Nov 27, 2023

Dah lama tak scaling gigi? Penting ke scaling gigi ni? Jom buat rawatan gigi di Klinik Pergigian Redha, Semenyih

Hai korang! Bila last jumpa doktor gigi? Or lebih spesifik bila last scaling gigi? Haa mesti dah lama kan tak buat pemeriksaan kesihatan gigi masing-masing. Worry no more sebab now Klinik Pergigian Redha baru dibuka di cawangan Semenyih! Kalau dulu seram nak pergi klinik gigi tapi sekarang kita dah boleh tukar persepsi tu sebab klinik gigi sekarang cantik dan selesa macam hotel! Tak percaya? Kejap lagi Yaya tunjuk :p



Bagi mereka yang berdekatan dengan Semenyih dan kawasan sekitar, Klinik Pergigian Redha ni dekat je dengan EcoHill Walk tu. Bagi Yaya, memang stategik dan senang je nak cari klinik ni sebab papan tanda mereka pun besar dan mudah nampak. Boleh terus naik ke tingkat 1 melalui lif yang disediakan. But make sure sebelum datang kena buat appoinment dulu tau ^_^


Posisi tangga/lif untuk naik ke klinik


But sebelum tu, jom Yaya share dengan korang kenapa kita perlu buat pemeriksaan gigi dan scaling gigi 6 bulan sekali. Kenapa agaknya ya?

Apa Itu Scaling Gigi?
Antara rawatan mencuci gigi yang sering dilakukan oleh orang ramai dalam menjaga kebersihannya adalah dengan membuat scaling.

Scaling gigi merupakan prosedur untuk membuang segala karang gigi atau tartar yang mengeras pada permukaan gigi dengan menggunakan alat yang dinamakan sebagai ultrasonic scaler.

Alat ultrasonic scaler itu akan menghasilkan getaran yang mampu menghancurkan karang gigi sehingga bersih di semua lapisan.



Kebaikan Scaling Gigi

Selain dari membuang karang gigi, terdapat pelbagai manfaat lain yang penting demi kesejahteraan kesihatan mulut antaranya ialah :

1. Dapat Membersihkan Partikel Makanan

Dengan membuat rawatan scaling, segala kotoran degil dan partikel makanan yang tidak dapat dicapai menggunakan berus gigi dapat dibersihkan dengan lebih mudah sekali gus boleh mengelakkan berlakunya pertumbuhan karang gigi.

Untuk pengetahuan anda, partikel makanan yang berada di dalam mulut akan menyebabkan pengumpulan bakteria.

Kemudian, bakteria tersebut akan menghasilkan sulfur yang menjadi punca kepada masalah mulut berbau.

Ramai sangat di kalangan kita yang ada masalah mulut berbau. Dah cuba ubat kumur tetapi masih rasa mulut mengeluarkan bau yang kurang selesa? Sudah masanya untuk korang buat rawatan scaling!


2. Membersihkan Karang Gigi

Pembentukan karang gigi yang kebiasaannya terjadi sehingga membentuk lapisan plak mengeras di permukaan gigi boleh merengsakan tisu gusi.

Dengan adanya rawatan scaling gigi, masalah karang gigi dapat diatasi dengan mengikis semua kotoran tersebut.

Yes! Karang gigi ni asalnya dari sisa makanan yang tidak dibersihkan dengan betul dan akhirnya membentuk karang gigi di celah gusi kita. Sebab tu pentingnya floss gigi selepas makan bagi mengelakkan pembetukan karang gigi ;)


3. Menghindari Masalah Penyakit Gusi

Masalah pembentukan karang gigi yang ditidak dirawat dan dibiarkan terlalu lama akan menjadi punca kepada penyakit gusi seperti gusi bengkak dan juga mudah berdarah.

Rawatan scaling gigi yang membersihkan karang gigi sekali gus dapat mengelakkan diri anda daripada perlu berdepan dengan masalah penyakit gusi pula.

Yaya pernah tengok video rawatan scaling yang melibatkan karang gigi yang terlampau tebal. Nak tahu tak? Akibat dari mengambil mudah kesihatan gigi dan mulut, gigi brader tu terus macam dah tak ada tempat bersandar and terus longgar sebab karang gigi terlalu tebal hingga memberi masalah kepada gusi untuk memegang gigi sedia ada. Pastinya doktor akan memberikan rawatan susulan untuk brader tu. Sebab tu, kena jaga kesihatan gigi dari awal ok?


4. Mengelakkan Perubahan Warna Gigi

Jika anda tidak membuat rawatan scaling dalam setiap tempoh enam bulan, tartar yang mengeras pada permukaan gigi di dalam mulut akan menyebabkan gigi anda cepat rosak dan warnanya juga akan mula bertukar kekuningan.

Apabila karang gigi dibersihkan dengan bantuan rawatan scaling, ia dapat mencegah masalah perubahan warna gigi.

Memang ada orang gigi terlalu kuning. Bukan dari genetik tapi dari sikap ignorance individu sendiri. But it's okay korang, belum terlambat lagi nak dapatkan rawatan gigi. Dekat mana? Mestilah di Klinik Pergigian Redha! Diorang ada buat rawatan teeth whitening juga untuk mengembalikan keyakinan diri korang tau ^_^


Tadaaa~ sampai dah kita ke Klinik Pergigian Redha ^_^


Jom daftar dulu!

Sambil-sambil tunggu kena panggil sempat Yaya ambil gambar ruang dalaman klinik gigi ni. So cantik! Terpesona kita dengan klinik gigi sekarang kalau klinik gigi swasta dulu-dulu punyalah seram nak naik tangga pun lampu malap haha siapa ingat memang legend. Happy betul dapat pergi klinik yang cantik, besar dan selesa macam ni. Bolehlah hilangkan gemuruh sikit :p Jom layan dulu ruang dalaman Klinik Pergigian Redha yang bertempat di Semenyih ni.









Nervous nak jumpa doktor yang bertugas. Harap dia tak garang! :p


Ruang rawatan di Klinik Pergigian Redha


Sebelum rawatan bermula, Dr Aina akan brief dulu tentang penjagaan gigi. Banyak juga ilmu yang dikongsi oleh doktor. Dalam kepala masa tu tengah nervous juga sambil menyerap ilmu :D


Yaya diminta untuk berkumur terlebih dahulu. Doktor tak tahu Yaya sanggup tak makan sebelum jumpa beliau. Yaya nervous >.<


Dr. Aina sedang memeriksa keadaan gigi Yaya sebelum memulakan rawatan


Dr. Aina cakap Yaya memang perlukan rawatan scaling sebab last Yaya buat scaling pada tahun lepas sebelum buat pembedahan belah gusi (gigi bongsu Yaya tumbuh huwaa sakit tau haha) So gusi sebelah kiri menutup ruang gigi bongsu. Dr Aina bagi nasihat untuk teruskan buat pembedahan buang gigi bongsu nanti bila Yaya dah bersedia. Yaya rasa Yaya tak bersedia sampai bila- bila doktor... 


*Dr Aina memulakan rawatan scaling gigi untuk Yaya*



Jujur kata, Yaya selesa dapatkan rawatan scaling disini. Dr Aina sangat berhati-hati untuk mengurangkan rasa kurang selesa dan sakit buat Yaya semasa rawatan scaling dilakukan. Thank Doc I love you!


Bila kita kumur-kumur, boleh nampak lebih banyak karang gigi yang keluar dari ruang gusi. Omg tergamak kamu mendampingiku!


Next, doktor buat polishing untuk gigi Yaya supaya dapat mengurangkan rasa tidak selesa (rasa macam tajam2 sikit dari rawatan scaling sebelumnya). So dengan tambahan polishing ni, korang akan rasa sangat selesa dan takde dah nak gesel2 lidah dekat gigi hihi


Proses ni sekejap je and tak rasa sakit atau ngilu pada gigi pun hee


Yeay dah siap! Gigi dah bersih, suci dan murni :D



Yakinnya kamu selfie gigi!


Boleh bawa anak-anak juga nanti ke Klinik Pergigian Redha mesti diorang happy


Antara alatan yang digunakan ketika rawatan bersesuaian dengan masalah gigi kalian




Cantikya warna getah braces kan ni hihi



Menariknya, disini turut menjual pelbagai produk penjagaan gigi selepas rawatan. Ada juga produk rare yang korang susah nak jumpa di kedai biasa.



Contohnya macam berus gigi disebelah atas kiri tu. Berus gigi tu digunakan untuk memberus bahagian belakang gigi yang susah dicapai. Boleh dapatkan di Klinik Pergigian Redha sementara stok masih ada!




Thank you for your services. Yaya memang sangat berpuas hati dengan rawatan yang diberikan. InsyaAllah ada rezeki kita datang sini lagi ^_^



Korang jangan lupa dapatkan rawatan gigi di Klinik Pergigian Redha, Semenyih okay! Boleh grab promo dari mereka sebab now REDHA DENTAL ada buka slot terhad sempena Happy Hour. Best kan? ^_^ 


Untuk maklumat lanjut :

Instagram : @redhadental



Terima kasih sudi baca   

6 comments:

  1. Klinik pun kemain lawa dan sangat selesa. Cerita pasal scaling gigi eh sis pun nak kena buat appointment dah ni.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya klinik gigi ni. kalau klinil gigi macam ni memang confirm tak seram lah 😂. Lagi nak pergi ada lah. Satu lagi kan, kita kalau dah lama tak scaling boleh menyebabkan gusi berdarah bila scaling tau. And jadi lagi sakit sebab taik gigi dah mengeras. Itulah kenapa pentingnya scaling ni

    ReplyDelete
  3. just in time! i memang nak kena check gigi ni, boleh scaling sekali! Klinik ni best lah! Boleh try!

    ReplyDelete
  4. Yeah, scailing gigi sangat penting, dear. It's part of self-care. Syukur alhamdulillah, saya dan keluarga tidak pernah abaikannya.

    ReplyDelete
  5. Memang wajib pergi ke klinik gigi setiap tahun, i pun kena make my appointment

    ReplyDelete
  6. Ohh betul, I also long time didn't go dental check, thanks for this reminder, gonna make my appointment soon la. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete