Nov 1, 2022

Perkara yang Membuatkan Mak Mak Sering Letih, Lesu dan Sukar Fokus

Hai korang! Terutama untuk mak mak macam Yaya, semestinya kita selalu letih dengan tugas seharian kan? Tak kiralah ibu yang berkerja mahupun surirumah sepenuh masa. Mesti ada ketika kita pun jadi serabut perut nak uruskan hal anak dan rumahtangga. Kadang-kadang nak mandi lama sikit pun tak sempat, makan pun laju rasa nak tercekik sebab ada anak kecil yang perlukan perhatian. Mana anak yang selalu meragam tengah malam lagi, dengan waktu tidur kita pun terganggu and end up bangun pagi rasa tak happy, penat, stress dan tak cukup tidur :(

Jujur kata, Yaya sendiri pun kadang-kadang terkejar nak uruskan semuanya. Ada hari kita sangat produktif dan sentiasa dapat make sure semua berjalan dengan lancar. Contohnya, bila balik je kerja terus ambil anaka-anak dan sampai rumah pukul 7pm, Yaya terus mandikan anak, siapkan anak makan, cuci baju sekolah, cuci botol susu, kemas dapur, sediakan kelengkapan untuk keesokan hari, gosok baju untuk esok pula dan macam-macam lagi sehinggalah anak-anak masuk tidur. Kadang-kadang boleh terlupa dah makan ke belum. Sehari dua masih boleh disiplinkan diri. Apa jadi selepas beberapa hari dengan rutin yang sama dari bangun seawal pagi? Boleh burn out tau :(


Kulit breakout is me too :(

Kebetulan haritu ada terlalu timeline Yaya tentang rangkaian produk Eskayvie Mindtropic, tertarik Yaya nak baca apa kebaikan dan manfaatnya. Sebenarnya Yaya sendiri pengguna Eskayvie Diffenz tau. So far Yaya memang rasa sangat puas hati. Jarang jatuh sakit pun dah Alhamdulillah. Kalau tak sihat pun, syukur cepat recover semula. Bila tengok iklan Eskayvie Mindtropic ni dapat menangani masalah lesu sebab sukar tidur dan mudah stress, Yaya memang seronok nak try. Kawan ofis pulak memang ejen Ekayvie yang sah, so lagi senang nak dapatkan stok hihi.

Selain lesu, letih, sukar tidur dan fokus, mak mak ni senang jadi pelupa betul tak? Maklumlah banyak sangat benda nak kena digest dalam kepala, hp pun kita lupa letak mana sedangkan baru je pagang tadi. Benda-benda macam ni buat lebih merisaukan maklumlah baru umur 30an. Memang kena cepat-cepat atasi sebelum jadi lebih parah. Banyak sangat benda nak kena ingat, terus terkena short-term memory loss.

*sumber Google

Sebelum tu, apa itu short-term memory loss/ hilang ingatan jangka masa pendek?

Kehilangan memori jangka pendek, atau gangguan memori jangka pendek, adalah kondisi ketika seseorang tidak dapat menyimpan maklumat jangka pendek, atau melupakan maklumat yang baru sahaja mereka terima. Melupakan maklumat baru secara tiba-tiba terjadi pada hampir semua orang. Sangat mudah untuk melupakan maklumat baru jika seseorang tidak memberika fokus yang sepernuhnya, terganggu, atau tidak berusaha untuk mengingati maklumat tersebut. Kita semua juga harus sedar yang masalah hilang ingatan jangka masa pendek jua merupakan sebahagian dari proses penuaan. 

*sumber Google

Hilang ingatan atau gangguan memori cenderung untuk berlaku seiring dengan peningkatan usia manusia. Ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan, namun kehilangan memori yang semakin teruk disebabkan penyakit seperti Alzheimer mungkin boleh menjejaskan kehidupan anda.

Apakah punca atau penyebab lain kepada hilang ingatan selain penyakit Alzheimer? 


Perkara-perkara yang menyebabkan hilang ingatan 

Kita mungkin kerap mengalami kelupaan atau gangguan memori seperti kehilangan memori jangka masa pendek.

Tidak kira sama ada ia adalah kelupaan biasa atau kehilangan memori, kesemuanya mempunyai beberapa penyebabnya yang tersendiri. Berikut adalah antara penyebab-penyebab yang boleh menyebabkan hilang ingatan.

*sumber : hellodoktor.com

#1. Pengambilan ubat-ubatan

Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang mungkin boleh mengganggu memori anda atau menyebabkan hilang ingatan.

Antara jenis ubatan yang boleh menyebabkan hal ini ialah: antidepresen, antihistamin, ubatan anti keresahan, pelega otot, ubat tidur dan ubat tahan sakit yang diberikan selepas pembedahan.


#2. Penggunaan alkohol, rokok dan dadah

Alkohol merupakan antara punca utama seseorang itu mengalami gangguan memori. Penggunaan alkohol secara berlebihan telah lama diakui sebagai punca hilang ingatan kepada seseorang individu tersebut.

Selain daripada alkohol, aktiviti merokok dan juga pengambilan dadah terlarang juga menyumbang kepada gangguan memori yang berlaku.

Merokok menyekat jumlah oksigen yang sepatutnya masuk ke dalam otak. Kajian ada menyatakan, mereka yang merokok mempunyai kesukaran untuk mengenali seseorang berbanding mereka yang tidak merokok.

Penggunaan dadah yang terlarang pula boleh mengubah struktur kimia otak sehingga menyukarkan seseorang itu untuk mengingati sesuatu.


#3. Kurang tidur

Masalah kurang tidur juga boleh menyumbang kepada gangguan memori yang berlaku. Kekurangan tidur bukan hanya melibatkan jumlah waktu tidur anda, tetapi juga meliputi kualiti tidur anda.

Jika anda tidak mendapatkan waktu tidur yang mencukupi atau terlalu letih, ia akan mengganggu keupayaan untuk menyatukan dan mendapatkan maklumat.


#4. Mengalami kemurungan dan stres

Apabila seseorang itu mengalami kemurungan, ia mungkin akan mengalami kesukaran untuk memberikan perhatian atau memberikan fokus terhadap sesuatu.

Selain itu, stres dan kemurungan juga boleh mengganggu penumpuan seseorang individu sehingga menjejaskan memori mereka.

Apabila anda berada dalam keadaan yang tertekan atau minda anda berada dalam keadaaan yang terganggu, kebolehan anda untuk mengingati sesuatu turut terjejas.

Stres yang dialami turut menyebabkan trauma emosi yang membawa kepada hilang ingatan.


#5. Kekurangan nutrisi yang sepatutnya

Sesetengah nutrisi makanan sememangnya berperanan penting dalam menguatkan fungsi otak manusia.

Kandungan nutrisi seperti protein yang berkualiti tinggi dan juga lemak adalah sangat penting untuk fungsi otak yang terbaik.

Jika anda mengalami kekurangan nutrisi seperti vitamin B1 dan juga B12, ia boleh menjejaskan memori anda.


#6. Kecederaan pada kepala

Kecederaan pada bahagian kepala juga boleh menyebabkan gangguan memori dan hilang ingatan.

Jika anda mengalami kecederaan pada kepala seperti terhantuk, jatuh atau akibat kemalangan, ia boleh mencederakan otak dan menyebabkan kehilangan memori jangka panjang dan juga pendek.

Memori yang terjejas ini mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk kembali pulih.


#7. Strok

Strok berlaku apabila aliran darah ke bahagian otak terhenti kerana terdapat sekatan pada salur darah atau salur darah yang mengalami kebocoran.

Strok juga sering menyebabkan kehilangan memori jangka pendek.

Mereka yang mengalami strok mungkin boleh mengingati memori lampau seperti zaman kanak-kanaknya, tetapi tidak berkemampuan untuk mengingati apa yang telah dilakukan sebentar tadi.


#8. Amnesia global sementara (TGA)

Ini adalah sejenis kehilangan pembentukan memori dalam masa yang singkat.

Ia biasanya akan hilang dengan sendirinya dan tidak menyebabkan sebarang bahaya atau kemungkinan untuk terjadi lagi.

Doktor tidak begitu pasti mengapa hal ini boleh berlaku. Kadangkala, terdapat strok kecil yang berlaku di hippocampus iaitu bahagian otak yang berkaitan dengan pembentukan ingatan atau memori.


#9. Demensia

Demensia adalah nama untuk kehilangan memori progresif dan aspek pemikiran lain yang cukup parah sehingga mengganggu kemampuan untuk berfungsi dalam aktiviti harian.

Walaupun terdapat banyak penyebab demensia – termasuk penyakit saluran darah, penyalahgunaan dadah atau alkohol, atau penyebab kerosakan otak yang lain, tapi penyebab yang paling biasa adalah penyakit Alzheimer.

Penyakit Alzheimer dicirikan oleh kehilangan sel otak yang progresif dan gangguan tidak normal yang lain pada otak.


Risaunya~~!! Ini baru hilang ingatan jangka masa pendek apatah lagi hilang ingatan jangka masa panjang huwaaa help me T_T 


So bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini? I don't want to aging early T_T . Mak mak yang lain pun mesti risau juga kan. Siapa sangka sebab stres, tak cukup tidur, letih, lesu, kurang fokus dalam pekerjaan merupakan simptom awal kepada penyakit lupa yang berpanjangan :(

Yaya ambil keputusan untuk cuba bertenang dengan segala rutin harian dan juga paling penting, amalkan suplemen tambahan yang mampu membantu dan mengatasi masalah Yaya yang sukar fokus, mudah lupa, cepat letih dan lesu. Eskayvie Mindtropic la jawapannya!

Korang tahu tak kandungan utama Eskayvie Mindtropic mampu menangani masalah mak mak macam Yaya? Yess bukan mak mak je boleh makan Eskayvie Mindtropic ni, orang muda yang selalu busy dan mengalami masalah lupa, letih, lesu macam Yaya pun boleh amalkan Eskayvie Mindtropic ni!


5 Bahan Utama Eskayvie Mindtropic


PHOSPHATIDYLSERINE

Komponen utama yang penting untuk membina otak dan menggalakkan sel otak berhubung. Faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini menjadi tidak mencukupi dan menjejaskan kesihatan minda.

Korang nak tahu tak? Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ini mampu menambahbaik keadaan otak menjadi 14 tahun LEBIH MUDA dari usia asal. Fuhh!

Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotramitter bagi melancarkan lagi fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir pada tahap optima.



ASHWAGANDHA KSM-66

Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan membaiki tumpuan.

Khasiatnya terletak dari akar dan memberi kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).

Boleh mengurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.

Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.


BACOPA MONNIERI

Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog (terutama untuk mereka yang merupakan bekas pesakit Covid dan terkesan dengan post-symptom Covid).

Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & memberi rasa gembira.

Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.


MAGNESIUM

Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak. 

Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.

Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).


SELENIUM

Tinggi kesan antioksidan dan anti-radang yang melindungi otak dari kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dan sebagainya. Ia juga mampu menyokong pembentukan sel-sel otak baru yang lebih sihat.



Kalau nak tahu Eskayvie Mindtropic ini dihasilkan oleh formulator Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri tau! Beliau merupakan formulator produk kesihatan yang terlaris di Malaysia iaitu Eskayvie Diffenz. Jadinya, Eskayvie Mindtropic pula ialah satu lagi produk berkualiti keluaran Eskayvie.


Siapa yang patut ambil Eskayvie Mindtropic ni?

✅ Orang yang sering stres

✅ Orang yang sukar nak fokus

✅ Orang yang susah nak tidur & insomnia

✅ Orang yang susah nak ingat & cepat lupa


Mesti best kan kalau kerja pun jadi lebih fokus? Lagi best Yaya rasa badan jadi lebih rileks dan tenang bila buat kerja seharian. Tidur pun jadi lebih berkualiti dan nyenyak.

CARA PEMAKANAN

1. Mindtropic Adalah Tablet Kunyah Yang Lazat Dan Sesuai Diambil Tanpa Air.

2. Bagi Orang Dewasa Berumur 18 Tahun Dan Ke Atas, Disyorkan Untuk Mengambil 1 Tablet Dua Kali Sehari Selepas Makan. Hanya ambil 2 tablet sehari dan korang akan merasai perbezaannya seawal 24 jam. 

3.Bagi Kanak-Kanak Berumur 13-17 Tahun Disyorkan Mengambil 1 Tablet Sehari Selepas Sarapan Pagi.


Bagi Yaya, rasanya sedap je dengan perisa buah markisa yang penting, tanpa gula tambahan tau! 100% bahan semulajadi ðŸ˜€



Dengan pengambilan Eskayvie Mindtropic secara konsisten, korang akan merasai :

❤ Serangan anxiety semakin berkurangan

❤ Tidur lebih lena

❤ Senang nak fokus

❤ Lebih mudah nak ingat

❤ Badan lebih bertenaga

❤ Mood lebih ceria


Jom tengok testimoni mereka yang dah amalkan Eskayvie Mindtropic



Nak tengok testimoni video pun boleh


Dari testimoni pengguna diatas ramai yang berikan reaksi yang positif selepas mencuba Eskayvie Mindtropic ni. Dari masalah cepat lupa dan sukar tidur kini lebih mudah tidur. Perasaan mereka juga lebih tenang, emosi lebih terkawal dan yang paling best, bangun pagi pun rasa fresh, lebih ceria dan bertenaga.


Dapatkan Eskayvie Mindtropic untuk tingkatkan kesihatan minda anda!


Untuk maklumat lanjut :

Website : www.eskayvie.com
Instagram : @eskayviemalaysia_ 
Facebook : Eskayvie Malaysia

Terima kasih sudi baca    

4 comments:

  1. akk mmg amalkan mmg nampak keberkesanannya.. dah mula dapat deep sleep.. kalau tak mudah terjaga jer huhu

    ReplyDelete
  2. Senang je amalkan Eskayvie Mindtropic ni. Kunyah dan hisap pun boleh. Sedap rasa oren berry macam tu.

    ReplyDelete
  3. Ohh I'm sure this will helpful to those with sleeping issue , thanks for sharing this from your own experience. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. i have all the symptoms you mentioned above and it is really affecting my productivity everyday. cannot wait to give the pills a try!

    ReplyDelete