Jan 22, 2015

Lego Star Wars Miniland di Taman Tema Legoland Malaysia

Assalamualaikum semua 


Cerita Legoland tak habis lagi uols. Hakak tak habaq mai lagi pasal Lego Star Wars Miniland yang merupakan salah satu daya penarik di Taman Tema Legoland. Buat peminat Star Wars, korang boleh lihat sendiri watak dari cerita Star Wars yang telah di Lego kan. Comel dan unik sungguh! Tak tahu la orang yang reka model lego tu makan apa. Perlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi tahap langit ketujuh tu.





Masa tu yaya pergi dengan Tya dan Nina. Lepas mandi kat water park, gigih kami dok usung towel sekali haha. Duduk sebilik bertiga. Berjalan pun bertiga. Hee. Bila masuk ke panggung comel Star Wars, kami dipertontonkan dengan animasi Star Wars yang comel dan lucu. Memang sesuai untuk kanak kanak. Yaya yang besar godang ni pun terhibur. Haha. 



Habis sahaja variasi di skrin selama 5 minit, kami pergi ke stage yang seterusnya. Haa masa ni yang best tu. Tengok bermacam macam model Star Wars. Kalau tekan butang hijau yang disediakan, akan keluar bunyi, model bergerak atau bersedia untuk bertempur dengan musuh. Excited gila kateko. ^_^






Watak-watak seperti Yoda, R2-D2, Darth Vader dan legenda Sith Lords, juga turut  di Lego kan. Sokongan dari kesan pencahayaan yang awesome dan juga kesan bunyi dan pergerakan yang mengkagumkan memang membuatkan yaya buntu memikirkan bagaimana diorang buat. Dari terus buntu, yaya fikir lebih baik yaya just tekan butang hijau yang mengeluarkan efek bunyi dan pergerakan tadi and just enjoy the moment. Haha



Di Lego Star Wars Miniland, terdapat 7 bilik model Lego yang telah digubah untuk setiap adegan. Jadi, penonton boleh melihat setiap scene yang dipertontonkan dari filem Star Wars mengikut kronologi. Menarik kan? ^_^





Muka pucat lesi lepas mandi waterpark dan tahan sejuk tapi kami tetap cover macho bergambar depan patung Lego Star Wars. Haha


Bagi yaya, dengan merasai sendiri pengalaman di Lego Star Wars Miniland, memang meninggalkan impak kekaguman atas semua effort mereka yang terlibat dan bertungkus lumus dalam menghasilkannya. So jangan lupa bawa ahli keluarga dan orang tersayang untuk merasai sendiri pengalaman di Taman Tema Legoland. Jangan lupa singgah Lego Star Wars Miniland kalau tak memang rugi. Hihi


Terima kasih sudi baca 

3 comments:

  1. Gigih dengan baju basah tu ye.. Nak g lagi!!! irrayyan.com

    ReplyDelete
  2. arghh! jelesss .seronoknya!

    ReplyDelete
  3. seronoknya lahaii kalau dapat pergi sana. :D

    ReplyDelete