Hai korang! Seronok ye musim cuti sekolah ni semua tempat meriah dengan ibu bapa bawa anak-anak berjalan, makan-makan, pergi taman tema even ronda-ronda naik kereta pun dah seronok. Suami isteri pun boleh dating dan banyak masa bersama bila masing-masing nak habiskan baki cuti hujung tahun :p.
Masih tercari-cari next idea nak bawa insan tersayang makan sedap dimana? Kalau berjalan-jalan di sekitar Putrajaya, jangan lupa singgah ke 10 Gram yang bertempat di Ayer 8. Operasi mereka bermula dari pukul 10am-11pm. Kalau nak lagi cantik boleh pergi waktu malam sebab ada banyak lampu cantik sambil-sambil tu boleh nampak orang naik kereta lampu di bahagian bawah melalui cermin kaca :)
Dating time with all these beautiful girls! Bila dapat berjumpa macam ni memang seronok la nak chit chat dan melepas rindu. Dah berkawan lebih 10 tahun rasanya hee terima kasih masih sudi menjalin persahabatan semoga kekal sehingga ke syurga muahh. *time ni Yaya pakai face mask sebab mukaku sakit baru lepas facial haha doktor kata takleh makeup in 24hr so memang togel je muka cuma pakai moisturizer haha nak bagitahu jugak
Buat mereka yang suka bergambar, memang seronok la kan bila pergi ke tempat cantik macam ni. Boleh abadikan gambar kenangan bersama orang tersayang. 10 Gram Putrajaya ni so spacious! Sempat Yaya bertanya boleh muatkan berapa orang dalam satu masa dan team mereka beritahu boleh muatkan dari 100-150 orang memang wow sangat lah!
Cuma kalau hadir pada hari weekdays, ada section yang mereka tutup maybe sebab nak hadkan pelanggan dengan kesesuaian staf yang sedang berkerja. Kalau hadir pada hujung minggu mesti meriah kan. Jom kita lihat sekitar dekorasi dalaman 10 Gram di Ayer 8 ni ^_^
Sudut cermin kaca yang boleh melihat pemandangan tasik dan aktiviti malam di Ayer 8
Lokasi 10 Gram ni betul-betul terletak di sebelah kiri Hospital Azalea.
Turut hadir bersama ialah adik iparku yang cantik dan baik hati. Terima kasih maksu Farissa sudi menemani dan menjaga anak buah mu yang comel dan aktif ini hihi. Alang-alang tu nak belanja sebab dia dah officially graduate from UM. Yeay dah boleh ada pakwe ^_^
Menu istimewa yang unik dan rare kali ini dimulakan dengan Rainy Day. Semua macam wow bila rainy day ni sampai. Cotton candy yang cair di dalam minuman yang enak dan boleh dicicah bersama biskut kering. Memang syahdu la kalau pekena time hujan. Harga rainy day ni RM16.90 je. Berbaloi nak feeling luxury sebab dia besar betul tapi kena cepat makan sebab nanti cotton candy kecut kena angin hee
Grilled Chicken Chop with Tomato Spaghetti | RM21.90
I should say this a win for grilled chicken chop with blackpepper sauce! (korang boleh pilih samada nak blackpepper sauce / mushroom sauce) Sedap gila ya grilled chicken chop diorang. Tak kering and so juicy, kali kedua Yaya datang pun Yaya order ni hihi. I wish dia pair kan aglio olio with this menu sebab yaya jarang makan tomato spaghetti (tapi habis je jugak ko makan kan yaya hshshsh)
Tomyam Carbonara Prawn | RM19.90
Untuk mereka yang suka rasa yang lebih sensasi, please try ni! Terus naik selera ye lagi-lagi mana yang dah kurang deria rasa akibat long-post Covid. So creamy and it blend together dengan rasa tomyam hangat dan sedap tu. Kalau suka pedas lagi boleh la try gigit dengan cili api tu pulak
Nasi Ayam Goreng Sambal Belado | RM18.90
Untuk mereka yang perut nasi macam Yaya, jangan risau sebab ada menu nasi juga disini memang sungguh harmoni bagi pencinta nasi. Sambal dia sedap, rasa kick and tak pedas melampau. Boleh tolerate dengan mereka yang suka sambal yang tak pedas. Siap ada keropok belinjau memang layan la siapa orang Sarawak memang suka ;)
Ikan Keli Goreng Sambalado | RM19.90
Alamak kecur air liur kite tengok gambar ni balik. Kombinasi yang padu ye ikan keli goreng tu rangup diluar lembut di dalam gaul pulak dengan nasi lembut panas-panas dengan sambalado dan sambal terung. Sampai ni la teringat-ingat hee
Pizza Ultimate | RM26.90
Pizaa pun ada kat sini??!! Ye pizza pun ada kat sini ye kawan-kawan. Siapa yang suka pizza wajib try salah satu menu pizza mereka disini. Siapa suka tomato cherry, capsicum, mushroom atas pizza boleh try Pizza Ultimate ni. Anak Yaya si Dahlia suka beef pepperoni macam Yaya gak so kitorang order lagi satu omg beef pepperoni pizza diorang sedap gila! Anak Yaya yang 5 tahun makan 4 keping. Gambar ada kat bawah-bawah sikit ye yang beef pepperoni tu
Spicy Chicken Finger | RM11.90
Kalau korang dah kenyang time datang and just nak chil chill je teman member makan, boleh makan ni buat raso-raso. Dia ada vibe uncle bob sebab spicy powder tu cuma ni lagi premium la sebab makan kat kedai cantik.
Thick Cube Toast | RM14.90
Ni la orang cakap presentation hotel tapi harga rakyat marhaen. Memang aesthetic wak. Sedap pulak tu. Lembut je roti dia sambil boleh dicicah mesra bersama sweet honey syrup with vanilla ice cream. Masam-masam cebisan strawberry tu pula buat rasa dia balance dengan segala rasa manis seperti manisnya ikatan cinta kita ewah
Passion Fruit Lychee Fizz | RM12.90
I memang suka air rare camni tapi sebab dia ada gas sedikit (tapi tidak terlalu kuat/menganggu) kita minum sekadarnya sahaja. Adik ipar iols suka dia cakap sedap hihi yang penting buah laici tin dia fresh gebu mok mok camni sedap makan!
Rainy Day again you know you so beautiful
Nectar Latte | RM17.90
Buat penggemar kopi boleh la uols feeling buat eksperimen seperti kenangan darjah 5 ketika di makmal sains dahulu. Yang ada love-hate relationship with coffee (migrain bila minum kopi) macam Yaya, you better try diorang punya next air!
Chocolate Leleh | RM18.90
Buat mereka yang suka air fancy begini, this is for you. Pencinta air coklat boleh order ya pastu feeling sap kok guna keropok waffle coklat kat atas air tu hihi. Indah betul zaman kanak-kanak kan wak
Honeymoon | RM17.90
Get ready sebab I akan puji air ni melambung-lambung. AIR INI TERLALU SEDAP! Korang maybe nampak air ni warna dia pastel sahaja seperti warna pastel kegemaran ramai, tapi seriously sedap especially buat pencinta air honewdew macam Yaya. Di topup pulak dengan aiskrim vanilla atas tu omg seriously I sampai bulan kejap time minum Honeymoon ni sesuai la dengan nama dia terus teringat semasa bulan madu dahulu wkwkwk.
Maaf jika tak behave. Takleh move on. Scale to repeat again? 10/10
Banyak lagi menu lain sebenarnya so korang kena datang sendiri dan decide nak makan mana pastu Yaya pulak baca review korang :p
As for our table, Yaya order set Grilled chicken dengan nasi tu untuk anakku yang perut nasi seperti ibunya, tomyam pasta, beef pepperoni sedap yang Yaya cerita tadi tu, air passion fruit dengan air bandung cincau. Korang seriously kena order air bandung cincau tu sedap gilaaa~
I repeat lagi sekali , ORDER AIR BANDUNG CINCAU TU!! And beef pepperoni too!
Nak dimasukkan cerita sekali, Yaya bawa family Yaya pula makan dekat 10 Gram semalam untuk meraikan hari jadi ayah Yaya yang ke 61 tahun. Happy sebab semua ada! Thank you staff 10 Gram yang sudi melayani kerenah kami. Staf lelaki diorang memang nombor syatu. Oh btw sebelum nak datang beramai-ramai camni kena la booking tempat dulu ye. Buat reservation di
https://www.10gramgourmet.com/ .
Antara menu yang kami order malam tadi. So apa yang Yaya review dan datang lagi pada hari yang lain presentation dan rasa tetap tip top. Malam tadi air honeymoon macam lagi sedap pun ada hihihi. Minggu depan nak datang lagi dengan kawan degree kite pulak hihi
Macam biasa anak ku merajuk lagi kali kedua kali datang sini sebab tak dapat main kat bawah tu. Musim hujan kan bertabahlah :') . Korang boleh parking kereta kat basement ye kalau taknak kena hujan ;)
10 Gram ni banyak cawangan tau antaranya di :
10 Gram Cyberjaya
A-03-05, Block A, Tamarind Square, 63200 Cyberjaya, Selangor
Warung 10 gram, B-2, Jalan Air Putih, 25300 Kuantan, Pahang Darui Makmur, Malaysia
10 Gram Shah AlamB-LG-12, Vista Alam, Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
10 Gram Tun Ismail
A-125, Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan, 25000 Kuantan, Pahang
10 Gram Bakers and Steak Cyberjaya
A-03-09, Block A, Tamarind Square, 63200 Cyberjaya, Selangor
KOJOファクトリ
B-03-07, Block B, Tamarind Square, 63200 Cyberjaya, Selangor
Sepohon
A-04-05, Block A, Tamarind Square, 63200 Cyberjaya, Selangor
10 Gram Putrajaya
Uniknya nama kedai ni ^^ 10 gram~ Makanan dia nampak sedap. Harga pun berpatutan. Terima kasih review. InshaAllah, UZ masukkan dalam list ^^
ReplyDeleteMenarik dan unik nama dia 10 Gram, menu2 pun dan tltk di sebelah hospital jd sng klu ada yg nak mkn2
ReplyDeleteWow their food looks so so good especially the Tomyam Carbonara Prawn tu
ReplyDeleteOhh wow I'm craving hungry seeing all the dishes especially pizzas and the dessert, all so so tempting good to enjoy. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeletebanyak juga pilihan makanan kat sini. semuanya nampak sedap dan menarik. nanti nak cubalah
ReplyDeletebanyak juga pilihan makanan kat sini. semuanya nampak sedap dan menarik. nak try jugakla nanti
ReplyDeleteSuka suasana tenang restoran mcm ni. Nama pin senang ingat. Makanan nampak menyelerakan semua. Ada banyak cawangan, nanti akak bleh terjah yang berdekatan. Heheheh.
ReplyDelete