What a life saver! Macam tak percaya dah ada mesin pembuat ais yang boleh buat ais on the spot! Maklumlah kadang2 tetamu datang mengejut, peti ais kat rumah pulak dah penuh dengan stok makanan beku so memang tak sempat dan tak ada ruang nak buat ais ketul sendiri.
Hicon Ice Maker ni memang nampak kecil tapi compact dan kukuh tau! Yaya suka dengan designnya yang sleek, warna putih yang sesuai dengan tema rumah Yaya serta mudah dialih dan diletakkan pada mana-mana tempat yang sesuai.
Kecil dan compact tetapi power buat ais dan memberi kegembiraan untuk seisi keluarga hihi
Ada button yang mudah difahami untuk digunakan. Lampu akan menyala sekiranya ice bucket dah full atau air tidak mencukupi. Kita juga boleh memilih saiz ais yang kita mahu samada ais kecil atau ais besar ^_^
Menggunakan plug Malaysia
Pencedok ais turut disertakan! Boleh feeling jadi penjual ais dengan anak-anak ku haha
Cara nak buat ais ni mudah je. Isikan air bersih yang boleh diminum mengikut paras air yang sesuai dan Hicon Ice Maker akan menghasilkan 9 ketul ais dalam masa 6 minit! Kalau korang rasa lama nak siap, korang please jangan tengok dan tunggu ya. Macam Yaya, Yaya on je Hicon Ice Maker ni lepas tu Yaya pergi masak, kemas rumah tengok-tengok dah banyak ais yang dihasilkan! Memang seronok ye tengok boleh buat ais sendiri sama macam kat kedai makan hihi
Nak tengok hasilnya? Tadaaa~
Terima kasih sudi baca
No comments:
Post a Comment