Showing posts with label NUViT Bio Mask. Show all posts
Showing posts with label NUViT Bio Mask. Show all posts

Jun 4, 2020

NUVit Instant Restoring And Hydrating Bio-Cellulose Mask Review




Hai korang! Yaya nak tanya sikit boleh? Bila kali terakhir korang manjakan diri dan buat rutin skincare korang dengan selengkapnya? Sejak Yaya pregnant ni memang tak larat nak cantik-cantik sampai nak jaga muka pun malas. Selalu culas nak follow rutin skincare seperti biasa :( Sekali bila dah masuk trimester kedua kulit muka Yaya kering sangat. Walaupun dah minum banyak air, tetap ya kita kena lengkapkan rutin penjagaan wajah juga. Ramai dah tahu rutin pemakaian face mask sekurang-kurangnya 2 kali seminggu sangat penting untuk memastikan kulit muka kita sentiasa lembap dan terhidrat selain dari amalan banyakkan minum air mineral. Ingat! Hydration is the key ;)


Masuk je trimester ketiga ni, Yaya dah start nak rajin balik sebab sedar diri umur makin meningkat takut la kita tua sebelum usia *uhuks. Yaya ada survey face mask yang sesuai untuk ibu mengandung. Kebanyakan face mask tak berapa mesra dengan ibu mengandung. Ada face mask yang Yaya pakai buatkan muka Yaya gatal dan ada juga yang buat naik tiny bumps bila bangun tidur aaa no! Sampailah Yaya jumpa iklan NUVit Instant Restoring And Hydrating Bio-Cellulose Mask yang juga diperkaya dengan Quintuple Hyaluronic Acid Serum. Sungguh Wow bukan? Hihi dan paling best, ianya sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif, mereka yang baru sahaja membuat rawatan laser (sakit woo buat laser rasa kulit kasar je time healing process sebab tu kena cari face mask yang bagus) dan paling penting sangat sesuai dan mesra untuk ibu mengandung. Yakyak yeay!!

 


Face mask yang diformulasikan dengan bahan dan kandungan semulajadi ini telah direka dengan menggunakan jenis bakteria yang unik. Bio-Cellulose mempunyai struktur rangkaian gentian yang sangat halus dan sangat tulen yang mana setiap seratnya lebih tipis 2000 kali daripada sehelai rambut pada jarak 20-50nm. Bio-Cellulose juga  mempunyai sifat unik dengan pertalian yang lebih tinggi, daya serap yang lebih tinggi dan kadar penembusan yang lebih tinggi berbanding dengan bahan dari face mask lain yang hanya menggunakan face mask berbentuk fabrik. Berlainan dengan NUVit Instant Restoring And Hydrating Bio-Cellulose Mask, ianya membolehkan nutrien menembusi sehingga 8-15 kali lebih dalam ke bahagian kulit.



Hello baby. I'm falling in love with you.



Paling Yaya amaze of course packaging dia yang sangat unik dan ekslusif. Macam ada cahaya gitu di pek mereka. Lagilah buat kita tertarik dan yakin nak cuba hee.



Cantik sangat sayang pula nak pakai haha!



Ada 2 step tau nak pakai NUVit Instant Restoring And Hydrating Bio-Cellulose Mask ni. First, kita akan apply Quintuple Hyaluronic Acid Serum terlebih dahulu.




Ratakan Quintuple Hyaluronic Acid Serum ini ke permukaan kulit sebagai persiapan sebelum memakai NUVit Instant Restoring And Hydrating Bio-Cellulose Mask. Pastikan wajah telah dicuci bersih dan telah di lap sehingga kering dengan tuala bersih. Best sangat serum ni langsung tidak meninggalkan kesan melekit. Ianya terus meresap dengan baik. Okay first impression dah dapat 5 bintang!



Jom kita pakai NUVit Instant Restoring And Hydrating Bio-Cellulose Mask pula!



Material NUVit Instant Restoring And Hydrating Bio-Cellulose Mask ni sangat sangat sangat best okay! Ianya tidak menggunakan face mask jenis fabrik seperti kebanyakan face mask yang lain tau. 


Terdapat 2 lapisan yang melindungi face mask ini bagi menjaga kualitinya. Tanggalkan dengan perlahan sebelum diletakkann pada wajah.


For me, ini adalah antara face mask yang paling terbaik Yaya pernah cuba. Ketelitian dalam penghasilannya memang membuatkan Yaya kagum. 


Letakkan perlahan-lahan pada wajah dan ratakan sehingga kemas dan sehingga korang berpuas hati. Untuk pengetahuan korang, bahan semulajadi yang aktif tadi terus menyerap dan mengunci kelembapan sehingga 90%  ke dalam kulit dalam masa hanya 10 minit ;)


Fuhh izinkan Yaya feeling sekejap dengan face mask yang apak best ni. Sedapnya pakaiiii! Tekstur yang lembut, mudah untuk di apply, terasa penyerapan lebih sempurna dan paling penting, muka Yaya tak gatal langsung semasa pakai! Omg kita dah jumpa cinta hati dalam pencarian face mask yang sesuai :')


Feeling lagi sehingga 20-30 minit untuk penyerapan berganda dan menyeluruh. Selepas tanggalkan NUVit Instant Restoring And Hydrating Bio-Cellulose Mask, korang boleh urut muka dengan perlahan dari baki serum yang ada. Jangan cuci muka tau. Biarkan ianya terus meresap secara menyeluruh.


Fuhh rasa fresh sangat muka lepas gunaNUVit Instant Restoring And Hydrating Bio-Cellulose Mask ni. Yaya betul-betul dah jatuh cinta ya dengan NUVit Instant Restoring And Hydrating Bio-Cellulose Mask  ni!


Sehingga 12 Jun 2020, NUVit ada buat promosi NUVit Instant Restoring And Hydrating Bio-Cellulose Mask ini di website dan juga laman sosial mereka. Memang rugi kalau korang tak try. Sangat-sangat recommended untuk mereka yang mempunyai kulit wajah yang sensitif dan paling istimewa sangat sesuai untuk ibu mengandung macam Yaya hihi. Bebas dari kandungan Paraben, alkohol dan juga pewangi. Semuanya semulajadi sahaja. Wajib try okay pasti uols tak menyesal. Antara pelaburan yang amat berbaloi untuk di masukkan ke dalam skincare routine korang!  ^_^ 


Boleh terus ke link website mereka untuk dapatkan Promosi Istimewa yang sedang berlangsung sehingga 12 Jun 2020 (Beli 1 box (3pcs mask sheet + 3 serum sachets) dan PERCUMA 1 pek (1pcs + 1 serum) dengan harga promosi iaitu RM65.90 sahaja dari harga asal keseluruhan yang berjumlah RM108) -> Buy NUViT NUVit Instant Restoring And Hydrating Bio-Cellulose Mask  *sehingga stok masih ada


Untuk maklumat lanjut :

Instagram : @nuvitmy



Terima kasih sudi baca