Oct 25, 2018

Rawat kulit wajah berjerawat dengan NUViT Anti-Acne Series


Hi korang! Siapa tak stress kalau jerawat suka sangat tumbuh kat muka kita kan? Sejak Yaya bersalinkan Dahlia, makin menjadi-jadi masalah jerawat ni tau. Kalau dulu tumbuh secotet je tapi sekarang memang tak ada belas kasihan langsung dia membiak :(


Kadang-kadang fikir juga, adakah sebab stress kerja atau uruskan rumah tangga? Atau sebab penjagaan kulit muka yang salah? Atau sebab pengambilan makanan yang tak seimbang? Kurang bersenam? Kurang minum air? Aduh macam-macam Yaya fikir. Jerawat ni dah la kalau sekali dia naik memang kacau habis keyakinan diri hmphh


Yaya mempunyai combination skin so kadang-kadang tak tahu produk mana yang betul-betul serasi atau tak serasi dengan Yaya sampailah Yaya terkenan dengan NUViT Anti-Acne Series. Mereka juga ada produk white series tapi sedar akan diriku yang memerlukan rawatan pencegahan jerawat, Yaya terus decide nak cuba NUViT Anti-Acne Series dahulu.


Berasal dari Taiwan, NUViT Anti-Acne Series menggunakan 3 langkah untuk mengawal masalah jerawat iaiatu SPOT, ENTIRE dan ENHANCE. Setiap satu formulasi ini menggunakan kebaikan dari sumber semulajadi dan ekstrak tumbuh-tumbuhan. Yang bestnya ia bebas dari kandungan berbahaya, tanpa alkohol dan juga non-allergenic.
I



Untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, parut jerawat, blackheads dan whiteheads, set NUViT Anti-Acne Series ini mampu membantu untuk : 
  • Meningkatkan metabolisme dan penyembuhan kulit wajah
  • Membaiki dan mengawal pengeluaran sebum
  • Menghalang bakteria dari terus menyebabkan jerawat
  • Melegakan keradangan
  • Mengecilkan liang pori di wajah





Langkah 1 : SPOT

Acne and Blemishes Prevention Concentrate 30ml (RM47.90)


Produk ini seperti campuran air dan juga serbuk yang mana sebelum menggunakannya kita kena goncang dulu betul-betul bagi sebati sebelum titiskan di kapas dan tekapkan kepada kawasan yang bermasalah. Yang bestnya kerana ia sangat ringan dan mudah meresap ke dalam kulit. 


Set kat dalam minda yang ianya mungkin sedikit pedih tetapi hanya pedih yang ringan bila kita letakkan di kawasan yang berjerawat. Ha mesti dia tengah buat kerja tu kan. Nyah kamu jerawat! Haha! Yang pastinya muka akan rasa sejuk gituu. Gunakan pada waktu pagi dan malam.


Kebaikan : Membersihkan liang pori wajah, mencegah jerawat, mengawal sebum minyak di wajah, meningkatkan kebaikan tekstur kulit, mengetat dan mengecilkan liang pada wajah.


Langkah 2: Entire 

Acne Corrector Purifying Fluid 30ml (RM36.90)


Best sangat acne corrector ni! Yaya suka gila dengan teskturnya yang ringan dan menyerap dengan baik tanpa meninggalkan rasa melekit yang membuatkan kita tak selesa. Lepas tu rasa sejuk-sejuk segar je kulit muka ni hihi. 


Kalau tadi untuk kawasan tertentu pada wajah yang berjerawat, acne corrector ini pula boleh disapu keseluruh wajah. Aroma mint yang ada memang buat kulit muka kita rasa fresh sangat. Waktu paling terbaik untuk menggunakannya ialah pada waktu pagi sebelum bersiap dan juga pada waktu malam sebelum tidur.


Kebaikan : Mempunyai sifat antibakteria, mencegah jerawat pada seluruh wajah, mengetatkan liang pori dan mengawal pengeluaran sebum di wajah kita


Langkah 3: Enhance

Acne Purifying Gel 15ml (RM32.90)



Sememangnya ini adalah produk yang paling Yaya teramat suka sekali dalam rangkaian ni. Macam magic tau! :p Kenapa magic? Sebab Acne Purifying Gel ini khas untuk kawasan yang jerawat dan dapat meredakan keradangan pada jerawat korang dengan serta merta!


Selain dari mampu meredakan kemerahan jerawat dan kawasan muka yang kemerahan dalam masa yang singkat , ianya juga aktif mengawal dan menghalang tumbesaran jerawat dalam tempoh 24 jam. Paling efektif gunakan sebelum tidur dan korang boleh bangun pagi dengan jerawat yang sudah  hampir kecut! Hihi best gel ni!


Manfaat : Menghalang liang pori dari tersumbat, mengawal blackheads dan whiteheads, meredakan kemerahan pada wajah akibat jerawat dan memudarkan parut jerawat.

Hasilnya : 


Sebelum


Semasa


Selepas (semoga terus hilang parut jerawat yaya)

Masalah kulit uols yang mana? Yaya type 1 dan 2. Huwaaa nak cantikkk! Hahaha


Ini adalah antara kandungan dan ekstrak semulajadi yang terdapat dalam NUViT Anti-Acne Series. Bagi Yaya ianya berkesan dalam tempoh yang singkat jika dipakai secara konsisten. Yang penting ianya tidak berbahaya dan diiktiraf selamat untuk digunakan pada semua jenis kulit. Pastikan guna produk yang baik dan selamat tau! :)


Untuk maklumat lanjut :

Website : www.nuvit.com.my
Instagram : @nuvitmy 




Terima kasih sudi baca

9 comments:

  1. Saya pun amat amat risau klo ada semacam jerawat tumbuh pada kulit wajah. Ini penting menjaga kebersihan wajah dan anti agne ini adalah solusinya

    ReplyDelete
  2. Bagus untuk mengelakkan jerawat naik. Jadi kena ada pencuci muka yang terbaik sesuai untuk mengelakkan pertumbuhan jerawat. Ramuan dalam produk ni pun bagus, mmg rekomen

    ReplyDelete
  3. good sharing on this acne products, I am looking for them as my teenager son started growing acne. It's important to have skincare to take care our skin. Shall click the link for more detailed.

    ReplyDelete
  4. First time dengar tentang produk ni. Bagusnya sebab ingredients dia dr bahan2 semulajadi dan takde bahan kimia. Rasa selamat nk guna. Dan harga pun reasonable.

    ReplyDelete
  5. Nampak betul2 meyakinkan produk Nuvit nie. Walaupun baru je dengr nama produk nie sejak 2 bulan yg lalu, tapi banyak yg memberikan review yg positif. Mungkin boleh cuba sendiri dekat kulit utk lihat keberkesanannya

    ReplyDelete
  6. Nampak ada improvement ni. Semoga yaya makin cun ya. Saya pun risau tumbuh jerawat jugak, nnt nak makeup pun x lawa.

    ReplyDelete
  7. Tak peenah ada jerawat yang teruk tapi seketul pun dah buat auni tension. Teruja sangat dengan produk macam ni lebih lagi ianya antibakteria :)

    ReplyDelete
  8. kalau perempuan, isu jerawat ni mmg la sensitif kan. Rasa nak menyorok je kat rumah kalau jerawat timbul. Huhu

    ReplyDelete
  9. Jerawat memang musuh wanita. Nasib baiklah muka saya jenis yang bila period baru tumbuh jerawat itu pun risau lekat parut. Baguslah ada produk macam ni, so tak risau lagi dengan parut jerawat

    ReplyDelete