Mar 10, 2022

Iftar Together-Gather di Bangi Golf Resort

 Sejak pandemik 2 tahun lepas, memang rindu sangat nak pergi bufet Ramadan. Ramai terkesan sejak penularan wabak Covid-19 kan? Lagi-lagi mereka yang terpisah jauh dari ahli keluarga dan tak boleh nak merentas negeri. Seiring dengan masa, Alhamdulillah selepas 2 tahun akhirnya kita dapat berkumpul dan bersama-sama dengan orang tersayang semula.

Lembaran 2022 nampaknya membawa sinar bahagia kepada semua. Banyak sektor mula dibuka dengan kelonggaran yang dibenarkan. BGR juga tidak terkecuali dengan tema buffet Ramadan mereka “Iftar Together-Gather” dengan membawa semangat “Balik Kampung” bagi mengenang kembali nostalgia bersama keluarga tercinta.

Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah di syorkan KKM, kapasiti tempat duduk di ruang makan telah dikurangkan sebanyak 50% bagi memberi keselesaan buat mereka yang berbuka puasa disini dengan penjarakan fizikal di kawasan makan dan juga bufet.

 

Paling penting bagi tetamu yang ingin hadir ke BGR, haruslah lengkap kesemua dos vaksinasi. Ini bagi menjamin keselamatan pengunjung lain yang hadir dan juga kanak-kanak yang turut serta. Semoga kita terus makmur dan aman damai dalam menuju fasa endemik ini. Petugas RELA juga akan memeriksa status pengunjung bagi menjamin keselesaan semua dalam menikmati hidangan berbuka puasa di BGR.

 

Berikut adalah Harga Bufet Ramadan di Bangi Golf Resort :

Dewasa : RM60

Kanak-kanak : RM30

 

Antara menu menarik dan lain daripada yang lain disini adalah Kambing Bakar dengan sos blackpepper yang lazat, Sup Kambing Mamak, Smoked Spaghetti Carbonara, sate dan paling legend ramai peminat Sous Vide Egg with Mushroom Espuma. Gitu nama dia tapi sedapppp. Anak-anak pun seronok makan kat sini especially keunikan Spanish Churros with Thick Chocolate sauce huhu sedap betul.

 

Istimewanya di sini, BGR sentiasa menampilkan hasil tanaman segar dari ladang mereka. Chef BGR akan memetik tanaman dan sayuran yang dijamin kesegarannya dan terus menggunakan bahan-bahan tersebut untuk hidangan iftar dan tetamu boleh merasai pengalaman menjamu selera yang unik iaitu “farm to fork”. Warna biru dari Nasi kerabu mereka juga adalah warna biru semulajadi dari Bunga Telang yang ditanam di ladang mereka. Aduhai sedap betul nasi kerabu di BGR dengan lauk sampingan ayam goreng, ikan masin, keropok dan lain-lain!

 

Antara menu baru di BGR bagi tahun 2022 ini ialah Ayam Bakar Percik Selangor, Korean Fried Chicken, Korean Japchae, Japanese Beef Curry, Tom Yam Seafood, Pad Kra Pao ( Thai Basil Chicken ), Poach Chicken with Thai Suki Sauce, Mee Siam Goreng Meletup, Laksa Singapore, Penne with Creamy Korean sauce dan Liquid Snickers. Memang tertarik la deria rasa korang nanti! :D

 

BGR juga telah disahkan HALAL oleh JAKIM semenjak tahun 2009. Selain itu, BGR juga telah menerima sijil HACCP untuk ruangan dapur dan korang jangan khuatir okay! Komitmen mereka tentang Halalan Toyyinam, piawaian kebersihan dan keselamatan makanan pastinya tip top.

 

Dengan kemudahan 800 lot parkir kereta percuma serta ruangan surau yang cukup besar dan selesa bagi tetamu lelaki dan wanita, pastinya memberi kesenangan hati buat semua.


Jom jamu mata antara hidangan yang ada di bufet Ramadan di BGR ^_^






















Bufet Ramadan BGR bermula pada 4hb April 2022 sehingga 1hb Mei 2022.

 

Boleh layari laman web Bangi Golf Resort untuk menempah bagi harga secara berkumpulan dan tempahan boleh dibuat melalui https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2022/ .*Semua harga adalah tertakluk kepada 6% SST.


Untuk maklumat lanjut, layari :

Bangi Golf Resort

Alamat : No 1 persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650 Malaysia

Koordinat : 2.95716N, 101.76518E

Tempahan dan pertanyaan : 1700 821 457

Emel: enquiry@bgrrest.com

Websitehttps://www.bgrrest.com

Facebookhttps://www.facebook.com/bangigolfresort/

Instagram@bangigolfresortofficial

  


Terima kasih sudi baca   

No comments:

Post a Comment