Sep 2, 2024

TuJu Residences | Kediaman Mesra Semua Generasi

  

Kunjungan ke Galeri Jualan TuJu minggu lalu memberikan Yaya pengalaman yang mendalam apabila melihat sendiri showroom dan model unit serta persekitaran TuJu Residences. Unit kediaman di TuJu ini bukan sekadar tempat tinggal, tetapi sebuah ruang hidup yang dirancang dengan teliti untuk memenuhi keperluan setiap generasi, dengan kemudahan mesra yang mengutamakan keselesaan warga emas dan keselamatan kanak-kanak.


Mengambil inspirasi daripada perkataan Melayu 'arah,' TuJu melambangkan usaha mencipta ruang hidup yang berfungsi dan penuh makna, membantu penghuninya meningkatkan kualiti kehidupan. Komitmen ini bertujuan memupuk komuniti berbilang generasi yang saling terhubung dan prihatin, memastikan setiap penduduk merasakan sokongan, kebersamaan, dan keberdayaan.


Yaya paling suka dengan konsep Kemewahan Lestari yang ditonjolkan dari hasil seni bina disini. Seni bina bahagian hadapan TuJu menggabungkan pendekatan pragmatik terhadap kelestarian. Belebas balkoni disatukan dengan dinding struktur, membentuk pendekatan elegan yang akan menambah daya tarikan luar bangunan, sekaligus menyumbang kepada pengurusan haba yang baik melalui saluran pengudaraan pasif. 


Ia merangkumi beberapa inisiatif yang mengurangkan kesan kepada alam sekitar dan menggalakkan kehidupan bandar yang lestari termasuk penggunaan saluran pengudaraan silang semula jadi yang mesra alam, landskap hijau yang terbentang luas, kawasan tadahan air, serta teknologi solar dan pengumpulan air hujan canggih


Dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM750 juta, TuJu Residences dimajukan di atas tanah berkeluasan 4.52 ekar dan terdiri daripada 932 unit kediaman luas dan 38 unit kedai. Pembangunan dengan kepadatan rendah ini terdiri daripada dua blok iaitu Blok A dan Blok B, dengan setiap satu menawarkan 466 unit kediaman.



Lokasi yang Strategik

TuJu Residences yang bertempat di Jalan Kuching dan berdekatan dengan MITEC, KL Metropolis, Publika, Solaris, Mont Kiara, Hartamas, KL Midtown, MRT Titiwangsa dan pastinya mempunyai akses ke KLCC, lebuhraya DUKE, SPRINT, Penchala Link, Kerinchi Link, NKVE dan juga LDP. Memang sangat strategik untuk mereka yang ingin mempunyai kediaman baharu dengan pelbagai akses yang mudah untuk kemana-mana.


TuJu Residences mempunyai 2 ruang pandangan indah mengikut citarasa masing-masing. Pembeli boleh memilih untuk pemandangan kotaraya indah permai ataupun pemandangan saujana hijau berbukit-bukau termasuk Batu Caves.


Kemudahan yang Pelbagai di TuJu Residences


Pembangunan ini menawarkan pelbagai kemudahan di tiga aras, termasuk kolam renang infinity 50m, bilik permainan, ruang makan terbuka, ruang teater, ruang komputer, ruang bacaan, dan lain-lain. Selain itu, terdapat kolam renang khas untuk kanak-kanak, memastikan keselamatan mereka semasa berhibur bersama keluarga dan rakan-rakan.


Blok Annexe juga menyediakan kemudahan seperti tingkat senaman, gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton, dan dewan serba guna untuk penghuni berkumpul dan mengadakan majlis istimewa.



Gimnasium dan workout studio yang luas disamping ruang istirehat bersebelahan kolam renang


Gelanggang bola keranjang dan gelanggang badminton turut disediakan untuk bakal pemilik TuJu Residences.


Nak tahu apa lagi best? Pemilik boleh merasai pengalaman berkhemah dan BBQ bersama orang tersayang dan anak-anak. Jangan risau, khemah juga disediakan jika anda tidak mempunyai khemah sendiri. Ruang BBQ yang selesa pastinya memberikan pengalaman manis dan menyeronokkan untuk bersantai dan menikmati momen indah bersama keluarga.


Untuk mereka yang menyukai ketenangan dan kedamaian, pastinya suasana dan pemandangan seperti ini dapat mengurangkan ketegangan selepas seharian penat bekerja.


Ruang santai yang begitu selesa untuk bakal penghuni TuJu Residences dan ahli keluarga dan orang tersayang berkumpul.


Pemandangan dari atas bangunan yang begitu indah dan istimewa buat bakal pemilik TuJu Residences nanti ^_^


Selain untuk pelan kehidupan jangka masa panjang di hari tua, ramai juga individu yang tertarik dengan TuJu Residences ini yang memberi pelbagai pilihan kemudahan seperti pelan lantai yang boleh diubahsuai dan fleksibel. Setiap pemilik boleh membuat penyesuaian ruang bagi memenuhi keperluan yang sentiasa berubah demi keselesaan keluarga dari semasa ke semasa.


TuJu Residences menawarkan pelbagai konfigurasi untuk unit yang ditawarkan bagi memenuhi keperluan individu bujang, keluarga, dan warga emas secara menyeluruh. Dengan 10 reka bentuk berbeza, unit individu ditawarkan dengan keluasan 710 hingga 1,442 kaki persegi merangkumi tawaran satu hingga empat bilik tidur bermula dari RM440,000. 


Dibawah adalah contoh show unit bagi Type D1a dengan keluasan 1270 kaki persegi. Untuk mereka yang inginkan ruang luas untuk keluarga, pastinya unit ini akan menambat hati anda. Turut terdapat ruang kerja untuk mereka yang masih menjalani pekerjaan secara Work From Home, ruang ini pastinya memberi keselesaan untuk bekerja dengan tenang.


Ruang tamu dan ruang santai untuk keluarga


Ruang kerja yang selesa dan luas


Bilik tidur utama


Bilik tidur 2


Bilik tidur 3 yang boleh menempatkan katil bujang dan juga meja belajar untuk anak-anak

Cantik kan ruang dalaman unit diatas? Rumah ini lengkap dengan 3 bilik, 2 bilik air, ruang kerja, ruang tamu, ruang makan, ruang dobi dan juga dapur untuk keselesaan seisi keluarga. Sangat sesuai untuk keluarga yang bersederhana besar.




Show unit dibawah adalah bagi Type A1a dengan keluasan 893 kaki persegi. 

Yaya difahamkan dari pegawai di sales gallery, pembeli juga boleh memilih unit yang bersebelahan dengan ahli keluarga terutama ibu bapa tersayang. Jadi, kalau pembeli ingin membeli Type D1a seperti show unit di atas dan sebelum ini, mereka turut boleh membeli unit Type A1a jika ingin bersebelahan dengan ibu bapa dan ahli keluarga. Kedengaran menarik bukan? Anak-anak turut dapat memberi perhatian kepada ibu bapa mereka disamping mengingini kehidupan berkeluarga sendiri yang privasi.


Untuk makluman, di TuJu Residences terdapat unit mesra warga emas iaitu unit A1/ A1a dengan kemudahan dan ciri-ciri keselamatan khusus seperti bilik mandi yang mudah diakses dengan kerusi roda dan juga butang kecemasan yang diletakkan secara strategik di ruang umum serta tempat letak kereta bagi memastikan tahap keselamatan yang lebih terjamin buat mereka.


Ruang dapur yang mudah diakses oleh warga emas menjadikan unit ini sangat selesa untuk ibu bapa yang tinggal berdua. Lebih baik lagi, jika anak membeli rumah bersebelahan, mereka dapat menjaga ibu bapa dengan baik sambil memastikan privasi terjaga.


Inilah dia bilik air khusus yang penuh dengan ciri keselamatan yang diperlukan oleh ibu bapa warga emas mahupun buat mereka yang berkerusi roda. Fasiliti yang lengkap dan luas ini pastinya memenuhi keperluan bagi golongan ini.


Bilik yang cukup luas dan selesa untuk ibu bapa beristirehat.


Ruang tamu untuk ibu bapa bersantai dan menonton tv

Bagi mereka yang tinggal di bandar dan ingin memastikan ibu bapa sentiasa dalam penjagaan, unit ini menawarkan banyak manfaat. Dengan konsep ini, TuJu Residences memudahkan keluarga menjaga orang tersayang sambil memastikan mereka sentiasa dekat. Sesuai dengan perumpamaan, 'Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Kekal Selamanya'.



Show unit dibawah adalah jenis Type B

Bagi mereka yang inginkan unit untuk keluarga kecil, pastinya ada unit menanti anda! Jom tengok unit yang mempunyai 2 bilik tetapi serba lengkap ini ^_^


Ruang tamu dan keluarga


Ruang dapur yang luas dan selesa. Yang penting, bincang dengan kontraktor nak buat dapur macam ni tau hihi Yaya suka la ada island table macam ni memang loveee. Bilik tidur pun sesuai sangat untuk keluarga kecil and paling penting, senang nak kemas ;)


Bilik tidur 1


Bilik tidur 2

Paling penting, Yaya memang suka sangat dengan dekorasi moden di semua unit ruang dalaman di showhouse TuJu Residences ni. Bagi Yaya, memang berbaloi untuk memiliki salah satu unit kediaman di sini dengan pelbagai kemudahan fasiliti yang ada.


Untuk pengetahuan semua, pembangunan ini turut menyediakan tempat letak kereta yang mesra kereta elektrik (EV), dan pemilik boleh memohon pengecas kotak dinding EV mereka sendiri, tertakluk kepada terma dan kelulusan.


Alang-alang dah hadir ke sales gallery, jangan lupa untuk ambil peluang dan sertai Pengalaman seni TuJu iaitu Peraduan Snap & Win yang menampilkan "Chit-Chat," pemasangan seni lentikular oleh Hong Creative Space, untuk meraikan gaya hidup bertenaga di TuJu dan berpeluang untuk menang hadiah sehingga RM10,000. Peraduan berakhir 30 September 2024.


Caranya mudah sahaja:

1. Ikuti/Follow TuJu di Facebook & Instagram, dan share peraduan ini
2. Hantar/Post gambar dan video pendek (berdurasi 10-15 saat) di laman sosial media anda
3. Buat ayat 20 patah perkataan atau kurang, "Apa yang membuatkan rumah tangga menjadi bahagia?" untuk anda! ^_^
4. Gunakan hashtags #TuJuResidences & #SpreadJoywithTuju
5. Jangan lupa TAG TuJu dihantaran/post anda 

#TuJuResidences #SpreadJoywithTuJu #IlluminateYourHome #SnapandWinContest


Cantik sangat ye TuJu art ni!!

Pengalaman yang sungguh indah di sales gallery TuJu Residences ni. Suka sangat dengan staf mereka yang helpful dan sentiasa sabar memberi penerangan kepada mereka yang hadir. Muka sentiasa manis dengan senyuman dan menjawab segala soalan dengan baik dan tenang. Korang yang mana nak pergi boleh terus waze je pasti jumpa ^_^

 
Untuk maklumat lanjut :



Instagram : @tujuresidences



Google Map : TuJu Sales Gallery

No tel : 012 7288 916


Terima kasih sudi baca 

4 comments:

  1. Pergh lain fari yang lain ye rumah ni, boleh berkhemah dan BBq lg.

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:16 AM

    Wahhh rasa nak pergi kt showroom sana juga. Cantik je rumah rmah kt situ and bnyk kemudahan . Boleh bawa adik ipar lisa sekalii

    ReplyDelete
  3. Uihh... 1st time tahu ada unit khas yg direka utk org tua atau oku..

    ReplyDelete
  4. Cantik rumah ni , lurveee

    ReplyDelete