Oct 29, 2021

Sanitizer Tanpa Alkohol dan Tanpa Bahan Kimia Serta Mesra Kanak-Kanak | ELECLEAN Disinfectant Device


Hai korang! Seronok kan dah boleh dine in kat restoran? Walaupun dah ada pelepasan untuk dine in, korang kena selalu make sure untuk pastikan persekitaran tu tak terlalu sibuk dan sentiasa tengok samada premis selesa dan bersih sebelum decide untuk dine in okay? Sekarang ni, face mask dan hand sanitizer dah jadi benda wajib untuk dibawa bersama kan? Sebelum duduk kat meja dan kerusi, Yaya yang sejenis paranoid ni akan bersihkan dulu apa yang patut sebelum duduk hihi. Bukan apa, untuk keselematan diri dan orang tersayang juga termasuk anak kecil yang menunggu kita pulang aagitchew.


Untuk mereka yang ada masalah kulit sensitif dan sentiasa alah dengan sanitizer beralkohol, korang tahu tak sekarang dah ada advance technology yang mampu mengubah air biasa kepada sanitizer yang sangat efektif membasmi dan membunuh bakteria, kuman dan virus sehingga 99%? Hebat bukan? 


Nak tahu sanitizer jenis apa? Yaya sendiri pun dah jatuh cinta dengan ELECLEAN Disinfectant Device.


Confident gituh pegang muka haha yang penting dah spray tangan dengan ELECLEAN Disinfectant Device hihi.




Apa itu ELECLEAN Disinfectant Device?

ELECLEAN merupakan produk yang dicipta oleh sekumpulan saintis dari Taiwan yang menggunakan teknologi elektrokimia dengan inovatif eksklusif yang termaju dan pertama di dunia yang mana 100% menggunakan bahan mentah iaitu air, tanpa bahan tambahan seperti bahan kimia atau ubat pengawet.


Dengan teknologi ini, molekul air dapat dielolisis menjadi Reactive Oxygen Species (ROS) iaitu sanitizer dalam masa 15 minit sahaja! Teknologi ELECLEAN dapat menghapuskan sehingga 99.9% semua jenis bakteria dan virus. Paling penting, ianya tidak beracun pada kulit dan selamat. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang ada masalah kulit sensitif dan anak-anak eczema, sangat sesuai gunakan sanitizer seperti ELECLEAN Disinfectant Device.


Kebaikan ELECLEAN Disinfectant Device

1. Eleclean ini merupakan teknologi canggih pertama di dunia yang mampu menukar air menjadi sanitizer dan mempunyai lebih daripada 34 paten. Teknologi canggih ini sepenuhnya dimiliki oleh Eleclean secara ekslusif dan merupakan satu-satunya syarikat di dunia yang mempunyai teknologi canggih ini.



2. Sanitizer yang selamat, tidak menggunakan alkohol, tidak menggunakan bahan kimia, tanpa bahan pengawet dan juga tanpa penstabil dalam menghasilkan sanitiser. Ini bermakna tiada toksik dan sisa kimia yang tertinggal pada kulit apabila kita menggunakan Eleclean Disinfectant Device ini. Apa yang diperlukan hanyalah air bersih, aktifkan peranti, tunggu selama 15 minit dan sanitizer selamat untuk digunakan!



3. Lebih membanggakan, ELECLEAN telah diiktiraf dan juga telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Antaranya ialah Pertubuhan Kesihatan Sedunia / World Health Organization (WHO)yang telah menyenaraikan ELECLEAN sebagai teknologi inovasi dalam usaha global menentang Covid-19. Sanitizer ELECLEAN juga berkesan membunuh 99.9% virus dan bakteria bahaya lain seperti H1N1, E.coli dan lain-lain. 




4. Oleh kerana sanitizer ini dihasilkan tanpa menggunakan bahan kimia dan alkohol, maka ianya sangat selamat digunakan pada kulit manusia, terutamanya mereka yang mempunyai bayi dan anak yang baru lahir atau mereka yang mempunyai kulit sensitif. ELECLEAN tidak merengsa dan tidak berbahaya pada kulit dan mata serta diluluskan SGS. Selain itu, ianya senang nak dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kecil dan juga ringan. Mak-mak confirm jatuh cinta dengan sanitizer ni. 



Senang je nak buat sanitizer sendiri! Cuma masukkan Activated Carrier yang yelah disediakan serta 2 cup kecil air kedalam device, tunggun 15 minit dan kemudian dah siap dan selamat digunakan!




5. Yaya paling suka dengan fungsi dan kelebihannya yang mesra alam! ELECLEAN dikelaskan sebagai peralatan elektrik rumah yang boleh digunakan untuk bertahun-tahun dan paling penting ianya selamat untuk pelbagai usia! Oleh itu, dengan peranti ELECLEAN, kita semua boleh mengurangkan penggunaan botol sanitizer pakai buang dan juga menjimatkan duit dari beli sanitizer selalu. Kiranya macam one-off gitu! Boleh guna sampai bila-bila hihi ;)


Kalau korang nak beli ELECLEAN Disinfectant Device ni, jangan lupa gunakan kan Promo Code YAYA15% untuk penjimatan dan diskaun sebanyak 15%!


Untuk maklumat lanjut :






Terima kasih sudi baca  

1 comment: