Mar 30, 2016

Kebaikan Ephyra Skin Nano | Advanced Repair Serum


Siapa yang tak pakai serum muka?
Tahu tak serum muka ni tersangatlah penting untuk perempuan. Lagi-lagi yang selalu duduk dalam air cond mahupun sentiasa terdedah dengan cuaca panas dan sinaran UV. Terus terang kata, kulit muka Yaya memang tersangatlah sensitif. Silap sikit, terus meriah muka dengan jerawat. Makanya, walaupun Yaya tak pakai make up ke office, tapi paling wajib at least Yaya mesti pakai toner, serum muka dan moisturizer lepas tu buh sikit bedak baby dan pelembab bibir. Kebetulan serum muka lama Yaya dah habis dan sekarang pilihan serum muka Yaya ialah Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. Memang lepas ni nak pakai serum ni je! Kulit muka Yaya yang berminyak di kawasan zon-T dan sedikit kering di bahagian muka yang lain pun terus jadi lembut sekaligus mengecutkan jerawat Yaya! Mejik betul! Nak tahu macam mana Yaya dapat masalah diatas? Teruskan baca okay!


Yaya paling suka tekstur serum ini yang mudah meresap serta berbau wangi dan lembut.


Cara pakai serum ni mudah je. Letakkan di check point kawasan muka iaitu dahi, pipi kanan, pipi kiri, hidung dan dagu, lepas tu urut lembut kawasan muka sehingga rata dari bawah ke atas. Ala senang je macam tak biasa pula kan. Hee

Maafkan muka polos saya. Nak tunjuk keberkesanan serum je. Hihi *gambar sewaktu balik dari kerja

Untuk pengetahuan, Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum adalah serum pertama keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd dibawah jenama Ephyra. Dengan menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland, serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri. 

BEBAS dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone serum ini sangat senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak berminyak. Gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah. Paling suka dan senang hati apabila serum ini bebas dari bahan kimia sebab kita tahu yang kita cuma berikan yang terbaik untuk penjagaan kulit muka kita. Yayy!

10 KESAN NYATA EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM 

1. Mengecutkan jerawat 
2. Menghilangkan parut jerawat & jeragat
3. Menganjalkan & menegangkan kulit wajah yang kendur 
4. Menghilangkan bintik-bintik hitam 
5. Mencerahkan kulit kusam 
6. Memperbaiki tona kulit tidak sekata
7. Mengekalkan kelembapan wajah 
8. Menghilangkan lebam bawah mata 
9. Merawat kulit terbakar ( sunburn ) 
10. Memberikan efek kilauan pada wajah 

.... dan Yaya nak tambah kelebihan No. 11. Bila pakai serum ini sebelum apply foundation/make up, korang akan dapat rasa make up korang takkan pecah atau berbelak. Ianya memberi kesan make up yang rata dan tahan lama! Sebab tu kena pakai serum muka tau sebelum pakai make up lagi-lagi serum muka Ephyra Skin Nano. Yang lagi best, ianya juga sesuai untuk semua jenis kulit. Lelaki pun boleh pakai juga tau! ^_^v

BAGAIMANA TEKNOLOGI NANO BERTINDAK PADA KULIT 

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Teknologi Nano adalah teknologi terkini dan  sangat popular dalam bidang kecantikan. Teknologi ini menjadikan partikel serum sangat kecil sehingga mudah meresap untuk masuk ke lapisan kulit yang paling dalam. Partikel serum yang telah meresap akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikan permukaannya anjal dan tidak berminyak. Dengan serum ini, ia memberikan manfaat kepada kulit iaitu : 

MEMULIHKAN : Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang & muda. 

MEMPERBAHARUI : Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna. 

MELINDUNGI : Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit. 


Nak baca cerita sedih tak? :(
Haritu masa busy dengan shooting Sediakan Payung Sebelum Rumah, hari-hari sepanjang shooting tu Yaya kena bermake up. Shooting habis lewat malam dan paling teruk balik tu Yaya ingat nak baring kejap je sebab tak larat sangat tapi end up tertidur sampai pagi :'O Jadi korang dapat bayangkan tak kat sini betapa tak sihatnya penjagaan muka Yaya masa tu? Terlupa cuci make up adalah kesalahan yang paling tak dapat dimaafkan. Jerawat naik tanpa belas kasihan terutama di kawasan yang jelas nampak seperti hidung dan pipi. Shooting dah lama habis tapi jerawat tak sembuh-sembuh juga.


Boleh nampak tak jerawat degil dalam gambar kiri tu? Haa tulah jerawat degil kat hidung dan pipi yang tak mahu kecut. Lepas guna serum Ephyra Skin Nano ni selama seminggu, dia dah mula kecut dan sekarang selepas 2 minggu, tinggal nak hapuskan parut je! Yayy :D

Testimoni dari pengguna lain : 

Kenapa Yaya suka Ephyra Skin Nano Advanced Serum ni? Haa jemput tengok video 15 saat ni. Hihi



Harap dapat maintain untuk terus istiqamah menjaga kesihatan kulit muka ini sebelum naik pelamin >.<
Terima kasih serum mejik Ephyra Skin Nano :)


EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM - 15ml

RM 88  (Semenanjung.Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak) 

Harga Promosi : 
RM 68 (Semenanjung Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak) 

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum boleh dibeli secara online melalui www.oceanlife2u.com atau Whatsapp ke HOTLINE :  019 - 7373770 / 019 -3800779

Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura dan terdapat juga dia farmasi terpilih serta kedai/took jamu. 

Untuk maklumat lanjut :

Instagram : @ephyra2u 

Terima kasih sudi baca 

Mar 23, 2016

ck2 | #the2ofus | BFB Story



My kind of Best Friend Blogger, Uzu. Rasanya ramai dah kenal seorang Uzu ni. Macam mana kami berjumpa? Semuanya bermula dari tahun 2014. Berkawan di Facebook dah lama tapi belum berkesempatan berjumpa dengan beliau. Finally our first met masa tu dekat majlis berbuka puasa di PICC Putrajaya. Uzu ni kalau korang tengok macam banyak cakap, macam penuh celoteh dan macam-macam lagilah kan dari Facebook dia tu tapi sebenarnya bila dah jumpa dia lebih banyak diam lepas tu main hp dan perhatikan orang sekeliling je. Memang sombong dan tak pandai bergaul sangat. Tapi bila dah kenal, memang seronok dengar slang Sabah dia! Hihi.

Kami mula rapat bila kebetulan Yaya buat pratikal di Bank Rakyat Bangi dan dia pula pratikal di sebuah syarikat engineering di Bangi juga. Makanya setiap pagi Yaya akan ambil dia di hostel dia dahulu dan pergi kerja sama-sama dan balik kerja pun sama-sama. Maunya tak jadi rapat kan? Ibu Yaya kalau masak lebih mesti teringat dia dan Yaya akan bekalkan apa yang ibu masak kalau jumpa dia haritu siap dengan bekal air, sudu, garfu, tisu semua siap. Seronok tengok dia makan masakan ibu. Bila dia masuk kereta Yaya terus paksa dia makan time tu juga sampai nak nangis dia kena habiskan. Hihi sorry saya garang. :')


Perangai Yaya, kalau pergi mana-mana dengan dia, mesti bagitahu strangers yang kami jumpa tu dia ni blogger, duta produk, siap bagi orang tu link blog dia sampaikan orang yang dengar tu pun terpinga-pinga and siap bagitahu lagi Yaya ni PA dia kalau apa-apa boleh contact hahaha. Yaya memang suka gila sakat budak Uzu ni sampai merah muka dia lepas tu gelak gila-gila. Pernah teman dia photoshoot produk sampai 3 pagi kat Shah Alam sebab tak sampai hati tinggal dia sorang-sorang dah la tak banyak cakap risau Yaya dia kena buli ke apa ke kahkah nampak tak perangai macam kakak sulung sangat? 


Setiap apa kejayaan Uzu, Yaya sentiasa sokong dan sentiasa beri beliau semangat dan begitu juga dengan dia. Sentiasa support Yaya dan menjadi pendengar setia. Duit tak cukup ke apa ke, kami share antara kami je dan jaga rahsia masing-masing. Alhamdulillah berkawan sehingga ke hari ni. Kalau ada salah faham, settlekan cepat-cepat dan jangan simpan dalam hati lama-lama. Yang penting, kami selalu terapkan dalam diri jangan ada rasa iri hati, dengki malahan sentiasa bersyukur dengan rezeki masing-masing. Trust me, bila kita berkawan dengan dasar ikhlas dan sayangkan antara satu sama lain, memang manis sangat persahabatan tu. 


Psst. Korang nak tahu tak ck2 ada perfume baharu? Yang lagi best, perfume ni boleh dipakai oleh lelaki dan perempuan. Yang ajaibnya, bau perfume ini juga berubah-berubah mengikut jenis peluh dan karakter seseorang. Yaya rasa macam magic pula. Bila Yaya pakai, ada bau fresh, citrus dan sweet . Tapi bila orang lain pakai, bau woody, fresh dan sangat mendamaikan. Memang sesuai untuk lelaki dan perempuan. *rasa nak hadiahkan encik tunang la. Boleh share pakai sama-sama. :p


Jatuh cinta dengan rekaan botol yang sangat futuristik dan minimalis ni. Macam mentol kaca yang lutsinar kan? Comel sangat rekaan botol wangian ck2 kali ni. Mudah dipegang dan mempunyai struktur rekaan yang unik. 

Urban Woody Fresh
Top : Wasabi, mandarin and violet leaf absolute
Mid : Wet cobblestones, orris concrete and rose absolute
Dry : Sandalwood, vetiver and incense

Gabungan kesemua diatas menjadikan wangian ini memberi perasaan warm, fresh and electric(connection) kepada orang lain. Memang wangi sangat Yaya suka sangat :')


Haritu Yaya ada share dengan Uzu wangian ck2 , Uzu pun suka juga tau. Wanginya dia kata. Hihi. Bila test kat Uzu, bauan fresh dan sweet mula terhidu sama seperti Yaya juga. Nampak tak chemistry tu? Cewahh. Seronok bila dapat berkongsi benda yang kita suka bersama kawan tersayang. :')


Amboi sukanya borak apa tu? Muahaha. Makin galak bersembang dengan Uzu lepas menggunakan perfume ck2 ni. Rasa sangat mendamaikan dan lebih terbuka bercerita tentang perancangan masa hadapan kami. *Bersembang pasal cita-cita nak jadi isteri yang solehah ke tu. Kof kof. 


Minta maaf sebab dah jarang luangkan masa sejak Yaya dah mula berkerja ni. Penatnya tuhan sahaja tahu bila dah balik dari kerja tu memang tak berdaya kadang-kadang. Jauh di mata dekat dihati okay darling. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan. Tak semestinya tak jumpa ukhwah kita terputus kan? You are still my Best Friend Blogger forever. Semoga haruman ck2 ini menjadi antara memori untuk kenangan kita masa tua nanti ye Uzu-ku. Dan inilah kisah ck2 #the2ofus Yaya Natsumi dan Uzu Emas Putih :')


ck2
- Eau de toilette spray 100ml RM289
- Eau de toilette spray 50ml RM219
- Deodorant stick 2.6oz/75g RM89

Jom hadiahkan wangian ck2 ini kepada orang tersayang. Jangan lupa hadir ke roadshow ck2 di Mid Valley mulai 21 Mac 2016 - 27 Mac 2016 ini untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan haruman baharu dari ck2. For me, memang haruman yang mengagumkan! ;)



Terima kasih sudi baca 

Mar 20, 2016

Sweedskin Contest | Wang tunai RM2000 untuk 5 finalis bertuah




Nak menang wang tunai berjumlah RM2000? Fuh fuh fuh berdebar uols. Kalau nak tahu, mohon baca sampai habis lepas tu sentiasa alert dengan contest ni okay! Sweedskin bukan mencari seorang finalis sahaja tetapi 5 finalis akhir yang akan dinobatkan sebagai pemenang dan kelima-lima finalis ini akan mendapat wang tunai RM2000 tersebut! Fuhhh terbaik ah!


Macam mana cara nak join contest Sweedskin ni?

Haa senang je korang! Bermula 20 Mac 2016 ini, share dengan kami 1 post di Instagram dengan hashtag wajib #BeautyBehindPassion tentang kejayaan kalian sebagai seorang wanita yang berkerjaya dan berjaya yang mana ianya dapat memberi  sumber inspirasi kepada wanita lain di luar sana. Yelah, sesibuk mana pun kalian dengan urusan harian, kalian tetap menitik beratkan kecantikan diri. Yaya tahu ramai wanita berkerjaya di luar sana yang sentiasa menjaga kecantikan muka dan juga penampilan diri walau sesibuk mana pun. Share la tips kalian dengan Yaya dan semua wanita di seluruh dunia ni. Hihi


Bagi Yaya sendiri, Yaya sentiasa menjaga penampilan dengan mengambil makanan berkhasiat, minum banyak air mineral, detox, mengambil suplemen tambahan dan sebagainya. Mungkin bagi sesetengah orang, cukup jaga dalaman sahaja. No way. Kecantikan luaran pun kena jaga juga tau! Amalan penggunaan bahan kecantikan yang berasaskan dari bahan semulajadi juga salah satu contoh okay! Bagi Yaya sendiri, walaupun busy dengan shooting pada bulan Januari lepas (Sediakan Payung Sebelum Rumah dah bersiaran di Astro Oasis dan Maya HD setiap Isnin jam 7.30petang jangan lupa tengok tau drama 13 episod kita :p), then balik malam lepas tu tak larat sangat nak buka mata pun tak terdaya tapi Yaya akan sentiasa lap muka dengan make up remover dan cuci muka sebersihnya sebelum tidur. Kalau tak, siaplah jerawat kita naik. Yaya jarang make up tebal melainkan ada special event sahaja tapi Yaya sentiasa pastikan diri untuk guna cleanser, toner, serum dan moisturizer. Benda wajib yang Yaya takkan tinggal dari zaman u dulu walaupun sesibuk mana pun. Hihi. So kalian pula macam mana? Mesti lagi hebat kan? Share la jugak pleaseeee ^_^


Senang kan? Cuma share full story tentang peribadi kalian secara ringkas di caption gambar okay. Yaya percaya setiap perempuan akan pilih gambar dari sisi terbaik maka dengan itu letaklah gambar kalian yang paling cun sekali bagi menggambarkan kerjaya dan personaliti kalian dan jangan lupa hashtag #BeautyBehindPassion okay! ^_^


Contest ini terbuka kepada semua peringkat umur jadi jom post gambar kalian dan Sweedskin akan memilih 200 finalis untuk menghadiri majlis pelancaran dan akan mendapat goodies bag (Trial Oack SweedSkin dan lain-lain). Cabaran mudah untuk 200 finalis nanti ialah menyahut cabaran 4 minggu dari pihak Sweedskin yang mana kalian dikehendaki untuk meng-upload 1 gambar setiap hari bersama dengan pemakaian produk Sweedskin. Selfie dengan produk ke, produk sentiasa ada dalam beg ke, rutin sebelum tidur ke terserah dan mengikut kreativiti masing-masing ^_^


Selepas 4 minggu, pihak Sweedskin akan meneliti setiap peserta dan akan memilih 5 finalis bertuah yang akan memenangi wang tunai RM2000 dan juga berpeluang untuk bersama-sama dengan Duta Sweedskin iaitu Syamim Farid menjelajah event terbesar Sweedskin di Malaysia. Tak lupa juga, produk Sweedskin bernilai RM500. Psst. Kalau nak tahu, kandungan produk Sweedskin ini berasaskan kandungan semulajadi dan bebas dari kandungan parabens dan sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif. Memang terbaik!


Kalau tak faham apa-apa, boleh terus direct PM Yaya di FB okay! Jangan risau Yaya sedia membantu dan memberi sokongan padu kepada sesiapa pun yang nak join! Love you girls!


Kempen bermula pada 20 Mac 2016. 

Jom kita buat summary semula :
  1. Post 1 gambar di Instagram tentang penjagaan kecantikan harian anda dengan hashtag #BeautyBehindPassion 
  2. 200 finalis akan dijemput ke Launching Sweedskin dan mendapat trial pack produk Sweedskin
  3. 200 finalis akan menyahut cabaran 4 minggu (20 Mac - 17 April 2016) dari pihak Sweedskin bersama produk penjagaan kulit dari Sweedskin yang berasaskan dari bahan semulajadi
  4. 5 finalis terakhir akan memenangi wang tunai berjumlah RM2000 setiap seorang bersama set produk penjagaan kulit dari Sweedskin yang bernilai RM500.
  5. Bersama-sama dengan duta Sweedskin, Syamim Farid ke road tour yang bakal diadakan di negeri terpilih di seluruh Malaysia

Mengenai Sweedskin :

Website : sweedskin.com
Facebook : Sweedskin
Instagram : Sweedskin


Jangan lupa join tau! Semoga bertuah! :D


Terima kasih sudi baca 



Mar 17, 2016

Amalan Pemakanan Talbinah dari Mekaray Triple-M & Meka Viniga




Pernah dengar tentang makanan Talbinah? Apa itu Talbinah? Talbinah merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada barli yang dicampur dengan susu dan madu lebah asli. Triple M atau Meka Miracle Meal merupakan minuman talbinah dengan gabungan Barli, Yogurt dan Madu.

Kalau nak tahu, hampir setiap pagi Yaya makan nasi lemak tau. Sebab Yaya memang hantu nasi lemak. Tapi bila dah makan nasi lemak kita jadi lemau sikit lepas tu belum masuk waktu lunch hour, dah mengantuk -.-

Maka dengan itu, Yaya mengambil cabaran mengamalkan Mekaray Triple-M pada waktu pagi dan hasilnya, mestilah tak mengantuk! Buat kerja pun rasa tenang dan tersusun. Betullah kata orang, makanan yang berkhasiat memang memainkan peranan penting untuk emosi kita. Kalau dah barli, susu dan madu bergabung, mestilah memberi khasiat yang baik untuk kecergasan kita kan. 



Diriwayatkan daripada Aisyah, " Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah bersabda, 'Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan'". (Riwayat Bukhari & Muslim)



Mekaray Triple-M

Khasiat Triple-M mampu merawat :
  • Kemurungan (Stress) 
  • Penyakit Jantung
  • Kencing Manis 
  • Eczema
  • Darah Tinggi 
  • Migrain
  • Resdung
  • Gangguan Tidur
  • Masalah Usus
  • Strok
  • Arthiritis 
  • Kolestrol 
Triple-M ini juga berkesan untuk menyelesaikan masalah luaran dan dalaman seperti menghalang pertumbuhan kanser, menyerap dan mengawal paras kolestrol, merawat gusi, mencegah penyakit jantung, bagus untuk wanita bersalin, menguatkan tulang, mencegah jangkitan vagina, membantu mengurangkan berat badan, menyejukkan badan, melawaskan kencing, meningkatkan kesihatan buah pinggang dan sebagainya.

Masa badan tak sedap dan mula nak demam haritu, Yaya cuba ambil Mekaray Triple-M sebelum tidur. Yaya dapat rasa yang demam Yaya beransur pulih kurang 3 hari. Yaya ni jarang demam tapi kalau dah sekali demam, berlarutan sampai seminggu dua tau. Alhamdulillah demam kali ni cepat sembuh walapun cuaca panas. Selagi kita ikhtiar kan :)



Mekaray Meka Viniga

Meka Viniga ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin menjada kelangsingan tubuh badan dan dalam masa yang sama mendapat khasiat yang optimum. Slimmie Viniga diperkaya dengan khasiat Madu, Cuka Kurma, Perisa Oren, Minyak Zaitun, Garam Bukit, Delima, Minyak Kelapa Dara, Habbatusauda dan Lemon. Masam-masam manis rasanya. 

Khasiat Meka Viniga ini berfungsi sebagai penganti makanan dan mampu mengawal nafsu makan seseorang, Selain itu,  Meka Viniga juga boleh meningkatkan stamina yang mana sesuai sangatlah dengan Yaya yang selalu bergerak aktif ni. Khasiat lain ialah melancarankan peredaran darah, melancarkan sistem percernaan, mencantikkan kulit, menguatkan gigi, melancarkan haid, membersihkan hempedu, dan juga mengandungi Vitamin C yang tinggi serta membaiki pembentukan struktur tulang. 


Sedut-sedut je masa perut kosong! Hee. Jom sedut Meka Viniga dahulu sebelum memulakan aktiviti seharian. ;)


Pelabagai aktivit menarik yang diadakan semasa sesi perkongsian ilmu bersama pakar yang bertauliah semasa Yaya menghadiri majlis pengenalan produk dibawah syarikat MEKARAY VENTURES SDN BHD. Banyak ilmu yang dipelajari tentang keindahan pemakanan & perubatan Islam. 


Sempat lagi kami mempelajari teknik asas senaman untuk kesihatan dan kecantikan. Hoho :p

 

Apa Yaya buat tu? Hahaha gasakkk


Jom korang cuba produk kesihatan yang berlandaskan sunah ni. Mekaray Triple-M dan Meka Viniga sangat sesuai diamalkan oleh semua golongan. Even budak kecil pun boleh minum Triple-M juga tau. Memang berkhasiat dan sangat di yakini. Banyak testimoni hebat di Facebook Mekaray Ventures yang telah diperakui.


Untuk maklumat lanjut :

Website :

Facebook :

No Tel :
013-268 0001

Photo by :


Terima kasih sudi baca 

Mar 15, 2016

ck2 Blogger Event | Pengalaman bermain Laser Battle di Times Square



Hari Ahad lepas yang Yaya bersama rakan blogger berkesempatan untuk mencuba permainan Laser Battle di Times Square. Gugup, takut, risau semua ada. Maklumlah Yaya memang tak pernah cuba permainan Laser Battle ni. Ingatkan macam  paintball main ganas-ganas kalau kena lebam (btw Yaya pernah kena tembak kat kepala rasa bengong kejap 2 hari sebab bengkak hahaha) tapi Laser Battle ni serius best gilaaaaaa~~!

Senapang pun ringan. Unlimited peluru :p . Memang sangat rekomen kat sesiapa yang nak cuba permainan Laser Battle ni.


With Fatin Bella


Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 5 orang. Kumpulan Oren yang sungguh power iaitu kumpulan Yaya :p terdiri daripada Abang Naim, Fatin Bella, Oh Fish dan juga Sunshine Kelly. Bestnya kumpulan dengan mereka! Semua baik sangat dan penuh dengan semangat team work gitu. Hihi

Oleh kerana seorang Yaya baru pertama kali main, Yaya memilih untuk menjaga kubu bersama Kelly dan menghalang musuh daripada mencuri Flag kami. Musuh yang datang menderu langsung tak mematahkan semangat kami. Fuhh 10 minit rasa macam 30 minit dalam tu. Memang seronok!

Memang kami sedaya upaya menghalang musuh. Dan akhirnya, kami layak ke peringkat seterusnya dan untuk game terakhir, kami menang tempat Kedua! Yabedabeduuuu~!


Selfie sikit dengan medal kita. :p


Wangian baharu dari ck2 ini menggabungkan nilai Fresh, Warm dan Electric. Sesuai untuk lelaki dan wanita so dua-dua boleh share perfume. Yang bestnya, ia bergantung kepada si pemakai tau. Ada yang pakai dia bau woody fresh memang wangi sangat dan bila Yaya pakai, dia bau sweet sweet gitu pun wangi juga!. Jujurnya, Yaya suka sangat perfume ni :) Bau dia sangat soft dan mendamaikan. Hihi



Bergambar kenangan bersama semua yang hadir. Memang awesome lah korang! Harap boleh jumpa lagi :D


ck2 eau de toilette spray 50ml @ RM219 / 100ml @ RM289.

Nak beli juga? Mulai 21hb sehingga 27hb Mac 2016, akan berlangsung ck2 roadshow di Mid Valley. Jom datang dan rasai sendiri pengalaman bersama wangian ck2 #the2ofus ni :)




Terima kasih sudi baca 

Mar 14, 2016

Last Minute Booking Untuk Si Kaki Travel



Suka melancong? Suka buat surprise kepada diri sendiri dengan percutian last minute? Dah la last minute lepas tu ada hati pula nak percutian dengan harga yang murah dan berbaloi. Fuhh mengada betul! Tapi jangan risau sebab sekarang ni, kita semua boleh merancang percutian dengan "Last Minute Booking"! Wow! Lepas ni bolehlah buat surprise untuk yang tersayang! :p


Untuk yang suka survey dulu percutian pun boleh gunakan aplikasi ini. Mana taknya, harga yang ditawarkan berbaloi sungguh! Memang sesuai untuk kaki-kaki travel mewajibkan aplikasi ini di telefon canggih tu! 

Dengan aplikasi ini, pengguna boleh mendapat pelbagai informasi tentang tiket penerbangan, pakej percutian, hotel, agensi perlancongan, harga promosi dan macam-macam lagi! Semuanya di bawah 1 aplikasi untuk mereka yang sentiasa sibuk untuk uruskan satu persatu. Sesuai sangat lahai korang install aplikasi ni :)


Untuk pengetahuan, lebih kurang 5000 pakej perlacongan di seluruh dunia yang ditawarkan di dalam aplikasi Last Minute Booking ini. Mereka juga telah berkerjasama dengan lebih 32 syarikat penerbangan bagi memudahkan pengguna mereka menggunakan aplikasi ini. Dah tu tunggu apa lagi? Jangan lupa install aplikasi ini di telefon korang tau! Yaya pun rambang mata sangat bila tengok banyak pakej murah yang ditawarkan. Ada tu sampai diskaun 50%! :O

Sebelum tu,



Bersempena dengan Matta Fair yang telah dijalankan pada 7 Mac - 18 Mac 2016 ini, korang boleh mendapat diskaun istimewa sebanyak RM50 tau! Khas untuk pengguna aplikasi Last Minute Booking sahaja. Dapatkan pakej percutian idaman anda bersama yang tersayang menerusi aplikasi Last Minute Booking :)


Download Aplikasi ini sekarang di :


Untuk maklumat lanjut :



Terima kasih sudi baca 

Mar 12, 2016

Corvina Chong dari Malaysia Pemenang Mary Kay Dream Beautiful Contest

Corvina Chong, Malaysia, winner of 3rd Annual Asia Pacific Grand Finale, Mary Kay, Dream Beautiful Contest

Tahniah kepada Corvina Chong dari Malaysia yang telah memenangi 3rd Anual Asia Pacific Grand Finale : Mary Kay Dream Beautiful Contest yang diadakan di Hong Kong baru-baru ini.

Tertarik dengan jawapan beliau apabila ditanya apakah maksud "Dream Beautiful " dari perspektif beliau,

"Dream Beautiful means I can be comfortable with my own skin and still feel beautiful and confident regardless of what the media dictates. Dream Beautiful Contest gives  me the opportunity to learn the necessary make up skills to enhance my natural  beauty, as well asto allow my inner beauty to shine through. It boosts my confidence level and I believe that itispossible for meto achieve all my dreams, with style and beauty."

Yaya rasa ramai yang sudah mengenali jenama Mary Kay yang hebat ini. Even, Yaya sendiri pun merupakan pengguna produk Mary Kay tau. Untuk pengetahuan semua, Mary Kay Dream Beautiful telah membuat satu pertandingan yang mana ia menggabungkan pakar kecantikan Mary Kay bersama model mereka untuk pencarian “Face of Mary Kay Asia Pacific” dan juga “Beauty Artist of Mary Kay Asia Pacific”.


Lebih daripada 500 Pakar Kecantikan Mary Kay , media dan orang kenamaan yang hadir bagi menyaksikan 22 pasangan akhir dari seluruh Asia Pasifik yang berentap sesama sendiri dalam pertunjukan ini. Panel hakim termasuk supermodel antarabangsa Karolina Kurkova, jurusolek selebriti Sunjin Kim dari Korea, jurusolek terkenal Mary Kay Luis Casco dan jurugambar fesyen dan kecantikan Jason Capobianco.

Zhang Ying dari China, Crystal Fung dari Hong Kong, dan Corvina Chong dari Malaysia telah diumumkan sebagai 3 Pemenang Grand Final untuk solekan mereka yang cemerlang. Prestasi mereka yang bagus dan meyerlah pula dikira berdasarkan tiga ciri yang dikehendaki iaitu, "Confidence, Passion, and Elegance". Mary Kay Beauty Consultant dari Hong Kong, Vicky Lai telah dinobatkan sebagai "Beauty Artist of Mary Kay Asia Pasifik" untuk kemahiran dan kreativiti beliau dalam solekan yang memukau juri.


Pemenang akan menghadiri sesi bergambar/photoshoot  Mary Kay di New York. Pakar kecantikan Mary Kay yang mewakili peserta yang menang juga akan diiktiraf sebagai Mary Kay Applause Magazines in the Asia Pacific Region. Mereka juga akan diberi peluang untuk menjadi jurucakap di seminar anjuran Mary Kay yang akan diadakan di negara masing-masing.


Lebih daripada 100,000 wanita dari Australia & New Zealand, China, Hong Kong, Korea, Malaysia dan Singapura, Filipina dan Taiwan, telah bekerjasama dan mengambil bahagian dalam Mary Kay Dream Beautiful Contest ini. Tahniah diucapkan kepada semua :)

Untuk maklumat lanjut mengenai Mary Kay Dream Beautiful Contest :

Website : Mary Kay 
Instagram : @MKDreamBeautiful 
#MaryKay & #MKDreamBeautiful



Terima kasih sudi baca