May 29, 2011

Selamat Pengantin Baru Eleena! :')


Woah lama gila rasanya tak menaip sampai Faa cutie cutie datang maki2 kat wall. Oke tipu.

Sambil menaip ni sambil dengar Here Without You - 3 Doors Down. Kedengaran touching disitu. Oke next.




Haii Eleena sayang! Oh emm geee! Awak dah jadi isteri orang! Jelouse sangat tahu? :')
I rasa teruja gila u dah selamat bergelar pengantin baru sayang. Seriously! :D
Tadi i tengok wall u ada gambar u akad nikah semalam. Sangat sangat cantik! Macam anak patung! Seri pengantin tu nampak sangat! Tak sabar nak tunggu bulan 9! Nak datang dengan manishati! *huwaaa teruja sampai setiap ayat pun nak pakai "!" -.-


" Dear Eleena, mendapat status isteri dalam usia yang muda adalah suatu tindakan yang sangat mencabar. Dan saya tahu, pilihan ini adalah pilihan yang terbaik untuk diri awak dan pasangan. Sesungguhnya saya sangat terharu, teruja dan menghormati tindakan yang sangat matang ini. Kalau saya diberi peluang seperti awak selepas difikir semasaknya, semestinya saya teruja sama untuk menghalalkan ikatan sedia ada saya bersama pasangan. Sesungguhnya itulah yang diredhai Allah. :')


Dikesempatan ini, saya dan pembaca lain yang membaca ingin mendoakan kesejahteraan awak bersama suami. Semoga kalian berdua sentiasa berada didalam lindungan-Nya, dimurahkan rezeki dan hubungan kalian akan berkekalan sehingga ke akhir hayat waima hingga ke syurga sana. Semoga kalian sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan yang mendatang. Kepada si suami, telah tergalas dibahu anda supaya menjaga si isteri dengan sepenuh hati. Terbahagi sudah tanggungjawab anda kepada dunia luar, ibubapa dan isteri. Layanilah dia selembut bicara, manjakanlah dia dengan setegas hati, tanamkanlah dalam diri bahawa dialah pencuri rusuk kiri anda selama ini. Semoga akan datang setelah sampai masanya, kalian dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah mendengar kata ibubapa dan berjaya didunia dan akhirat. "


Amin ya rabbala'lamin~


:')


*Tak tahu kenapa. Sungguh emosi terharu rasanya. Perasaan yang menumpang gembira sahabat sebaya telah selamat diijabkabulkan.