Hai semua! Amboi dah kenapa awal-awal entri muka kami bertiga tunjuk gigi besau masing-masing? Hehe tapi sebelum tu jom kita bersembang mengenai Perhubungan atau secara tidak formal dan bahasa pasar bagi generasi Yaya ni kami panggil "Relationship" maklumlah kalau nak cakap Perhubungan tu macam bahasa baku sangat jadinya kami rojak-kan-lah sikit. :p *(sambil-sambil Yaya terangkan tu Yaya belanja gambar-gambar throwback Yaya, Fatin dan juga Uzu okay! Haha)
Kalau nak cakap pasal Relationship/Perhubungan ni, semua orang pun boleh. Tapi bagaimana korang nak definisikan istilah Perhubungan itu sendiri dari perspektif korang? Perhubungan dengan keluarga, pasangan, anak, adik-beradik, saudara-mara dan juga tidak ketinggalan ialah, rakan kita sendiri. Betul tak?
Untuk pengetahuan semua, 2016 Prudential Relationship Index (PRI) telah dilancarkan oleh pihak Prudential untuk pertama kalinya bagi mengenal pasti dan memahami dengan lebih mendalam tentang tahap kepuasan dalam perhubungan peribadi di Malaysia dan juga di seluruh Asia. Ini termasuklah perhubungan diantara keluarga, pasangan, anak, adik-beradik, saudara-mara dan rakan baik kita. Skor 100% bermaksud markah atau skor penuh bagi perhubungan yang dimahukan oleh setiap individu yang mengambil bahagian dalam kajian ini.
Rajah diatas menunjukkan Malaysia berada ditangga kelima dari 10 buah negara Asia yang terlibat daripada segi kepuasan orang ramai tentang hubungan peribadi mereka. Boleh tahan juga Malaysia ni. Hihi. Antara negara yang disenaraikan ialahVietnam, Filipina, Indonesia, Cambodia, Thailand, Singapura, Hong Kong, South Korea dan juga China. Oleh itu, Perhubungan utama rakyat Malaysia memenuhi kira-kira 71% daripada keperluan perhubungan yang mereka ingini. Kira kalau kat sekolah boleh dapat gred B la kan? Hehe
Antara elemen penting dalam Indeks Perhubungan Prudential adalah seperti rajah dibawah yang mana setiap satu elemen tersebut memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk dan menentukan perhubungan peribadi diantara satu sama lain.
Skor purata bagi Perhubungan rakyat Malaysia dengan Rakan Baik mereka adalah 45/100. Seperti perhubungan lain, skor untuk Malaysia ini juga adalah lebih tinggi berbanding skor purata keseluruhan untuk rantai ini iaitu 43/100. Wow hebat! :D
Skor purata perhubungan adalah sama merentas semua bangsa. Di Malaysia, skor purata di kalangan orang India Malaysia adalah 46/100, di kalangan Melayu skornya adalah 45/100 dan dikalangan orang Cina Malaysia skornya adalah 44/100.
Rakyat Malaysia menghargai persahabatan yang rapat lebih daripada persahabatan yang biasa-biasa sahaja. Hanya 25% berfikir adalah penting untuk menjadi popular. 62% mengatakan mereka hanya mempunyai beberapa rakan tetapi persahabatan itu sangat rapat. Dua pertiga (67%) mengatakan bahawa rakan mereka menghargai persahabatan seperti mana mereka menghargai persahabatan tersebut.
Kajian bagi Perhubungan yang Ideal dengan Rakan pula ialah, 17% berpendapat adalah penting untuk rakan-rakan gemar melakukan aktiviti bersama-sama, 69% berpendapat bahawa rakan mereka membuat mereka ketawa atau tersenyum dan 65% berpendapat bahawa rakan mereka hendaklah mudah bergaul.
Orang Melayu tidak begitu mementingkan agama dalam persahabatan sebagaimana mereka mementingkan agama dalam perhubungan dengan pasangan. Hanya 34% daripada orang Melayu mengatakan bahawa agama penting dalam perhubungan dengan rakan. Rakyat Malaysia juga sangat terbuka untuk menjalin persahabatan dengan orang dari bangsa lain. Hanya 18% mencari rakan yang sebangsa dengan mereka.
Bagi aspek Rakan Sejawat pula, secara keseluruhan , 83% daripada rakyat Malaysia dalam tinjauan ini berkerja dengan orang lain,
Di kalangan rakyat Malaysia yang berkerja, lebih daripada separuh (55%) menyatakan bahawa sesetengah rakan sejawat mereka tergolong sebagai rakan karib mereka. Sebahagian besar mereka memberi semangat (62%) dan kebanyakannya juga mengagumi sesetengah daripada rakan sejawat mereka (61%). 43% mengatakan mereka boleh berkongsi masalah peribadi dengan rakan sejawat. Ini Yaya setuju. Walaupun baru beberapa tahun berkawan rapat dengan Fatin dan Uzu, tapi kerana selalu berjumpa semasa event, ia mengeratkan lagi hubungan kami sesama rakan blogger. Kami bertiga memang saling tolong-menolong selagi termampu. Perhubungan dasar teknologi pada zaman sekarang ini juga mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada :)
Paling best, kami memang rapat dan saling memberi sokongan diantara satu sama lain tanpa sifat hasad dengki, jealous ke sebab ada yang dapat lebih oh no no no kami tak macam tu. Kami percaya setiap dari kami mempunyai kelebihan masing-masing dan itu yang menguatkan persahabatan kami dan kami bersaing secara sihat :)
Berdasarkan kajian yang dijalankan, rakyat Malaysia, kebanyakannya positif dengan peredaran masa dan teknologi dalam perhubungan. Kira-kira dua pertiga (66%) mengatakan bahawa teknologi menjadikan mereka lebih mudah untuk berkawan dengan rakan dari dunia maya seperti melalui ruang jualan, perkongsian tips dan juga resepi yang juga menyumbang kepada peratusan ini. Sebanyak 41% merasakan mereka lebih selesa berbual menggunakan teknologi berbanding 20% merasakan ianya sukar jika berhubungan secara realiti untuk perbualan yang lebih mendalam.
Jom korang sertai Kuiz Perhubungan dan simpulkan korang semua di kategori yang mana. Klik di Prudential Relationship Index untuk menjawab kuiz yang disediakan ya! :D
Yaya harap kita semua mempunyai perhubungan yang baik dengan semua orang. Bukan untuk jangka pendek sahaja tetapi in sya Allah dari dunia sampai akhirat. Semoga kita semua sentiasa menghormati serta menghargai orang disekeliling kita dan sentiasa menerapkan nilai murni dalam setiap perhubungan tak kiralah sesama rakan, pasangan, ahli keluarga, saudara dan juga orang yang tidak dikenali. Nilai murni dalam perhubungan itu penting ye kawan-kawan. ^_^
Jom tonton Indeks Perhubungan Prudential 2016 yang telah dijalankan di negara Asia dan khususnya di Malaysia.
Terima kasih sudi baca