Kalau siapa selalu nampak story posting Yaya, mesti korang tahu yang Yaya pencinta No. 1 Pak John Steamboat & BBQ. Yaya tak berkesempatan lagi pergi ke cawangan mereka yang lain. Hanya pergi di cawangan IOI City Mall Putrajaya sahaja sebab dekat dengan rumah dan juga tempat kerja hihi. Tak ingat dah berapa puluh kali pergi tapi sejak pertama kali makan pada tahun 2018, terus jatuh cinta dan tak jumpa lagi tempat lain yang boleh tandingi mereka sebab memang taste Yaya sangat dari dulu Pak John ni.
Terbaharu Yaya pergi ni sebab bawa adik Yaya dan adik ipar kesana so boleh la ambil video dan ambil gambar lebih sikit. Selalu tak sempat ambil gambar sangat and hanya fokus makan sahaja :p Pak John ni memang favourite Yaya dan Shawn la. Kalau nak raikan something special dan makan sedap, kitorang memang suka pergi Pak John IOI. Lagipun kat IOI Putrajaya semua ada di bawah satu bumbung. Lepas makan boleh shopping barang dapur kat Lotus's.
Ada kenangan pergi sini masa tahun 2018 hihi
Yang ni tak ingat tahun berapa haha skema betul spec mata tu arghh *_*
Selain pergi dengan keluarga dan orang tersayang, dekat geng ofis pun Yaya promote ajak diorang makan sini haha semua dah terpengaruh and suka sangat makan sini.
With my beloved people ( ˘ ³˘)♥
Tempat yang luas, besar dan selesa pun menjadi keutamaan kenapa Yaya suka pergi sini. Yang ni gambar di bahagian luar. Memang spacious. Tapi lagi bagus kalau buat tempahan dulu kalau nak pergi ramai-ramai ye. Staf diorang sangat baik dan sangat membantu. Sebab tu suka datang sini (ღ˘⌣˘ღ)
Kalau ada anak kecil jangan risau ada juga makanan yang kids friendly. Yaya dengan anak Yaya suka sangat nasi goreng dia sedap hihi
Paling suka masukkan mee dalam kuah tomyam diorang! Slurppp
Kat sini ada 6 pilihan jenis sup tau! Ada perisa tomyam, ayam, ikan, udang, kimchi dan kari. Yaya tiap kali datang konon-konon nak try sup lain tapi end up pilih tomyam jugak haha
Banyak pilihan kat sini!
Ada ayam perap, daging perap dan juga fresh seafood termasuk pelbagai pilihan bebola
Rambang mata nak pilih haha
Sudut paling favourite of course la diorang punya Premium beef, Lamb Slice, Abalone and Smoked Duck
♥~(‘▽^人)
Arghh trowback gambar ni buat rasa nak makan lagi sedapnya bila grilled :') * ni ambil dekat kaunter belakang ye
Ada pelbagai jenis dan pilihan sos pencicah diorang. Memang terangkat laaa~!
Ada waffle, ABC dan Dim Sum jugak tau!
Ambil sendiri je aiskrim nyummy! Rindu aiskrim honeydew diorang tapi time Yaya pergi ni tak ada.
Dessert pun ada eh banyak la! Memang food comma terus!
Sedapnyaaa itikkkk sedapnya lambbbb grilll sedapnya sedapnyaaaaaa *pengsan nangis nak pergi hari-hari kalau boleh. ya Allah cukupkan duit gaji kami nak pergi Pak John selalu please :')
Buffet Price List 2022 :
Weekday Buffet :
Lunch
Monday-Friday (11am - 5pm)
Adult (RM53.90)
Student,Senior Citizen/OKU (RM44.90)
Kids 6-12 years (RM31.90)
Dinner
Monday-Friday (5pm - 10pm)
Adult (RM65.90)
Student,Senior Citizen/OKU (RM49.90)
Kids 6-12 years (RM33.90)
Weekend Buffet :
All Day Long
(Weekends/Public Holidays/Fridays Night/Eve of Public Holidays)
Adult (RM73.90)
Senior Citizen/OKU (RM63.90)
Kids 6-12 years (RM38.90)
Mengences ye memang favourite hee. Korang boleh la try bawa orang tersayang kesini kalau belum pernah cuba. Pasti takkan mengecewakan.
Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat kini mempunyai 4 cawangan :
♥Great Eastern Mall
♥IOI City Mall Putrajaya
♥Tropicana Gardens Mall
♥Aeon Kota Bharu
♥Aeon Mall Shah Alam
Untuk birthday girl or birthday boy, ada good news untuk korang! Korang layak untuk dapat Free waffle cake siap ada birthday song tau! Dan pastinya free entry untuk kanak-kanak bawah 6 tahun ^_^
Kelebihan Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat :
✿ 6 jenis sup (tomyam, ayam, ikan, udang, kimchi, kari), setiap meja boleh pilih 2 sup.
✿ Pelbagai pilihan sos homemade.
✿ Pelbagai pilihan menu masakan panas (nasi/mee/bihun/spaghetti)
✿ Pelbagai pilihan menu goreng (Nugget, wedges, tempura, popia, samosa)
✿ Pelbagai pilihan surimi, noodles, sayur, seafood & marinated items untuk steamboat & bbq
✿ Pelbagai pilihan dessert - waffle, ABC, buah-buahan
⭐ Pilihan Daging Hiris premium atau premium sliced meat (Ayam, Daging Premium, Daging Kambing Premium, Itik Salai, Abalone)
⭐ Pelbagai pilihan sushi homemade
⭐ Harga istimewa buat pelajar / warga emas / OKU
Promo :
♥️Birthday Promo - Birthday Girl / Boy dapat makan secara percuma & dapat Waffle cake secara percuma.
♥️Kanak-kanak bawah 6 tahun dapat makan percuma.
*tertakluk kepada terma dan syarat
Lokasi Yaya pergi:
GE-11 Ground Floor, IOI City Mall Putrajaya
(bahagian luar)
Website : http://www.pakjohn.com
Facebook : Pak John Steamboat & BBQ
Instagram : @pakjohnsteamboatbbq
Untuk Tempahan :
012-9079969 (Faezah)
012-9022806 (Fida)
012-5350684 (Anne)
Terima kasih sudi baca
adoiiii baca pun meleleh air liur huhuu
ReplyDeletesedap makan steamboat masa hujan macam ni. Banyaknya pilihan kat situ
ReplyDeleteDah lama tak pekena steamboat..musim2 sejuk ni sesuai sangat.. nak pii laa..
ReplyDeleteTempat makan steamboat yang kita akan pilih kalau nak cari steamboat kerana pilihan lauk yang banyak dan pelbagai jenis. Tapi kita suka lagi pergi kat cawangan Ampang tu besar dan lagi banyak bahan hehehehe..
ReplyDeletetak pernah try lagi. nampak best je, pilihan pun banyak. kena cuba ni
ReplyDeleteYes yes I've dined in here before. Love the fresh foods & also the Tom yam soup, yum yum. Gonna be back again with friends. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteI would say this is now the best steamboat in town la yang jenis eat all you can.. Family Nell semua suka makan2 here bah...
ReplyDeleteBest kan makan Pak John time musim hujan ni. Harga pun berbaloi-baloi. Satu keluarga boleh enjoy makan. Anak akak mesti mencari waffer dan ais krim. Buffet Ramadan nanti lagi syok. Tazzabaaarrrr.
ReplyDelete