Apr 16, 2011

Bagaimana sesebuah blog boleh memberi inspirasi



Tajuk dah ala ala pakar motivasi dah kan. Tapi rasanya yaya bukan nak bagi tips. Cuma nak cerita pengalaman sendiri. Bagaimana sesebuah blog tu memberi yaya perangsang dengan kata2 mereka yang lemah lembut, sampai menarik hati ini untuk berubah sedikit demi sedikit.. *oh time yaya taip ni tak tahu kenapa rasa sebak. :')



Kalau orang kata laman sosial ni melalaikan, sudah tentu yaya setuju kalau kita menyalah-gunakan platform ni. Kadang2 yaya mengaku memang yaya leka. Tapi insyaAllah masih boleh diimbangkan. Banyak positifnya berblogging kalau kena caranya.



Kat sini yaya jumpa dengan mereka yang yaya tak pernah bertentang mata. Tapi mereka inilah yang banyak memberi sokongan samada mereka sedar ataupun tidak. Dari sifat buruk sekecil kuman, yaya cuba muhasabah diri dengan rasa rendah diri dari penulisan entry mereka. Tak mahu sombong, bertelagah sesama manusia, menyimpan rasa dendam, dengki, ya Allah minta dijauhkan aku dengan semua sifat mazmumah tu. Doa yang selalu tak pernah yaya lupa lepas solat. Kadang2 yaya terfikir, mungkinkah kerana doa2 itu juga membuatkan yaya menjadi sangat lembut hati sehingga ada kawan2 yang memijak2 perasaan ini?




Walaupun kadang2 ada entry yang diutarakan mereka pedas bunyinya, sentap meresap jauh dalam sanubari sampai kadang2 malu nak tinggalkan secebis komen. Dalam hati yaya, "itulah kebenarannya. itulah dia mahu tak mahu kau terima".



Sumpah bukan cuba menunjuk diri konon sempurna. tolong jangan fikir macam tu. kadang2 yaya sendiri dalam keadaaan serba salah dalam menjaga hati orang sekeliling. terasa dipergunakan bila cuma dicari untuk kepentingan sendiri. tapi syukur.. masih ada kawan2 yang masih menghargai yaya seadaanya. mereka ini sangatlah yaya sayang. setiap dari mereka yang sudi berkawan dengan yaya inilah yang terus yaya sematkan dalam doa. insyaAllah.



*Mungkin mesej yang dikatakan tentang inspirasi itu masih tak sampai dikatakan dalam bentuk teks dengan jelas. Tapi percayalah. Anda diantara mereka yang memberi inspirasi. Info tips panduan pengajaran pengalaman pahit manis sakit hati yang anda beri. Terima kasih. Itu semua sangat mematangkan. Yaya tahu ada diantara yang sedang membaca menjauhkan diri dalam realiti, tetapi menjadi silent reader yang setia disini. Kenapa agaknya? :)



Tak terasa mahu dipost tajuk entry ini ke umum. Siapa yang terbaca, terima kasih sudi melayan cerita hati ini. :')


Banyak betul anak tangga sebelum benar benar berubah. Semoga sampai sebelum waktunya.


12 comments:

  1. seronok dpt kenal sys yaya yg comel ni .. 1st time jumpe excited. even tak dpt borak lama lama .

    * eh tetibe jee. hehehe ;D

    ReplyDelete
  2. saya pun sama gak...kiki

    ReplyDelete
  3. even tak pernah jumpa, i like you sis. the way u express ur feeling dalam semua entri owg nmpak sis yaya nie seorang yg baik peramah lemah lembut. heee.

    ReplyDelete
  4. thankss. tp takdelah sampai macam tu yangg ^^'

    ReplyDelete
  5. u coloured my dashboard with your sweet entry.

    u are so supportive.

    actually, i x pernah jangka akan serumah dengan u n your friends dulu.

    u just so nice towards us.

    i'm really hoping we always keep in touch, nur hidayah akmal.[hope nma u btol i eja]

    :)

    ReplyDelete
  6. yaya baek dan comel .
    lembut hati dan cepat nangis .
    :)

    syg awk . ;D

    ReplyDelete
  7. fey : same goes here. you guys sgt baik dengan ktorang jugak. glad to know all of you sweety. :')

    *of course salah. iqmal. hee. neva mind. <3

    ReplyDelete
  8. syu : syg awak sgt2 jugak. :')

    ReplyDelete
  9. bagi Nelly , entri ni berguna sangat !

    ReplyDelete
  10. kalau kita amek secara positif tentang sesebuah cerita tu wpun kita tahu adakalanya kita dalam situasi tu ..kita akan sedar apa yg ingin disampaikan .. :) benda yang baik kita sebar2kan supaya meresap dalam diri someone tu :)

    ReplyDelete