Hai korang terutamanya mommies yang ada anak kecil macam Yaya. Macam mana mommies buatkan anak tersayang kekal fokus ye? Bila Dahlia dah umur 5 tahun ni, ada juga sedikit kegusaran di hati kalau dia ketinggalan dalam tumbesaran berbanding rakan sebayanya.
Kalau boleh kita nak anak kita sentiasa dalam trek dan seiring dengan keupayaan anak orang lain. Lebih-lebih lagi bila Dahlia pernah terkena jangkitan Covid-19 awal tahun hari tu. Risau juga kalau kena post covid simptom kan?
"Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang saling berkait. Pengetahuan mengenai psikologi pertumbuhan dan perkembangan membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-kanak berbagai umur akan membolehkan guru merancang serta memilih bahan bacaan pada peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui jenis minat yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur untuk memberi dorongan agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat dijayakan di dalam bilik darjah."
Menurut Sharifah Alwiah Alsagof matlama bidang psikologi pertumbuhan dan perkembangan adalah :
(a) Untuk beri pemerian yang paling tepat, objektif dan sempurna tentang asal-usul fungsi biologi dan psikologi dan seterusnya untuk menentukan jenis serta ciri-ciri perubahan umur di dalam fungsi-fungsi tersebut.
(b) Untuk memahami makanisme, proses dan penentu penentu tingkah laku.
(c) Untuk meramal tingkah laku.
Definisi Pertumbuhan
"Kamarudin Husin (1997:4) pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang boleh dinilai atau diukur satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain. Selain itu, pertumbuhan juga melibatkan perubahan darii segi kuantiti seperti berat badan, tinggi, lebar dada dan sebagainya yang dapat dilihat pada sesuatu organisma dengan jelas.
Menurut beliau lagi pertumbuhan juga melibatkan perubahan struktur dan fungsi tubuh individu dalam proses menuju kematangan. Menurut Karl Garrison dalam Murugiah, pertumbuhan merupakan perkembangan seseorang individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan-perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. Menurut Atan Long pula pertumbuhan adalah perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain.
Kuantiti pertumbuhan tersebut dapat dilihat dengan jelas daripada pengukuran yang dibuat dari masa ke semasa. Arnold Gesell dalam Kamaruddin Husin, mengatakan bahawa pertumbuhan manusia adalah mengikut corak yang dapat ditelah. Beliau berpendapat walaupun tidak terdapat dua individu yang benar-benar serupa tetapi semua kanak-kanak yang normal cenderung untuk mengikuti susunan pertumbuhan secara umum yang terjadi pada manusia."
Definisi Perkembangan
Perkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur. Semua perubahan dalam perkembangan ini akan membantu individu dalam proses mencapai kematangan. Perkembangan merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif. Perubahan menunjukkan sifat yang berbeza daripada tahap perkembangan yang terdahulu.
Perkembangan juga adalah sebagai perubahan pada struktur, pendapat dan tingkah laku individu. Ia terhasil daripada fungsi biologi, faktor pemakanan dan pengaruh alam sekitar.
Perkembangan juga merupakan perubahan yang bersifat kualitatif tetapi dapat dilihat dengan membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang terbentuk. Dengan kata lain, perkembangan boleh juga dianggap sebagai proses di mana individu itu mencapai kematangan, pengukuhan dan kestabilan.
Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Manakala menurut Karl E. Garrison, perkembangan adalah dihasilkan daripada tindakan yang saling berkaitan di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Sementara D.S Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.
Atan Long menerangkan perkembangan merupakan perubahan yang bersifat kualiti. Perkembangan membawa seseuatu organisma keperingkat matang dan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan telah dilampaui.
Ciri-ciri Perkembangan
Antara ciri-ciri perkembangan ialah:
(a) Secara umumnya perkembangan berlaku secara berperingkat-peringkat iaitu bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.
(b) Semua kanak-kanak mengikut perkembangan yang sama tetapi dalam kadar yang berlainan.
(c) Proses perkembangan bersifat berterusan iaitu sepanjang hayat seseorang individu itu.
(d) Perkembangan merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.
(e) Perkembangan dipengaruhi faktor baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan ke satu tahap maksimum.
(f) Perkembangan berlaku melaui perubahan dari segi bahasa, suara, tingkah laku, cara berfikir, komunikasi dan sebagainya.
Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan?
Proses pertumbuhan dan perkembangan adalah dalam keadaan saling berkait yang meliputi perubahan dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial yang dapat diukur dari segi kuantitatif dan kualitatif. Keselurauhan proses perubahan tersebut dinamakan sebagai penyuburan. Perbezaan yang nyata di antara pertumbuhan dan perkembangan dari segi jasmani, mental, emosi dan sosial.
Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan
PERTUMBUHAN
|
PERKEMBANGAN
|
Jasmani Tinggi,
berat, saiz, pertumbuhan urat, saraf, gigi dan pancaindera |
Jasmani Kemahiran menggunakan
anggota badan seperti berjalan, berlari dan sebagainya |
Mental Keupayaan
berfikir berkembang termasuk perkara subjektif |
Mental Kemahiran
menggunakan bahasa, perkataan angka, pemikiran dan penaakulan |
Emosi Perasaan
sayang, suka, duka, marah dan sebagainya |
Emosi Berupaya
menguasai perasaan dan mengawal perasaan |
Sosial Berinteraksi
dengan keluarga, rakan sebaya jiran dan masyarakat |
Sosial Timbul
kesedaran perbezaan jantina, disiplin kumpulan, peranan dan penyesuaian
dengan rakan sebaya. |
Teori-teori Perkembangan
Pengetahuan mengenai teori pertumbuhan dan perkembangan akan membolehkan kita mengenali pengaruh sesuatu teori terhadap sesuatu rekabentuk penyelidikan dan cadangan yang disyorkan untuk menangani kanak-kanak. Pembentukan teori-teori dipengaruhi oleh pandangan yang dipegang oleh pengkaji. . Teori-teori yang dikemukakan akan mempengaruhi tindakan ibu bapa, guru, ahli psikologi dan doktor perubatan kanak-kanak.
Yaya sebagai ibu sentiasa berusaha untuk pastikan Dahlia ambil makanan yang sihat dan seimbang. But kid is still a kid. Tak semua real food diorang nak makan. So bila ada alternatif untuk pastikan dia dapat khasiat yang baik untuk sistem tubuh badan, memang Yaya nak cuba! Yaya excited nak bagi Dahlia consume Eskayvie i-Qids selepas baca 6 Nutrisi Utama didalamnya. Yaya sendiri pun pengguna Eskayvie Diffenz tau! Cuma Eskayvie Diffenz ni untuk orang dewasa. Alhamdulillah memang serasi dengan Yaya dan Yaya belikan untuk ibu dan ayah Yaya sekali hihi.
Apa yang menarik tentang Eskayvie i-Qids?
- Meningkatkan Memori
- Mengurangkan Stress
- Mengurangkan stres & masalah kemurungan
- Mempercepatkan pergerakan signal maklumat
- Tingkatkan fokus dan penyelesaian masalah
- Menyokong aktiviti sukan
- Mengurangkan simtom ADHD(attention deficit hyperactive disorder)
Terima kasih sudi baca
tgk khasiat tu bagus tuk maira ni,harga pun macam mampu milik lagi..nak dapatkan la satu...
ReplyDeletedah cuba ke? berbaloi sgt dgn khasiat yg byk dlm 1 tablet rasa coklat yg sedap sesuai utk anak saya yg picky eater, x mkn sayur dan buah. nampak lebih cerdik
Delete