Nov 8, 2022

Megarun Zahran 2022 | Kembali Berani Melangkah dengan Tema "Comeback Stronger"



Berkesempatan sekali lagi menyaksikan kemeriahan Megarun Zahran 2022 yang berlangsung pada 06 November 2022 lepas pastinya memberikan kenangan manis buat semua yang hadir terutamanya Megaklink Zahran sendiri. Seronok betul Yaya tengok ramai yang bersemangat menyertai Megarun Zahran kali ini selepas 2 tahun berehat dari pandemik Covid-19.


Untuk pengetahuan semua, penganjuran megarun kali ini merupakan tahun ke-4 penganjurannya. Mula dianjurkan pada tahun 2017 dengan 600 orang penyertaan. Kemudian diteruskan lagi pada tahun 2018 dengan 1000 orang penyertaan. Untuk tahun 2019 pula dengan penyertaan seramai 1500 orang. Memang hebat lah! Semoga inisiatif Megaklinik Zahran untuk menggalakkan masyarakat setempat mengamalkan gaya hidup sihat sekaligus mendekati masyarakat dengan acara santai macam ni akan diteruskan untuk tahun-tahun akan datang. 


Paling menarik perhatian pastinya pelbagai gerai jualan dan juga car boot sale yang berlangsung pada hari itu. 


Aturcara bermula seawal 6.30 pagi dan acara larian dimulakan pada pukul 7.10 pagi. Memang power la siapa yang join 10km punya tu. Alhamdulillah semua berjalan lancar dengan bantuan daripada pasukan bertugas yang mengawal trafik dan keadaan jalan pada pagi megarun berlangsung.

Tahniah buat semua pemenang yang telah menamatkan megarun dengan jaya dan bergaya!








Fuh hadiah wang tunai bukan kaleng-kaleng ye korang! Memang berbaloi la lari laju-laju hihi


Ala comelnyaaaa



Saat paling ditunggu-tunggu semestinya acara cabutan bertuah! Masa ni memang meriah dengan debaran dari peserta serta usikan nakal dari pengacara majlis Radin dan juga Falyq Hikyle. Geram je perangai dua orang tu memang tak kering gusi dibuatnya! Hadiah cabutan bertuah kali ni juga sangat hebat dan menarik dengan sokongan penuh dari para penaja yang hebat dan terkenal. 25 cabutan awal telah dicabut di ruang akademi Zahran pada pagi itu dan seterusnya 25 cabutan lagi dibuat di atas pentas ketika acara berlangsung. Yaya juga tumpang gembira melihat wajah ceria mereka yang bertuah pada pagi itu. Buat mereka yang tak menang, jangan risau InsyaAllah ada rezeki lain menanti ya!










Hadiah utama sebuah motosikal yang paling unggul dan paling dinanti-dinanti. Ada kisah menarik bagi pasangan ini. Sebelumnya, bintang Mat Kilau Ali Karimie yang memegang watak Brahim telah memenangi sebuah iron Philips yang semestinya merupakan idaman mak mak macam yaya ni. Yaya sampai sekarang nak beli tak beli lagi sebab mahal oii haha. Ali menang iron tu tapi geram je si Radin dengan Falyq provoke ye tak bagi ambil sebab Ali juga merupakan salah seorang penaja hadiah cabutan yang sebelumnya. Isteri Ali yang comel tu pun merelakan hadiah mereka dari kejauhan. 


So dipendekkan cerita, Ali let go hadiah dia dan buat cabutan baru. Memang rezeki kakak tu la dapat. Seterusnya bagi hadiah utama, wife Ali pula yang menang! Ya Allah meremang ye. Hadiah motor kot! Memang murah rezeki diorang ni hihi rezeki tak salah alamat. So hadiah motor ni mestilah kena ambil kalau diorang tak ambil Yaya pulak rasa nak marah nanti hihi. Tahniah buat Ali dan isteri! *Lepas jumpa Ali depan-depan, esoknya Yaya terus tengok semula cerita Mat Kilau kat Netflix and fokus watak Brahim je hahaha



Megarun Zahran dimeriahkan dengan kehadiran Ippo Hafiz yang turut menyanyikan beberapa buah lagunya yang hits. Seronok ye tengok free konsert!


Antara booth dan gerai jualan yang terlibat pada Megarun Zahran kali ini dan pastinya semua hebat-hebat belaka!









Wajah ceria yang hadir. Memang happening sungguh! Maklumlah lebih 1000 peserta terlibat dengan Megarun Zahran 2022 kali ini


Antara tetamu VIP yang hadir ketika Megarun Zahran Comeback Stronger


Tahniah buat team Megarun Zahran 2022 Comeback Stronger yang bertungkus-lumus bagi memastikan semuanya berjalan lancar pada hari kejadian. Ada staf yang dah mula bersedia seawal 4 pagi fuh memang terbaiklah!


Sempat Yaya menemubual Dato' Mohd Nafidz Haji Abdul Razak selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan isteri beliau Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman ketika sesi bersama media tempoh hari. Kagum dengan kejayaan yang telah mereka kecapi tetapi masih bersifat rendah diri dan sentiasa tersenyum apabila disakat oleh pengacara majlis hihi so cute.


Antara perkongsian dan info menarik tentang Megarun Zahran 2022 yang diadakan pada kali ini ialah :

1. Sehingga ke hari ini, belum ada lagi mana-mana klinik yang menganjurkan program seperti Megaklinik Zahran dan kebanyakan hanya beroperasi sebagai sebuah klinik kesihatan

2. Prinsip Dato' Nafidz dari dulu sehingga kini adalah, "Kami mahu menjadi yang pertama dalam apa juga perkara" dan menjadi pioneer dalam apa juga yang dilakukan selepas ini

3. Kami mahu bergerak sebagai sebuah klinik atau jenama yang berbeza daripada yang lain yang mampu memberi khidmat pada masyarakat dalam cara tersendiri

4. Tema "Comeback Stronger" pada Megarun Zahran kali ini dengan matlamat mengambil semula semangat masyarakat sekeliling untuk keluar kembali meneruskan gaya hidup sihat setelah 2 tahun negara berhadapan dengan pandemik. Dengan itu, Megaklinik Zahran juga sentiasa bersedia memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik

5. Antara institusi kesihatan yang dihadapan membantu kerajaan semasa pandemik Covid-19 melanda Malaysia dan masih meneruskan "service clinic centre" sehingga ke hari ini yang mana merangkumi semua aspek kesihatan

6. Megaklinik Zahran mengajak masyarakat supaya jangan takut untuk keluar kembali bersemangat membuat aktiviti harian seperti sebelum Covid-19 bagi memastikan kesihatan mental dan fizikal sentiasa terjaga dan pasukan mereka akan sentiasa bersedia untuk membantu dengan keperluan yang pastinya di tahap yang terbaik

7. Megaklinik Zahran kini mempunyai 20 cawangan di seluruh Malaysia dan setiap cawangan menyediakan perkhidmatan dan kepakaran yang sama

Antara servis kesihatan yang terdapat di Megaklinik Zahran :



Kalau nak tahu promosi menarik Megaklinik Zahran, boleh KLIK SINI

Untuk maklumat lanjut :

Website : http://megaklinikzahran.my/

Facebook : Kumpulan Megaklinik Zahran 24 Jam

Instagram : @kumpulan_megaklinik_zahran

No.Tel : 017-257 2525 (setiap hari bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 8.00 malam)


Terima kasih sudi baca    

2 comments:

  1. Anonymous7:57 AM

    Ohh wowo.... that's really a happening mega run Megarun Zahran 2022,congrats to all winners too. It's really good initiative of this & continue on. Thanks for sharing this. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  2. Meriahnyaaaa program Megarun Zahran 2022 ni. Suka tengok acara yang bersesuaian dilaksanakan oleh klinik. Larian ni memang sukan yang ramai suka join. Semoga diteruskan sampai bila-bila.

    ReplyDelete