Showing posts with label perfume. Show all posts
Showing posts with label perfume. Show all posts

Apr 17, 2016

De'xandra Perfume : Yang mana satu pilihan Yaya?

Rasanya mesti ramai pernah dengar jenama perfume De'Xandra kan? Femes emes sangat lahai jenama ni. Tu yang tetiba rasa nak buat entri ringkas tapi penuh keterujaan ni :p


Izinkan seorang Yaya Natsumi feeling feeling wangi bersama De'xandra yang berinspirasikan dari Fresh Blossom by DKNY . Howargh memang favorite lah yang ini. Bau dia soft dan sweet sweet gitu. Sebenarnya Yaya banyak juga wangian kegemaran macam Midnight Fantasy, Paris Hilton, Ralph Lauren, Gucci Flora, DKNY Be Delicious dan lain-lain yang bau dia soft soft sweet tak pun bau manis gula-gula haa tak tahu la kenapa suka bau cenggitu. Memang Yaya suka la. Hihi. Adalah beberapa botol yang memang Yaya beli original. Terutama perfume favorite Yaya, Midnight Fantasy Britney Spears. Tapi bila dah tua-tua ni terfikir kenapalah nak pergi ofis pun pakai perfume mahal. Membazir je. Ni hah dah ada orang buat elok sebijik sama bau macam ori, maka ayuhlah berjimat dengan De'xandra Perfume.


Jom usha Top Perfume yang menjadi pilihan kebanyakan wanita.



Kebanyakannya dalam senarai ni memang favorite Yaya. Memang semua ni sedap wangi wangi baunya. Yang paling penting, tak memeningkan. Yaya pantang sikit kalau perfume yang buat pening kepala ni. Huhu



Yang ini pula Top perfume pilihan jejaka.
Picture

Sesuai untuk mereka yang sentiasa menjaga penampilan diri, janganlah confident sangat tak pakai perfume okay. Paling habuk pun pakailah losyen, deodoran atau cologne. Tapi lagi molek, semburlah perfume sikit bagi kita rasa selesa dengan aroma badan kita dan juga untuk keselesaan orang lain yang bersama dengan kita. Kita pun rasa yakin nak berdepan dengan masyarakat ;)

Apa istimewanya Perfume De'Xandra ni?

1) 35ml , EDP perfume (Tahan lama)
2) Mudah di bawa TRAVEL
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
7) Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA

Dah la harga berbaloi, pulak tu sesuai sangat kalau nak buat hadiah untuk yang tersayang. Hadiah harijadi boleh, hari ibu boleh, hari bapa boleh dan nak buat sebagai hadiah hantaran pun okay sangat tau! :D

Nak usha perfume yang lain? Nah senarai perfume keluaran De'Xandra. Semua ngetop ngetop gitu!

Pernah dengar tak ayat, "Biar tak cantik janji wangi" tu lah Yaya pegang! Hahaha. Kadang-kadang kalau lupa pakai perfume tu, lekas-lekas pakai losyen yang memang Yaya standby dalam beg. Mana tahu lepas ni De'Xandra keluarkan losyen wangian macam perfume kan? Bestnya! Sebab Yaya suka pakai losyen. Hihi

Untuk pengetahuan korang, Nabil Rajalawak dan juga isteri beliau Zira, merupakan duta untuk wangian De'Xandra. Wangian ini juga pernah dipromosikan di rancangan MeleTOP dan EraFM. Haruslah duta promote kan sebab Nabil sendiri merupakan pengacara dan penyampai radio. Hihi

Untuk maklumat lanjut dan pembelian :
Phone No: 013 264 4310 (LIA)

Terima kasih sudi baca 

Mar 23, 2016

ck2 | #the2ofus | BFB Story



My kind of Best Friend Blogger, Uzu. Rasanya ramai dah kenal seorang Uzu ni. Macam mana kami berjumpa? Semuanya bermula dari tahun 2014. Berkawan di Facebook dah lama tapi belum berkesempatan berjumpa dengan beliau. Finally our first met masa tu dekat majlis berbuka puasa di PICC Putrajaya. Uzu ni kalau korang tengok macam banyak cakap, macam penuh celoteh dan macam-macam lagilah kan dari Facebook dia tu tapi sebenarnya bila dah jumpa dia lebih banyak diam lepas tu main hp dan perhatikan orang sekeliling je. Memang sombong dan tak pandai bergaul sangat. Tapi bila dah kenal, memang seronok dengar slang Sabah dia! Hihi.

Kami mula rapat bila kebetulan Yaya buat pratikal di Bank Rakyat Bangi dan dia pula pratikal di sebuah syarikat engineering di Bangi juga. Makanya setiap pagi Yaya akan ambil dia di hostel dia dahulu dan pergi kerja sama-sama dan balik kerja pun sama-sama. Maunya tak jadi rapat kan? Ibu Yaya kalau masak lebih mesti teringat dia dan Yaya akan bekalkan apa yang ibu masak kalau jumpa dia haritu siap dengan bekal air, sudu, garfu, tisu semua siap. Seronok tengok dia makan masakan ibu. Bila dia masuk kereta Yaya terus paksa dia makan time tu juga sampai nak nangis dia kena habiskan. Hihi sorry saya garang. :')


Perangai Yaya, kalau pergi mana-mana dengan dia, mesti bagitahu strangers yang kami jumpa tu dia ni blogger, duta produk, siap bagi orang tu link blog dia sampaikan orang yang dengar tu pun terpinga-pinga and siap bagitahu lagi Yaya ni PA dia kalau apa-apa boleh contact hahaha. Yaya memang suka gila sakat budak Uzu ni sampai merah muka dia lepas tu gelak gila-gila. Pernah teman dia photoshoot produk sampai 3 pagi kat Shah Alam sebab tak sampai hati tinggal dia sorang-sorang dah la tak banyak cakap risau Yaya dia kena buli ke apa ke kahkah nampak tak perangai macam kakak sulung sangat? 


Setiap apa kejayaan Uzu, Yaya sentiasa sokong dan sentiasa beri beliau semangat dan begitu juga dengan dia. Sentiasa support Yaya dan menjadi pendengar setia. Duit tak cukup ke apa ke, kami share antara kami je dan jaga rahsia masing-masing. Alhamdulillah berkawan sehingga ke hari ni. Kalau ada salah faham, settlekan cepat-cepat dan jangan simpan dalam hati lama-lama. Yang penting, kami selalu terapkan dalam diri jangan ada rasa iri hati, dengki malahan sentiasa bersyukur dengan rezeki masing-masing. Trust me, bila kita berkawan dengan dasar ikhlas dan sayangkan antara satu sama lain, memang manis sangat persahabatan tu. 


Psst. Korang nak tahu tak ck2 ada perfume baharu? Yang lagi best, perfume ni boleh dipakai oleh lelaki dan perempuan. Yang ajaibnya, bau perfume ini juga berubah-berubah mengikut jenis peluh dan karakter seseorang. Yaya rasa macam magic pula. Bila Yaya pakai, ada bau fresh, citrus dan sweet . Tapi bila orang lain pakai, bau woody, fresh dan sangat mendamaikan. Memang sesuai untuk lelaki dan perempuan. *rasa nak hadiahkan encik tunang la. Boleh share pakai sama-sama. :p


Jatuh cinta dengan rekaan botol yang sangat futuristik dan minimalis ni. Macam mentol kaca yang lutsinar kan? Comel sangat rekaan botol wangian ck2 kali ni. Mudah dipegang dan mempunyai struktur rekaan yang unik. 

Urban Woody Fresh
Top : Wasabi, mandarin and violet leaf absolute
Mid : Wet cobblestones, orris concrete and rose absolute
Dry : Sandalwood, vetiver and incense

Gabungan kesemua diatas menjadikan wangian ini memberi perasaan warm, fresh and electric(connection) kepada orang lain. Memang wangi sangat Yaya suka sangat :')


Haritu Yaya ada share dengan Uzu wangian ck2 , Uzu pun suka juga tau. Wanginya dia kata. Hihi. Bila test kat Uzu, bauan fresh dan sweet mula terhidu sama seperti Yaya juga. Nampak tak chemistry tu? Cewahh. Seronok bila dapat berkongsi benda yang kita suka bersama kawan tersayang. :')


Amboi sukanya borak apa tu? Muahaha. Makin galak bersembang dengan Uzu lepas menggunakan perfume ck2 ni. Rasa sangat mendamaikan dan lebih terbuka bercerita tentang perancangan masa hadapan kami. *Bersembang pasal cita-cita nak jadi isteri yang solehah ke tu. Kof kof. 


Minta maaf sebab dah jarang luangkan masa sejak Yaya dah mula berkerja ni. Penatnya tuhan sahaja tahu bila dah balik dari kerja tu memang tak berdaya kadang-kadang. Jauh di mata dekat dihati okay darling. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan. Tak semestinya tak jumpa ukhwah kita terputus kan? You are still my Best Friend Blogger forever. Semoga haruman ck2 ini menjadi antara memori untuk kenangan kita masa tua nanti ye Uzu-ku. Dan inilah kisah ck2 #the2ofus Yaya Natsumi dan Uzu Emas Putih :')


ck2
- Eau de toilette spray 100ml RM289
- Eau de toilette spray 50ml RM219
- Deodorant stick 2.6oz/75g RM89

Jom hadiahkan wangian ck2 ini kepada orang tersayang. Jangan lupa hadir ke roadshow ck2 di Mid Valley mulai 21 Mac 2016 - 27 Mac 2016 ini untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan haruman baharu dari ck2. For me, memang haruman yang mengagumkan! ;)



Terima kasih sudi baca 

Mar 15, 2016

ck2 Blogger Event | Pengalaman bermain Laser Battle di Times Square



Hari Ahad lepas yang Yaya bersama rakan blogger berkesempatan untuk mencuba permainan Laser Battle di Times Square. Gugup, takut, risau semua ada. Maklumlah Yaya memang tak pernah cuba permainan Laser Battle ni. Ingatkan macam  paintball main ganas-ganas kalau kena lebam (btw Yaya pernah kena tembak kat kepala rasa bengong kejap 2 hari sebab bengkak hahaha) tapi Laser Battle ni serius best gilaaaaaa~~!

Senapang pun ringan. Unlimited peluru :p . Memang sangat rekomen kat sesiapa yang nak cuba permainan Laser Battle ni.


With Fatin Bella


Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 5 orang. Kumpulan Oren yang sungguh power iaitu kumpulan Yaya :p terdiri daripada Abang Naim, Fatin Bella, Oh Fish dan juga Sunshine Kelly. Bestnya kumpulan dengan mereka! Semua baik sangat dan penuh dengan semangat team work gitu. Hihi

Oleh kerana seorang Yaya baru pertama kali main, Yaya memilih untuk menjaga kubu bersama Kelly dan menghalang musuh daripada mencuri Flag kami. Musuh yang datang menderu langsung tak mematahkan semangat kami. Fuhh 10 minit rasa macam 30 minit dalam tu. Memang seronok!

Memang kami sedaya upaya menghalang musuh. Dan akhirnya, kami layak ke peringkat seterusnya dan untuk game terakhir, kami menang tempat Kedua! Yabedabeduuuu~!


Selfie sikit dengan medal kita. :p


Wangian baharu dari ck2 ini menggabungkan nilai Fresh, Warm dan Electric. Sesuai untuk lelaki dan wanita so dua-dua boleh share perfume. Yang bestnya, ia bergantung kepada si pemakai tau. Ada yang pakai dia bau woody fresh memang wangi sangat dan bila Yaya pakai, dia bau sweet sweet gitu pun wangi juga!. Jujurnya, Yaya suka sangat perfume ni :) Bau dia sangat soft dan mendamaikan. Hihi



Bergambar kenangan bersama semua yang hadir. Memang awesome lah korang! Harap boleh jumpa lagi :D


ck2 eau de toilette spray 50ml @ RM219 / 100ml @ RM289.

Nak beli juga? Mulai 21hb sehingga 27hb Mac 2016, akan berlangsung ck2 roadshow di Mid Valley. Jom datang dan rasai sendiri pengalaman bersama wangian ck2 #the2ofus ni :)




Terima kasih sudi baca