Semua orang mesti teruja kan nak tahu apa penambahbaikan bagi Bajet atau Belanjawan untuk tahun 2020 nanti. Yaya dengan kawan-kawan pun tak lepaskan peluang dengan kawan-kawan kat ofis sekali dengan bos pun pasang live dengar kat PC masing-masing (petang-petang macam ni semua kerja dah settle okay hihi). Pembetangan Belanjawan 2020 yang berlangsung pada petang Jumaat bertarikh 11/10/2019 di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia yang bermula dari pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang telah memberi semangat dan nafas baru kepada semua rakyat Malaysia.
Jujurnya, Yaya memang fokus kepada Belanjawan untuk Kementeria Belia & Sukan kerana percaya dengan kewibaan Menteri Belia dan Sukan Malaysia iaitu Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman yang begitu nekad ingin mengubah nasib anak muda. Yaya sendiri teruja dengan pelbagai penambahbaikan dan peruntukan yang begitu banyak diberikan kepada semua golongan belia dan anak muda. Ini adalah satu langkah dan insisiatif yang amat baik bagi mengembalikan kesedaran kepada kerajaan bahawa anak muda dan belia masa kini adalah harapan dan tunggak utama negara demi kelangsungan negara maju dan berdaya saing.
Bagi Belanjawan 2020 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerajaan telah memperuntukan sebanyak 1.2 Billion
Peruntukan Keseluruhan KBS
Ringkasan jumlah belanjawan keseluruhan Kementerian Belia & Sukan bagi tahun 2020
PERUNTUKAN BAJET KBS
RM1.2 BILLION*
Dalam mencapai visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 30) langkah-langkah teras telah dimasukan dalam Belanjawan 2020 sejajar dengan stategi tujuh (7) SPV30 yang telah digariskan menerusi YAB Perdana Menteri bagi tujuan tiada rakyat yang ketinggalan dalam pertumbuhan ekonomi negara. Menerusi program-program pembangunan belia dan sukan seperti berikut:
Perbelanjaan Pembanggunan Belia
Pembangunan belia yang inklusif dengan peruntukan sebanyak RM138 Juta melalui program-program tersebut:
- Youth Power Club (YP)
- Malaysia Future Leaders School (MFLS)
- Volunterism Initiatives
Malaysian@Works Hashtag Malaysia@Kerja
Malaysian@Works merupakan insentif berupa gaji kepada pekerja dan majikan dimana inisiatif ini akan diseliaurus oleh kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) dan seterusnya akan dikemaskini melaluli Sistem Insurans Pekerja (EIS) serta program pasaran buruh yang aktif
Kos sebanyak 6.5 bilion dalam tempoh 5 tahun dalam mewujudkan 350000 peluar pekerjaan untuk rakyat Malaysia dalam mengurankan kebergantungan sebanyak 130000 pekerja asing
Inisiatif Malaysian@Work Terbahagi kepada 4 iaitu :
- Graduates@Works
- Apprentice@Works (TVET)
- Locals@Works
- Women@Works
Graduates@Work
• Menganggur selama> 12 bulan
• Apabila mendapat pekerjaan, akan mendapat insentif gaji sebanyak RM500 selama 2 tahun
• Majikan: Insentif menyewa sehingga RM300 sebulan untuk setiap sewa selama 2 tahun
Apprentice@Work (TVET)
• Menyediakan tambahan elaun RM100 untuk pelatih TVET
• Melanjutkan insentif cukai untuk Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) selama 2 tahun lagi.
• Insentif cukai yang diberikan kepada syarikat-syarikat di bawah Program Latihan Berstruktur (SIP) akan merangkumi semua pelajar bukannya kejuruteraan dan teknologi sahaja
Locals@Work
• Insentif gaji bagi rakyat Malaysia yang diupah untuk menggantikan pekerja asing (RM250 / RM500) selama 2 tahun
• Meningkatkan gaji minimum kepada RM200 di bandar-bandar utama dan RM100 luar bandar
• Insentif sebanyak RM250 sebulan (selama 2 tahun sahaja) untuk majikan yang menawarkan pekerjaan bagi menggantikan pekerja asing
Women@Work
• Pekerja wanita yang kembali bekerja setelah berhenti selama setahun atau lebih dan berumur antara 30-50 tahun akan dapat insentif seperti berikut :
• Dapat RM500 sebulan selama 2 tahun sahaja sebagai insentif manakala insentif cukai dipanjangkan selama 4 tahun
• RM300 sebulan bagi majikan yang ambil pekerja wanita (terhad untuk tempoh 2 tahun)
Mengarus Perdana TVET 2020
Peningkatan peruntukan dari RM5.7 bilion kepada RM5.9 bilion
- RM50 juta melalui PTPK untuk membiayai kursus TVET
- Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
- Tambah Baik Peralatan dan Upah Pengajar dari Industri
- Dana geran padanan sebanyak RM20 juta untuk menyokong kursus TVET dengan kerjasama industri.
- Meningkatkat keterlibatan persatuan/industri dalam tadbir urus dan pengurusan ILKA
- Kerajaan akan menyediakan HRDF RM30 juta untuk melatih 3,000 belia dari isi rumah berpendapatan rendah
- Tawaran melanjutkan ijazah bagi pelatih dari kolej vokasional dari rangkaian universiti-universiti teknikal di malaysia (MTUN)
Perbelanjaan Pembanggunan Sukan
Pembangunan sukan negara amatlah penting dalam sesebuah negara, dengan itu beberapa peruntukan disediakan seperti berikut:
Fasaliti & Sukan Untuk Wanita
Sebanyak RM299 Juta untuk pembinaan fasiliti & Naik Taraf kemudahan sukan termasuk :
- Kompleks Belia Dan Sukan
- Pusat Sukat Negeri
- Sebanyak RM10 Juta bagi program sukan untuk wanita serta pasukan atau kelab yang libatkan wanita
Program Sukan Antarabangsa
Peruntukan sebanyak 179 Juta untuk program antarabangsa seperti :
- Sukan olimpik Tokyo 2020
- Sukan Sea Hano 2021
- Juga Termasuk Persediaan Atlet Paralimpik Negara
Program Pembangunan Bola Sepak
- Peningkatan Peruntukan RM45 Juta bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP)
Program Pembangunan E-Sukan
- eSports / eSukan – Peruntukan meningkat sebanyak RM20 juta bagi pembangunan e-sukan negara
So macam mana? Korang puas hati tak dengan Belanjawan 2020 terutama bagi Belanjawan Kementerian Belia Dan Sukan? Tepuk dada tanya selera. Semoga dengan pembaharuan yang dibawa oleh kerajaan untuk Belanjawan 2020 ini memberi kita kesedaran untuk terus memajukan diri dari segala aspek dalam kehidupan. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri juga. Sesuai dengan Tema Belanjawan 2020 iaitu, ‘Kemakmuran Bersama: Menjana Pertumbuhan Inklusif yang Berkualiti ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi’ . Ayuh bangkit semua ;)
Untuk info dan matlumat lanjut :
Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)
Website : www.kbs.gov.my
Facebook : facebook.com/myKBSMalaysia
Persint 4, Menara KBS, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya
Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia 62570
#BelanjawanSukanNegara
#Belanjawan2020
#BelanjawanAnakMuda2020
Terima kasih sudi baca
Thanks for the information !
ReplyDeleteAfter reading this , I understand more about this!
semoga tercapai semuanya lah. jangan dua tiga tahun masanya nak buat. sebagai rakyat bila dengar macam ni kita menaruh harapan.
ReplyDeleteSuch a good for the nation. harapnya apa yang dibentangkan ini akan dilaksanakan dengan jaya dan orang ramai turut mengambil peluang apa yg telah kerajaan sediakan.
ReplyDeleteRawlins yang teruja bila melihat belanjawan untuk membangun belia nie. Diharap belia semua pun akan berusaha dan tidak hanya mengharap - banyak kebaikan untuk diperolehi nie.
ReplyDeleteTahniah buat KBS atas inisiatif yang telah dan bakal dijalankan. Semoga peruntukan dalam bajet 2020 ni mencapai sasaran demi mengubah nasib belia hari ni.
ReplyDeleteBersungguh YB Saddiq nak bantu golongan belia dan majukan sukan Malaysia.Harap dengan kenaikan bajet dan program2 ni dapat melestarikan pembangunan sukan dan bantu anak muda.
ReplyDeleteharitu memang tak sempat pun amik tahu pasal belanjawan ni sebab sibuk berjalan. Banyak juga budget untuk sukan yer. bagus lah, cuma part e-sport tu cam tak berapa minat sebab tak suka tgk orang main game lama2, tak tahu kat mana aspek kesukanan dan kesihatan...
ReplyDeleteGreat info. After reading on this i have more understanding and hope that it can help the youngsters :)
ReplyDeleteBanyak ya belanjawan yang diberi untuk pembangunan belia. semoga segala perancangan yang disusun dan diatur dilaksanakan dengan telus. in shaa Allah :)
ReplyDeleteBagus Syed kan fikir pasal generasi muda belia ni..banyak dia fikir kebaikannya..banyak improvement..dari sukan, TVET, pekerjaa..semua ada
ReplyDeleteBgus yg utk graduates tu..
ReplyDeleteHarap2 nasib belia2 makin terbela la kan...
Sedih tgk skrg ni Peluang pkerjaan kurang
bagus!
ReplyDeleteTahniah KBS. Atlet dan belia beruntung KBS ada peruntukan untuk mereka
ReplyDeleteTahniah KBS! untung belia Malaysia sekarang ni ada menteri yang cakna
ReplyDeleteBagus ada peruntukan buat belia ni, sekurang2nya nasib mereka terbela. Harap peruntukan yang diberi digunakan dengan sebaiknya dan telus..itu aje sis nak khabaq..:D
ReplyDeletePuas hati sangat sebab bajet utk esport 20juta.Hopefully bajet tu digunakan dengan sebaiknya demi esport tercinta.Hidup PUBG! Hahaha
ReplyDeleteKebajikan pengajar kena jaga, supaya dapat pakar untuk melatih belia2 sukan yang berkualiti. Sangat sokong untuk penambahan upah pengajar dan jugak kebajikannya.
ReplyDeletebaguskan inisiatif yang disediakan untuk golongan belia dan wanita. harapkan dapat dimanfaatkan ke arah yang lebih baik dan kehidupan yang lebih cemerlang
ReplyDeleteRM500 bukan dapat dalam gaji selama 2 tahun tapi 500 tu akan masuk ke EPF. SEKIAN
ReplyDeleteMenarik usaha dan inisiatif kerajaan bg membangunkan KBS dan menarik penglibatan terutamanya golongan muda
ReplyDeleteBagus, belanjawan yang prihatin terhadap tenaga wanita juga. Women @ Work memang satu galakkan untuk lebih ramai wanita back to work force.
ReplyDelete