Feb 19, 2022

Wawawax | Sukanya Dengan Skrub Badan Baharu Wawawax!



Minggu lalu Yaya berkesempatan untuk hadir menyaksikan pelancaran produk baharu Wawawax. Bila dapat tahu tentang pelancaran produk mereka, Yaya memang teruja sangat sebab Yaya memang pengguna setia Wawawax iaitu Wawawax Cold Wax Hair Removal. 


Hadir dengan dua jenis variasi skrub badan dengan haruman Rosie Red dan Sweet Peachy, pastinya ia bakal menggamit aura positif ketika memanjakan diri di kamar mandi eccewah. Yaya dah try memang best ye! Ramai yang suka dengan haruman Rosie Red, tapi bagi Yaya yang merupakan pencinta haruman buah pic, pastinya Yaya excited bila Wawawax memilih haruman pic sebagai dua pilihan utama mereka.


Hello saya dah ada Wawawax Body Scrub! Yang pastinya, Wawawax body scrub ini diformulasi dengan bahan semulajadi untuk kecantikan kulit. Paling best, ianya sesuai untuk semua jenis kulit tau.


Puan Najwa Othman (kiri), merupakan Pengasas Bersama Wawawax Global Sdn Bhd dan Puan Naqiah Othman pula merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Wawawax Global Sdn Bhd. Seronoknya mereka berkongsi pengalaman sebelum tercetusnya Wawawax. Ceritanya Puan Najwa(adik) mengajak Puan Naqiah(kakak) untuk mencuba hot waxing yang akhirnya tidak memberikan pengalaman yang baik bagi Puan Naqiah kerana kurang selesa apabila menggunakan hot waxing. Dari situ, mereka mencuba untuk mencipta sendiri cold waxing dan Wawawax merupakan pencetus pertama bagi cold hair wax removal sejak 6 tahun lepas. 

“Amat penting bagi kami untuk memberikan pengalaman terbaik untuk para pelanggan kami yang disayangi dalam menjaga diri dan kami mengambil peluang ini sebagai satu keistimewaan dan tanggungjawab besar daripada syarikat kecil Malaysia tempatan seperti kami. 

Jadi, kami sentiasa melakukan yang terbaik. Wawawax Body Scrub yang dirumus dengan teliti ini merupakan pelengkap yang sesuai kepada Cold Wax Hair Removal kami dan boleh digunakan sebelum atau selepas waxing atau bercukur.” kongsi Puan Naqiah Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Wawawax Global Sdn Bhd.


Ketika majlis pelancaran ini juga Wawawax mengambil kesempatan untuk menghargai stokis mereka yang merupakan WAWAWAX TOP ACHIEVER 2021. 

Saufinas Binti Ismail | Jualan RM1,495,521.00

Nur Husna Ahmad Hasib | Jualan RM598,460.00


Nurul Aini Eko Praswidodo | Jualan RM282,010.00


Tahniah diucapkan kepada semua! Seronoknya dapat buat sale hingga berjuta!



Cabutan bertuah pun ada semasa hari pelancaran! Hadiah semua best best hihi tahniah semuaaa~ ^_^


Kelebihan menggunakan Wawawax Body Scrub :

1. Membuang sel kulit mati
Dengan urutan lembut ke seluruh badan, Wawawax Body Scrub berupaya untuk membuang sel kulit mati dari terus menyumbatkan liang pori sekaligus mengelakkan kulit dari nampak kusam, kering dan warna tidak sekata. Sebab tu kita kena gunakan skrub badan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu

2. Memperbaiki tekstur kulit dan mengoptimunkan penyerapan 
Bila kulit bebas dari sel kulit mati, kulit akan lebih mudah menyerap lembapan seperti losyen yang selalu kita pakai selepas mandi. Ianya juga akan membuatkan kulit sentiasa lembut dan lembap untuk jangka masa yang lebih lama

3. Menghaluskan kulit dan mencegah hyper pigmentasi
Bila kulit kita bersih selepas skrub, efek kulit halus akan dirasai serta merta. Bila kulit bersih, secara tak langsung ianya dapat mencegah hyper pigmentasi pada kulit selepas sel kulit mati tadi telah dikeluarkan. Yang penting, gosok secara lembut tau :)


Cadangan penggunaan Wawawax Body Scrub adalah seperti berikut:

● Sebelum dan selepas mencukur/waxing kulit dengan Cold Wax Hair Removal, sapukan sedikit Wawawax Body Scrub ke hujung jari anda dan sapukan pada kulit yang telah dibasahkan.

● Sapukan dalam gerakan bulat kecil dengan tekanan yang lembut.

● Bilas kulit anda dengan air suam dan keringkan kulit anda dengan menepuk
perlahan-lahan dengan tuala.

● Elakkan sentuhan dengan luka dan kulit sensitif.


Kalau siapa yang belum cuba Wawawax Cold Wax Hair Removal ni, please cuba! Untuk pertama kali mungkin terkejut sikit kerana memerlukan tarikan sehingga ke akar. Tapi bagi proses seterusnya, insyaAllah akan lebih mudah kerana hanya bulu halus yang tinggal. Paling best, bulu lambat tumbuh tau. Lagi best, tak perlu panaskan sebelum guna. Boleh terus oleskan pada kayu yang disediakan dan sapu terus pada permukaan bulu yang hendak ditanggalkan. Kain kertas juga disediakan untuk proses tarikan bulu hihi.


Sebelum gunakan Wawawax Cold wax hair removal ni, jangan lupa untuk skrub dulu di bahagian bulu yang hendak dibuang bagi tujuan pembersihan liang pori sebelum bulu ditanggalkan. Percayalah, proses hair removal akan jadi lebih mudah dan kurang menyakitkan. Lagi best, tiada ingrown hair dan kulit terasa bersih dan lembut selepas proses waxing ;)


Bersama founder Wawawax, Puan Naqiah.


Bauan rose pastinya bauan yang paling menggamit dan kesukaan wanita. Wawawax Rosie Red Body Scrub ini pastinya buat korang jatuh cinta. Bau bunga rose yang sangat soft dan tak menyakitkan hidung, feeling macam di spa mahal dan bertaraf 5 bintang ye bau dia haha korang serius kena cuba! 


Bersaiz botol dengan kepadatan 100g yang sangat sesuai untuk dibawa kemana-mana terutamanya bercuti, boleh sangat la kalau korang nak hadiahkan kawan-kawan yang baru berkahwin hihi sekarang kan musim orang kahwin. Ha bolehlah hadiahkan untuk mereka sebagai persiapan sebelum perkahwinan. Mesti diorang happy! Bagi Yaya, haruman bunga rose ni memang romantik dan sungguh menenangkan. Kita sebagai mak mak ni pun perlu 'me time' untuk memanjakan diri juga tau!


Warna yang semulajadi, tak perlu campur air pun takpe. Yaya basahkan badan macam renjis renjis air je bagi smooth laluan untuk Yaya skrub badan hihi terpulang pada keselesaan masing-masing


Wawawax Body Scrub ni Yaya suka sebab biji skrub dia sangat halus dan tak merengsakan kulit kita. Best sangat bila sapu di badan. Paling penting, kulit tak gatal lepas skrub. Ada skrub lain yang Yaya pernah guna, kulit rasa gatal. So memang sesuai sangat Wawawax Body Scrub ni untuk semua jenis  kulit.


Sebab Yaya pencinta buah pic, memang Yaya suka la haruman Wawawax Sweet Peachy Body Scrub ni. Payah nak jumpa body scrub dengan haruman buah pic so memang Yaya seronok bila Wawawax keluarkan Sweet Peachy ni. Bau pic yang sangat wangi rasa nak makan haha bau manis sangat I loveeee. Kita yang lepas mandi ni pun akan rasa segar dan happy!


Kalau tanya Yaya, Yaya memang sangat suka dengan bau Sweet Peachy ni tau koranggg! Tapi kalau korang prefer dengan bauan floral, Rosie Red sangat sesuai untuk korang. Alah senang beli dua-dua jelah! :p


Warna Sweet Peachy lebih terang sedikit dari Rosie Red tetapi tekstur keduanya sama dan fungsinya juga sama untuk mencantikkan kulit anda hihi


Love you Sweet Peachy! Hariku di kamar mandi sungguh indah dengan haruman mu (^.^)

Jangan lupa dapatkan Wawawax Body Scrub baharu tau! Wawawax Body Scrub ini boleh didapati melalui ejen Wawawax sekitar negara dan Shopee pada harga RM32 sahaja. Memang berbaloi!

MENGENAI WAWAWAX

Wawawax merupakan syarikat Malaysia milikan wanita yang menawarkan produk penjagaan diri dengan misi utama untuk meningkatkan pengalaman indah pelanggan melalui produk wax dan skrub.

Wawawax berusaha untuk membuatkan semua merasa dihargai, disayangi dengan menyediakan produk berkualiti yang boleh mengubah mana-mana rumah menjadi pengalaman spa yang sebenar! 

#wawawax #scrubtosmooth 

Untuk maklumat lanjut :

Website: https://wawawax.com.my/

Facebook: wawawaxhq

Instagram: @wawawax_hq

Shopee: Wawawax official store


Terima kasih sudi baca   

1 comment:

  1. Tahniah Wawawax. Akak yang baca ni pun terbau-bau haruman Rosie Red dan Sweet Peachy. Nanti nak restock lg. Senang mereka ada official store di Shopee. Hehe.

    ReplyDelete