan orang kuat yang bertanggungjawab menjaga artis di bawah GSR sedang memberi ucapan.
Artis dari kiri Liza Semion, Elya Miera dan juga Lia Asmizza.
Artis dari kiri Ikram Rashid, Syafiq Sahli, Kamal Rezuan dan juga Azrel Ismail.
Cat Farish sedang memberi kata kata semangat kepada artis yang bekerjasama dengan GSR Malaysia.
Pelancaran single lagu raya yang bertajuk "Nur Aidilfitri" dari Tiga Swagger yang telah diberi nafas baru untuk generasi sekarang. Bagi yaya lagu ni sedap boleh chilling gitu sambil goyang bahu. Hoho
Say hai to Kak Rara si pembuat pavlova yang paling sedap di alam maya.
Pemandangan indah saujana permai dari Tingkat 28, G Tower Hotel. Gila awesome hoi :'D
Antara orang kuat yang bertungkus lumus menjayakan sidang media ini. Tahniah semua! ^_^
Finally bergambar bersama hampir keseluruhan mereka yang terlibat dalam sidang media ini. Buat para artis, semoga maju jaya dalam bidang yang diceburi. Jangan sombong jangan meninggi diri dan jangan lupa diri bila berada di puncak. Jadilah seperti padi. Semakin berisi semakin menunduk. Pesanan ikhlas dan prihatin dari Yaya natcumi cumi. Hehe :p
Terima kasih sudi baca
No comments:
Post a Comment