Hujung minggu lalu Yaya dengan kawan ofis berjalan-jalan di sekitar Seremban untuk cari port menarik bagi merancang aktiviti akhir tahun bersama rakan sekerja. Katanya ada go-cart yang besar, cantik dan selesa di sekitar Bandar Sri Sendayan. Lepas kami survey, memang teruja sungguh rupanya ada banyak tempat menarik di Bayu Sutera. Mata Yaya pulak tertumpu pada dekorasi berwarna pastel yang cute di perkarangan d’Tempat Country Club. Wah terus Yaya rasa nak pergi menjengah di club house mereka! Besar juga tau siap ada dewan, ruang makan, rekreasi, swimming pool dan lain-lain fuh memang seronok ye kena pulak dengan Yaya yang suka bergambar di tempat cantik kan :p
Yaya memang suka tengok dekorasi hiasan yang cute macam ni laju je nak bergambar hee
Cutenya laa! Hiasan ini sempena Hari Krismas yang bakal menjelang. Memang daya penarik betul hee
Dah alang-alang sampai tu memang seronok la tengok fasiliti yang disediakan oleh Matrix ni. Paling terbaharu, projek Izara @ Bayu Sutera sedang dibuka untuk mereka yang sedang mencari kediaman yang tenang dan damai untuk keluarga tercinta. Kawan Yaya pun memang sedang mencari rumah berdekatan di Seremban so kami pun ambil peluang yang ada untuk meninjau kediaman yang dijangka bakal siap sepenuhnya pada 2026 nanti :D
Kebetulan ada banyak masa so kami singgah dia Matrix Galleria untuk lihat dengan lebih dekat
Bandar Sri Sendayan yang berkeluasan 6,000 ekar
Ini adalah gambaran plot pembangunan Bayu Sutera yang sedang dibina. Best ya ada banyak fasiliti menarik. Memang berbaloi!
Kolam renang yang besar. Memang puas hati la
Lagi best ada kawasan permainan air untuk kanak-kanak tau! Seronok kan tak payah nak pergi jauh-jauh ke taman tema air kalau beli rumah kat sini :D
Untuk mereka yang sentiasa menitikberatkan kesihatan diri dan suka bersenam, ada Gym Room yang sangat selesa dan besar disediakan
Fasiliti di gym memang lengkap dengan alat berkualiti tinggi
Antara fasiliti menarik yang lain ialah :
Children TV Room
Audio Visual Room
Reading Room
Spa Room
Menarik ye ada spa di sini harga pun berbaloi untuk memanjakan diri ;)
Dewan pun ada tau senang la kalau resident nak tempah untuk event hee
Tapi paling best bagi Yaya ialah, pusat bowling! Memang wow sangat nak luangkan masa bersama orang tersayang. Untungnya siapa yang beli rumah di sini hee
Tadi kata nak survey go-cart kan? Ya ampun tak sangka besar betul go-cart kat sini ye!
Ditempat yang sama turut terdapat bahagian archery dan paintball :D
Pendek kata, macam-macam lah ada di Bayu Sutera, Bandar Sri Sendayan ni! Penghuni disini boleh meluangkan masa di X Park Sendayan, Carnelian Park dan juga MetroPark.
Sempat juga Yaya singgah ke lapangan golf yang turut disediakan disini. Pergh lengkap sungguh la tak payah keluar jauh-jauh kalau teringin nak main golf ye ^_^
Ada banyak sekolah di Bandar Sri Sendayan dan Matrix Global Schools yang terdiri daripada Matrix Private School, Matrix International School dan Matrix International Pra-school. Memang terbaiklah!
Memang rasa teruja dan puas hati sangat dengan fasiliti yang disediakan disini. So Yaya terus rasa teruja nak tengok show house Izara yang sedang di bina di Bayu Sutera.
Dah alang-alang sampai kesini, Yaya excited pula nak tengok show house mereka yang sedang dibina ni. Jom tengok ruang dalaman Izara :D
Cantik, besar, luas dan selesa! Memang best kalau nak berkumpul bersama ahli keluarga yang ramai atau nak buat kenduri hihi
Jujurnya, kami memang kagum dengan kemudahan di persekitaran Bandar Sri Sendayan yang tenang ni. Kalau nak tahu, mereka telah melancarkan kediaman terbaharu ini yang diberi nama Izara di Bayu Sutera! Boleh cepat-cepat dapatkan details pembelian kalau dah berkenan. Izara @ Bayu Sutera merupakan pembangunan pegangan bebas seluas 216 ekar bagi kediaman Lakeside dengan pelbagai ciri-ciri rumah pintar (smart home).
Terletak di antara 3.0 ekar Taman Tasik dan 9.5 ekar di Central Park. Bahagian yang terbaik tentang rumah ini ialah ianya dilengkapi dengan ciri rumah pintar seperti Digital lockset, Lighting module, Aircond IR Blaster, dan Voice Control (smart speaker). Ini memberikan kelebihan kepada penghuni untuk berasa lebih selamat di kawasan tempat tinggal mereka.
Ruang dapur
Bilik di bahagian bawah yang cukup besar untuk keselesaan ahli keluarga yang lebih berusia
Suka sangat master bedroom ni luas dan cukup pencahayaan hee
Ruang keluarga di bahagian atas
Terdapat toilet khas di setiap bilik di bahagian atas. So tak payah berebut toilet dengan orang bilik sebelah :p
Cutenya bilik untuk anak ni! Siapa tengah cari idea deco boleh la ambil inspirasi untuk rumah sendiri nanti kan :)
Bayu Sutera, Izara ialah double storey link homes, dengan saiz Lot 20’ x 70’ dan binaan 2315 kaki persegi untuk intermediate unit. Terdiri daripada 4 bilik tidur dan juga 4 bilik air yang sesuai untuk keluarga sederhana kecil seperti Yaya. Seorang anak 1 bilik baru selesa :p
Menurut maklumat dari jurujual, fasa terdahulu di Bayu Sutera telah dijual sepenuhnya dalam tempoh yang singkat. Memang wow sangat! Ini membuktikan projek kediaman di Bayu Sutera semangnya diterima dan disambut baik oleh pemiliknya yang berpuas hati dengan fasiliti dan kelebihan yang ada disini.
Saujana hijau mata memandang memang sungguh tenang dan mendamaikan ^_^
Project Highlights :
a) Modern Contemporary Homes
b) Spacious Comfort, Fully Extended Layout
c) Smart Living Homes
d) Private 3.0-acre Lake Park
e) Resident's Park with Outdoor Lifestyle Facilities
f) Secured Enclave
g) Embraced by a 9.5-acre Central Park
h) Ample Retails Conveniences
i) Surrounded by Schools
j) Seamless Connectivity
h) 5-Star Clubhouse Membership (d'Tempat Country Club)
Terima kasih sudi baca
Nampak perumahan kat sini terancang. Rumah nampak luas. Banyak pula aktiviti kat sini.....
ReplyDeleteWahh nampak selesa sungguh, boleh riki riki ni . Nti lisa try bincang dengan husband
ReplyDeleteBestnya tempat ni
ReplyDeleteWoah!!! What a lovely place to spend a vacation. Saya pun kena ajak family bercuti di sini lah nanti. Hikhik...
ReplyDeleteCantik nya tempat ni... banyak aktivit pulak tu boleh dibuat kat sini!!!
ReplyDeleteOhh wow....this area now developed so beautiful & nice, I was there before to enjoy the go kart there. Gonna revisit soon.la
ReplyDeleteCheers Siennylovesdrawing