Jul 6, 2024

BOMIDI Smart Humidity Machine 3 in 1

 


Hai korang! Tercari-cari humidifier yang serba boleh untuk salah satu ruangan di rumah? Haa ni Yaya nak share tentang BOMIDI Smart Humidity Machine dengan fungsi 3 dalam satu ^_^


Kalau nak tahu, produk ini didatangkan dengan design yang kecil tetapi padat, ringan dan mempunyai bunyi yang perlahan. Fungsi utama BOMIDI Smart Humidity Machine 3 in 1 ialah untuk penyahlembapan di udara atau melembabkan udara yang kering dan penulenan ion negatif. Pengguna boleh memilih fungsi yang sesuai dengan keperluan semasa. Ia sesuai untuk mengawal kelembapan di ruang kecil dan di tempat dengan pengudaraan yang lemah seperti bilik tidur, bilik belajar, bilik mandi, garaj, bilik simpanan dan ruang kecil lain.


Sebelum tu, jom Yaya tunjukkan serba sedikit gambaran BOMIDI Smart Humidity Machine 3 in 1 ni ^_^






Apa Kelebihan BOMIDI Smart Humidity Machine 3 in 1?

✅Teknologi ultrasonik untuk operasi senyap: Pelembap ini menggunakan gelombang ultrasonik untuk menukar air menjadi kabus halus, yang kemudiannya dilepaskan ke udara. Proses ini sangat senyap, menjadikannya sesuai untuk digunakan di bilik tidur dan kawasan sensitif bunyi lain.

✅Tiga tetapan kabus untuk melaraskan tahap kelembapan: Korang boleh memilih daripada tetapan kabus rendah, sederhana atau tinggi untuk melaraskan jumlah kelembapan yang ditambahkan pada udara. Ini berguna untuk mengawal tahap kelembapan di dalam bilik dan mewujudkan persekitaran yang selesa.

✅Tangki air dengan kapisiti 1L dan berfungsi sehingga 20 jam : Ini bermakna ia boleh berfungsi melembap sehingga 20 jam pada tetapan kabus terendah tanpa perlu mengisi semula.

✅Penetapan masa yang diinginkan: Pengguna boleh membuat tetapan untuk menetapkan kegunaan pada masa tertentu yang diinginkan. Bagi Yaya, memang bagus sangat fungsi ini sebab kita boleh tetapkan pada masa tertentu sahaja contohnya semasa kita tidur =)

✅Mudah dibersihkan: Pelembap mudah dibersihkan dan diselenggara. Tangki air boleh ditanggalkan, jadi kita boleh membersihkannya dengan mudah. Muncung kabus juga mudah dibersihkan secara tak langsung kita boleh elakkan penumbuhan kulat yang tidak diingini. 




Fungsi BOMIDI Smart Humidity Machine 3 in 1

Humidify (Melembapkan): Menambahkan kelembapan pada udara untuk mengelakkan kekeringan yang boleh menyebabkan kerengsaan seperti di kulit dan tekak

Dehumidify (Nyahlembapan): Menghalang lembapan dari udara dan boleh menghalang pertumbuhan kulat dan hama habuk

Purify (Membersih): Membantu menghapuskan mikrob yang menyebabkan alahan, asma, dan komplikasi pernafasan

Auto: Secara automatik mengesan kelembapan di udara menggunakan real-time display dan juga boleh melembabkan udara secara automatik serta mengaktifkan fungsi penyahlembapan mengikut keadaan semasa yang boleh disesuaikan.


Jom tengok video Yaya yang share ni untuk lebih mudah faham aagituhh :D

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Facebook : BOMIDI 

Instagram : @bomidi_malaysia

Tiktok : @bomidi_malaysia 


Untuk pembelian secara dalam talian :

Shopee 

Lazada



Terima kasih sudi baca    

No comments:

Post a Comment