Jan 20, 2015

Hotel Legoland yang super awesome.

Assalamualaikum semua 


Masih lagi terasa keseronokan bersuka ria ketika di Legoland tempoh hari. Yaya yang besar godang ni pun terus automatik jadi kanak kanak ribena. Kalau ribena sebenar tahu confirm dia bubar yaya dari jadi ahli dia. *Tsk tsk stop merepek yaya please oh please.





Geng masih bujang.



Roomate yaya. Tya dan Nina. Rindu weyy

Sampai sahaja di Legoland, kami mengambil peluang untuk berjalan jalan dahulu di theme park sebelum check in. Bagus sebenarnya check in lambat sedikit. Kalau boleh check in awal, memang tak mahu keluar bilik dah rasa. Serious talk bilik hotel di Legoland memang tip top. 






Katil king Size yang super selesa. Tidur berdua boleh, tidur bertiga boleh. Yaya sebilik dengan Tya dan Nina. Kami tidur 3 orang masa ni. Tu pun muat lagi kalau tambah lagi sorang. Haha









Di satu bahagian lain, menempatkan katil double decker sesuai untuk keluarga yang membawa anak kecil. Ruang katil king size diatas tadi diasingkan dan pintu pun boleh lock bagi mengelakkan gangguan. Ehem. 



 

Menarik sungguh hiasan dalaman bilik kami yang bertemakan Adventure ni. Boleh leka dok tengok mainan dalam bilik yang diperbuat dari lego. Selain tu sebakul lego turut disediakan untuk kanak kanak bermain. 


 

Ruang mandi. Lengkap dengan segala kelengkapan mandi seperti di hotel 5 bintang.


Yang paling best, ada game dalam bilik tu. Kalau korang dapat selesaikan soalan yang diberi, dapat buka kotak harta karun. Excited gila la kalau dapat buka kotak harta karun tu sebab soalan dia agak mencabar. Hehe


Hadiah dari kotak harta karun yang kami dapat. Comel kan. ^_^


Rasa tak puas nak bermalam di Legoland. In sya Allah kalau ada rezeki nak pergi lagi. Bawa orang tersayang pula. Hee

-

-

-


Info Adventure Theme Room Legoland Hotel Malaysia

- Bilik ini boleh menampung sehingga 5 orang (maksimum 3 Dewasa sebilik)
-Katil bersaiz King- Definisi tinggi televisyen panel rata
-Ruang tidur kanak-kanak sendiri dengan katil dua tingkat, tarik keluar katil beroda dan unit hiburan (boleh memuatkan sehingga 3)
-Bata LEGO untuk membina dengan sepanjang penginapan anda
-Penyaman udara
-Peti sejuk mini
-Pembuat kopi
-Vanity / stesen kerja
-Pengering rambut
-Kelengkapan tandas yang perfect



Room Type : King Themed Suite, Pirate Themed Deluxe, Premium Pirate Themed, Premium Kingdom Themed, Pirate Themed, Adventure Themed, adn Kingdom Themed.


Harga per night (Adventure Themed): 
RM1000+ harga berubah mengikut season seperti cuti sekolah dan sebagainya. Setiap hari, harga adalah berbeza-beza. Kebiasaanya harga hotel memang akan berubah apabila weekend or during peak hour. Rancang bajet okay! ^_^


Terima kasih kepada pihak Legoland Malaysia yang sentiasa memberi layanan kelas pertama kepada kami #KelabBloggerBenAshaari . Tak lupa kepada buah hati Uzu, Faizal Fredly yang bertungkus lumus menjayakan program Family Day KBBA. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan sempurna.


Terima kasih sudi baca 


6 comments:

  1. cantik gila deko dalam bilik.

    ReplyDelete
  2. Bestnya! Argh jeles!!

    ReplyDelete
  3. dulu masa pergi johor saya pergi ke lego land... tapi kat pintu masuk je la... nice2 info...

    ReplyDelete
  4. untung laaa... tak ajak pun... huhuhu...

    ReplyDelete
  5. rindu kak yaya jugakk bila lg nak jumpa kak yaya ni :'(

    ReplyDelete
  6. Wow..mmg csntik sangat bilik die..betul dah tu kalau check in awal tak kluar g mana dah..haha

    Nice..nice..
    Selamat berkenalan ;)

    ReplyDelete