Seronok sangat kalau ada rumah atas nama sendiri kan? Dapat pula rumah di tengah bandar Kuala Lumpur. Lagi syok kalau rumah tu dekat dengan kemudahan pengangkutan, mudah akses nak kemana-mana, banyak fasiliti dan paling penting selamat untuk didiami. Berangan tak salah kan? Sebenarnya Yaya dah jatuh hati dengan rumah mampu milik Astrum Ampang by Setia Awan. Harga untuk setiap unit bermula dari RM230,000 sehingga RM270,000. Kebetulan hari tu Yaya berkesempatan untuk hadir ke showroom mereka di Phileo Damansara.
Memang terkesima sungguh dengan kepelbagaian fasiliti unik yang disediakan untuk pemilik dan penghuni yang bakal menginap nanti. Untuk pengetahuan korang, projek ini dihubungkan dengan stesen LRT Jelatek dengan jarak 150 meter berjalan kaki ke Stesen LRT Jelatek yang hanya 4 stesen kereta api dari KLCC. Projek ini juga telah mencipta sejarah sebagai pembangunan pertama berkonsepkan Transit Oriented Development (TOD) dan SOHO Transit di negara ini. Hebat bukan?
Apa itu Transit Oriented Development (TOD)?
Transit Oriented Development (TOD) atau Pembangunan Berorientasikan Transit merupakan solusi dalam mengurangkan kebergantungan terhadap kereta dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan berjalan kaki sebagai satu gaya hidup di bandar.
Selain konsep TOD, inspirasi moden Astrum Ampang merangkumi konsep “City Within City”, yang mana ianya akan mewujudkan ruang kepada penduduk untuk menjalani kehidupan mereka dengan tenang dan gembira kerana semua yang diperlukan semuanya berada di dalam persekitaran tempat tinggal mereka.
Terletak di sepanjang kawasan Jalan Ampang dan Jalan Jelatek, pembangunan seluas 6.8 ekar itu akan menyerlah dengan tarikan utama seperti lokasi, kebolehcapaian, kemudahan, mampu milik dan gaya kehidupan di bandar yang diidamkan oleh golongan muda profesional.
27 unit kedai yang bakal didirikan nanti akan diserapkan dengan elemen yang turut dirancang untuk memberi kelebihan kepada penghuni untuk menikmati gaya hidup bandar yang lebih kaya dan menarik.
Reka bentuk yang sangat praktikal dan sesuai dengan keperluan golongan muda 20-an sehingga 30-an dengan keinginan untuk tinggal dalam persekitaran bandar, SOHO Transit di Astrum Ampang mempunyai keluasan binaan 280 kaki persegi, SOHO Suites berkeluasan 450 kaki persegi dan Mampu Milik Service Apartments yang terdiri daripada seluas 450 kaki persegi dan 550 kaki persegi. Jom kita tengok gambaran Astrum Ampang yang bakal berdiri teguh dan indah di tengah bandar Kuala Lumpur nanti.
Terletak hanya 4km dari Menara Berkembar Petronas, Astrum Ampang yang akan dibangunkan dengan baik ini terletak berhampiran dengan mercu tanda bandar yang popular di sekitarnya. Ini termasuk Pusat Perubatan Gleneagles, Great Eastern Mall, sekolah awam dan swasta serta macam-macam lagi! Sesuai sangatlah dengan maksud nama Astrum (bermaksud 'Bintang' dalam bahasa Latin) yang sekaligus akan menjadi bintang yang paling terang di tengah ibu kota ^_^
Tak sabar nak lihat Astrum Ampang berdiri gah nanti! Projek ini dijangka siap pada tahun 2026.
Kalau nak tahu apa yang buat Yaya begitu tertarik dengan Astrum Ampang ini selain dari kemudahan pengangkutan dan kemudahan untuk mengakses ialah, terdapat 62 fasiliti menarik dan premium yang disediakan untuk penghuni yang bakal menetap disini.
Antara kemudahannya ialah :
- Mini theater/ audotarium
- Private party room
- Spa & Onsen Space
- Pool side seating area
- Outdoor playground
- BBQ Pavillion
- Kid's Pool
- Futsal court
- Jacuzzi
- dan banyak lagi!
Ini pula adalah Floor Plan untuk unit di Astrum Ampang untuk rujukan korang.
Yaya memang amaze dengan teknologi yang digunakan dalam projek ni. Seiring dengan arus modenisasi, kita juga haruslah seiring untuk terus kekal relevan dengan teknologi semasa. Contohnya bila nak buka pintu hanya perlu guna cap jari. Bila dah masuk rumah ada pembantu kecil Google mini. Jerit je Google mini please switch on the aircond wah today so hot ah! Terus dia bukakan air cond untuk korang haha iye Google mini tu nanti dapat sekali dalam pakej ya!
Jom kita tengok ruman contoh. Memang sangat sesuai untuk golongan muda yang bujang dan berkerjaya yang inginkan privasi atau mereka yang baru berkahwin. Nak jadikan investment pun syok!
Galeri jualan dan unit pameran Astrum Ampang di Phileo Damansara 1 kini dibuka untuk tontonan. Anda boleh membuat temujanji dengan menghubungi 018-371 2888.
Untuk maklumat lanjut :
Website : https://www.astrumampang.com/
Facebook : Astrum Ampang
Instagram : @astrumampang
Terima kasih sudi baca
Nie kalau ada rezki, nak gak Rawlins dapatkan satu. Memang satu pelaburan yang berbaloi nie kalau dapat beli satu.
ReplyDeleteFuh, masyaAllah, Walaweh, dengan harga below 300K tapi dapat kawasan yang cenggini which is kay el dengan fasiliti yang *boom*!! Berbaloinya
ReplyDeletecantik betul rumah kat sinu.. buat pelaburan atau beli itk duduk best juga
ReplyDeleteWaah, this condo really looks good. Below 300K is quite rare to get this good property and strategic location.
ReplyDeletenice to stay near to the city, so convenient to get every thing in short distance. nice
ReplyDelete