Hai korang! Pernah tak rasa sakit otot atau lenguh badan? Tipulah tak pernah kan. Ramai orang mudah merasa lenguh badan dan sakit otot lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkerja untuk jangka masa yang lama secara berterusan. Yaya sendiri pun kalau rasa sakit badan memang terus takde mood dan aktiviti harian pun jadi terganggu :(
Apa itu Sakit Otot?
Sakit otot atau mialgia sangat popular. Kebanyakan individu mengalami rasa tidak selesa pada otot di bahagian tertentu. Sakit otot boleh melibatkan kawasan kecil sahaja atau seluruh badan anda, daripada sakit ringan hingga sakit yang tidak tertahan.
Walaupun kebanyakan sakit otot dan kesakitan akan hilang sendirinya dalam masa yang singkat, kadang kala sakit otot masih ada untuk berbulan-bulan lamanya. Sakit otot boleh merebak pada semua bahagian badan anda, termasuk tengkuk, belakang, kaki dan juga tangan anda.
Apakah kebarangkalian Sakit Otot?
Sakit otot ini sangat biasa berlaku. Ia boleh terjadi pada semua peringkat umur. Ini dapat dielakkan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berjumpa doktor anda untuk maklumat lanjut.
Apakah simptom-simptom Sakit Otot?
Simptom bagi sakit otot yang biasa dialami ialah sakit, pedih atau rasa tidak selesa pada otot. Sakit atau pedih otot boleh melibatkan lebih daripada satu otot. Sakit otot juga boleh melibatkan ligamen, tendon dan fasia kerana tisu otot ada pada hampir semua bahagian badan, oleh itu kesakitan ini boleh dirasai di mana-mana sahaja. *sumber : hellodoktor.com
Cara dan tips untuk melegakan sakit otot dan lenguh badan
1. Bersenam
Bersenam secara teratur dapat membantu menjaga kelenturan sendi. Berenang dan aerobik air merupakan pilihan terbaik kerana daya apung air mengurangkan tekanan pada sendi yang menampung berat badan
2. Terapi panas dan sejuk
Pad pemanas atau pek ais boleh membantu melegakan kesakitan arthritis
3. Menggunakan kerusi yang ergonomik
Kebanyakan kita selalu merasa lenguh bahu dan pinggang apabila duduk lama ketika di pejabat mahupun ketika work from home. Sentiasa pastikan postur badan dalam keadaan yang baik ketika duduk di kerusi.
4. Minum teh hijau
Teh hijau mengandungi banyak epigallocatechin 3-gallate (EGCG) yang mana para saintis dari University of Michigan mendapati ia dapat mengurangkan keradangan dan sakit sendi dengan membatasi pengeluaran molekul tertentu dalam sistem imun.
5. Gunakan balsem otot dan juga minyak angin
Untuk kelegaan sementara bagi sakit-sakit otot yang ringan dan sendi-sendi yang berkaitan dengan radang sendi, salah urat dan lebam ringan. Haa ni orang kata macam first aid yang sangat melegakan bila tiba-tiba rasa lenguh badan dan otot kan? Yaya sendiri pun memang selalu standby balsem serta minyak angin kat rumah dan juga ofis ^_^
Minyak Angin Cap Lang
•Diformulasi daripada bahan-bahan semulajadi seperti minyak kayu putih (eucalyptus oil) dan mentol.
• Bau herba semulajadi yang segar dan menyenangkan.
•Untuk meringankan/melegakan sakit seperti sakit otot, sakit sendi, arthritis, ketegangan, terseliuh,
sakit kepala atau sakit perut.
•Hanya perlu sapu pada area badan yang sakit ataupun tidak selesa.
Yang bestnya, minyak angin cap lang ini terdapat dalam dua saiz iaitu saiz 24ml dan 6ml. Memang sesuai sangat kalau nak standby saiz 6ml yang kecil comel ni kat dalam beg atau di ofis. Boleh digunakan pada bila-bila masa bila tiba-tiba rasa sakit kepala atau lenguh leher.
Lega sakit kepala bila ada Minyak Angin Cap Lang!
Balsem Otot Cap Lang
•Diformulasi daripada bahan-bahan semulajadi untuk kelegaan sakit sendi, sakit otot badan seperti
bahagian bahu, leher dan belakang.
• Sesuai untuk diguna sebelum senaman untuk warm-up dan melegakan sakit otot selepas senaman.
• Tekstur balsem otot tidak berminyak dan mudah diserap ke dalam kulit kita.
• Mempunyai ‘double heat sensation’ yang boleh melegakan gejala otot tegang.
Bila duduk terlalu lama semasa berkerja, bahu, leher dan juga belakang Yaya mudah lenguh dan sakit. Memang kena ready Balsem Otot Cap Lang ni untuk terus Yaya sapu pada bahagian yang lenguh tadi untuk kelegaan segera! Rasa hangat-hangat pada permukaan yang lenguh tu memang buat rasa selesa tau. Korang pun kena standby kat ofis okay! ^_^
Yaya suka saiz mini macam ni senang nak bawa kat mana-mana hihi standby letak atas meja bila-bila boleh capai je ;)
Penat rupanya jadi doktor ni bila seharian jumpa pesakit. So bila malam, Yaya boleh urut bahu suami yang lenguh menggunakan Balsem Otot Cap Lang ni, nak tidur pun rasa selesa dan mudah lena. Suami Yaya pun suka guna Balsem Otot Cap Lang ni tau!
My mini life saver hihi
Kalau nak tahu, banyak produk lain dibawah jenama Cap Lang. Antaranya :
Balsem Gosok Cap Lang
Minyak Telon Cap Lang
Natural Disinfectant Cap Lang
Minyak Kayu Putih Cap Lang. Yang ni pun favourite ramai tau. Kalau selesema, boleh legakan hidung dengan titiskan minyak kayu putih ni kedalam air suam panas dan wap kan ke arah muka. Memang lega!
Untuk anak, boleh gunakan minyak telon ni. Perut anak pun selesa dan tak moody ^_^
Antara produk Cap Lang yang sesuai untuk seisi keluarga
Boleh dapatkan Balsem Otot Cap Lang, Minyak Angin Cap Lang dan produk Cap Lang yang lain di farmasi berdekatan seperti Guardian, Caring Pharmacy dan Big Pharmacy;
Terima kasih sudi baca
Sakit otot, lagi-lagi lenguh badan memang rasa tak selesa sangat. ok lah kalau ada minyak or something yg boleh bagi lega kan. tq sharing. boleh try nanti
ReplyDeleteEyqa selalu sakit dan lenguh bahu.. macam perlu ada balsem otot tu
ReplyDeletesaya memang peminat minyak angin. sentiasa ada stock. macam2 brand. nanti nak try yang ni pulak
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian tips ini. AM pun memang memilih menggunakan minyak Cap Lang untuk sakit2 lenguh badan..
ReplyDeleteGood one ya to stock up ni at home! Nell pun perlukan ni la, especially bila balik kerja memang penat and lenguh2 badan.. my parent pun sure gonna love this..
ReplyDeleteThanks for the recommendation. Dah usia gini, memang akan beli satu minyak untuk dibawa ke mana-mana, just in case.
ReplyDeleteI also like this minyak angin sejak kecil lagi, bau nya nyaman
ReplyDeleteThanks for sharing this here, I'm gonna check out & buy for my mama as she loves to use medical oil. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteOrang yang selalu sakit otot dan ada budak kecik atau orang tua, balsem atau minyak angin ni paling wajib ada dalam rumah.
ReplyDelete