Mar 12, 2023

Aura Rezeki | Khasiat Mandian Garam Untuk Kecantikan Wanita

 

Terharu dan bahagia Yaya bila dapat berjumpa dengan CEO & Pengasas Aura Rezeki. Perasaan teruja masih dirasa sehingga kini. Maklumlah sebelum ni bila Yaya nak balik kampung dan lalu highway, selalu ternampak karikatur beliau. Paling tertarik mestilah dengan kecomelan dan tahi lalat tu. Bila jumpa depan-depan masyaAllah cantik betul ye awet muda sangat Puan JM Miswan ni. Kita rasa rendah diri sangat bila jumpa beliau tapi Puan JM sangat humble dan selalu tersenyum (✿◠‿◠)


Sebelum sesi bermula, Yaya sempat meninjau ruang kerja di HQ Aura Rezeki yang bertempat di Bandar Bukit Mahkota, Bangi ini. Bila masuk pun dah rasa tenang dan gembira. Rupanya baru perasan ada banyak lampu garam sebagai hiasan dalaman disini. Patut rasa happy je!

Aura Rezeki dah menerokai hampir seluruh pelusuk Malaysia termasuk Brunei tau ♥

Visi & Misi Aura Rezeki yang membuatkan Yaya tertarik dan yakin dengan produk mereka 👍


Hari bersama Influencer (blogger & tiktokers) ini turut dihadiri oleh Ben Ashaari, Uzu, Auni dan Wawa Amdia. Seronok dapat berjumpa dengan kenalan lama dan baharu. Banyak ilmu baru yang Yaya dapat sepanjang perkongsian tempoh hari bersama Puan JM dan lain-lain.

Ketika sesi perkongsian dari Puan JM

Yaya suka sangat dengan aura positif Puan JM. Muka beliau comel je tapi bila jumpa depan-depan memang terasa aura beliau tu. Payah nak explain kena jumpa sendiri :p

Ramai antara kita yang sedar akan kewujudan garam bukit atau garam Himalaya tapi kurang peka tentang kebaikan dan khasiatnya jika diamalkan secra konsisten. Selain garam untuk masakan, Aura Rezeki juga telah lama berinovasi dengan garam untuk mandian. Haa nak tahu tak apa kebaikan Garam Mandian Aura Rezeki? Lets check it out!

Antara 10 Manfaat Mandi/Bilas Air Garam Bukit Himalaya :

1. Menghilangkan keletihan

Apabila sepanjang hari melakukan banyak aktiviti, tubuh pasti akan merasa letih. Untuk mengurangkan keletihan, boleh dilakukan dengan mandian garam bukit. Mandi dengan air garam bukit dapat membantu peredaran darah dalam tubuh badan. Peredaran darah halus boleh berguna untuk melegakan otot yang tegang, sehingga keletihan yang terjadi dapat hilang serta-merta dan tubuh menjadi lebih nyaman lagi.

2. Membersihkan kulit

Air garam bukit sendiri mempunyai mineral-mineral yang boleh membuat kulit menjadi sihat kerana ia mempunyai nutrisi didalamnya. Mandi dengan air garam bukit boleh membantu membersihkan kulit secara semulajadi dengan mengeluarkan bakteria dari kulit, sehingga kulit menjadi lebih bersih dan lebih sihat. Kulit bukan sahaja bersih, tetapi juga boleh mengelakkan jerawat dan bakteria yang melekat.

3. Mengatasi Masalah Kulit

Bagi membersihkan kulit pula, air garam bukit mempunyai pelbagai nutrien yang mampu mengatasi masalah kulit dari serangan bakteria dan kuman yang melekat pada kulit dengan mengupas kulit yang tidak sihat. Sesetengah masalah kulit yang boleh diatasi dengan mandi garam, iaitu gatal-gatal, kulit berkulit dan beberapa masalah kulit yang lain. Di muka, air garam bukit dapat membantu mengurangkan keadaan rosacea.

4. Membuat badan rasa lebih tenang

Menggunakan air garam bukit untuk mandi boleh membantu memudahkan peredaran darah. Sekiranya peredaran darah lancar, bukan sahaja melegakan keletihan kerana otot berehat, tetapi ia juga akan membuat tubuh menjadi tenang. Tubuh melegakan kerana aliran darah ke seluruh tubuh termasuk otak. 

5. Mengatasi Insomnia

Nutrien yang terkandung di dalam air garam bukit mempunyai manfaat untuk menjadikan tubuh badan menjadi tenang. Tubuh yang rileks akan memberi keselesaan badan terutamanya semasa tidur. Dengan badan yang santai, tidur akan lebih tenang dan lebih baik. Oleh itu, apabila anda bangun, tubuh anda menjadi lebih bertenaga dan bersedia untuk melakukan pelbagai aktiviti dengan selesa.

6. Menghilangkan kotoran dan peluh di badan

Mandi dengan air garam bukit dapat menghilangkan kotoran dari tubuh lebih baik daripada mandi dengan air kosong. Kandungan mineral garam bukit dapat menghilangkan kotoran dengan cepat. Selain kotoran, mandi dengan air garam juga dapat mengatasi masalah peluh yang berlebihan yang dapat menyebabkan kerengsaan dan bau badan yang tidak enak. Untuk itu, mandi dengan air garam boleh menghilangkan masalah bau badan dan mengelakkan kerengsaan pada kulit

7. Mengatasi Kesakitan

Bukan sahaja ia melegakan otot, mandi dengan air garam juga boleh menghilangkan sakit otot dan sakit sendi. Mandi dengan air garam boleh membantu otot menjadi lebih rileks. Kandungan Magnesium dan kandungan mineral lain dalam air garam boleh diserap melalui kulit dan mengatasi masalah otot dan beberapa tisu lembut di dalam badan. Mineral yang diserap melalui kulit boleh berfungsi untuk menguatkan tulang dan kulit dan tisu penghubung yang dapat menangani sakit badan.

8. Membantu Kulit Menyerap Mineral

Kulit mudah menyerap dengan air dengan mandi dengan air garam bukit. Untuk mendapatkan hasil penyerapan yang lebih baik, jenis garam yang digunakan boleh menjadi garam merah jambu dari Himalaya. Kerana, dalam garam merah jambu, terdapat lebih banyak kandungan mineral yang dapat diserap oleh tubuh dan berguna untuk mengekalkan tubuh yang sihat

9. Boleh digunakan untuk detoksifikasi

Mandi dengan air suam sangat disukai oleh badan kerana suhu air sama dengan suhu badan, terutamanya dengan penambahan garam ke air suam. Selain disukai oleh badan, mandi dengan air hangat dicampur dengan garam boleh melawan racun di dalam badan. Garam bukit boleh menjadi penyelesaian terbaik jika ia telah campurkan dalam air suam dan boleh mengeluarkan toksin dari kulit. Keluarnya toksin atau detoksifikasi boleh menjadikan tubuh menjadi segar dan menambah tenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti

10. Membuat Badan Bertenaga

Mineral garam bukit adalah baik untuk mengekalkan tulang yang sihat dan tisu penghubung menjadi lebih kuat. Di samping itu, mandi dengan air garam bukit juga mampu menguatkan otot dan menggalakkan peredaran darah. Penjanaan otot dan peredaran darah yang lancar dapat menjadikan tubuh lebih kuat terhadap cuaca sejuk, mengatasi arthritis dan keletihan mental atau fizikal.

Untuk perempuan, kita memang suka kalau benda yang mencantikkan ni betul tak? Begitu juga Yaya, Garam Mandian Aura Rezeki dengan wangian pati bunga rose ni dah jadi favourite Yaya dalam tempoh seminggu lepas. Bila buka je botol dan hidu garam mandian ni, auto kepala rasa ringan ye haha! Wangi sangat bau rose dia. Not typical bau perfume rose yang biasa kita bau tapi ni bau rose yang sangat sedap, menenangkan hati dan juga jiwa. Haa ni baru bau je bila dah mandi dengan mandian garam ni, auto rasa lagi rileks dan tenang. Ada yang kata banyak lagi khasiat mandian garam Aura Rezeki ni tau. Tak percaya? Trylah dulu (>‿◠)✌



Memang sangat wangi tau!



Untuk kaum lelaki, jangan gusar sebab ada untuk lelaki juga! Garam mandian sukses maskulin Aura Rezeki ini didatangkan khas untuk korang! Kalau korang tanya Yaya bau dia macam mana, bau dia handsome betul! Sangat wangi dengan pati haruman yang pasti membuatkan korang terus jatuh suka! Bila dah mandi dengan garam mandian ni sure korang akan nampak lebih bermaya dan bersemangat! Pendek kata, mandian garam Aura Rezeki juga sesuai untuk seisi keluarga! Buat mereka yang selalu dan rajin bersukan, amalkan mandian garam sangat bagus untuk mencukupkan pengambilan magnesium untuk tubuh badan (>‿◠)✌



Setiap botol dah ada pencedok comel ni tau



Nak tahu pendapat Yaya yang dah cuba garam mandian Aura Rezeki ni? Scroll sampai bawah tau (▰˘◡˘▰)


Sampai tak aura Puan JM ni kat korang? Haa kalau nak tahu beliau dah 23 tahun dalam industri ni. Memang hebatlah! Beliau juga aktif membantu suri rumah dan ibu tunggal untuk menjana pendapatan bersama Aura Rezeki. Ramai ejen Aura Rezeki kini berjaya dengan menjual produk Aura Rezeki sahaja. Produk bagus pastinya sentiasa menjadi pilihan ramai kan? Tidak terhad kepada mereka yang berusia, khasiat garam mandian Aura Rezeki ini juga sesuai untuk seisi keluarga termasuk golongan muda, remaja, orang berkerjaya dan mereka yang aktif. Jom amalkan bersama  


Terima kasih Puan JM yang sudi menjemput kami ke HQ Aura Rezeki. Semoga Aura Rezeki terus maju berjaya 


Mandian garam yang wajib ada disetiap rumah. Untuk korang yang jarang makan sayur-sayuran dan buah-buahan, magnesium yang ada pada garam bukit Himalaya yang asli mampu meresap baik untuk kesihatan kita. 

Magnesium memberi manfaat kepada sistem saraf dengan membantu tubuh mengawal selia neurotransmiter yang menghantar mesej kepada otot dan organ. Selain menyingkirkan toksin dan memberikan kelegaan pada otot, ianya juga boleh menguatkan tulang dan menjaga kesihatan jantung kita. Ada banyak khasiat magnesium yang ada dalam garam mandian rupanya. Fuhh umur-umur camni memang dah kena start jaga betul-betul la nampaknya selain dari jaga pemakanan. Semua pun mesti nak juga aura seri dan aura positif sentiasa dengan kita kan? Hihi


Salah satu yang wajib ada selain toiletries sedia ada di kamar mandi. Bila free waktu pagi atau nak mandi lepas balik kerja, kita terus capai baldi untuk larutkan mandian garam Aura Rezeki ni :)

Cara Penggunaan Garam Mandian Aura Rezeki :

  1. Larutkan 2-3 sudu Garam Mandian Aura Rezeki ke dalam baldi bersama 5 liter air atau sesuai dengan kecukupan untuk bilasan terakhir selepas selesai mandi
  2. Niatkan sebagai kesihatan, buang aura negatif atau apa sahaja doa yang terniat di dalam hati
  3. Mandi dari awal hingga akhir gunakan air garam, paip air biarkan terbuka atau boleh juga untuk bilasan terakhir
  4. Selesai mandi, lap badan seperti biasa
  5. Mandi pagi atau mandi selepas balik kerja. Digalakkan mandi pada waktu pagi dengan niat yang baik

Tips ketika mandi, perlu mandi dalam keadaan yang tenang, berfikir dengan jelas, cuba visualise apa niat anda dan paling penting perlu diingatkan bahawa mandi garam aura hanyalah sekadar ikhtiar. Sekiranya apa yang diinginkan tercapai, semuanya adalah dengan izin Allah dan mandi garam aura hanyalah asbab. Moga kita sentiasa dilindungi Allah.


Bagi yang ingin tahu jika waktu datang bulan/period boleh mandi dengan mandian garam ni, jawapannya YA dan tiada pantang larang :)


Kesan selepas mandi berbeza bagi setiap individu seperti mengantuk, sakit kepala dan lenguh badan. Ini adalah sementara dalam tempoh sehari dua. Teruskan mandi dengan garam mandian Aura Rezeki dan rasakan sendiri perubahan positif selepas itu. Gelombang ketenangan ini dirasai oleh orang sekeliling,  hebatnya Aura yang baik akan menarik lebih banyak kebaikan 




Suami Yaya pun happy Yaya buatkan dia air mandian garam maskulin Aura Rezeki. Sesuai sangat dengan dia yang selalu penat berkerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga eccewahh Alhamdulillah apa adanya ♥‿♥


Bagi Yaya sendiri yang dah cuba garam mandian Aura Rezeki ni, terasa perubahan positif sedikit sebanyak mula muncul. Kali pertama Yaya try, memang mengantuk betul ya! Emosi Yaya jadi lebih rileks. Kalau tak sebelum tu runsing betul banyak kerja rumah tak siap, anak menangis, nak kemas rumah dll huhuhu. Bila perasaan mula jadi lebih tenang, Yaya pun boleh berfikir dengan tenang dari semasa ke semasa. Lebih banyak sabar dari marah. Tidur rasa lebih lena, badan pun rasa kurang penat dari kebiasaan. Pergi ofis pun jadi ceria sebab bangun pagi rasa fresh. Untuk keberkesanan aura tu sendiri, Yaya kena interview orang sekeliling la kot apa perasaan mereka terhadap Yaya hshshshs. Yang pasti, Yaya lebih suka kepada khasiat kesihatan dan perubahan positif selepas amalkan mandian garam ni. Korang pun kena cuba dan rasai sendiri tau! 


Untuk pembelian dan maklumat lanjut :

Web : https://aurarezeki.com.my/

Ecommerce : https://produk.aurarezeki.com.my/ecommerce/eMALL

Facebook : https://www.facebook.com/OfiicialAuraRezeki

Instagram : @aurarezekiofficial

Tiktok : @jmmiswan


Terima kasih sudi baca   

Feb 2, 2023

HIFU Treatment @ The Beauty Expert Academy Spa Cheras

 

Seiring dengan arus pemodenan, semakin banyak teknologi canggih yang dicipta untuk mempercepat dan memudahkan segala proses yang diperlukan. Dunia kecantikan juga turut berinovasi dan secara tak langsung memberi harapan kepada mereka (seperti yaya :p) untuk dapatkan rawatan kecantikan di klinik aestetik yang kini menjadi fenomena di mana-mana.


Tidak terkecuali, The Beauty Expert Academy Spa Cheras kini antara yang terawal di Malaysia yang kini hadir dengan rawatan HIFU (High-intensity focused ultrasound) yang memberi fokus untuk menganjalkan wajah dan membetulkan jaringan kulit dalam kadar segera. Yes. You hear me. Fast result guys! Ada orang panggil 'Lunchtime Face Lift' kerana rawatannya cepat :D


Apa Itu Rawatan HIFU?

Bagi yang belum tahu, rawatan HIFU ini sangat selamat dan tidak menggunakan sebarang jarum atau suntikan tau sesuai dengan gelaran mereka 'Aesthetic Spa #1 Tanpa Injection'. Rawatan ini sepenuhnya menggunakan teknologi ultrasound yang mana ianya akan merawat sehingga kedalam tisu kulit untuk menegangkan kulit, menggalakkan penghasilan kolagen baharu secara semulajadi di wajah, menipiskan sel lemak di bahagian wajah dan juga menaikkan semula kulit wajah yang kendur. Bagi mereka yang berumur 30 tahun ke atas seperti Yaya, memang sesuai sangat kita bermula dari sekarang disamping mengamalkan gaya hidup sihat ;)

Yaya bersama bidadari di The Beauty Expert Academy Spa Cheras cantiknya diorang niii ❤

Tentang The Beauty Expert Academy (TBEA)

The Beauty Expert Academy (TBEA) mula ditubuhkan pada 19 November 2012. TBEA merupakan Pusat Aesthetic Kecantikan berfokuskan kepada bidang aesthetic di mana memberikan perkhidmatan perawatan kulit wajah kepada pelanggan. TBEA juga turut menyediakan khidmat spa therapy, rawatan badan, makeup servis serta slimming program.


Pengasas TBEA, Puan Mastura Binti Idris (Ticer Mas) yang merupakan Pakar Aesthetic juga mempunyai akademi kecantikan yang turut menyediakan khidmat tenaga pengajar untuk kursus-kursus asas kecantikan.


Pengasas The Beauty Expert Academy Spa Cheras, Ticer Mas

Selain dari melatih para usahawan dan menjadi tenaga pengajar dalam sektor kerajaan & swasta, Ticer Mas yang merupakan The Only One Guru Aesthetic juga merupakan tenaga pengajar yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malasyia, Aesthetic Specialist Teacher, Pegawai Latihan Vokasional(VTO), Train-the-trainer(TTT), Training Provider serta Jawatankuasa Penasihat Industri Kolej Komuniti. 


Dapat bertentang mata dengan Ticer Mas juga merupakan satu peluang bagi Yaya untuk mengenali beliau dengan lebih dekat. Cantik sangat Ticer Mas ni dan tak lokek berkongsi dengan kami semua tentang dunia kecantikan.


Ticer Mas memberi penerangan dengan lebih mendalam tentang struktur wajah dan bagaimana inovasi dari teknologi yang digunakan memberi manfaat buat kecantikan semua.


Antara sijil dan pengiktirafan yang dimiliki oleh Ticer Mas dan juga The Beauty Expert Academy Spa Cheras. Memang hebat 👍



Emcee cantik


Seronok time ni ketika sesi selingan bermain game hihi

Jom Yaya bawa jalan-jalan ke sekitar ruang dalaman The Beauty Expert Academy Spa Cheras

Beberapa buah bilik rawatan yang terdapat di The Beauty Expert Academy Spa Cheras untuk keselesaan pelanggan

Antara pusat aesthetic muslimah terbaik yang Yaya pernah pergi. Kaum wanita pun rasa selamat nak datang. Sekiranya nak bawa suami, kena datang bersama suami tau baru boleh masuk ;)

Antara produk skincare RoyalQ Asia yang dihasilkan oleh The Beauty Expert Academy 


Ketika sesi rawatan HIFU. Pelanggan akan membuat skin analysis terlebih dahulu bagi mengenalpasti bahagian wajah yang mana yang memerlukan rawatan yang dikehendaki.


Antara masalah yang sering dihadapi oleh mereka yang sudah berusia pastinya seperti kulit wajah yang kendur, garisan halus diwajah, lingkaran hitam di bawah mata, struktur wajah yang makin bulat atau petak (macam yaya haha). Paling ramai orang ada masalah double-chin kan? So dengan rawatan HIFU ini, ianya akan membantu merawat semula masalah yang dihadapi tadi supaya memberi keyakinan kepada kita dan of course nampak lebih muda dan berseri 😊




Menariknya, Dengan HIFU treatment ini, tiada down-time yang diperlukan. Pelanggan boleh kembali beraktiviti seperti biasa, pakai make up dan tiada pantang larang seperti kebanyakan rawatan yang menggunakan suntikan yang lain. Bagi mereka yang sukakan rawatan yang selamat, pastinya HIFU treatment tercipta khas untuk anda! :D


Hasil before dan after. Kulit Jane nampak lebih anjal, tegang secara semulajadi dan double-chin juga berkurangan. Yaya pun tak sabar nak buat rawatan HIFU ni. Nak buang double-chin juga! Sempatlah nak berwajah V-shape di hari raya nanti :p


Tadi ada kan Yaya sebut tentang skin analysis yang mana team The Beauty Expert Academy akan menganalisis dan mengenal pasti masalah wajah yang dihadapi? Haa inilah dia mesinnya


Cuma perlu letak sahaja muka di sini dan dalam beberapa saat, dah keluar result 


Beautician akan explain masalah yang dihadapi sesuai dengan umur semasa. Time ni baru sedar penjagaan wajah sangat penting dan penjagaan haruslah bermula dari awal supaya ianya melambatkan lagi proses penuaan. Yang penting, faktor pemakanan juga penting. Kena banyak minum air, amalkan gaya hidup sihat, pakai pelembap wajah, pakai sunscreen dan double cleanse selepas menggunakan solekan.


Bersama Ticer Mas yang very beautiful


Bersama para bidadari huwaa daku terasa kerdil disitu  T_T

Harga Promosi Pengenalan Rawatan HIFU!

Berita baik buat semua yang nak cantik sebelum raya, bila balik kampung semua terpesona nampak muda haa ok sangat la tu korang dapatkan rawatan HIFU dengan harga mampu milik! Dengan cuma RM199 dari harga sebenar RM900, jom semua datang ke The Beauty Expert Academy Spa Cheras! Memang sangat berbaloi buat mereka yang pertama kali nak cuba. Boleh waze je mudah kan hee tapi sebelum datang jangan lupa booking dahulu di nombor tertera ye atau boleh klik link ke whatsapp >> https://wa.link/okxwh3


Cepat booking slot anda sekarang! (pesanan dari kami si pari-pari)

Waktu operasi: 
Isnin-Jumaat (10.30AM- 7.30PM)
Sabtu & Ahad (10AM-6PM) 

The Beauty Expert Academy Spa Cheras 
No 14B, Jalan Suadamai 1/2, 
Bandar Tun Hussein Onn, 
43200 Cheras, Selangor. 
03-95497094/ 013-2576447



Terima kasih sudi baca