Berkesempatan untuk hadir ke Keedsflix Grand Khatam Celebration 2023 pada 16hb Disember 2023 yang lalu memberikan pengalaman yang manis buat Yaya menyaksikan sendiri sebanyak 100 orang kanak-kanak dibawah Keedsflix diraikan dalam majlis khatam Al-Quran yang gilang-gemilang ini. Shah Alam Convention Centre jua turut meriah dengan kehadiran ibu bapa yang memberi sokongan penuh kepada anak kesayangan mereka.
Majlis yang bermula seawal 8 pagi ini berjalan dengan tenang tetapi meriah seperti di dalam aturcara. Yaya seronok tengok ramai kanak-kanak lebih kurang sebaya Dahlia kelihatan cantik dan comel dengan pakaian seperti puteri berbaju biru siap pakai crown lagi. Tak sabar nak tengok reaksi mereka ketika penyampaian hadiah nanti.
Ramai sedia maklum figura angkasawan negara di Malaysia, Dato' Dr. Sheikh Muszaphar mempunyai 7 orang anak bersama Datin Dr. Halina. Banyak ibu bapa termasuk Yaya juga terinspirasi dengan cara beliau membesarkan anak mereka dengan aktiviti yang padat dan penuh manfaat dari seawal subuh sehingga ke malamnya. Dato' Dr. Sheikh Muszaphar tidak pernah lokek berkongsi aktiviti seharian beliau baik mengenai kerjaya mahupun ketika bersama anak-anak beliau. Banyak perkongsian beliau menjadi tauladan, pedoman dan panduan berguna kebanyakan ibu bapa muda seperti Yaya dan lain-lain. Jujur kata, Yaya selalu ternanti perkongsian beliau di laman akaun Instagram yang kini mempunyai sejumlah 1.2 juta pengikut.
Selaku founder Keedsflix, banyak harapan yang Dato' Dr. Sheikh Muszaphar harapkan supaya generasi muda akan datang akan dapat menyeimbangkan dunia dan akhirat. Apatah lagi Keedsflix memberi penekanan pembelajaran berkonsepkan interactive yang mampu membantu meningkatkan kemahiran sosial, emosi dan juga akademik kanak-kanak seawal 1- 4 tahun (Playschool) dan 4 hingga 6 tahun (Preschool).
Keedsrobotic di Keedsflix juga tidak kurang hebatnya dengan memberi fokus kepada kanak-kanak dalam 4 C iaitu
1. Creative thinking
2. Computational thinking
3. Critical thinking
4. Collaboration & Communication
Keeds subject pula merangkumi subjek:
1. Pendidikan Islam
2. Bahasa Melayu
3. Math
4. Science
5. English
"Di Keedsflix, saya difahamkan anak anak akan diterapkan dengan pendekatan IQT (Islamix,Quranic,Techonology) melalui modul modul playschool dan preschoolnya, di mana anak anak bukan Sahaja belajar subjek subjek akademik seperti yang digariskan dalam KSPK (Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan), tetapi anak anak juga dilengkapkan dengan subjek subjek AlQuran melalui modul KeedsQuranic, Keeds Hafidz dan Keeds Space bagi memastikan anak anak seimbang dari segi dunia dan akhirat selarasdengan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan anak anak seimbang dari segi jasmani,emosi,Rohani dan Intelek.Selain Itu, sesuai dengan era teknologi, anak anak turut didedahkan dengan penggunaan bahan bahan digital di dalam sesi pembelajaran di kelas"
"Sebagai salah seorang pengasas keedsflix, saya cukup berbesar hati kerana dapat bersamamembangunkan sebuah jenama khusus dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Satu bidang yang amat penting dan wajar diberikan perhatian kerana dalam bidang inilah anak-anak seawal usia 1-6 tahun akan melalui fasa-fasa perkembangan di dalam hidup mereka dan setiap fasa perkembangan ini perlu dikuasai mengikut milestone mereka.
Oleh itu, kita amat perlukan satu sistem pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dansistematik bersama modulnya yang bukan sekadar memberikan penekanan kepada akademik semata-mata tetapi juga memberi penekanan kepada pembentukan spiritual mereka melalui subjek Al Quran dan apa yang lebih menarik lagi apabila digabung dengan sistem teknologi yang sesuai dengan keperluan zaman ini, dalam usaha untuk memartabatkan bidang pendidikan awal kanak-kanak ke satu tahap yang lebih tinggi dan kesemua elemen ini telah ada di dalam Keedsflix. Sebagai ibu bapa pula, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Keedsflix mampu menyumbang kepada proses kemenjadian anak-anak yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual melalui program mereka. In sha Allah.
Buktinya pada hari ini, seramai 100 orang anak-anak keedsflix Preschool di seluruh malaysia yang telah berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-quran bakal diraikan dalam majlis ini. Saya cukup gembira dan berbangga kerana keedsflix mampu melahirkan 100 orang anak-anak khatam Al-quran walaupun baru tahun pertama beroperasi dan saya percaya pasti lebih ramai lagi anak-anak yang mampu khatam Al-quran untuk tahun-tahun akan datang, in sya allah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pengusaha Keedsflix Preschool dan guru-guru atas kejayaan ini. "
Terima kasih sudi baca
Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteBagus platform ni, banyak ilmu yang bemanfaat untuk kanak kanak
ReplyDeleteThanks for sharing this warm hearted story here. It's so proud that this Malaysian did a great initiative for the kids. I had an inspiring read here. Cheers SiennyLovesDrawing
ReplyDeleteAlhamdulillah. Keedflix sounds good. Untung kid skrang. Macam2 method dapat digunakan untuk menimba ilmu. Thank you for sharing.
ReplyDelete